Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat semua para admin dan pembaca setia FS. Nama aku Nai, berasal dari Melaka. Kisah yang aku nak kongsi hari ni berlaku semasa aku masih kecik lagi. Semoga ada pengajaran dan iktibar untuk semua yang sudi membaca kisah aku.
Ayah aku merupakan seorang peniaga. Keluarga kami bermula secara kecil-kecilan dengan membuka sebuah warung berdekatan dengan rumah. Biasalah, setiap peniaga akan merasa untung rugi sesebuah perniagaan, lagi-lagi buat peniaga yang baru menceburkan diri seperti kami. Sebagai permulaan untuk perniagaan, ayah bermula dengan menjual roti canai dan dia dibantu dengan adik-beradiknya, untuk mempelbagaikan juadah seperti ada yang membuat nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya.
Lama kelamaan, perniagaan pun alhamdulillah semakin maju dan semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan. Orang makin kenal, pengunjung makin bertambah dan paling seronok kami pun dah ada pelanggan yang tetap. Mungkin kena dengan selera mereka. Harga yang ditawarkan juga sekadar berpatutan buat semua orang sebab masa tu belum ada GST. Huhu.
Dan, sejak perniagaan ayah yang semakin maju dan dikenali ramai, di situlah juga segalanya bermula. Biasalah, pasti ada individu yang tidak berpuas hati melihat warung kami setiap hari ramai pelanggan dan pengunjung yang pergi menapau. Pada suatu hari, mak tiba-tiba jatuh sakit. Demam. Dan yang lebih memelikkan, mak hanya demam setiap kali menjelang maghrib. Badan mak mula menggigil-gigil kesejukan sedangkan waktu tu cuaca panas dan tidak hujan. Tanpa fikir panjang, ayah bawa mak pergi klinik, dan doktor hanya memberi ubat. Tapi penyakit mak masih tak baik-baik.
Dengan keadaan mak yang kurang sihat, warung kami pun tidak seperti selalu. Seperti yang aku katakan, kami memang terbiasa kalau ada hari tidak berapa ramai pelanggan. Tapi kali ni berhari-hari hampir berminggu warung kami kurang dikunjungi. Ayah mula rasakan sesuatu yang tidak kena. Ada seorang kenalan ayah syorkan untuk berjumpa seorang pakcik di Muar, Johor. Katanya pakcik ni arif dalam bidang-bidang mengubat orang. Ayah pun pergi bersama kakaknya dan mak. Waktu tu mak masih demam menggigil. Kasihan aku lihat mak.
Setelah balik dari berubat, aku terdengar ayah bercerita dengan kakaknya. Katanya, ada orang “hantar” sesuatu pada keluarga kami. Sebab katanya orang tu cemburu melihat perniagaan kami yang maju. Dan ayahku menambah, ayah pernah ternampak sebuah keranda terbang di dalam rumah kami tapi ayah kuatkan hati. Dia baca apa yang patut dan keranda tu hilang. Aku juga mengalami situasi pelik di mana bilikku, berbau bangkai. Dan bau tersebut hanyalah di sekitar tingkap bilikku. Bila hari siang aku check luar rumah, di belakang tingkap, tiada bangkai. Tapi aku sedapkan hati, yelah mungkin tu bangkai, huhu.
Ada juga dalam kalangan pelanggan ayah bertanya, kedai kenapa lama tak bukak. Padahal warung ayahku hari-hari buka seperti biasa. Mungkin yang menghantar menutupi hijab pelanggan dan tengok warung tutup. Alhamdulillah selepas beberapa kali ikhtiar pergi berubat, keadaan mak kembali pulih. Kata pakcik tersebut, yang menghantar adalah orang terdekat di antara kami. Siapakah? Wallahualam kerana sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui.
Untuk semua yang beragama Islam, percayalah rezeki tu Allah yang bagi. Bukan kita nak tentukan untung rugi sesebuah perniagaan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Jangan cemburu dengan rezeki orang lain. Banyakkan bersedekah. In shaa Allah bertambah keberkatan perniagaan kita. ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tingat dluuu mase arwah abah buka kedai…
Memacam kedai penah cube…
Kedai runcit…kedai ikan…kedai mkn franchais mamak…
Semua penah kena ‘tutup’ camni…
Sedih…kesian abah…
Aku cukup pantang dengan manusia yang suka menyekat rezeki orang lain. Dia lebih berkuasa daripada Allah? Nuzubillahiminzalik. Semoga “orang berkenaan” diberikan hidayah dan taufik, InsyaAllah.
manusia mana yg boleh tngok org lebih skt dr yang laen…mesti dengki punya..terok dr bangkai sapa yg ada perangai gini..hentikan ler, xtakot gamak nya dgn Allah..seronok gamak nya dapat buat org gitu..huh!
Harga yang ditawarkan juga sekadar berpatutan buat semua orang sebab masa tu belum ada GST. Huhu.
tergelak kejap aku baca ayat ni..kehkeh
Carik duit slh.. tk carik lagila slh.. aku pun tk fhm mslh org kita ni.. tk pyh la nk dengki khianat bagai.. saje jer pedajalkn org lain smata2 nk puaskn ht sndiri.. org tu meniaga biarla.. tk pyh nk mandrem2.. gila ke hape..?
aduhai…susah betul camni…nak cari rezeki pon susah..ade je orang tak suka