Part 3: Roh Berlegar- legar

Assalamualaikum admin dan pembaca FS. Harini aku “free” so sempat aku scroll page FS tup tup admin dah keluarkan cerita aku.
Rata rata feedback pembaca tak sabar nak tunggu sambungan.Terima kasih bagi positif efek. Yang marah cerita aku tergantung rilek eh. Ada sebab sebenarnya kenapa aku nye cerita tergantung.. Takpe last nanti aku bagitahu yew. Part 2 aku dah hantar.. Mybe bagi korang part 2 ni tak seseram macam part 1.. So ni aku nak sambung part 3. Ni part akhir yang bagi aku memang seram.
Cerita ni agak panjang so jangan bosan bila nak habis kalau baca pulakk.

Part 2 aku tak ingat sampai mana aku cerita.So aku akan bercerita start dari aku stay rumah orang asli dan mak aku masih meracau bila waktu maghrib.Tempoh sebenar family aku cari ketujuh tujuh jenis limau tu adalah dalam masa dua minggu.So aku ringkas kan la kepada satu minggu sebab tak banyak sangat jalan cerita atau perubahan mendadak kat aku dengan mak aku ni.

Aku mula kembali sihat dan tak kene histeria lagi 3 hari sebelum family aku berjaya cari kesemua jenis limau yang di perlukan. Masa kat rumah orang asli ni, tok penghulu diorang datang nak merawat aku. Entah tok batin ke tok bilal ke tok siak ke aku tak ingat nama penghulu ni. Atok ni bagi aku segelas air yang telah di baca sesuatu dan suruh aku berehat. Sebelom atok ni pergi, dia sempat toleh ke arah aku dan berkata
“pulangkan semula hak dia”
“kau telah mengambil sesuatu yang bukan hak kau tanpa kebenaran dia” “pulangkan ditempat asal nya”.
Panik giler aku masa tu, baru aku ingat “benda”yang dimaksudkan tu adalah “sampul” dan ia ada dalam beg baju aku. Rupanya histeria aku ada kaitan dengan mak.

Esok tu aku balik rumah along aku. Sebelom sempat kaki aku melangkah masuk, mak aku berdengus lantas bangun dari tempat tido di ruang tamu. Masa tu aku perasan mak aku “senyum sinis” dengan renungan yang tajam kat aku. Serius tak pernah aku nampak macam tu sebelom ni.. Along aku kata abaikan mak dan buat macam biasa.Masa aku kat dapur, tetiba dengar mak aku gelak. Gelak yang sangat besar macam baru terima jutaan ringgit. Aku dengan along hanya mampu senyap macam tak ada apa apa. Kata along inilah kali pertama mak gelak macam tu.sebelom ni mak banyak dan cakap sorang sorang.. Aku masok bilik, lepas baca Bismillah dan ayat kursi aku beranikan diri meletakkan semula “hak” yang aku ambil di dalam handbang mak. Bila aku keluar bilik, mak dah ada di belakang aku sambil berkata ” kau dah tahu?”. Dan di akhiri dengan gelak yang kuat.
Jantung aku laju..Laju macam F1. Aku tak sedar bila mak ada di belakang aku.. Apa lagi aku berlari lah keluar.

Petang tu abang aku dari KL balik. katanya cuti dan nak melawat mak. Along ceritakan semua kat abang.Abang hanya diam je. Abang aku ni pulak hati keriing. ikut kepala dia jew.. Malam tu macam biasa mak aku pengsan. Mak aku ni pengsan bukan sebarang pengsan. Pengsan dia meracau. Walaupun mata dia tertutup tetapi mulut dan tangan sentiasa bergerak. Tangan mak seperti menggenggam sesuatu dan menunjuk nunjuk ke siling. Mulut mak pulak bercerita tentang makhluk yang menumpang dalam badan mak ni. Oh ye, dalam badan mak aku ada makhluk yang menumpang..erkk aku tak ingat lah aku dah cerita ker belom..Kesemuanya ada 3 ekor. Dua ekor seakan monyet sebesar gorila berwarna putih dan hitam dan sekor lagi budak kecik hitam seakan toyol.

Malam tu mak aku sekali lagi membebel seorang diri. Mak cakap ada “budak kecik bermain kat lua di bawah pokok pisang”
Bagi along dan yang lain dah biasa tapi bagi aku ni kali pertama aku dengar. Setiap ciri ciri yang di katakan tu sama seperti apa yang kawan ipar aku ni kata. Senang citer aku panggil kawan ipar aku ni Z.
Rumah akak aku ni rumah kmpung ada laman yang luas.Satu taman ni ada dua buah rumah.. Rumah along aku dan sebelah kanan rumah cik ila. Depan rumah cika ila ada pokok rambutan betul betul tepi pagar. Tengah laman pulak ada pkok rambutan kuning dengan pokok durian. Sebelah kiri rumah along ada rumah dusun yang tak berpenghuni. Terkadang ada jugak tuan rumah datang tengok tengok. Cik ila ni dia spesis manusia yang dapat merasa kehadiran “benda” ni. Ada jugak dia nampak tanpa sengaja.Dan dia seorang yang kuat semangat sebab tu agaknya dia terpilih merasai kehadiran makhluk ni.

Malam tu abang aku lepak kat lua bawah pokok rambutan tepi pagar tuh. Bergayut rasa aku. Aku pulak lepak depan pintu mengadap jalan raya.Seberang jalan raya tuh hutan..Banyak pokok buluh dan ada air sungai. Pada mulanya aku nampak ada benda putih bergolek di tengah jalan raya tuh.. Sekali imbas je.. Aku abaikan..Mungkin perasaan aku. Lepasto bas persiaran lalu,aku tengok jelah sebab tak ada pape. Selang 2 minit lalu lagi bus yang sama. Aku agak bus rombongan. Tup lalu lagi.. Ahh aku rasa tak sedap hati. Cik ila suruh aku masuk, aku cakap kejap.. degil.. Bus tu lalu lagi, tapi ada penumpang di belakang. Bukan dalam bus, diluar bus tauu.. Hantu bungkus tu (pontianak) melekat di belakang bus to..Malam tu memang sunyi selalu ada je kereta lalu lalang tapi malam tu takde. Belom sempat aku masok kereta wira warna gelap lalu..Allahuuuu, “benda” tu terbaring di atas bumbung kereta.Entah bila “dia”melompat aku pun tak pasti.
Aku nampak abang aku dah pakai selipar tapi phone masih di telinga, aku pun nak bangun kununyaaa..
“GEDEBUKKKK!!!” tahu mcm mana bunyi nangka jatuh?? haaaa, masa tulah aku perasan “benda” yang atas kereta wira tadi tu bergolek macam orang tolak jatuh dari keretaa dan berguling depan rumah sampai depan pagar utama… Bila depan pagar utama dia berhenti.. Aku menjerit sekuat hati, abang aku lari tutup pintu.. Masa tu Ya Allah terasa gelapnya duniaa..Jantung rasa nak jatuhhh.. kami berdua duduk bersandar di dinding berhadapan mak.. Mak gelak besar dan berkata
“hahahahahaha, kenapa kau lari?? takut?? Dia kawan aku, aku yang panggil dia”. Aku hanya mampu menangis dan baca apa yang patut.
Along aku kata jom kita baca yassin..
baru nak Gerak amik yassin dalam bilik, “GEDENGUNGGG” pintu dapur kene tendang.. Apa lagi dugaan.. Hanya Allah je tahu perasaan kami masa tuh..Malam tuh pulak kami semua perempuan dan hanya abg aku sorang saje lelaki. Dengan anak buah menjerit, menangis, dengan mak ketawa tak henti henti melihat kami yang dalam ketakutan..Malam tu kami tak tidur sebab dugaan demi dugaan menimpa kami.

Malam sehari sebelom rawatan, mak disembunyikan.Kami perasan bila pagi tu mak hanya menyenglongkar sampah, bau busuk, taknak mandi makan satu periuk nasi habis.. Rambut mak panjang dan mengurai,tangan mak sejuk.Allahu..Z datang dan kembalikan mak ke rupa asal..Mak kelihatan lemah,lembik dan kelaparan. Malam tu mak meracau racau lagi seperti biasa. Malam rawatan tu, mak jadi manusia normal..Waktu maghrib mak tak pengsan.Bila tanya Z, katanya dia ada je dalam badan tuh, tapi pura pura sihat supaya kami tertipu.Malam tu mak tak henti henti buat kerja. Tapi Z telah bacakan sesuatu dan mak pun rebah dan pada masa yang sama cik la jugak seperti ketakutan melihat keadaan mak..Cik la hanya mampu tunjuk di sudut kaki mak jew.

Masa merawat, ibu jari kaki mak di ikat menggunakan benang. Mak menjerit kata sakit sakit. Mintak dilepaskan.Sapa tak kesian tengok mak macam tuh..Dah nama pun iblis, dia berdrama pulak dengan kami. Menangis beriya iya depan kami..kata anak anak tak sayang dia,sanggup bia dia sakit semua lah kluar..Tapi Z kata, jangan mudah terpedaya sebab ini bukan mak,ini adalah makhluk tu. Z kata aku bagi masa 1jam..Kau anak cucu kalau nak tanya apa apa silakan..Maka berlakulah sesi soal jawab. Ayah tanya siapa yang hantar kau
mak hanya jawab tak tahu.. setiap soalan mak akan jawab tak tahu. Mak hanya cakap sakit dan lepaskan aku.
Aku tak tahu mana datang keberanian, kelelakian,kesungguhan,ketidakperikemanusian pun aku tak tahu, aku ambik limau nipis tuh,aku letak kat area ibu kaki mak..meronta ronta mak..Memang aku tak kesian dah, Aku cuma cakap siapa kau dan apa kau nak.. Hampir 15 minit aku ulang solan yang sama..Dan akhirnya dia mengaku akan dirinya. Dia dihantar oleh tuan nya untuk merosakan kami sekeluarga.Dia benci mak aku.So dia bagi mak aku sakit. Maka keluarlah perkataan “anak mek” sebagai tuanya.Allahu.. Kami sekeluarga tak terkejut pun pasal mek tu sebab kamu dah tahu.

Sebelum mak stay rumah along..Ada beberapa orang ustaz,”dukun””bomoh”‘tok batin’ telah bagitahu perkara yang sama.
“orang yang hantar kepada mak kamu bukanlah orang lain,orang yang kamu kenal”
Mereka tak dapat nak tolong mak sebab katanya benda ni kuat.. Ye memang kuat..Ustaz di darul syifa pun hampir hampir tewas. Tapi benda ni datang balik..Rezeki mak, ada orang mampu buang kan.

Benda ni akan datang balik ke mak sekiranya mak pijak kaki ke rumah nya di kampung..Sekarang mak menetap di rumah anak anak nya. Terkadang rasa rindu di hati sapa yang tahu kan..

cerita aku dah abis.. Sebenrnya, semasa aku karang cerita part 1 dan part 2. aku perasan ada benda tak kene.. Bila perkatan “benda” ia bertukar secara tiba tiba menjadi “aku” dan cerita aku hilang masa aku amik air di dapur..Dalam dua tiga kali gak aku tulis..Apakah???
Mak aku sekarang sihat Alhamdulillah..Cuma dua minggu lepas dia meracau benci nasi.. Sekarang tak lagi. Ada yang kata cerita aku ni macam drama kan?? ye, inilah drama reality bukan fantasi.. Lepas ni aku nak jumpa shamsul yusof..hahahaha.. hantu bungkus selalu nya bergolek ek?? mungkin time aku jumpa tu jalan tak tar lagi..so sakit kalau dia nak guling guling..pastu penat lah kan..bila dah guling nak kena bagun pulakk..hahaha

Baru aku sedar .Manusia ni kita tak boleh suka sangat dan tak boleh benci sangat manusia lain kerana manusia tahu cara dan bagaimana untuk menyakitkan dan menggembirakan manusia lain.

#erry evana tasya

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

    1. Sampul duit raya yg kosong..penulis kata dia ambk sb warns sampul tu Cantik..ala ala 3D..warna warni..penulis kata dia pengumpul sampul duit raya yg cantik2..

  1. terbayang pulak dia bergolek.. jahat ko
    nih.. huhu.. nak tanya, apa barang dlm sampul tu n apa yg buat anak mek tu marah sangat kat mak ko?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *