Penampakkan Pocong Sewaktu Belajar

Assalamualaikum semua

Aku direct terus dengan cerita. Berdasarkan pengalaman aku sendiri. Cerita ini berlaku ketika aku berumur 15 tahun. aku sekolah ber asrama di salah sebuah sekolah di kuala lumpur

Ok kisahnya berlaku di asrama masa minggu peperiksaan percubaan PMR. Saya ni jenis belajar pagi-pagi sebab saya tahu otak tengah fresh masa tu. So niat nak belajar dekat bilik prep.

Asrama aku ni 4 tingkat. Bilik prep dekat tingkat 2. Bilik ni bilik khas tuk pelajar belajar. Kalau korang pelajar asrama, konfem tahu kan. Bahagian luar bilik prep ni di belah kanan aku ada satu ampaian besi dan bahagian bertentangan aku ada sebatang pokok yang agak tinggi. Dah mencecah tingkat 3. yang memisahkan aku dengan pokok dan ampaian besi tu cuma tingkap yang terbuka luas sebab nak bagi angin masuk.

Nak dijadikan cerita, tengah fokus belajar, tiba-tiba mata terperasan something atas ampaian besi tadi. Pada asalnya, aku ingat yang saje nak menakutkan aku tu adalah member aku sendiri. Sebab sebelom berlaku nya kisah ni, member aku selalu menyakat aku macam ni. Cadar putih bungkus badan macam pocong. Elok je dia duduk atas ampaian besi tu. since aku ingat member aku sendiri, aku pon tegur lah “wei, tak payah kacau lah. Kau kalau taknak belajar, jangan kacau orang. Esok nak exam”.

Then terus aku sambung belajar, tapi lepas 5 minit macam tu, aku rasa tak sedap hati sebab takde reaksi dari ‘benda’ tu. Aku pon tegur lagi sekali sebab nak sedapkan hati. Ayat yang sama tapi lebih tegas. sebab aku dah start rasa annoying sebab anak mata aku still dapat tangkap bayangan putih tu. Then aku fokus belajar.

Kemuncaknya, lepas 5 saat dari aku tegur tadi tu, 5 saat ya, aku pandang balik. benda tu lesap betul dari atas ampaian besi tu. Aku dah istighfar banyak time tu. memang aku dah tak pikir apa dah. tetiba baru nak bangun kemas buku, benda tu betul-betul dekat depan aku atas pokok tengah mengadap kau cuma tak nampak rupa sebab hitam sangat muka dia. Masa tu memang kau tak tau nak react macam mana. betul-betul terkaku. Time tu lah aku menyumpah seranah diri sendiri sebab acah-acah nak belajar.

Lepas 10 saat macam tu, aku tak tau mana datang berani aku sebab aku dah pikir sama ada aku terus kekal dekat situ or bangun dan belah. So aku decide tuk belah. Kemas cepat-cepat then terus lari. terasa jauh je berlari malam tu padahal jarak antara bilik tido dengan bilik prep tu cuma 3 bilik je jauhnya. Malam tu jugak aku tido sekatil dengan member. Aku tak kira dia nak marah ke apa.

Esoknya, aku terus citer dekat member. paham-pahamlah lelaki, cakap besar. Then cakap aku ni penakut lah apa lah. and nasib baik lah aku tak demam. Dah lah nak exam. Trial PMR tu. Ni lah pengalaman aku dengan benda halus nie. Sejak dari pertama kali tu, terus aku makin senang nampak benda-benda ni. tapi aku tak nak share dalam post yang sama. Ada masa nanti, aku share citer lain. Sekian.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *