Pelawat Lokap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca pembaca FS. Nama aku Ifa. Aku seorang anggota polis dan sekarang berkhidmat di salah satu ipd di Kedah. Maaf aku tak dapat nak bagi tahu mana tempat aku bertugas, oleh kerana sebab sebab tertentu.. Okay lets the story begin..

Aku ni kerja shift bahagian GD iaitu kerja aku terima repot, ronda kawasan dan jaga lokap wanita. Sekarang aku nak cerita kejadian semasa aku sedang bekerja di lokap..

Kejadian ni jadi pada tahun lepas 2016. Aku masuk tugas lokap wanita pukul 11 malam sehingga 7 pagi (8 jam). Masa ni aku takde langsung fikir bab2 mistik ni semua. Memang la sebelum ni macam2 cerita aku dengar. OKT (orang salah yg ditahan sementara untuk reman) b***h diri lah, cubaan b***h diri lah. Macam2. Tapi malam yang aku kerja tu aku memang tak fikir bab2 ni. So aku terima tugas macam biasa.

Duduk di bilik cctv bersama incaj aku dan sorang lagi kru lelaki. So kami ada 3 orang anggota untuk jaga lokap lelaki dan wanita.. Ok start pukul 2 pagi mata aku dah mengantuk. Biasalah. Sunyi je lokap sebab semua OKT tidur dah. Selang sejam aku akan ronda lokap wanita untuk pastikan semua OKT wanita dalam keadaan baik.

So pukul 2 pagi ni mata aku dah tak tahan. So aku decide nak rehatkan mata kejap je. Hehe. Incaj aku dan sorang lagi kru lelaki pun terlelap sama. Tapi telinga kami alert tau. Bukan tidur m**i.

Sesekali bunyi okt jerit aku atau salah sorang akan terjaga untuk pergi tengok. Kadang2 dorang jerit bukan sebab apa. Sebab dorang nak minta makan je. Takpe bab tu. Aku pun terlelap lah sampai ke pukul 3.30 pagi aku terjaga sebab aku dengar pintu masuk dekat depan untuk laluan keluar masuk tu berbunyi. Pintu tu memang berbunyi kalau ditolak.

Bunyi dia macam ni “krekkkkk” hahah. Korang imagine jela ea. So aku pun bangun dan aku tengok incaj dan kru lelaki ni tak bangun pun, aku pun rasa pelik, eh dorang ni tak dengar ke ada orang datang tu. Aku takut pegawai je datang nak melawat lokap. Sebab aku tengok dekat cctv memang ada orang lelaki berjalan dan berdiri depan pintu gerigi besi tu. Tapi dia tak tekan loceng pun untuk minta kami bukakan pintu.

Lepastu aku duduk diam jela. Tak nak buka. Sebab aku dah rasa tak sedap hati. Tapi aku tak terlintas langsung nak kejut incaj dan kru lelaki ni.

OKAY!! Tiba2 orang yang datang tu menjerit jerit cakap perkataan yang aku sendiri tak faham bahasa apa dia guna. Dia ulang benda yang sama tiga kali. Aku pun bangun ambil kunci dan nak keluar dari bilik cctv ni untuk pergi buka pintu sambil mata aku tengok orang tu dalam cctv.. Guess what???

Baru aku nak melangkah keluar aku nampak pintu yang berbunyi krekk tu terbuka sendiri dan tertutup semula dengan sendirinya tanpa orang tu. Dan orang tu pun aku tak nampak langsung depan tu. Ya Allah meremang terus bulu roma aku. Aku masuk terus dalam bilik cctv dan terus buat2 tidur padahal aku dah menggigil gigil ketakutan.

Aku baca ayat kursi dan aku dah tak ronda ke lokap wanita lepas daripada tu. Sebab takut sangat2. Lokap wanita dah lah belah belakang. Gelap pulak tu. Siang berani la. Malam memang tak lah sebab sunyi..

So. Aku stay duduk bilik cctv tu sampai ke pagi. Lepas nak serah tugas tu baru aku cerita kat incaj aku. Dorang tanya aku kenapa tak kejut diorang. Hahaha mcm mana nak kejut, sbb aku langsung tak terfikir. Takpelah. Benda dah jadi..

Seram ke tak seram ke itu korang yang boleh bayangkan.. Tapi bagi aku itu seram sebab first time wey kena kacau selama bekerja kat sini. Next time aku cerita pulak yang lain dan lagi seram dari ni yang jadi di tempat kerja aku.. Ok lah.. Itu saja.. Bye korang.. #TerimaKasihAdminPublishkanCeritaIni

ifa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

11 thoughts on “Pelawat Lokap”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.