Sebelum kejadian guli, (bagi sesiapa yg dah pernah baca cerita guli aku sebelum ni) ada beberapa lagi kejadian aneh dan seram aku tempuh kat sekolah aku.
Pengenalan sikit. Aku seorang guru di sekolah orang asli. Jadi memang disediakan rumah di sana sebab perlukan 4 wheel kalau nak keluar ke bandar. Dulu aku tidur sekolah dari isnin sampai jumaat. Jumaat la baru gigih nak peluk dinding rumah sendiri.
Kisah 1
Ada dua kisah yang aku nak ceritakan. Kisah pertama ialah waktu kali pertama aku masuk ke rumah guru yang disediakan kat sekolah tu. Okay juga rumahnya. Ada 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu, dan dapur. Kebetulan aku dipostingkan sekali dengan sorang cikgu perempuan sebaya aku. Kami pun sebab tak biasa lagi dengan tempat tu, kami decide nak kongsi bilik. Pakai satu bilik je lagi 2 bilik kami biarkan kosong.
Tapi biasa la mesti nak jenguk jenguk semua bilik dan bahagian dalam rumah tu kan. Aku pun bukak pintu bilik sebelah bilik aku ni. Buka berhati hati sebab sekolah ni jauh dalam hutan dan rumah tu dah sebulan terbiar kosong sebab cikgu sebelum ni dapat pindah.
Aku baca Bismillah. Buka pintu dan jenguk bilik tu. Masuk dalam test kipas ambil bantal lebih dalam bilik tu semua then nak keluar. Bilik tu pintunya tertutup sebelum aku buka jadi aku pun nak tutup la balik. Aku tarik slow je tiba tiba pintu tu tertutup kuat dengan sendirinya dan ada angin sejuk dan bertiup kuat kat muka aku. Pintu tu seolah olah ditolak dengan kuat dari dalam. Muka rasa macam kena libas dengan angin tu. Aku dah rasa tak sedap hati. Hati aku terdetik ‘eh, tak suka ke?’. Tapi aku abaikan je perasaan tu.
Malam tu aku tidur macam biasa. Alhamdulillah takde pape yang berlaku. Esoknya balik sekolah lepas makan aku terus balik ke rumah guru tu. Ngantuk gila bhai. Mungkin penat semalam baru je sampai dari perjalanan yang panjang dan bergegar gegar sebab jalan tanah merah dan batu batu. Aku pun cakap kat kawan aku aku nak tidur jap.
Lepas solat zohor aku tidur. Lepas tu macam antara mimpi dan realiti aku pandang pintu bilik aku. Katil aku betul betul depan pintu. Pintu terbukak dan ada lelaki bertubuh besar dan tinggi memakai jubah putih tengah tengok aku. Dia berdiri betul betul kat pintu tu. Peliknya aku tak nampak muka dia. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Aku takut sangat sebab ada lelaki dalam bilik aku dan rasa seram sangat sebab tak nampak muka dia (seolah olah ditutup sesuatu) dan badan dia lebih besar dari lelaki biasa. Tinggi macam nak cecah siling. Rasa macam real je ada lelaki dalam bilik aku. Aku terjaga terus dari tidur sebab terlalu takut. Okay sah mimpi. Tengok jam pukul 5 lebih. Aku pegi ambil wuduk dan solat asar.
Esoknya rutin hari ni berlaku lagi. Entah kenapa aku asyik terasa letih dan lesu je sampai rasa nak tidur. Aku pun tidur. Sekali lagi dalam tidur aku nampak pintu terbukak dan lelaki tu ada lagi tengah pandang aku! Tapi kali ni bezanya dia dah di bucu katil aku! Gila aku takut sangat sangat sampai terjaga dari tidur. Aku masih tak nampak muka dia. Dia masih pakai jubah putih yang sama. Okay ni mimpi ke apa ni? Aku mula dah rasa tak seronok dan takut dan seram. Kalau boleh rasa nak terbang balik rumah.
Hadoii memang lepas tu aku agak diam tak bercakap la. Tidur siang pun tak. Nak tidur malam pun takut. Berjela jela doa dan surah aku baca sebab takut. Nak balik rumah tu pun macam fobia. Lepas tu 2 3 minggu berlalu macam biasa. Aku tak lagi mimpi lelaki tu.
Nak dijadikan cerita, satu hari waktu aku tak ‘suci’, aku pun tertidur siang (lagi sekali). Cuba teka? Aku mimpikan lelaki tu lagi tapi bezanya kali ni dia berdiri betul betul sebelah katil aku! Betul betul tepi pinggang aku! Jangan cerita la aku punya terkejut sampai terjaga dari tidur sambil tercungap cungap. Bangun bangun je aku terus pandang keliling. Cek nak pastikan dia betul betul takde. Berpeluh peluh badan sebab takut. Kawan sebilik aku kebetulan ada kat rumah waktu tu. Tapi adoiilaa dia pun tengah sedap tidur. Then aku buat buat tengok movie kt laptop. Memang tak berani dah nak tidur.
Lepas kejadian tu mungkin aku nampak macam agak tak banyak cakap. Kawan sebilik aku tanya kenapa. Kebetulan ada pembantu pengurusan murid otai otai kt situ. Nak tak nak aku bukak mulut cerita pasal kejadian tu. Sebab tak tahan dah nak menanggung sorang sorang. Bila aku cerita, rupanya kawan sebilik aku tu pun ada kena. Malam malam bila aku dah tidur, dia tak tidur lagi, dia ada dengar bunyi cakar kat dinding bilik kami. Bunyi cakar yang pelik. Terus dia pasang mp3 surah kuat kuat sampai tertidur.
Otai otai situ kata mungkin makhluk makhluk tu nak uji kami orang baru. Kat sekolah tu biasa la kalau kena kacau macam tu. Kami bertuah katanya sebab rumah cikgu lain, lagi teruk kena kacau. Just cakap pada mereka yang kami nak tumpang je kat situ sebab nak mengajar jadi jangan la kacau. Lepas tu kami pasang ayat ayat ruqyah dan rajinkan mengaji dalam rumah tu. Alhamdulillah. Lelaki tu datang jenguk aku 3 kali tu je. Kalau kali ke 4, aku tak berani nak bayangkan kat mana pulak dia akan muncul.
Kisah 2
Kisah ni pun aku tak boleh lupa sampai sekarang. Masih berkisar dalam bilik yang aku dan housemate aku tidur tu.
Rumah kami terletak di depan padang sekolah. Jadi petang petang memang nampak murid dan penduduk kampung main bola sepak. Setiap hari mereka akan main bola dan memang riuh rendah bunyi mereka ni main bola.
Satu hari waktu senja, housemate aku cakap nak solat Asar. Dia terlambat solat sebab setelkan kerja sikit. Aku pun cakap okay je la. Then lepas dia ambil wudhuk dan nak solat, aku pun ke tandas.
Selesai tunaikan hajat, aku pun berjalan masuk ke bilik. Sambil berjalan nak masuk tu, aku terpandang tingkap. Tingkap yang menghala ke padang. Tingkap tu tingkap kaca selapis selapis macam tingkap lama. Gelap. Aku pelik.
“Aik, tadi aku tengok cerah lagi luar ni. Cepatnya gelap.”
Aku pelik sebab baru 2 3 minit aku pergi tandas. Takkan cepat sangat gelap. Lepas tu riuh rendah budak main bola tadi pun dah senyap je. Cepatnya mereka balik. Tapi aku buat tak kisah je la.
Aku pun duduk kat katil. Katil aku pulak menghadap tingkap yang satu lagi (bilik tu ada 2 tingkap, kat dinding lain lain). Terkejut sangat sangat aku bila aku tengok tingkap tu cerah je. Maksudnya luar pun masih cerah la. Aku pandang tingkap yang menghala ke padang sekali lagi. Gelap! Hati aku dah rasa lain. Aku dah start ketar ketar. Lagi satu aku ada bukak sikit tingkap tu tadi sebab nak bagi angin masuk. Melalui bukaan sikit tu pun gelap pekat hitam je.
Aku pandang housemate aku yang tengah solat tepi katil aku. Bukan niat aku nak kacau dia tapi sebab aku takut sangat. Lepas tu ada bunyi pelik. Seolah olah mencakar atau bunyi something kat tingkap tu. Kalau orang, takkan tak nampak bayang badan orang. Tingkap tu gelap semua. Takkan orang besar dan selebar dua panel tingkap. Bila bunyi aku automatik pandang housemate aku lagi.
Agaknya housemate aku pun perasan bunyi dan perasan aku dah tak tentu arah, dia pun jadi tak khusyuk dalam solat dia. Bila berbunyi lagi, badan housemate aku nampak terketar. Aku cepat cepat baca ayat qursi dan ulang ayat akhir sebanyak 7 kali.
Aku tengok sekali lagi tingkap tu. Tingkap tu dah kembali cerah dan bunyi budak budak main bola kedengaran semula. Allah. Allah. Aku tak tahu tadi tu apa. Bila housemate aku habis solat dia ajak aku baca yaasin. Lalu kami pun baca yaasin bersama. Lepas baca yaasin, kami masing masing tak bercakap pasal kejadian tu.
Esoknya aku beranikan diri bertanyakan housemate aku dia rasa tak apa yang aku rasa semalam. Dia cakap ye dia pun rasa dan dengar apa yang aku alami semalam. Sebab tu dia terus ajak aku baca yaasin. Dia ajak aku baca yaasin lagi malam tu. Aku memang setuju.
Bila bercerita pada otai kat situ, mereka dengan selambanya cakap “atas atap rumah kamu tu memang biasa nampak benda hitam besar bertenggek. Betul betul atas atap rumah kamu.” Hemm. Membantu betul info yang mereka bagi tu. ?
Memang cabaran sepanjang tidur kat situ. Sekarang kami dah pindah rumah warden asrama. Sekian. Terima kasih sudi baca.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tabah betul wei…
http://dollarplanting.com/?ref=53782
Seram mak nok!!
Tq share cikgu 🙂
la boleh lg stay kat umah cikgu tu
gaya penulisan yg bagus.
#cumel
Sayap ke yg tutup tingkap tu
Aku suka aku suka, citer ko seram yg ohsem.. 5/5 k bye
kalo aku dah lame mencicit lari…
kental btol korg.