Pemusnah Makhluk Ghaib

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin yang sudi berkongsi kisah saya, biarlah saya perkenalkan diri saya, nama saya Daeng, berumur 26 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Kisah saya ni bukan lah seram, tapi cukup untuk membuatkan pembaca tahu bukan manusia sahaja yang mendiami muka bumi ALLAH yang maha luas ini.

Permulaan kisah saya, saya ni jenis boleh nampak makhluk halus, atau lebih mudah dipanggil sebagai ‘hantu’, ada yang tinggi, ada yang terbang, ada yang merangkak macam haiwan, bermacam macam rupa lagi lah makhluk halus ini. Kalau saya hendak bercerita tentang kisah saya ini mungkin tidak akan habis, jadi saya akan bercerita serba sedikit apa yang saya nampak, maka bermula lah kisah saya sebagai pemusnah makhluk ghaib atau hantu.

(KISAH 1)
Bertemu Puteri Kemboja Putih.
(Orang Bunian)

Ada suatu ketika pada pukul 12 malam saya baru balik dari minum teh, saya bertemu dengan seorang perempuan yang pakaianya serba putih, berselendang putih mata nya cantik bersinar, kulitnya putih berbaju kebaya,rambutnya panjang hingga ke pinggang, lebih cantik daripada perempuan zaman sekarang.

Dia memandang saya dengan wajah yang sangat manis lalu saya bertanya kepada dia.siapakah gerangan tuan hamba? Dia senyum memandang saya dan dia pun menggelarkan diri nya Puteri Kemboja Putih dan harumnya saling tak tumpah seperti bunga kemboja.

Apabila saya memandangnya dia bertanya pada saya,tuan hamba pergi kemana malam malam begini baru pulang ke rumah?

Saya pun menjawab, hamba baru pulang dari tempat kerja. Mengapa tuan hamba berada disini? dan apakah hajat tuan hamba datang kemari?

Dia menjawab, hamba sahaja datang ke mari untuk melihat tuan hamba.

Saya pun berkata pada dia, jikalau tuan hamba datang kemari untuk membuat durjana ada lebih baik tuan hamba pergi dari sini. Hamba tidak teragak-agak untuk memusnahkan tuan hamba.

Dia berkata, tidak. Hamba tidak datang untuk membuat durjana, hamba hanya datang untuk melihat tuan hamba.kerana tuan hamba seorang yang berani.

Saya pun menjawab, hamba bukanlah seorang yang berani hamba hanya menjalankan tugas sebagai pemusnah makhluk ghaib. Dan hamba hanyalah manusia biasa seperti manusia yang lain dan tidak ada apa-apa yang istimewa pada hamba ini.

Dia tersenyum melihat saya kemudian dia pun berkata, baiklah tapi hamba akan selalu kemari untuk melihat tuan hamba, kerana hamba selalu ada di samping tuan hamba,
hamba pulang dahulu.

Dia pun berlalu pergi bersama senyuman yang manis harum semerbak kemboja. Matanya yang bersinar dan terus hilang entah kemana. Itulah orang bunian yang saling tidak tumpah seperti manusia.

Saya pun masuk ke dalam rumah dengan berkata di dalam hati, apakah sebenarnya yang dia mahu. Selama ini saya tidak pernah melihat wajahnya dan kali ini baru lah saya bertentang mata dengan nya.saya pun ambil tilam, lalu saya bentangkan nya ke lantai saya baring lelapkan mata dan terus tidur.

Kisah 2.
Pontianak menumpang di rumah sahabat.

Saya berjumpa dengan sahabat saya yang bernama abang zul. Beliau mengatakan rumah beliau telah diduduki makhluk halus. Saya pun berjumpa dengan sahabat saya itu.

Dia pun bertanya pada saya,
“Daeng, cuba kau tengok rumah aku sekejap, ada ‘benda’ duduk lah”

Aku perasan ada bayang masa aku balik rumah aku tadi, lepas itu aku tengok balik dia terus hilang.
Aku pun berkata kepada dia, “tidak mengapa abang, besok saya tengok”.

Hari berganti hari, masa berganti masa. Keesokkan harinya tepat pukul 11.00 malam saya dan abang Zul menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumahnya dengan memberi salam, saya terasa ada angin sepintas lalu menyusup di telinga saya.

Dalam hati aku berkata ,”hah’..dia’ sudah datang”. Saya berkata dengan sahabat saya,a bang zul, dia sudah datang dan dia berada dalam bilik abang zul. Abang Zul pun berkata kepada saya, “Daeng, kau musnahkan ‘benda’ ni, sebab dia mengganggu keluarga aku. Saya pun berkata pada dia, “menurut perintah abang”.

Dia beri keizinan kepada saya untuk masuk ke biliknya. Dia pun ada sekali di belakang saya. Masuk sahaja ke dalam biliknya, saya melihat satu lembaga putih yang sangat hodoh dengan kain yang koyak, matanya yang merah menyala, kuku nya yang panjang, mukanya yang hitam, rambutnya panjang hingga ke tumit.

Saya bertanya pada dia, kau buat apa di sini, makhluk itu pun menjawab,

“aku nak duduk di sini. Disni tempat aku…..aku nak musnah kan manusia aku tidak akan biarkan manusia hidup senang,”

Terkejut dengan percakapan ‘makhluk’ itu, saya pun berkata..

“sini bukan tempat engkau, pergi dari sini!!! dan jangan ganggu manusia yang tidak bersalah”.

Dia ingin berlawan dengan saya
saya pun berkata dengan ‘makhluk’ itu
“jikalau engkau datang kemari untuk membuat durjana, aku tidak teragak agak untuk memusnahkan engkau kerana engkau adalah perosak umat manusia.”

Makhluk itu memandang saya dengan penuh kemarahan, matanya yang merah menyala, giginya yang tajam dan wajahnya yang sangat hodoh.

Dia pun berkata, “aku tidak akan keluar dari rumah ini kerana ini tempat aku, aku sudah lama tinggal di sini, banyak lagi kaum-kaum aku
ada di sini, mereka semua akan hancurkan umat manusia hingga ke akhirnya”.

Mendengar percakapan ‘makhluk’ durjana itu,saya berkata pada abang zul,abang zul,dia nak duduk dekat rumah abang zul,dia nak musnahkan orang-orang dekat sini dia nak ganggu manusia.

Abang zul pun berkata pada saya,

“Daeng….kau musnahkan dia memang dia duduk di sini untuk buat kacau,semua orang dia kacau.”

Saya berkata, “baiklah abang zul…saya tidak akan biarkan makhluk perosak ini berada di sini”.

Dengan, berbekalkan keris 7 lok, kayu bertam dan busur panah, maka bertarunglah saya dengan si pontianak tersebut bersaksikan sahabat saya itu.

Saya tusuk tubuhnya dengan keris, lalu saya pukul dengan kayu bertam pemberian ayah saya. ‘

Dia’ mengelak dan berlawan kembali. Ditendangnya saya terkena di perut,s aya bangun dan berlawan kembali.

10 minit telah berlalu, pertarungan di antara saya dengan si pontianak itu belum selesai, dicakarnya saya dengan kukunya yang panjang itu dan saya pun mengelak. Saya pukul dengan kayu bertam kena di mukanya dan dia terjatuh. Saya tumbuk mukanya sehingga dia tidak boleh bangun, lalu saya ambil busur panah dan saya panah betul-betul di badan nya dan tamat lah riwayat si pontianak itu.

Makhluk itu bersumpah. Keturunan aku akan musnahkan keturunan manusia sehingga ke akhirnya. Saya pun mengambil ‘makhluk’itu dan masuk kannya ke dalam botol kaca. Saya,rebah lalu jatuh ke lantai disebabkan terlalu banyak tenaga yang saya guna untuk berlawan dengan dia.

Setelah saya sedar saya pun menuju ke sungai bersama sahabat saya tadi untuk membuang si pontianak tersebut, berbekalkan kalimah suci LAIILAHHAILALLAH MUHAMMAD DARASULLULLAH, saya melemparkan nya ke sungai air yang mengalir, maka berlayarlah dia bersama air sungai yang deras dan tidak akan mungkin kembali lagi.

Saya berkata pada sahabat saya, abang zul, sasaran dihapuskan. Misi dah selesai ,dia pun berkata pada saya,

“sudah, mari Daeng kita pergi minum dekat firdaus”.

Saya pun cakap, ” mari abang”.

Selang 30.00 minit berlalu, saya dengan abang zul pun pergi meninggalkan restoran itu dan pulang ke rumah masing-masing.

Begitulah kisahnya tetamu yang datang tidak diundang dan pergi tidak di suruh.di mana mana sahaja dia berada.

Kisah 3

(hantu raya, pocong dan kongkang jelmaan dihantar untuk memusnahkan manusia).

Siang berganti malam,malam berganti siang,masa pun berlalu dengan pantasnya….

Demi tugas yang tidak pernah selesai, saya pun menjalankan tanggungjawab sebagai pemusnah makhluk ‘ghaib’.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, saya baru habis dari tempat kerja dan balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah saya terus bersihkan diri solat dan terus singgah di kedai minum,kena teh o secawan buat hilang dahaga. Sesampainya saya di kedai minum itu,sahabat saya menelefon saya pakcik rahmat nama dia, dia meminta tolong dengan saya, saya pun jawab panggilan dia.

Pakcik rahmat:- Daeng kau kat mana???

Saya:- Saya kat firdaus pakcik,minum kejap.

Pakcik rahmat:- Kau boleh datang dekat rumah aku tak daeng,anak buah aku kena rasuklah,habis satu rumah kena.

Saya:-ok pakcik,saya datang sekarang.

Saya terus pulang ke rumah saya ambil pakaian seragam hitam bergaris kuning saya dan ambil senjata yang saya perlukan lalu saya pergi ke rumah pakcik rahmat,
sampai sahaja di rumah pakcik rahmat saya beri salam dan di sambut oleh beliau,dan saya disapa masuk ke rumah pakcik rahmat.

Pakcik rahmat berkata pada saya,

“Daeng…..kau tengok anak buah aku, dia tengah datang bulan, dia nampak ada benda dalam rumah aku, dia kacau semua yang ada dalam rumah ni”

Kebetulan pula adik adik aku semua perempuan,cuba kau tengok apa benda dalam rumah aku ni daeng….saya berkata,

“baik pakcik.”

Saya pun mula mencari makhluk itu sehingga di dalam bilik pakcik rahmat. Tiba-tiba langkah saya terhenti, terkejut bukan kepalang apabila melihat satu lembaga hitam di dalam bilik pakcik Rahmat. Tingginya sebuah pintu dengan badan nya yang besar berbulu, mata nya merah menyala sebesar pinggan, taring nya yang panjang…Saya berkata pada pakcik Rahmat.

“Pakcik.. Hantu raya ni, orang punya. Orang hantar untuk musnahkan keluarga pakcik”.

Pakcik Rahmat pun berkata pada saya, Daeng…..kau hapuskan semua aku taknak tengok benda ni semua…..dan saya pun berkata pada pakcik rahmat,

“baik pakcik”.

Dengan tidak membuang masa, saya pun ambil keris 7 lok saya lalu bertikamlah saya dengan ‘hantu raya’ tersebut. Saya berkata pada ‘makhluk’ itu…

“kenapa kau datang ke mari” dan

‘makhluk’ itu menjawab

“tuan aku suruh aku datang sini ganggu keluarga orang ni….sebab tuan aku dengki,a ku akan hapuskan keluarga ini”.

Saya pun berkata pada ‘makhluk’ itu,

“jangan sesekali engkau mengganggu umat manusia untuk memenuhi kehendak tuan engkau itu dan aku tidak akan biarkan makhluk seperti engkau bermaharajalela di bumi ini”.

Saya tikamnya dengan keris yang saya bawa, dia mengelak lalu ditamparnya saya. Saya tunduk dan saya pun tendang di perutnya dia jatuh. Bergegar seluruh rumah.

Saya pun teruskan pertarungan dengan hantu raya tersebut, ditendangnya saya di tumbuk nya saya. Saya mengelak tiba tiba dia hilang dari pandangan mata saya. Saya pusing ke belakang dia berada di belakang saya.

Saya pun terus tusuk dengan keris saya dia pun rebah jatuh ke lantai. Saya mengambil nya dan masuk kan ke dalam botol kaca,

Belum berakhir lagi pertarungan saya di antara makhluk ghaib tersebut.

Keluar sahaja saya dari rumah pakcik Rahmat saya pun melihat 2 lembaga yang berada di hadapan saya dengan mukanya yang sangat hodoh dan bau nya yang hanyir. Saya pun berkata pada pakcik rahmat,

“Pakcik,ada pocong dengan kongkang kat depan saya…”

Pakcik Rahmat pun berkata,

“kau hapuskan semuanya Daeng,aku taknak dia ganggu keluarga aku…”

Dengan tidak membuang masa, saya pun ambil kayu bertam yang saya bawa lalu menghayunkanya ke muka pocong tersebut, berdesup perginya kayu itu, umpama pedang yang tajam. Saya membelah badan pocong yang mengganggu keluarga pakcik Rahmat.. Dia bangun dan berlawan kembali, saya tusuknya dengan keris saya, akhirnya ‘dia’ rebah.

Tinggal seekor lagi, kongkang jelmaan yang besar, seakan akan seekor beruk mukanya yang hitam. Mata nya yang merah bergigi taring meremang seluruh anggota badan saya. Saya pun berkata pada ‘makhluk’ itu,

“engkau perosak umat manusia. Jangan engkau kembali lagi…”

‘makhluk’ itu terus melawan. Di tumbuknya saya, ditendangnya saya. Saya menepis tendangan nya itu, lalu saya pukul dengan kayu yang saya bawa itu sehingga dia jatuh dan saya ambil busur panah saya panah di muka nya dia pun tewas.

Selepas itu saya pun rebah jatuh ke lantai tiada lagi tenaga yang tinggal. Saya pun terbaring. Pakcik rahmat berkata pada saya,

“daeng,kau ok tak????”

“Saya ok pakcik….sasaran dihapuskan, misi selesai.”

“Tidak mengapa, kau rehat dulu tenaga kau banyak keluar tadi sebab lawan binatang tu.

“Baik pakcik”.,, balasku

Saya pun terbaring dengan nafas yang tidak menentu. Jantung saya berdegup kencang kerana ketiadaan tenaga lalu pakcik Rahmat ambilkan air kosong untuk saya dan memberi saya minum.

Jam sudah menunjuk kan pukul 1.00 pagi. Saya pun sedar dari baring.
Saya pun mengajak pakcik rahmat ke sungai untuk membuang makhluk durjana itu.

Saya dan pakcik rahmat pun ke sungai untuk membuang ‘makhluk’ durjana tersebut, lalu saya campak kan nya ke sungai air yang mengalir…selesai lah tugas saya sebagai pemusnah makhluk ‘ghaib’ atau dipanggil oleh sahabat sahabat semua sebagai ‘hantu’.

Saya dengan pakcik Rahmat pun berlalu pergi meninggalkan sungai itu dan kami berdua pun singgah di kedai minum untuk menghilangkan dahaga.

Pakcik rahmat mengucapkan terima kasih kepada saya kerana membantu dia dan keluarganya menghapuskan makhluk durjana tersebut. Saya berkata pada pakcik rahmat,

“tidak mengapa pakcik. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai pemusnah makhluk ghaib,t idak ada apa yang istimewa pada saya ni”.

Pakcik rahmat pun berkata pada saya,

“jomlah kita balik daeng dah pukul 2.00 pagi ni,”

saya berkata pada pakcik rahmat,

“jomlah pakcik”.

Saya dengan pakcik Rahmat pun berlalu pergi meninggalkan kedai minuman itu.

Saya pun pulang ke rumah dengan penatnya. Saya masuk ke dalam rumah, pergi ke bilik air basuh kaki dan ambil tilam lalu saya tidur tidak sedarkan diri.

Begitulah kisah saya sebagai
pemusnah ‘makhluk’ ghaib, Tugas demi tugas perlu di selesaikan sehingga ke akhirnya,dan tidak akan selesai tugas saya.

Apabila orang memerlukan pertolongan saya,saya akan pergi memberikan bantuan demi menjalankan tugas yang diberi sehingga ke akhirnya.

Sekian sahaja dari saya terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi membaca kisah saya ini.
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

90 thoughts on “Pemusnah Makhluk Ghaib”

  1. Hehe..arini bace terase laen plak..mybe sbb lenggok penceritaan yg seakan akan komik n penggunaan ayat baku kot..its ok..keep it up..lebihkan unsur suspen kot baru seram..

    Reply
    • maaf lah kalau cerita tak seram….sebab saya tak tahu nak cerita macam mana,baru pertama kali bercerita ni….jalan penceritaan saya macam komik sikit…heheh,maaf ye semua,adiwira yang tak diundang..

      Reply
  2. sabor ler. inikan penceritaan. no komen pasal seragam si pencerita. apa-apa pun bukan mudah untuk melawan tapi tidak mustahil untuk melawan.

    Reply
  3. huhuhu mcm baca buku cerita je. harap ni cerita betul, bukan karangan semata. sambung ya, nk tau jgk apa jadi next.

    Reply
  4. selepas membaca kisah adiwira ‘pemusnah makhluk ghaib’, ibu mengajak saya makan. tanpa berlengah saya menjawab
    “jomlah ibu”

    Reply
  5. Xtau la..nk kata ape.. baca cite ni bukan jd seram.. tergelak tak berhenti.. adoiiiiii sakit perut gelak pg2 buta ni. Hahahhahaha… kipidap.. komik pun komik la.. 🙂

    Reply
    • saya hadapkan je,sebab ada seorang pesakit tu kena sihir buatan orang….saya nampak hantu tu dalam badan orang yang kena tu…saya pun keluarkan dia,saya nampak…jadi saya pukul cukup cukup sampai lunyai.

      Reply
  6. SUUMMMPAHH LAWAK DOHH CERITA HANG NI DAENG KASTURI OII..
    HAHAHA
    LAWAN DENGAN HANTU MAIN KERIS TIKAM SANA SINI.HAHAH

    “engkau perosak umat manusia. Jangan engkau kembali lagi…”

    Ni jampi ka tagline ni.haha. Macam halau serangga makhluk perosak

    Aku tak tahu cerita ni betul ke tidak.
    Tapi aku tak kisah kalau tak betul pun asalkan sedap dibaca.

    Tapi yang penting, part ni kelakorrrr….

    “sudah, mari Daeng kita pergi minum dekat firdaus”.

    Saya pun cakap, ” mari abang”.

    Reply
  7. jujur & lurus orgnye abe daeng ni…. tp siyes den baca mmg tbyg2 komik wane wani tu… kemain lg tusuk menusuk… ape2 pon kipidap dongibab! yeehaaaaa. ????

    Reply
  8. best je bace, tak kisah la ayat karangan sekolah ke pe. Klu ade pe2 nak share yg blh kitorg amalkan ke, blh la share ye Daeng..

    Reply
  9. Tapikn kenapa mesti buang kt sungai kan..byak pulak tu..sbb saya dlu aktif main sukan air kat sungai byak jgak jumpa botol2 yg aneh ni..kalau yg tak tahu dia bukak dah jadi satu masalah lagi..sori bang saya punya nak tau tu tinggi..

    Reply
    • mesti kena buamg ke sungai atau laut air yang mengalir,saya ikat dengan tali kuning atau merah,siap salotip sekali botol tu.

      Reply
  10. Salam sappo daeng kasturi. Terima kasih kerana post kisah hidup daeng. Cemburu membacanya sebab daeng ada kemahiran deria keenam dan tahu menggunkannya ke jalan yang benar.

    Reply
  11. Hii Daeng, btul ka memang btul2 boleh nampak..
    Setiap masa ke ada, nampak mereka ni di mana2?
    Nak tanya jugak kucing pun memang nampak makhluk2 ni kan..
    Biasa kucing yang nampak buat apa?
    Saja tanya sebab ada byk kucing rumah saya..

    Reply
    • selalu nampak,tapi saya buat tak tahu…orang panggil je baru saya datang bantu,kucing kalau nampak dia tenung benda tu lama lama…lepastu dia lari.

      Reply
      • Oh siapa yang lari? Makhluk tu ke?
        Sbb memang kucing sy suka tenung lama2 especially lepas maghrib..
        Tenung ke pintu dapur tempat gantung plastik sampah.
        Bila saya buang sampah baru kucing saya alih tenung ke sinki pulak dan lain2 tempat..
        Lama juga tenung, kucing saya tak penah lari, lama2 dia tido je sebab ngantuk kot tenung lama2 hehe..

        Reply
  12. Hihihihi…..?
    Sy dh tgok fb penulis nie…suka watak komik kartun jepun…
    Sbb tu citer penulisan pon ala2 komik je…
    Xpe teruskan je tulis pengalaman musnahkn hantu ye…
    Sy bace semua citer yg admin post…best x best blakang kire…

    Reply
  13. Kenapa sampai perlu d*****h?bukankah si ‘perawat’ sepatutnya tanya dulu ‘benda’ tu sama ada nak keluar atau tak?

    Reply
  14. Ermmm….

    Mmg mcm tu erk lawan makhluk ghaib tu… Bukan kene guna ayat² Allah…solat sunat dulu ke mcm mna?
    Ermmmm…..
    Klu betul lain cerita…sje tertnya-tnya ja

    Reply
    • ya encik,lain orang lain cara…saya baca ayat kursi untuk pendinding diri,lepastu saya nampak dia….saya terus balon.

      Reply
  15. orang bermacam org yang ada..aku tanya kau jawap…biasa biasa sudah..ikut resminya padi…suku je aku bc trus skip tgok komen.. kenalah aku si penulis seperti apa..

    Reply
    • wasalam,ya ka??? lain orang lain cara bang,lain padang lain belalang…saya tak sama dengan pengamal perubatan yang lain,saya lebih kepada pemusnah.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.