(Part2) Pengalaman Villa Nabila

Pengalaman Villa Nabila 2

Assalamualaikum. Kembali lagi aku (Sasya bukan nama sebenar) ke FS untuk sambung cerita. Macam yang korang cakap. Cerita aku memang tergantung. Maafkan aku please, mungkin time tu syok sangat menaip sampai lupa nak cerita habis2ann. So kalini aku nak buat sambungan entry Villa Nabila tu. Hihihi (Kepada FS Terima kasih sebab post cerita Pertama). Btw cerita aku ni berdasarkan atas pengalaman aku sendiri, no copy okey dan FS tak pernah post lagi cerita aku yang pertama tu sebelum ni.

Salah satu yang aku banyak baca kat komen pasal Cool Blog. Huhu time tu aku beli kat JB Sentral. Tak pasti diorang bukak awal atau 24h. Tapi memang dah bukakkkk. Yang kerja situ tau lerrr. Fav aq Oreo Vanila. Haha siap bgtahu lagi. Second aku banyak baca pasal pagar zink tu, kan aku dah taip dlm cerita first, yang aku pergi berminggu2, cuma dalam cerita tu aku jadikan satu hari. Aku tak ingat dah cerita sebelum pagar zink tu wujud, cuma aku ingt cerita VN time zink tu wujud jeee. Haha nak buat macam mana, lol.

Third pulak pasal Ali kira2 tu,bile semua dah selamat. VN ni dah habis famous, dia kata dia kira mula2 pergi ganjil. Tapi dia kira balik ade genap, dia tak cam siapa yang genap sebab semua dia kenal. Mungkin mahkluk itu menyerupai sesorang. Okey untuk pengetahuan semua (aku open je cerita k), yang masuk berita kecoh2 Pasal lelaki nama Ijat ni, rasenye die cuma pergi rumah kawan aje. Mungkin ibu bapa mereka panik sebab kawan² si Ijat ni cakap Ijat pergi VN, tu yang kecoh tu..

Tapi the true story is, Memang ade yang hilang, mase aku balik rumah tu. 2,3 hari tu memang kecoh. Kawan2 aku yang segroup dgn aku sebok calling, msj, fb, wc aku cakap diorang tak balik lagi, and kami disuruh berkumpul kembali ke bando untuk pergi lagi VN tu (time ni dua hari selepas cerita first).

Lagi sekali kami kumpul dekat segget lama, time tu dalam pukul 3pm. Kumpul2 jam pun dah sampai pukul 5pm mcm tu. Kalini prepare sikit, memang datang untuk mencarik, hihi. Pergi naik bus tak sampai 10minit dah terpacak depan pagar zink VN. Time tu kereta banyak, nak panjat confirm kene angkut, so abang angkat aku ni pergi dekat area tepi pagar zink tu dia pi tendang2 sampai pecah huhu, kiteorang yang bebelas ni buat2 main hp, tunjuk2 laut. Buat2 line clear katanya. Dah pecah, kiteorang pun masuklah dengan giliran masing. Yang best tu, bila siang lain betul dengan malam. Pokok2 semua tak menutupi langit, cerah je jalan, rasa macam segar jalan situ. Sebab kiri kanan pokok yang segar bugar gituh. Kalini baru nampak swimming pool yang kotor. Air hitam, ini kalau jatuh ke dalam. Good bye jelah, mesti kene tarik dengan hantu air.

Kiteorang masuk VN tu dengan memulakan Salam dan bismillah, time tu cuma belaas orang je. Masuk je VN tu dah macam susana maghrib. Maksudnya gelap je, sampai kene bukak lampu. Tengok luar pun dah gelap, jam baru pukul 6. Takpelah, nasib dah prepare lampu suluh. Tengok2 jam eh dah pukul 8? Cepatnya. Kiteorang pun berpecah tuk carik yang hilang ni, not sure berapa ramai tapi tak lebih 10 yang penting (yang Viral 30 tu tipu jek tu, hish). Aku n dua kawan aku ni ditugaskann untuk ke area belakang VN ni. Yang lain ade ke tingkat atas dan ke bawah tanah. Aku tak tahu ape ade kat atas dan kat bawah sebab tak naik and tak turun pon, masa tak mengizinkan. Takut lagi pun, huhu. Senang cerita yang aku masuk ni bahagian dapur rasenye, sebab ada bilik air dengan kabinet sinki batu yang dah kopak2 batunye (mungkin sekrang dah dipecahkan oleh pihak berkuasa yang cuba robohkan rumah tu).

Gelap tak payah cakap, dah la tiga orang jek ni kat dapur tu, lepastu sunyi. Bunyi suara kawan2 yang ke atas dan ke bawah tu pun tak dengar langsung padahal gema kot. Kat dapur ni ada tingkap, lopong lah kan takada cermin, cuma semak2 je. Si Bedah ni boleh pulak bersuara. “Weh ada orang kat luar tepi tingkap tu, macam Mila je susuk tubuh dia”, Bedah cakap. “Otak kau, takkan Mila dua hari kat sini?”, aku jawab. Tiba2 bunyi semak samun tu berlaga2. Dah takut dah ni, Si Bedah ni pun cakap main lepas je. Dalam masa yang sama si Haziq pangil kiteorang jerit². Dah kenapa?

Semua berkumpul dekat ruang tamu (yang seram) VN. Kiteorang memang terkejut and pucat. Haziq dgn kawan dia lagi sorang tu tengah dokong sesorang! Masing2 sorang satu. Jeng Jeng Jeng! “Ya Allah, Siti! Mila!” Jerit Maya nak nangis takut dah. Aku diam tak tau nak cakap ape. Siyes mustahil gila. Diorang ni dari tingkat atas. Tak mungkin dua orang perempuan berani naik tingkat atas, pengsan pulak tu. Haziq bagi mereka minum air yasin. Mereka dah sedar tapi bila tanya tak ingat ape2. Lepastu nangis takut pehal diorang kat situ lagi. Pakaian diorang comot. Yelah dua hari tak balik. Ape jadik pun taktahu (Tapi dalam hati aku berkata..”si Siti ni lagi, apesal lah hantu ni suka sangat dekat ko). Yang si Bedah ni dah cuak. Abis siapa kat tingkap kat dapur tu tadi?

Sedang tenangkan Si Siti dengan si Mila ni, kiteorang dengar satu jeritan dari semak. Haziq suruh dua orang dari kiteorang bawak Siti dengan si Mila ni keluar VN dan duduk je depan pagar zink tu. Diorang selamat je, tak kene cekup ke ape sebab time kietorang nak balik tu diorang ade. Sian tengok diorang menunggu, sampai tido2 duduk. Dari jalan tak nampak sangat, diorang duduk tepi pagar zink nie. Lagipun semak2 halang pandangan. Yang peliknya Jeritan tu suara lelaki, bunyi seperti dia sakit. Carik kat semak tu takde ape pun, gatal je dapat. Tapi time cecarik kat semak yang meninggi paras kepala tu, tiba2 ade kucing hitam kat kaki Haziq. Meleset2 kepala dia, Haziq terdiam dan mata dia pandang je kat kucing tu. Mungkin dia tengah memikirkan sama ada kucing ke bukan. Dan mungkin yang jerit tu kucing ni? Sebab kucing ni jantan, jeng3..

Haziq ni kira dah sah leader no 2 group cik abang kiah ni lah haha sebab Ali tak ada. Jadik dia plan untuk panjat bukit curam ni, carik area rumah Doktor tu pulak. Wtf, kene panjat bukit tu? Tak boleh dah nak cakap tak, redah jelah. Dah macam panjat dinding dah rasa. Kalau salah pijak confirm tergolek ke bawah. Again tanah ni macam baru lepas kene hujan, lecak2 lembik, dan tanah ni tanah oren2 merah. Habis kuku aku patah2. Kotor takyah cakap lerr, muka pun penuh tanah. Time sesi mendaki tu, lagi sekali dengar bunyi jeritan (mcm cerita first). Jeritan seorang perempuan. Jeritan yang sangat aku kenali. Suara tu macam suara Ida (adik angkat kami). Jantung macam nak pecah, dup dap dup dap laju sangat2. Tapi bukan sebab takut, sebab risau.

Dah sampai atas tu kiteorang lek jap minum2 air. Tetiba kawan si Haziq ni nampak seseorang dekat perigi. Lupa nak bagitahu, dekat sebelah rumah doktor ni ada satu perigi batu lama, dalam tu memang ade air. Sebelah pergi tu pulak tebing batu macam divider jalan tu. So memang boleh duduk lah kat situ (sebelah tebing tu terus bukit curam). Kawan Haziq ni nampak sesorang duduk kat tebing tepi perigi tu. Semua nampak (time ni dah tinggal 8 orang je, yang lain semua tunggu luar). Kiteorang pun gerak sesame ke seseorang tu dan rupa2nya!!!!! Ali! Ali yang duduk kat situ, pandangan Ali ke bawah. Pakaian Ali koyak2 sikit macam kene seret2 ataupun golek2 and kotor sangat. Lagipun Ali pakai baju cerah and baju yang sama masa pergi VN kelmarin..

“Ali, kau ok tak?”, tegur Haziq. Tak sempat Haziq nak selangkah kaki ke tempat Ali tu, Ali dah bangun. Allahuakhbar, muka Ali pucat, mata hitam Ali tak ada. Warna bibir dengan pipi sama warna. Ali berdiri tegak, tiba2 tangan dia gerak menunjukkan sesuatu di dalam rumah doktor tu. Ali pun macam nak cakap sesuatu, tapi tak sempat nak buka mulut Ali rebah pengsan. Kami yang perempuan ni dah peluk berpelukan dah takut. Yang lelaki terus papah Ali ubatkan Ali dengan Air Yasin dan bacaan Ayat suci Alquraan. Dah reda sikit susana kat sini, tapi Ali masih pengsan. Kami yang perempuan rilex jap dekat tebing ni, pandangan pun best betul sebab betul2 berdepan dengan tepi Rumah Doktor ni. Macam biasa mata aku ni meliar mencari sesuatu sambil menggaru2 tangan macam monyet angkara dek nyamuk huhu. Yang peliknya, dah lah sejuk semacam, lepastu aku seakan menunggu sesuatu. Tungguu sesuatu yang aku pun taktahu tunggu ape. Dup dap dup dap jantung aku berdebaran, sambil mata meliar.

Astaghfirullahhalazim! Aku terus tutup mata peluk kawan aku yang dduk sebelah ni. Aku nampak nampak Cik Ponti berdiri kat tingkap rumah doktor ni. Tak nampak muka, tapi aku tahu dia tengah perhatikan kiteorang. Lagi pun cuma samar2 cahaya bulan je, so memang takkan nampak muka dia macam mana. Rambut dia cam biase la panjang. Aku terus nangis terkejut dan takut. Dah aku pulak yang ditenangkan oleh diorang. Diorang ingat aku ni kene rasuk. Sampai nak baringkan aku kat rumput. Sempat lagi cakap aku tak kene rasuk lah huhu. Aku pun dah tenang, cuma sedu2 sikit jek. Aku pun sambung duduk dekat tebing tu memandangkan aku dipaksa baring kat rumput tadi. Aku tengok jam kat tangan aku, biar betik! Baru pukul 8? Aku tak sedap hati terus tanya kawan aku sorang ni, eh? Jam kau pukul 12 pulak. Kami pun start lah sesi tanya menanya. Semua jam kami menunjukkan waktu yang berlainan. Ada yang pukul 3am, 5am, siap ada yang tak berfungsi lagi. Hp pun sama, lain2 waktu. Nak wechat ke ape line takde. So kiteorang dah start gigil kesejukan dan takut.

Haziq suruh kami yang perempuan stay kat luar je, dia nak pergi buat tinjauan dekat rumah doktor ni. Mata aku dah tak meliar dah, sebok peluk bahu kawan aku ni hahaha. Dah lah kami duduk depan perigi, kalau hantu perigi ni keluar taktahu lah ape jadik kat kami yang 3 orang jek ni. Lama juga Haziq buat tinjauan kat rumah doktor tu, dah sejam lebih dah ni. Baru je cakap macam tu diorang keluar dari rumah doktor tu. Tengok macam kelam kabut, rupanya mereka nampak cik ponti. Mungkin cik ponti yang aku nampak tadi kot. Alah dia nak kawan lerr tu. Tapi Cik ponti tu berdiri sebelah diorang je. Tak sempat kene makan lagi hihihi. Dengan kelam kabut, dengan Ali yang lemah tu, kiteorang dah macam terjun je bukit tu, gelongsor je sebab nak cepat. Takut. Dalam hati ni last lah aku masuk VN nie. Dah sampai bawah takda laluan lain, terpakse lah lalu tepi tingkap VN ni. Time tu memang lari2 anak. Tapi masih peka dengan kawan masing2. Takut hilang pulak.

(Time tengah membusy turun tu si Ali ni macam nak taknak turun, bila tanya Ali cakap ade sesuatu kat rumah doktor tu. Ape lagi jadiklah sesi tarik menarik paksa memaksa. Jahatnya kami huhuhu). Kami pun lalu lah dalam VN tu, dari tingkap dapur ke ruang tamu depan. Masa lari2 tadi aku nampak ade tangan yang melambai kami dari dalam bilik kat tengah laluan VN ni, macam suruh ke situ. Tapi aku buat bodoh je. Malas dah nak amik tahu! Lepastu karang aku sendiri yang takut. Jalan punya jalan, akhirnya sampai lah keluar. Lalu hutan tu memang seram, sejuk je. Suluh pakai lampu pun masih tak cukup terang. Sekali lagi suasana pokok malam and siang lain.

Malam, dahan2 pokok ni menutupi awan, memang tak nampak bintang ke bulan ke ape, suluh lampu ke atas puh penuh pokok je. Dari jauh dah nampak dah pagar zink biru tu, alhamdulillah, tapi tetiba macam dengar ade suara mengilai pendek. Macam 10saat tu. Fuhhh lincah kami keluar. Takda nak hati2 dah, masing2 berebut nak keluar. Dah keluar nampak pulak geng2, perempuan yang stay kat luar tu. Ala ciannn. Mesti bosan menunggu. Kami pun balik ke segget lama dengan jalan kaki. Bus dah tak ada, lepas tu tak tahu dah pukul berapa. Dengan comot2 macam ni, penat panjat bukit lagi. Dalam cerita aku ni, maknanya aku jumpa 3orang yang hilang, Ali Siti n Mila. Diorang dihantar balik ke rumah dan ditemani rakan masing2. Yelah takut diorang buat hal pulak kat dalam bus tu tak jadik ape.

Sejak hari tu aku dah tak pergi VN ni lagi, serik! Cuma lepak2 kat Segget and Cs je. Tu pun cepat2 ngelak nak balik takut tinggal bus. Dua hari selepas sesi mencari tu, rupanya VN tu dipenuhi oleh pihak berkuasa dah. Yang paling best dalam 4orang macam tu baru ditemui dalam VN tu. Mangse yang terperangkap tu cakap diorang nampak kiteorang carik diorang, tapi diorang macam terkunci, tak boleh buat apa2 hanya tengok je. Seorang dijumpai kat rumah doktor, yang lain kat VN. Mungkin diorang dijumpai lepas pihak berkuasa suruh ustaz tengokkan rumah tu, siap azan lagi kawan aku cakap. Lepas azan tu baru datang sorang2 ke ruang tamu VN tu dengan jalan yang lemah cakap, “tolong, kami terperangkap (Dalam cerita aku ni maknanya yang hilang cuma 6-7orang shj, yang lain dah tido terbongkang dah kat umah, rupanya kami lah rombongan yang terakhir sampai dalam cerita first aku tu. Cehhh hampeh betul).

Habis dah cerita aku pasal pengalaman ke Villa Nabila ni, takde tergantung2 dan semua jawapan dah disertakan huhuhu. Terima kasih kpd sudi membaca dan support cerita aku siap suruh sambung. Mati2 aku ingat mesti kene kecam buat cerita ni, yelah sebab degil tak dengar cakap mak bapak, lepas tu acacah2 berani masuk VN tu hihihi. Maaf sekali lagi sebab penggunaan kosa kata aku, kejap “kiteorang”, kejap “kami”.Jangan marah k? Hihi Tq.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “(Part2) Pengalaman Villa Nabila”

  1. Walaupun kak anje x suka dgn perangai korang budak2 bawah umur merayau xtentu hala. Tp akk puji sikap bertanggungjawap korang2 cr balik kwn2 korang yg hilang tu, Walaupun x dpt semua. So akk harap2 korang semua ambil ikhtibar.

    Reply
  2. Dah la ye , dik. Lps2 ni jgn dibuat lagi . Byk lagi benda berfaedah nak buat. Fikirkan masa depan dari sekarang.

    Reply
  3. Part Ali tunjuk sesuatu kat Rumah Doktor tu apa cerita? Ada tanya Ali tak apa benda? Act aku pon pernah pergi sana rumah Doktor tu. Tapi view dia memang cantik sebab nampak laut lah dulu2 lah aku pernah masok sebelom korang masok lg. Yg lagi best tu masok masa bulan puasa ek. Kononnya hantu takda la time tu. Jangan silap. Kesan dia terkesan lagi sampai sekarang. Nak pesan jangan la pergi simpan je niat nak pergi tu ek.

    Reply
  4. Dah ade wechat ke time tu lahabau.bab coolblog mmg xde yg 24 hour or bkk pagi2.budak ni kne stone ni pastu bari taip reka cita.cinabeng.maseh dara x kau bah?

    Reply
  5. Dah ade wechat ke time tu lahabau.bab coolblog mmg xde yg 24 hour or bkk pagi2.budak ni kne stone ni pastu barU taip reka cita.cinabeng.maseh dara x kau bah?

    Reply
    • Dah ada wechat lah. cerita ni around 2014 ke mcm tu. sebab aku kerja hari2 pergi balik lalu VN ni. So time isu ni jalan kat villa ni penuh kenderaan pihak berkuasa. Ramai gila orang tgk rumah ni .Sampailah Polis pasaang tali kuning tu, sekarang dah pasang zink dah.

      Reply
    • Masalah cite ko byk yg x clear.mcm di reka.coolblog bukak pagi2??•Nonsense.high dulu nnt ko sambung story ke 3 ek???

      Reply
  6. Yg pntg cite dy ni ade yg betul psl mmg kecoh psl bdk2 ilg kt vila nabila tu.aq sendiry pnh masok kt situ mmbr aq npk cik ponti kt pokok tgk kiteowg same mcm dy ckp.padahal aq masok tu mase aq blasan skunk umo aq da 30++.ehhh thn betul cik ponti tu jadi guard kt situ😂😂😂😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.