Patung Puaka

Aku mempunyai banyak alat permainan. Alat alat mainan itu merupakan hadiah daripada saudara mara dan ibu bapaku. Namun, aku tidak berapa gemar akan alat permainan. Aku bermain untuk sekejap sahaja sebelum tidur.
Baru baru ini, perkara aneh telah berlaku. Aku tertarik kepada sebuah anak patung! Rambut patung itu berwarna kuning emas manakala matanya berwarna biru. Di mulutnya ada puting.

Selama ini, ibu dan ayahku tidak pernah menghadiahi aku anak patung. Mereka fikir itu ialah hadiah daripada saudara kami. Aku selalu membawa anak patung itu ke mana sahaja aku pergi. Namun, aku diketawakan oleh rakan rakanku kerana suka akan mainan perempuan.

Tidak lama kemudian, berlaku perkara aneh secara berturut-turut. Ibu dan ayahku mula berasa sangsi terhadap anak patung itu.
Misalnya, apabila aku sedang mandi, mereka akan terdengar suara nyanyian dari bilikku sedangkan tiada sesiapa di sana! Mereka juga mendapat mimpi yang sama. Dalam mimpi itu, seorang budak perempuan sedang merenung mereka di tepi katil. Apabila ayahku pergi ke tandas pada waktu malam, dia ternampak kelibat seorang budak perempuan yang berambut keemasan di luar pintu bilikku.

Apa yang paling menakutkan ialah aku memberitahu ibu dan ayahku bahawa anak patung itu selalu beborak denganku pada waktu malam!

Pada suatu hari, ayahku menghantarku ke kelas renang. Hanya ibuku yang berada di rumah. Semasa ibuku sedang mengemas rumah, dia terdengar tangisan bayi. Bunyi tangisan itu datang dari bilikku.
Apabila ibuku membuka pintu bilik, dia mendapati anak patung itu terbaring di atas lantai sambil menangis. Dia ingat patung mainan itu akan mengeluarkan bunyi tangisan jika putingnya tertanggal dari mulut. Oleh itu, dia mencari puting anak patung itu.
Akan tetapi, ibuku tidak dapat mencarinya, malah tangisan itu menjadi semakin kuat. Dia mula hilang sabar lalu menyumbatkan mulut anak patung itu dengan gumpalan kertas. Namun, bunyi tangisan itu tetap tidak berhenti.
Dengan perasaan geram, ibuku mencampak anak patung itu ke atas lantai. Anak patung itu terus berhenti menangis. Dia pun mengambil anak patung itu dari lantai.
“Aduh!” Jerit ibuku kesakitan.
Dia mendapati satu kesan gigitan yang berdarah di tapak tangannya. Kemudian, dia melihat ke arah anak patung itu. Ibuku terus tercegat. Ada kesan d***h di bibir anak patung itu.
‘Ini patung puaka! Aku mesti membuang patung ini sebelum anakku balik’ fikir ibuku.

Dia memasukkan anak patung itu ke dalam plastik lalu mengikat beg plastik itu dengan tali. Anak patung itu dibuang ke tempat yang jauh agar aku tidak dapat mencarinya lagi.
Sejurus kemudian, aku pun balik. Mula mula ibuku berasa bimbang kerana aku mungkin akan merajuk jika mendapati anak patungku hilang namun tidak. Aku langsung tidak keluar dari bilikku selepas pulang dari kelas renang.

Pada waktu malam, ibuku berasa terkejut apabila melihat aku berada di dapur. Aku sedang mendukung anak patung itu! Ibuku berasa takut dan resah sekali. Dia menceritakan hal yang berlaku kepada ayahku keesokan harinya.

Esoknya, ayahku segera pulang setelah menghantarku ke sekolah. Ibu dan ayahku merancang untuk membakar anak patung itu! Setelah dicampak ke dalam api, anak patung itu mengeluarkan bunyi tangisan yang nyaring dan dahsyat. Tanpa berpaling, ibu dan ayahku terus beredar.

Setelah balik dari sekolah, aku tidak merajuk walaupun anak patungku telah hilang. Akhirnya, ibu dan ayahku berasa lega.

Namun, apabila tiba waktu tengah malam, mereka terdengar suara tawa dari bilikku. Dengan pantas mereka meluru ke dalam bilik itu.
Mereka ternampak sebuah anak patung yang hangus sedang duduk di atas katilku. Anak patung itu mengilai walaupun mukanya tinggal separuh sahaja. Aku pula seolah olah tidak waras. Aku terbaring di atas katil dengan mata terbeliak.
“Emak, ayah, anak patung ini mahu membawa saya ke tempat yang penuh gembira,” kataku.

Aku terbangun dari tidur. Belakang badanku terasa basah dek peluh. Tiba tiba aku terdengar bunyi tapak kaki yang lembut. Aku segera berpaling. Aku ternampak anak patung yang sama seperti di dalam mimpiku semakin menghampiriku. “Tidak! Jangan datang dekat!” Jeritku namun semuanya sia-sia….

P.s:
Cerita ini hanya cerita rekaan. Cerita ini diadaptasi dari sebuah buku namun diubahsuai sedikit untuk menambahkan kesan seram.
#penulismuda

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

#penulismuda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

10 thoughts on “Patung Puaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.