Penanggal dan Misteri Budak Lelaki

Assalamualaikum. Aku ni memang peminat dan selalu follow page fs ni..jadi silent reader jugak. Kebetulan aku tak dapat nak pejamkan mata ni..teringin pulak aku nak share pasal pengalaman aku terjumpa kelibat penanggal dengan kisah aku jumpa budak lelaki misteri ni. Firs timelah aku taip kt fs ni.

Ok..mari kita mula. Aku minta maaf awal kalau cerita aku tak lah seram sangat..dan terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku ni. Oh yer..lupa nk kenalkan diri aku..Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Berasal dari Sibu Sarawak..dan sudah berkahwin mempunyai sorang anak..oklah tak payah intro byk sangat.

Kisah 1: Penanggal

Time tu aku form1. Aku dan famili aku tinggal di kuarters belakang ofis penjara. Kitorang masa tu baru pindah selepas pindah dari kuarters kerajaan depan highway. Masa baru masuk rumah tu mula2 tak ada apa2 yg berlaku aneh..kebetulan pulak arwah mak aku pregnant.. Usia kandungan mak masa tu baru 1 bulan..

Genaplah 4 bulan kitorang tinggal kat rumah tu..usia kandungan semakin membesar..berlakulah perkara yg aneh yg tak diingini. Pukul 1:26 pagi aku belum rasa mengantuk sebab aku sibuk siapkan kerja sekolah..sambil2 aku buat kerja sekolah tu aku sandarkan pada kenangan kt kerusi study aku. Tiba2 dari ekor mata aku mcm ada satu kelibat terbang dari luar tingkap.

Mula2 aku tak fikir pelik aku sambung balik buat kerja sekolah. Belum sampai 2 minit aku sambung study muncul lagi kelibat itu. Ok aku dh tak sedap hati..aku pun fikir kot2 ada perompak nk pecah masuk rumah kitorang ke kan.. Aku bukalah tingkap bilik aku..mana tau betul2 ada perompak..bila aku buka tak ada pulak. Siap aku jerit begini “Oi!! Siapa tu? Kalau nk korang nk pecah rumah aku, aku call polis!!.”. Dah aku jerit mcm tu suasana kt luar sunyi..pkl 1 pagi memanglah sunyi lagipun kawasan perumahan kt sini kalau malam memang krik krik habis walaupun ada byk rumah2 jiran. Aku tutup balik tingkap dan sambung balik study..lepas aku jerit tadi muncul lagi kelibat yg mula2 aku nampak. Kali ini aku tak buka tingkap aku intai dari celah2 lubang tingkap tu. Korang tau tak benda apa yg aku tengok tadi..benda yg aku tengok dan nampak adalah penanggal!!! Masa tu first time aku tengok penanggal. Satu badan aku sejok bergegar wei!! Nasib baik bilik aku bercantum terus bilik mak dan bpk aku.. Masa tu bapak aku kerja jauh..2 minggu dia keja jauh. Aku pun ketuklah pintu bilik mak aku..”mak..mak..buka pintu..mak dh tidur ke?”..pintu pun buka nasib baik mak aku belum tidur..mak pun tengok aku hairan “ko ni pahal? Berpeluh peluh, muka tiba2 pucat semacam ni..ko demam ke?” aku diam jer tak dpt jwp pertanyaan mak aku tu..aku mampu jawab “tak der apa2..besok pagi cerita.”. Dah ketakutan sangat sampai tertidur..sampailah sekarang ni aku tak sempat cerita kt mak aku..tapi alhamdulillah mak selamat bersalin. Adik aku sekarang dh nk pt3..mak pulak dah pergi menghadap ilahi tahun lepas. Alfatihah.

Kisah 2 : misteri budak lelaki

Ni kisah 2007..ok kisah ni selepas 3 tahun peristiwa penanggal tu. Tapi cerita ni tak panjang. Time tu aku dah form 3 dan kitorang famili berpindah lagi ke kuarters satu lagi..kuarters ni sama tempat tak jauh dari rumah yg aku jumpa penanggal tu. Mula2 masuk rumah kuarters baru memang tak ada rasa apa2..lepas 2 bulan tinggal bermulalah kisahnya. Tapi ni bukan berlaku dkt rumah kitorang berlaku di rumah kawan aku yg sama2 main masa kecik2 dulu.

Time tu nak maghrib, rumah kawan aku tu x jauh dari rumah aku..jalan kaki..bersebelahan..dalam aku on the way nk ke rumah kawan aku bagi salam “assalamualaikum..amoiii..ooo amoii..” . Nama kawan aku ni amoi (bukan nama sebenar) dia ni jenis jiwa kental dan dia ada kelebihan dpt tengok makhluk halus. Amoi pun balas salam aku sambil buka pintu “waalaikumsalam. Naiklah macam tak biasa pulak.”. Masa ni famili amoi pergi kampung tinggalah amoi dgn adik lelaki dia. Masa aku nk naik tu aku ternampak budak laki berdiri sebelah adik lelaki amoi tu. Masa tu aku belum sedar yg budak tu tak wujud. Aku pun tegurlah “eh ehhh..comelnya adik..”. Masa aku tegur budak tu reaction muka budak mcm sedih jer. Sesudah amoi buka pagar, aku pun masuk dan aku nk capai tangan budak yg aku tengok tadi, budak tu terus lari masuk dalam bilik parents amoi. Mulalah pertanyaan dari mulut aku “moi, sape budak laki tu? Comel lah putih chubby pulak bdn budak tu.” Amoi pun hairan “hah??? Budak mana?”. Aku cakaplah lagi “alahhh..budak yg berlari masuk bilik parents ko tadi..”. Muka amoi pun makin pelik dan amoi pun berkata “tak ada budak lain dlm rumah ni selain adik aku sendiri.” Terkejut aku dgr amoi cakap mcm tu “habis tu, budak yg berlari tadi siapa? Bukan anak buah ko ke? Eyh, ko buka pintu bilik parents ko..sbb memang dia lari msuk ke dlm bilik parents ko.”. Amoi pun turut permintaan aku utk buka pintu bilik. Bila amoi dh buka bilik tu..aku pun tercari cari mana pergi budak tu.

Cari punya cari sampai aku cari bawah katil, bawah almari dlm almari bawah meja jugak pun tak ada. Dari situ aku dh rasa lain. Amoi pun cakap “Ermm…bukan manusia ko tengok tu. Terus terang aku nk cakap aku perasan ko ada tengok budak tu. Tapi budak tu sebenarnya hanyalah roh..tapi ko jangan risau dia tak kacau sebab bukan sekali aku nampak budak yg ko tengok tu.” aku diam seribu bahasa bila dgr amoi kata mcm tu. Keesokkan harinya aku demam. 3 minggu aku demam 4 klinik dah aku p bertandang tak jugak rebah demam aku. Arwah mak aku tanya “apahal demam ko tak surut ni? Ko ni kenapa sebenarnya? Cerita kt mak..”. Aku pun ceritalah semua kt mak. Mak aku mengucap panjang. Sampai mak dan bapak aku panggil ustaz utk pulihkan semangat aku. Selepas aku di rawat ustaz alhamdulillah aku pulih seperti sediakala.

Begitulah kisah saya. Minta maaf sekali lagi kalau ayat tunggang langgang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Bunga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Penanggal dan Misteri Budak Lelaki”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.