Patung Kedai Baju

Assalammualaikum dan selamat malam untuk peminat setia FS. Aku selalu isi masa dengan baca cerita kat FS ni. Aku nak share jugak sebab pengalaman aku dengan makhluk halus ni pon dah lama. Mula kisahnya masa aku akhir tahun form 3 aku selalu mimpi kene kejar dengan ular. Bila aku cita dengan mak aku, mak aku cakap ada laki nak minang. Cehh–‘. Lepas tu aku selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi sampai aku tersentak bangun. Mimpinya selalu sangat. Sampai aku pon malas nak layan.

Bermulanya apabila cuti sekolah tingkatan 3. Masa tu gila nak keje nak cari duit. So, aku dapatlah keje kat sebuah kedai pakaian. Mak aku memang tak bagi sebab balik malam tapi biasalah budak degil. Hari pertama dengan kedua ok je keje tak banyak sebab customer tak ada so memang duduk jadi tugu je kat depan kedai. Hari ketiga aku keje pon macam tugu duduk depan kedai. Aku bosan sangat pastu manager aku bagi keje tukar baju patung depan kedai tu. Lepas dah tukarkan baju dia, aku pandang je patung tu pastu kacau patung tu. Aku jolok mata dia, aku tarik rambut dia. Sampai manager aku marah dia kata tak elok.

Balik dalam pukul 10 malam,  pakwe (dah jadi tunang) aku pun ambik. Masa nak naik motor tu hati aku rasa tak sedap. Tiba-tiba berdebar. Aku cakap dengan dia. Dia pon pelik tapi dia kata tak ada apa- apa, dia terus hantar balik. So aku terus balik rumah campak beg naik katil main phone. Tengah aku main phone, tiba-tiba aku rase takut. Aku rase ada benda datang. Aku terus nangis turun katil peluk mak aku. Macam orang gila dah aku rase aku rase. Aku terus call pakwe aku, dia pon cakap masa tu masa dia balik rumah dari hantar aku, adik dia menangis. Maka bermula dari hari tu satu demi satu gangguan dalam hidup aku.

Antara aku masih ingat, pada mulanya aku jadi macam patung. Nangis je tak makan selama dua minggu tak selera. Aku minum air je sampai abang sulung aku kata aku gila. Abang sulung aku tak percaya sangat akan benda-benda gini. Lepas dia kata aku gila, malam tu dia rasa dia kene cekik (bini dia cerita lah). Selain tu, masa aku nak ambik wuduk, bila bukak pili paip tu darah keluar. Serius aku nampak darah.

Menjerit aku pastu mak aku bukak tak ada. Bab mimpi pulak jangan cakaplah. Macam-macam mimpi ngeri aku alami. Yang paling aku ingat, ular besar gigit ibu jari kaki kanan aku. Sakitnya sampai aku terjaga. Pastu ada satu hari tu aku duduk rumah akak ipar aku. Aku tidur aku tak ingat aku mimpi apa aku bangun kaki tangan aku dah biru. Aku nangis je, kakak ipar aku bukak yassin. Tak ok jugak pastu pergi darulsyifa ok semalam je. Esok kene lagi. Senang cite tiap malam memang aku nangis jelah takut sangat.

Sebab kene pada mulanya aku berubat dengan darulsyifa ustaz kata sebab patung tu ada penunggu. Tapi aku bila aku dah ok, lain pulak yang datang. Sebab kata ustaz tu bila dah ada lubang akan ada lah benda masuk. So, macam-macam bercampur ada orang kata saka. Tu memang aku pasti sebab akak aku pon asyik kene kacau dengan saka. Then, masa tu jugak tanah rumah aku tu dalam perebutan saudara-mara. Jadi orang kata sedara mara aku jugak yang buat. Entahlah. Yang pasti sakitnya on off aku dah sihat berubat kat darulsyifa, dua tiga hari kene balik.

Sampai aku pon tak ingat tapi yang pasti sebab gangguan ni aku kene depression. Anxienty disorder dengan panic attack. Kalau nak tau boleh google tanda tanda penyakit ni. Sebab ramai je kene kemurungan ni tapi tak sedar. Sebab tandanya lebih kurang macam gangguan. Lagipun kita kurang didedahkan dengan penyakit ni sebab mentaliti kata sape kene penyakit ni orang gila. HAHA. Sedangkan ada je budak sejak sekolah rendah dah kene anxienty dan panic ni. Orang kaya orang miskin handsome cantik semua boleh je kene penyakit ni. So, sapa yang kene gangguan berubat tak elok-elok tu boleh lah try perubatan moden.

Selama setahun aku sakit, macam-macam aku kene. Merata mak dengan pakwe aku bawak berubat. Beribu duit mak aku habis. Pakwe aku pon kehulur-kehilir bawak berubat. Masa tu susah sangat sampai aku pinjam duit kawan aku sebab nak berubat. Masa susah ni aku nampak sapa yang sayang aku sapa yang tak kisah pasal aku. Last aku berubat dengan sorang makcik ni. Lepas berubat tu. Alhamdulillah aku beransur sihat.

Pengajarannya, jangan melawan cakap mak kalau tak nak penyakit. Dan Allah datangkan penyakit ni mesti bersebab. Hendaklah sentiasa bersangka baik.

Itu je, maaf tak seram dan aku harap perkongsiaan aku pasal anxienty dan panic disorder tu boleh membantu. Sekian.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *