Pawang Hitam

“tolong..!! jangan bunuh aku! Aku..aku akan ikut apa saja cakap kau..tolong!” rayu kamal. Lelaki didepannya itu langsung tidak menghiraukan rayuannya. Pisau yang dipegang lelaki itu terus ditusuk tepat ke pangkal tengkuk kanannya. Darah memercik laju keluar dari luka tusukkan itu. Kamal terus menggelumpur diatas lantai. Lelaki itu tidak berpuas hati lalu sekali lagi menikam dada kamal bertalu-talu. Kamal yang sudah nyawa-nyawa ikan itu tidak mampu melawan tindakan lelaki itu.Badan kamal sudah tidak bergerak ternyata nyawanya kini sudah melayang. Puas hati lelaki itu melihat orang yang paling dibencikannya itu mati ditangannya.

“baru puas hati aku!! Hutang darah perlu dibayar dengan darah!!” kata lelaki itu marah.

…………………………..

Didalam kelas 5 kurnia,kelihatan cikgu adnan sedang menulis sesuatu dipapan putih. Selepas siap menulis,dia terus mengambil peralatan mengajarnya dan keluar dari kelas itu tergesa-gesa. Gelagatnya itu menimbulkan tanda tanya kepada pelajar-pelajar kelas 5 kurnia itu kecuali kamal yang asyik termenung dari tadi.

“woi bro!! Apesal kau ni termenung je dari tadi aku tengok?“ sapa adi yang duduk disebelahnya.
“hmm..takde papelah..aku mengantuk je..“ ujar kamal.
“hai adi..“ tiba-tiba datang seorang perempuan menyapa adi.
“oh! Hai mawar..“ balas adi tersengih-sengih.
“adi..boleh tak petang ni awak tolong saya ajarkan matematik yang cikgu adnan ajarkan tadi tu..saya tak faham la..“ ujar mawar.
“oh..boleh je..bila?kat mana?“ jawab adi.
“petang ni..kat library..“
“ok..“

Perbualan mereka berdua membuatkan kamal berasa kurang senang. Sebenarnya sudah lama kamal menyimpan perasaan terhadap mawar yang merupakan pelajar perempuan yang paling cantik disekolahnya. Tapi sayang, mawar lebih menyukai adi dan menggangap kamal hanya sekadar kawan saja.

Malam itu kamal seperti dirasuk syaitan. Dia kelihatan sedang memegang pisau sambil menikam gambar seorang lelaki. Gambar itu dicarik-carik dengan pisaunya. Mata kamal kemerah-merahan menahan marah. Ditikamnya muka lelaki itu berulang-ulang kali.

“sebab kau aku tak dapat perempuan yang aku suka! Mampus kau kali ni!“ kata kamal sambil mengetap giginya.

Gambar lelaki yang ditikam kamal itu ialah kawan baiknya sendiri iaitu adi. Tetapi disebabkan seorang perempuan kamal menyimpan dendam terhadap adi. 3 hari lepas,kamal menyatakan isi hatinya kepada mawar tetapi malangnya mawar menolak perasaan kamal itu. Mawar menyatakan bahawa adilah lelaki yang beliau sukai. Ini membuatkan kamal berasa sangat sedih bercampur marah.

Petang esoknya, selepas habis waktu sekolah kamal memecut laju motosikalnya menuju kerumah pawang hitam seorang bomoh kampung yang begitu handal dengan ilmu hitam. Hati kamal berdebar-debar ketika memasuki kawasan rumah pawang hitam kerana rumah itu terletak jauh kedalam hutan dan jauh dari orang ramai. Kiri dan kanan rumah pawang hitam hanya dipenuhi hutan dan semak samun. Ini membuatkan bulu romanya berdiri tegak.

“assalamualaikum…tok?!“ laung kamal dari luar rumah. Tetapi langsung tidak berjawab salamnya. Kamal melangkah masuk kedalam rumah itu perlahan-lahan. Bunyi lantai rumah kayu usang yang dipijak itu menambahkan lagi suasana seramnya. Mata kamal tiba-tiba terpandang pawang hitam yang duduk besila ditengah-tengah ruang tamu itu.

“tok? Saya datang ni ada hajat…“ ujar kamal selepas dia duduk berhadapan dengan pawang hitam. Pawang hitam tidak bersuara dan hanya memandang kamal dengan serius.

“siapa perempuan yang kamu inginkan itu..?“ soal pawang hitam dengan tiba-tiba. Kamal tersentak apabila mendengar pertanyaan pawang hitam. Dia belum pun lagi menyatakan hasratnya tetapi pawang hitam seperti sudah mengetahui hasratnya itu.

“err nama dia mawar tok..boleh ke tok jampikan dia supaya dia sukakan saya?“ soal kamal.
“boleh..tapi ada syaratnya..“ ujar pawang hitam.
“apa syaratnya tok?“ soal kamal terpinga-pinga.
“dia akan mula sukakan kau selepas 5 hari..dalam 5 hari itu kau tidak boleh melihat cermin.jika kau melanggar arahan,mawar akan mati dan kau juga akan mati! Kau boleh balik sekarang.” ujar pawang hitam sambil mengasapkan kemenyang yang terdapat dihadapannya.

Kamal seolah-olah terkena genjatan elektrik apabila mendengar syarat yang dinyatakan oleh pawang hitam. Mati bukan benda main-main fikirnya. Tetapi untuk mendapatkan mawar dia rela menerima syarat itu. Setelah selesai segala urusannya dengan pawang hitam,kamal pun meninggalkan rumah kayu itu.

Sebaik saja kamal meninggalkan rumah itu,muka pawang hitam mulai berubah menjadi satu mahkluk yang menyeramkan. Mukanya berbulu dan bermata satu. Mahkluk itu tiba-tiba menyeraingai dan menampakkan taring besar yang keluar dari bucu mulutnya.

………………..

Wajah kamal penuh dengan keceriaan pada pagi itu. Habis semua kawan-kawannya yang berada didalam kelas itu disapanya. Pelik! Itulah gambaran yang dilemparkan oleh kawan-kawannya terhadap kamal. Selama ini tidak pernah kamal berkelakuan sebegitu. Malah adi rakannya pun turut berasa pelik.

“woi kamal! Ko ni dah kenapa? Tersengih-sengih aku tengok..ko pegi mana petang semalam? Aku pegi rumah ko mak ko kata ko takde..“ soal adi bertubi-tubi.
“aku pegi bandar..ade kije skit..“ jawab kamal pendek. Jika adi tahu kemana dia pergi petang semalam habis punahlah harapannya. Mata kamal tidak henti-henti memandang mawar yang berada dihadapannya itu. “4 hari lagi kau akan jadi milik aku hehe..“ bisik kamal didalam hati. Kamal tidak sedar sepasang mata kemerah-merahan sedang memandangnya dari luar bilik darjah 5 kurnia itu yang sedang mengawasi setiap tingkah lakunya.

Selepas menghabiskan sepinggan mee goreng yang dimakan dikantin sekolah,perut kamal tiba-tiba meradang dan dia terus menuju ke tandas. Selepas melepaskan hajatnya itu,kamal seakan-akan terlupa akan pesanan dari pawang hitam. Dia memandang cermin untuk membetulkan rambutnya yang kusut. Sebaik sahaja kamal memandang cermin, tiba-tiba dunia kamal seolah-olah berpusing dan terus menjadi gelap.

Pada masa yang sama,mawar yang berada didalam kelas juga turut terganggu. Tanpa sedar,mawar seolah-olah sedang dirasuk. Mawar tiba-tiba saja menjerit sekuat hatinya dan menggelumpur di atas lantai. Rakan-rakan sekelas terkejut melihat keadaan mawar yang tidak sedarkan diri itu. Masing-masing cuba untuk menolong tetapi semuanya habis ditolak mawar seperti ada satu kuasa lain yang membantu mawar ketika itu. Selepas 10 minit mawar dirasuk,akhirnya mawar jatuh pengsan.

“kau sudah melanggar peraturan! Kau akan menerima hukumannya!!“ kata satu suara yang berkumandang diudara. Kamal yang tersedar dari pengsannya itu terketar-ketar ketakutan. Dalam samar-samar itu kelihatan kelibat seorang lelaki berjalan kearah kamal. Kamal terkejut melihat lelaki itu. Adi! Ya adi rakan baiknya sedang memandang kamal dengan penuh kebencian. “kau pembunuh!! Kau telah membunuh mawar!!“ kata adi. Ditangannya terdapat sebilah pisau panjang.

“tolong..!! jangan bunuh aku! Aku..aku akan ikut apa saja cakap kau..tolong!” rayu kamal. adi langsung tidak menghiraukan rayuannya. Pisau yang dipegang adi itu terus ditusuk tepat ke pangkal tengkuk kanannya. Darah memercik laju keluar dari luka tusukkan itu. Kamal terus menggelumpur diatas lantai. adi tidak berpuas hati lalu sekali lagi menikam dada kamal bertalu-talu. Kamal yang sudah nyawa-nyawa ikan itu tidak mampu melawan adi.Badan kamal langsung tidak bergerak ternyata nyawanya kini sudah melayang. Hati adi puas apabila melihat orang yang paling dibencikan itu mati ditangannya.

“baru puas hati aku!! Hutang darah perlu dibayar dengan darah!!” kata adi marah. Seketika kemudian kulit muka adi terkopak. Satu demi satu kelopak kulitnya jatuh dan menampakkan wajah sebenarnya. Wajah adi tadi sudah bertukar menjadi satu mahkluk berbulu hitam,bertaring besar dan bermata satu.

………………………..

“betul ke ni rumah pawang hitam,man?“ soal amran selepas memakirkan keretanya.
“betul la ni rumahnya..dah jom kita masuk.“ Jawab lokman. Salam yang diberi mereka langsung tidak disahut. Mereka berdua pun melangkah masuk kedalam rumah kayu usang itu. Mereka berdua tersentak melihat seorang lelaki sedang duduk bersila ditengah-tengah ruang tamu itu. Kepala lelaki itu perlahan-lahan mendongak memandang amran dan lokman dan menyeringai menampakkan giginya yang kehitaman itu…

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *