Pemain piano
Tak nak cerita banyak, aku perkenalkan diri aq sebagai Mem (bukan nama sebenar pun)
Masa tu, aku masih di sekolah menengah. Di kala form 3 katakan. Budak PMR katakan. Time tu, aku tengah dok hadap kelas yang membosankan. Nak kata malas tak jugak, nak kata rajin.. Hmm mak aku pun tak puji aku ni rajin sangat. Haha!
Akibat kebosanan giler dah tahap dewa, aku paling pandangan sendiri ke luar tingkap. Menghadap hutan di sebelah sana. Al maklum, sekolah kampung. Memang tak pernah renggang dari hutan. Aku mulalah termenung jauh. Ntah apa aku angankan aku pun lupa. Hehe.
Syok seorang diri melayan angan-angan, mata aku menangkap sesusuk tubuh jauh di blok seberang sana. Blok yang betul-betul hampir dengan hutan. Blok sekolah yang sunyi dan jarang di kunjungi mana-mana pelajar mahupun pengawas sekolah yang bertugas. Senang cerita tempat tu seram! Dahlah sunyi, hampir dengan hutan lagi, suram pulak tu. Meremang bulu roma.
Beralih ke arah susuk tubuh tadi, nampak macam tubuh seorang lelaki. Tinggi lampai orangnya kelihatan keluar dari sebuah bilik. Aku sekadar memerhati dari dalam kelas. Hairan tu tak. Cuma pelik. Budak mana berani sangat p tempat tu oi!
Kusyuk aku memerhati, si dia berpaling ke arahku. Seakan perasan akan pemerhatianku sejak tadi. Mak ai! Aku segera beralih pandangan ke hadapan. Tak tau apa pasal aku tiba-tiba meremang. Seram sejuk. Seperti mata si dia begitu hampir denganku. Aku toleh kembali ke arah sama. Hampir terbeliak mata aku pabila si dia begitu hampir turut merenungku. Pantasnya!!! Pecut ke apa masuk blok sini? Tanya hati kecilku.
Akibat takut tak tentu pasal, aku paling balik ke depan kelas. Fokus dan cuba fokus. Bukan nak katakan jatuh cinta, rasa nak jatuh sakit pun ada. Mana tak lelaki yang jaraknya tadi agak jauh di hujung blok, boleh pulak begitu hampir merenungku di blok yang sama. Hantu tak wujud waktu siang! Kata-kata semangat aku sejak dulu. Konon berani.
Pukul 10.15 pagi. Jam rehat dan jam melepak. Hari Khamis, hari aku bertugas sebagai Pengawas Perpustakaan. Patutnya, aku jadi contoh. Tapi, aku pulak merayau konon menggantikan sahabat yang tengah bendera jepun aka senggugut. (Engko jangan macam-macam bila pompuan senggugut, makan orang pun boleh tau. Haha)
Aku saja merayau blok sekolah paling atas. Senang nak balik ke perpustakaan yang juga duduk dekat blok sama. Tengah sibuk mengada checking blok, satu way tu memang penuh dengan lelaki. Perkara biasa waktu rehat. Aku tak nak kena kacau dengan kegatalan mereka lagi-lagi senior form 5 & 6 pulak tu. Aku pusing patah balik, belok kanan dan selamat! Terselamat dari gangguan manusia gatal. (Mulut tak ada insurans langsung! Haha)
Aku melangkah setapak dua. Mataku sekali lagi tajam menghunus ternampak lelaki sama pagi tadi. Kali ini, dia berada depan aku. Betul-betul depan aku! Nak patah balik tak berani sebab jantan berjaja menjual muka. Mahu tak mahu redah jer lah. Hantu tak wujud waktu siang weiii!!!
Setapak dua melangkah ke depan boleh dikira 10 minit. Slow and steady! Aku perempuan. Depan belakang lelaki. Nak pecut balik ke bawah pun ada. Menyesal aku sibuk sangat nak gantikan sahabat sendiri. Aku tunduk melimpas di hadapan si dia. Selangkah dua dia menegur.
“Hei!” Aku stop automatik. Berdebar. Tambah pulak takut. Kaki berat nak melangkah lagi.
“Nak dengar aku main piano tak?” Pertanyaan begitu dekat di telinga. Segera aku menoleh ke arahnya sambil menjarakkan diri antara kami yang begitu dekat. Kalau aku kena tangkap basah percuma masak aku kena atom mak!
Namun, hati lega seketika. Rupanya manusia. Bukan hantu seperti aku takutkan. Aku jer lebih-lebih feeling. Haha!
“Nak ke tak?”, dia bertanya lagi. Aku mengangguk tanda nak. Kenapa?! Aku macam tergoda, ya Allah! Begitu indah ciptaan-Mu. Lelaki dihadapanku punya susuk wajah yang boleh cairkan mana-mana student kat sekolah ni. (Acece melebih-lebih pulak)
Aku follow langkah si dia dari belakang. Dari pemerhatianku, bajunya bersih dan kemas. Rambutnya disisir elok dan teratur. Wajahnya bersih suci abadi tanpa calar kalah muka aku ni banyak parut j*****t sana-sini. Senior kot! Aku bukannya sibok sangat nak tahu siapa senior atas aku sepanjang aku sekolah.
Dia bawa aku p blok paling hujung. Blok yang aku pertama kali tenung lelaki itu. Aku dah start meremang. Nak lari tapi kaki berat nak melangkah. Kami tiba di hadapan bilik muzik. Pertama kali aku masuk ke bilik itu. Jarang sekali aku lihat mana-mana student p sini study muzik. Nampak sangat bilik ni tak pernah digunakan. Dia membawa aku masuk.
Di dalam bilik tu, aku lihat bermacam alatan muzik yang ada. Semua lengkap. Cuma sarang labah-labah sahaja sudi menghuni bilik itu bertemankan lampu yang agak malap.
Sebuah piano terlentang di tengah-tengah bilik itu. Nampak agak berhabuk. Si dia duduk menghadap piano. Lembut jari-jemarinya menekan setiap satu not yang ada. Alunannya lembut. Membuai khayalan. Aku terpesona sebentar.
Setiap alunan punya maksud yang aku dapat rasakan. Bermula dengan gembira, di tengahi dengan kekalahan dan di akhiri dengan kesakitan, derita dan sedih. Fikiranku mula membayangkan maksud di sebalik aku rasakan. Seakan di mindaku, satu siri kisah cinta yang di akhiri dengan kekejaman. Aku dapat lihat.. Aku dapat…
Kriinnggg!!!!! Tepat pukul 10.45 pagi loceng sekolah berbunyi. Aku tersedar dari khayalan. Si dia memerhatikan aku dengan tajam. Di bibirnya terukir senyuman sinis. Aku menjadi takut. Aku melangkah ke belakang menghampiri pintu bilik. Dia bangun dengan pandangan sama. Aku masih ingat lagi apa dikatakan si dia,
“Nama aku, Adam. Kau boleh nampak kisah aku. Jadi, tolong aku…”
Aku dah tak banyak fikir, aku terus tolak pintu bilik dan berlari cau dari situm akibat takut melampau. Lampu blok area tu pun asyik berkelip tak tentu pasal. Seram! Setelah agak jauh dari situ. Aku menoleh ke belakang. Hampir gugur jantung aku bila si dia di belakangku. Hampir! Aku kembali berlari tapi, wajahku seakan melanggar sesuatu yang agak keras. Aku pengsan serta-merta. Entah apa berlaku lepas tu aku tak tahu…
“Mem? Mem…” sayup kedengaran suara memanggil namaku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Ku lihat Gea berada di sebelahku. Wajahnya pucat takut melihatku. Aku hairan. Kenapa? Aku cuba bangun, namun kepalaku tajam menerkam setiap isi kepalaku. Sakit! Terasa lebam di atas kulit kepalaku berbenjol tebal.
“Apahal aku ada dekat sini Gea?” aku bertanya perlahan.
“Cikgu jumpa engkau terbaring dekat blok terlarang sana. Terbaring pengsan dengan kepala berlumuran d***h. Engkau buat apa dekat sana mem? Apa kau berani sangat harini p blok tu? Tengok?! Apa jadi? Kalau mummy tahu, aku nak jawab apa mem?!” bebel Gea risau berbaur marah ku dengar.
“Blok terlarang?” Itu ungkapanku perlahan menyahut. Mana? Di mana? Aku benar-benar ingin tahu apa sebenarnya berlaku. Kenapa aku seakan dibuka hijab melihat sesuatu yang aku tak pernah lihat seumur hidup.
“Jangan banyak soal, engkau tido dulu. Rehat. Abis jer sekolah aku bawak kau p hospital. Risau aku kau tahu tak?” Gea membebel lagi.
Aku hanya diam. Pandanganku berpinar sekali lagi. Kepalaku kian sakit mencengkam isi otakku. Aku pejamkan mata. Hendak tidur tuk kurangi sakit yang aku alami. Siapa Adam? Dan di mana Blok Terlarang? Tu, lain kali aku cerita k.
– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
CERITA LAGI CEPATTTTTT, GUA PANASARAN INI DONGGG!!!
Siot lah. Haha
sambung!sambhng!sambunh!! cepattt!!! HAHAHAH best nk tau kisah selanjut nya.. kippidup!
First time antu hensem…siap ada nama..best ni…cepat sambung ye dik..x sabar nk tau kisah adam ni
Sukaaaaaaaaa tauuu gantungg critaa cmniiii . Nak tahuu lagi cepat sambung cepat sambungggg . T_T
aduhhh cte tergantung siaa
OMG…buat suspen hantu tuh… cepat sambung kayh.! nak tgok apa yg terjadi lepastu.excited the next story!
Ade buku ke cerita ni,?
Mcm baca novel..sepatutnya tajuk Misteri Adam ?
Cm bace novel la pulok
-NO ENDING- -NO FEEL-
alahhhhh….cepatlah sambung
Macam director indon dah buat cerita tergantung macam ni, haih
siot lah aku baca nama kau siap nyanyi hahah
ajet ajet je budak ni
Ajetkan! Tayah bikin ceritalahhhh…..takde feel langsung.
TERBAIK…..MANTOP…TAK SABAR NK TAHU SIAPA ADAM
Hanging troxx.. habiskan je la kisah tu -_-“
sambunglah cepat.. tak sabo nak baca.. best2…
nak tahu penhujungnya apa… kikikiki…
HAhaha…jajja muka…time sekolah dulu pon aku tak suka lalu kat tempat laki lepak…diorng suka melepek kat koridor or tangga secara berjemaah….scary…tp cter ko best…sambung cepat!
bila nk smbungnye ?
macam mana korang boleh minat cerita macam ni? dah la siang ada lampu berkelip2
Geng2 novel ni bro..tak kisah cerita tu macam real ke tak..seram ke tak..
eh korang yg bukan geng novel ni dipersila berambus dari baca cerita novel camni.. yela korg kan suka baca cerita real yg boleh mendirikan bulu pubis..
oo..takuttnya…blah la pompuan…ke pondan
BILA NAK SAMBUNG NIIIIIIIIIIIIIII? ADUHHHHHHH
SAMBUNGGGGGGG SECEPAT MUNGKIN PLEASE
kusyuk aku bace…ko stop……adoiii.smbung la cepttt..tu laaa tgok la pkwe encem…
Cepatla sambung best giler cite ni seram siut…
boring la cerita tergantung ni, kalau rekaan pun xyah la nk buat tergantung mcm ni smbung trus la..pliss la da bnyk kali aku baca cerita trgantung camni dh xde feel nk baca utk sekian kalinya..
DAH ADA SAMBUNGAN KE BELUM WEYH…
Aku tension bca crita mcm ni, dah best² kna smbung plakkk ?
la..xde sambungan aduhai