Penangan Highland Tower

Hai kpd pembaca tegar fiksyen syasya, thanks kpd yg sudi membaca story aku ni, and thanks jugak kpd fiksyen syasya yg menyiarkan kisah aku ni, kisah ni bukan lah pengalaman aku, tetapi pengalaman yg berlaku kpd kawan aku. Okeyy sikit je intro, balik2 korang skip jugak ?.

Kisah ni berlaku dalam tahun 2012 x silap aku, yg mana kawan aku bernama Zal terlalu gilakan sukan permotoran @ matrempit. Pada waktu ni terkenal dengan ekzos kejut orang bangun subuh, hahaha. Okey biar aku crita serba sedikit berkaitan ekzos tu, okeyy ekzos tu adalah nama gerangan yg diberi nama oleh aku dan kawan2, sebabnya bunyi ekzos yg terlampau memekak yg selalu dipakai oleh mat2 rempit ,bila tengah malam bunyinya sgt menyakitkan hati hahaha sebab itulah kami menggelarkan ekzos kejut org bangun subuh. Okeyy aku teruskan dengan kisah seterusnya.

Pada satu malam dalam pukul 1 aku, Amin, Haris, Man dan juga Xal melepak di kedai mamak bagi meluangkan malam minggu bersama -sama. Kami melepak dri pkol 1 hingga lah pukul 3 pagi so, Amin mencadangkan untuk pulang ke rumah, lalu smue bersetuju untuk pulang bersama-sama. Tapi rumah Amin dan juga Haris jauh berbanding dengan rumah kami, dan juga jalan nak ke rumahnya perlu melalui depan simpang Highland Tower. So, Amin ajak kami menemaninya dengan Haris untuk pulang. So kami xde hal dan bersetuju sje. Okeyy pada start kluar dripada simpang kedai mamak td, aku membonceng Man, Amin membonceng Haris and Zal single rider.

Dari awal aku sebenarnya dah naik menyampah dgn bunyi ekzos Zal ni hahaha (jujur), dengan perangai Zal yg terlalu hyperactive dengan moto die tu. And sampailah satu trafic light sbelom trafic light simpang Highland Tower masa tu kami berhenti kerana lampu merah, and Zal mengajak kami berlumba smpai ke rumah Amin. Tiba tiba, lampu hijau pon menyala aku terus memecut laju dan di tempat kedua iaitu Amin dan Haris manakala Zal berada di belakang skali. Semasa berlumba tu trafic light di simpang highland tower tu memberi isyarat lampu hijau, kami berlumba dengan gelak ketawa. Aku dan Amin berada di hadapan kerana mmg cc moto kami besar berbanding Zal yg hanya pakai honda ex5.

Semasa merasa telah jauh berlumba kami pon membawa dengan kelajuan biasa. Aku dan Amin berborak semasa ada di atas motor, lalu aku bertanya dkt Amin mana Zal? And aku dan Amin pon berhenti tepi jalan. Masa tu dah dlm bandar jugak la, kiranya dah ramai org di kawasan tu, tunggu2 dlm 3 minit Zal xde jugak. Nak call Zal time2 tu pulak smue xde kredit. Aku dgn yg lain2 menggangap yg Zal dah balik rumah sbb dah kalah lumba motor td, hahaha. Kami menyumpah2 die smasa otw ke rumah Amin tu, hahaha. Ok aku skip tros sbb dah panjang sgt ni.

Waktu aku dan Man otw balik ke rumah kami, kami melalui jalan yg sama, tengah sedap2 borak aku perasan yg ada org tngah menolak motor di arah hadapan. Bila begitu dekat aku bru perasan itu adalah Zal. Aku trus memecut pergi ke arah die, and muka die pucat gila dan menangis. Aku parking moto dkt situ dan die menangis teresak esak. Aku tnya die mna die pergi die just senyap dan menangis je pastu Man tnya, “kenapa tolak je motor kau ni?”. Die jawab dalam teresak esak yg aku faham die ckp motor die x leh hidup. Aku try la start2 and x lama tu hidup mcm biasa. Die dgn muka terkejutnya dan die tros ajak cepat2 balik rumah. Kami pon memecut smpai la dekat rumah tapi Zal die ajak melepak dkt port kami slalu lepak la dkt kedai menjahit member aku ni.

Call2 mmber aku tu die ckp dia ad dkt kedai, so kami pon gerak la sana. Masuk2 je kedai muka Zal nmpak ok sikit drpd sblomnya dan x nangis dah. Aku tros tnya dkt die apa yangย berlaku. Die tros buka cerita lps je kami start berlumba die terlalu agresif dgn bunyi ekzos di yg kuat tu and die perasan masa die trafic light simpang Highland Tower tu kami smua belok ke kiri, tapi hakikatnya kiteorg straight je. Masa tu die ckp die mmg x dpt langsung nak follow belakang and lama2 kami hilang dri pandangan die.

Die berhenti skjap sbb rasa sunyi gile tempat tu, last2 bru die perasan sbelah die Highland Tower. Time tu aku and lain2 meremang bhai dengar cerita die, gile kau dpn2 Highland Tower tngah2 mlm tu. Pastu die ckp ttibe time2 tu la motor die m**i and start2 x boleh dengan perasaan menggelabah and takut. Die ckp masa tu die x pandang langsung Highland Tower tu dan die perasan ad satu lembaga berbaju putih dkt depan pintu gerbang Highland Tower tu tengah pandang die. Die start2 motor dgn perasaan takut nya tapi x hidup2 die tros menangis sbb masa tu x boleh nak gambarkan mcm mna perasaan die. Die tros pusing balik dengan tolak motor die, masa tu dia just ingat surah al fatihah dgn ayat kursi je.

Dia baca la dri start tolak motor tu smbil menangis2. Time die tolak motor tu die perasan ad yg memerhatikan die dri atas pokok tapi dia x toleh langsung pon die fokus ke arah depan je. Selepas sudah jauh dri Highland Tower tu die rasa okey dah sikit tapi takut tu masih kuat la, and sampai la berjumpa dgn kiteorg. And masa tu lah die rasa tenang sgt2, pastu die ckp yg die x nak dah pakai ekzos tu sbb die rasa punca jadi mcm tu drpd bunyi ekzos die tu, hahahaha.

Tu je lah aku dpt kongsikan utk korang, apa yg kurang aku mintak maaf sgt2 sbb x pandai nak karang cerita ni. And aku nak nasihat la sikit , jgn la terlalu galak sgt means ( perangai korang tu la) sbb bukan manusia shj yg hidup dkt dunia ni hehehe tu je lah.

@daus_sanz

Daus_sanz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]

12 thoughts on “Penangan Highland Tower”

  1. Hahahahahah…
    Baguihler sangat tu…
    Ko punye ekzos memekak bkn org je meluat, antu pon jengkel…
    Klu ikotkan cik ponti kan suke bertenggek motor org ikot slumber badak die, tp hat ni x lalu nk numpang, bingit tinge gamaknye…

    Reply
  2. Hahaha…punya la sayang kat motor tu siap patah balik sambil tolak motor. Biasa nya org dah takut tak ingat apa dah…..

    Reply
    • Hahaha…btul gak tuh. Sayang beno dia ngan motor tuh. Sanggup tolak padahal cik ponti dah dok peratikan dia… Klu org lain, dh tinggal hbs dah semua benda …

      Reply
  3. Kahkahkahkah siap menangis lagi tuh hilang segale macho.baru igt nk bekenalan..aishhh kikikiki nnt kim salam ya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.