Partner Boss Buat Hal

Waddup geng..?? Amacam kisah aku kt rumah boss aku.?? Hahaha.
Tak lh seram sangat kisah tu. Aku cerita kat D yg aku publish kisah kt FS ni and ada lg yg nak baca. Last2 D suruh aku kongsikan kisah lagi satu. Kisah yg membuatkan aku sedar hantu2 ni tak semuanya jahat dan buruk seperti mana yg kita tahu.

Kisah dia mcm ni, D ni ada sorg share partner kt company. Kita pnggil B je laa. (Sng nak BABIkan dia, hahaha). B ni ada office sendiri kat Damansara. So dia pandai2 lh handle kerja sendiri. Kerja pun sorg2, duk rumah sorg2, mmg loner dan lifeless laa senang cerita. B dulu pernah offer aku kerja dgn dia, Tp disebabkan aku sayang kt company, office, (rumah D, kehkehkeh) dan respect kat D. Aku tolak tawaran dia. Dan paling best D naikkan aku jd project manager. Gembira woii..hahaha.

Oh yaa..benda ni jadi sebulan sebelum D pindah rumah. So, dgn kerja keras aku ke hulu ke hilir. Aku berjaya dapatkan satu projek kt Banting. Projek tu bernilai rm900k. Siapa tak happy?? D pun tk percaya aku boleh dapatkan projek tu. Tp setiap kegembiraan ada kesedihan. B pulak nak handle projek tu, senang je nak pow sedangkan dia menggemukkan diri kt office. Aku yg kena jumpa itu jumpa ini. Mmg aku tak bagi la..

Hampir bertekak aku dgn D pasal benda ni. Last2 D ckp, xyah bagi tp dia nak B ada buat kerja sekali dgn aku. Aku pun iye la, sukati kau tp aku tetap nak projek ni. Lepas tu mula lh busy ada meeting itu ada jumpa itu ini. Selama tu lh B ni follow aku. Dia pujuk aku suruh serahkan 100% kt dia. Aku tetap dgn pendirian aku.

Aku pernah stop kereta kt highway sebab bertekak dgn dia dlm kereta. Aku ckp ‘kau ingt badan kau besar aku takut nak bertumbuk ngn kau?? Kau tu terang2 makan gaji buta. Buta tuli pulak tu..main hantam je..’. B diam je. Satu hari tu ada meeting, so balik lambat dlm pkul 6. Highway ke banting tu baru siap kalau tk silap aku.

Tgh aku chill2 bawa kereta, ada satu kereta proton saga ni overtake dan tahan kereta aku. 5 org turun pastu suruh aku keluar kereta. Aku keluar je kena pukul. Sakit tu tak la sangat. Sebab aku sempat berbalas dengan dorg. Tp dorg ramai kan. B pulak ntah kenapa bodoh taknak tolong aku. Lepas aku terbaring semua dgn muka berdarah. Dorg tggalkan aku dgn B. B cepat2 angkat aku masuk kereta then blah. Sampai rumah dia story segala cerita kat D. D suruh aku amek cuti tapi aku taknak.

Mlm tu aku tido, aku mimpi aku dlm keadaan petang td..masa dan tempat kejadian sama. Tp yg peliknya aku nampak aku sendiri yg aku kena pukul(faham tak? Xtau mcm mana nk explain) dlm mimpi tu aku jenguk dlm kereta tengok B sengih2. Dlm hati aku, ‘sah kau punya angkara. Patut lah kau tak kena pukul petang tu, Pastu buat2 tolong aku. Sial la jaii.’

Lagi kronik bila dua hari lepas tu, kitorg dapat call dari office banting. Duit projek tu tak masuk account company, tp masuk account B. Lepas tu B lost contact, cari kt office tkda, kt rumah takda, dia tukar nombor, social media semua delete. Meroyan weyy aku, dh lh kena pukul pastu Kena kencing lagi. Petang tu aku jumpa D kat luar rumah dia. Nak masuk aku tak berani, dgn emosi tak stabil lagi. Masa otw tu aku tercium bau yg sangat harum dlm kereta aku. Bila aku buka tingkap bau tu hilang, dh mai dh seram dia pasal rumah D ni. Aku sembang kt luar rumah je dgn D dan F. D suruh aku sabar. Mana boleh sabar kata aku. Susah payah aku kerja, dia senang2 kaut semua. D minta maaf sebabkan dia lah benda ni jadi.

Masa tengah sembang kt luar, bau harum yg sama menerpa kat lubang hidung kitorg bertiga. Lama juga lah bau tu. Kitorg semua diam. Tak lama lepas tu bunyi ada org hempas2 barang dlm rumah. Mengamuk betul org tu. Habis bunyi benda pecah berderai kt dalam rumah. Tak sorg berani cek dlm rumah. Tp bila jenguk, xda apa pun jadi. Bunyi je lebih. Lepas bunyi stop aku gerak balik, D dgn F masuk rumah. Sepanjang aku balik tu aku sedih gile weyy. Tp yg aku pelik, dlm kereta ada lagi bau wangi tu. Dlm hati aku dh seriau dah. Ada yg follow balik kot. Aku malas ambik pusing memandangkan fikiran aku pun berpusing masa tu. Aku terus balik rumah..

Lebih kurang seminggu, masa aku tgh lunch dgn D. Ada call dari no yg tak aku kenal. Aku angkat then teka siapa??? B call aku..dia merayu dan minta maaf. Dia ckp nak jumpa kat rumah dia malam ni. D ckp nak follow sebab risau apa2 jadi kt aku. Kalau ikutkan aku tknak pg, tp dia dh merayu rayu. Aku iyekan je laa. Mlm tu dlm pkul 11 aku pg ambik D kt rumah dia. D masuk je kereta, bau wangi yg sama menerpa. Aku tegur D ‘uisshh..jumpa gemuk tu je nak wangi2 buat apa?’. D diam je sambil senyum. Dlm kereta tak banyak sembang. Mungkin D ni tgh fikir apa yg dia nak ckp kt B nanti.

Sampai kt rumah D, D buka pintu terus melutut minta maaf kt kitorg. D suruh bangun dh cerita lah apa yg dia nk cerita. B suruh aku atau D tarik balik barang yg kitorg hantar kat dia. Aku dgn D terpinga pinga la. ‘Barang apa?’ Tanya D. B siap ckp lagi ‘kita ni sesama islam, jgn lh buat benda2 syirik mcm tu’. Lagi sekali aku dgn D terpinga pinga. D ckp lah kitorg tak buat apa2 pun. Pastu B cerita yg dia kena kacau teruk selama seminggu. Tak tenteram katanya. Tiap kali balik rumah dia nampak sorg perempuan berdiri kt pintu masuk. Kacau dia masa tidur. Dia tunjuk badan dia habis kesan cakar2. Aku dgn D hanya mampu diam je. Yelaa..pa benda yg buat sampai mcm tu sekali.?

B juga ada ckp rumah mak bapa dia kt kampung pun kena ganggu. Suruh ustaz settlekan, then ustaz tu ckp suruh B minta maaf kalau dia ada aniaya sesiapa. Terus dia teringat pasal aku dgn D,tu yg dia call aku tu. Kereta dia pun kat bengkel katanya. Dia accident langgar pokok sebab nak elak sorg perempuan tgh lintas jalan. Dia keluar kereta xda sapa2 pulak. Aku pandang D, D pandang aku. Dia cerita lagi rumah dia nyaris terbakar, masa dia tgh mandi. Padahal masa tu xda punca pun yg boleh menyebabkan terbakar. Tiap malam dia hidu bau kemenyan, berselang seli dgn bau harum. B merayu kt kitorg suruh maafkan dia. D pn suruh aku maafkan dia. Aku tngok dia mcm bersungguh sungguh nak insaf, ‘xpe laa..kali ni aku maafkan kau’ kata aku.

Lepas je aku ckp mcm tu,lampu dapur dia berkelip kelip. Kejap on kejap off. Dan korg tahu apa yg aku dgn D nampak. ?? Kitorg nampak sorg perempuan yg sangat cantik. Pakai kebaya dgn selendang putih tgh senyum kt kitorg. Pastu dia lenyap. Aku dh mula takut dahh. Then bau harum lagi sekali dtg. B cuak then ckp ‘haaa..korg hidu bau ni,? Bau ni aku hidu tiap2 malam. Aku seram sejuk kalau hidu bau ni’. Aku senyum je. B jugak mengaku dia yg upah kaki2 pukul tu. Tak berani pukul aku sorg2 barangkali. B janji esok hari dia akan pulangkan balik duit projek tu. Tu je aku nak sebenarnya, aku nak projek tu je. Dh settle semua benda bincang, aku dgn D balik dlm pkul 2 mcm tu. Macam mana dtg, mcm tu lh kitorg balik. Bau harum tu tetap ada.

Sampai rumah D, D ajak aku masuk. Kau rasa? Mmg tak lh citer dia nak masuk. Aku tolak offer D smbil isap rokok kt luar kereta. D pun hormat keputusan aku, so dia xnak lh paksa2. Dia join aku isap rokok. Dh habis semua, masa aku nk masuk kereta tu aku toleh rumah D kejap. Masa tu baru tahu erti penyesalan. Aku nampak perempuan yg kt rumah B tadi ada kt tingkat atas rumah D. Aku nampak kt tingkap. Yg aku xboleh lupa, dia lambai2 sambil senyum kat aku. Aku terus cepat2 masuk kereta then blahh.

Esok nya D cerita kt aku apa yg jadi sepanjang proses aku memaafkan B tu. Mula2 aku ambik dia tu, dari pintu rumah dia dh tgok dh sorg pmpuan pkai kebaya dan berselendang tgh berdiri sebelah kereta aku. so D ni mmg dh ‘berkenalan’ dgn pmpuan tu sebelom aku. Mungkin tu kot bau wangi masa dia masuk. Hrmmm… balik tu pulak, disebabkan D yg drive, dia nampak pmpuan sama tgh duduk seat belakang. Bibir dia mmg tk lekang dgn senyuman kata D. D pn baca2 sikit ayat2 suci baru dia hilang. Pasal tu lah dia suruh aku stay kejap kat rumah, risau aku terbawa balik katanya. Aku pun xda apa2 lh lepas tu.

So, B ni D terus buang. Xnak dh kerja dgn dia. Buat taikk bnyak laa. Tp pelik lepas kejadian tu rezeki aku melimpah ruah. Bersyukur juga laa aku masa tu.

Satu hari aku jumpa sorg pakcik ni. Dia tegur aku. Dia ckp ‘untung anak ni ada org jaga, cantik pulak tu.’ Aku pun pelik apa yg pakcik ni sembang. Aku jawab lerr,’ mmg mak sy cantik, tp skrg sy jaga diri sendiri sbb mak sy kt kampung’
Pakcik tu ketawa sambil tepuk2 bahu aku then blah. Dia boleh blah mcm tu je biar aku berteka teki. Siapa prempuan kebaya tu sebenarnya.? Sbb aku dh tk jumpa dia lepas tu. Sampai lah satu hari………(jengjengjeng) kehkeh

Jadi ada pengajaran kt story aku ni. Jgn lah aniaya orang lain. Kalau nak benda tu, pergi usaha sendiri. Nanti kita juga yg puas hati dgn titik peluh sendiri. Mungkin kali ni story kurang seram laa. Tp aku sengaja nak kongsikan yg makhluk halus ni tak semua nya jahat. Dorg pun hidup mcm kita. Mcm mana aku tahu.? Nanti aku cerita mcm mana aku boleh ‘berkenalan’ dgn awek kebaya ni. Aku storykan lain hari sebab cerita ni dh panjang sngat.
Gerak luu..pape roger.

18 comments

  1. Waduhhhh . BABI 😂😂😂😂😂😂 Kurang ajr si B tu ek . Tk puas hati anto org pkul. Mmg bab btl perangai dia wehh. Tp bgus la ko ada yg membackup. Pdn muka dia .

  2. Da kena tau takut..siap kata kita sesama islam jgn buat benda syirik gitu..yg dia menipu, menganiaya kwn tu? Dia islam sgt ke? Naseb baik ada kak long kwsn jaga awk..

  3. Hakak ni antara pembaca tegar FS…
    Dan hakak jugak antara peminat tegar koo dik…
    Xleh blah mase ko kenalkan B tu sebagai B kan…
    Siot jer,haahahahaaa…
    Cepat next next next story…!!!

  4. Sambung lh lgi. Citer pk cik ni best lh.sya bdk 11 tahun .kena lh pnggil pk cik.tpi pk cik smbung tau cite niee.😂😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *