Pengalaman Aku..

Assalamualaikum…

Hai pembaca FS. Nama aku Nora (bukan nama sebenar). Selama ni aku just baca semua cerita yg ada dlm FS. Hari ni, terpanggil pulak nak share pengalaman aku sendiri…

First sekali. Terima kasih admin atas jasa baik memilih cerita aku (kalau terpilih). Apa yg aku bakal kongsikan ni mungkin ada yang pendek, mungkin ada yang panjang. Semoga terhibur ye. Seram ke tidak. Korang baca dan bayangkan situasi aku pada masa tu ye…

1) Asrama..
Asrama. Sinonim kan dengan kish seram. Mungkin ada yang dah baca pasal ni. Tak pe. Aku reshare balik untuk orang lain. Benda ni jadi awal tahun 2007. Sekarang umur aku dah 29 tahun. Dekat 10 tahun dah benda ni jadi. Nak jadikan cerita tulah first time aku berenggang dengann family. Duduk asrama. Sebab masa tu aku sambung belajar dekat ipta dalam selangor.

Minggu pertama aku dalam asrama. Semuanya okey. Kenal dengan member lain kursus & so on. Tapi aku untung sebab aku masuk lewat. Jadinya tak delah minggu orientasi untuk aku. Ekeke. Lepas 2-3 hari aku okey je duduk asrama. Sampailah satu malam tu. Aku dengan roomate balik dari melepak dalam bilik member. Untuk pengetahuan korang. Bilik kitorang ni share untuk 2 orang sahaja.. So dalam bilik tu ada 2 loker, 2 katil single, 2 meja study, 2 kerusi plastik. 1 penyidai besi. Bilik kitorang pulak agak jauh. Macam mana ye nak terang kan. Okey. Macam ni. Bayang kan bangunan berbentuk ‘U’. Ada wing kanan. Ada wing kiri. Bilik yang aku duduk ni tengah². Eh.. Susah pulak nak terangkan.. Huhu

Sebelah kiri bilik aku bilik ampaian. Depan bilik ampaian, tandas. Depan bilik aku kaki lima nak ke wing kiri. Okey. Boleh bayangkan tak? Boleh kot. Okey. Sambung. Malam tu aku tak boleh tidur. Pusing kanan tak mau. Pusing kiri pon tak mau.. Baring terlentang pun tak nak lelap. Dah kenapa pulak.. Adehhhh…

Dalam aku tak boleh tidur tu. Aku perasan macam ada asap keluar masuk ikut dinding sebelah atas tingkap. (Aku tidur muka hadap pintu) asap tu dok keluar masuk dengan rancak. Sup sap sup sap macam tu. Aku malas nak fikir. Perasaan aku je kot. Tak nak cakap dengan roomate aku sebab ingat kan die dah tidur. Rupanya belum daaaa.. Hihi..

Aku tegur die. “Weii.. Dah tidur ke?”

“Belum.” Dia cakap.

Aku pun ajak la dia menyembang. Tengah sembang² dia cakap. “Wei. Share katil boleh?”

Aku pelik. Eh. Kenapa pulak ni. Tapi sebab malas nak tanya. Aku kata. Boleh je. Aku anjak kan sikit badan ke dinding. Dia baring sebelah aku. Adalah kot dalam 5 minit. Dia kata. “Tidur bilik depan jom”.

Aku tak sedap hati. Aku pun masa tu memang dah rasa tak best. Jom lah aku kata. Terus angkut bantal selimut tidur bilik member kitorang. Nasib baik diorang belum tidur. Dalam bilik tu baru bukak cite..

Sebenarnya. Lepas aku nampak asap tu. Aku dengar suara lelaki mendengus kat telinga belah kanan. ‘HUH!’ Jelas terang. Aku terkedu. Mana pulak datang suara lelaki dalam asrama perempuan ni. Adeh. Masa aku dengar dengusan tu. Roomate aku pulak dengar suara lelaki hembus & bisik ke telinga dia sebelah kiri. Tu yang dia kalut nak kongsi katil. Huhu. Lepas dari kejadian memang jarang lah kitorang tidur bilik tu. Masuk ambil barang je. Tukar baju apa semua. Tidur, kitorang tidur bilik lain. Esok nya boleh pulak member laki kelas tegur. Bilik korang tu laluan dia. Haiiiii. tak menelan air liur aku bile dengar.. Huhu.. Cuak jgk leeee. Mana dia tau pasal tu mungkin roomate aku ada cerita kat dia. Aku tak perasan..

Tapi aku ajak jugak roomate aku tidur bilik. Sebab tak nak bilik tu nanti jadi ‘sarang’. Faham kan.. Selang beberapa hari lepas tu. Bilik senior sebelah bilik kitorang kena gegar. Macam ada benda nak masuk. Kecoh jugak lah seminggu. Lepas² dari tu okey balik. Tamatt. Tapi pesan aku. Kalau dalam rumah korang ada bilik yang jarang korang masuk. Rajin solat dan baca alquran dalam bilik tu. Even jarang masuk. Buat je bilik tu macam berpenghuni. Kalau rumah korang tinggal 3 hari kosong. Bila balik korang rasa something kan. Macam tu jugak dengan bilik.. ?

2) Entiti
Kisah ni mungkin pendek. Tak pe. Aku cerita jugak. Masa ni aku budak lagi. Dalam form 2/3 mcm tu. Dah petang Biasalah tugas aku tutup tingkap rumah. Rumah aku kat kampung 2 tingkat. Atas kayu, bawah separa batu. Selalunya aku akan tutup tingkap seawal pukul 6petang. Tapi hari tu terlewat sebab tak ingat. Hihi..

Jadikan cerita, masa aku naik tu dah nak maghrib. Lampu tak pasang gelap lah kan. Rumah aku dulu sebelah atas tu cuma guna untuk tidur je. Sebelah bawah yang banyak pakai. Bila dah macam tu aku naiklah tutup tingkap, pasang lampu semua. Sampai dekat pemisah bilik kedua dengan tangga di pisahkan dengan dinding. Jadinya kalau dari depan tak nampak tanggalah..

Sampai je dekat situ. Aku kaku. Kaki aku serta merta stop. Aku blur. Tak semena² badan aku from head to toe kembang semacam tapi sebelah kanan sahaja. Dan masa tu jugak aku dapat membayangkan ada entiti berdiri sebelah kanan aku dengan keadaan seluruh badan dia berbulu. Kalau orang jawa sebut gondoruwo, orang melayu sebut hantu raya. Aku tak tau macam mana gerakkan badan. Cuma masa tu terdetik dalam hati. Jangan kacau aku. Serta merta kaki aku ringan. Aku turun bawah macam biasa. Macam tak de benda jadi. Sampai sekarang aku ingat. Sebab itulah first time aku kena dalam rumah aku sendiri setelah lebih 10 tahun duduk situ. Sebelum² tu yang kerap kena mak aku lah tentunya. Huhu.

3) Kak Pon?
Yang ni aku alami masa aku mengandungkan anak pertama aku. Masa ni aku mengandung dalam 6bulan. Biasalah ibu mengandung tengah² malam akan terbangun nak ke bilik air..

Masa tu aku tak perasan pukul berapa. Yang pasti tengah malam lah. Lampu semua tutup. Tidur kan. Yang aku masa tu punya malas nak bukak lampu. Sanggup berjalan dalam gelap. Nasib baik rumah tak banyak perabut. Bilik air tak jauh.

Keluar je dari bilik. Kaki aku stop. Situasi sama macam aku cerita tadi (cerita no2) tapi kali ni dalam bayangan aku benda tu berdiri tengah ruang tamu statik.. Menunduk dgn rambut die yg panjang. Baju putih lusuh. Tapi dek tak tahan. Aku malas nak fikir. Terus pergi bilik air. Hihi.

Kalau korang tanya perasaan aku setiap kali jdi benda tu. Aku blur. Blank. Tak de perasaan. Tapi bila dah lepas 2-3 hari baru perasaan meremang tu dtg.. Haha.. Pelik kan.. Aku tak nampak. Tapi kadang boleh rasa wallahua’lam.. Aihhh.. Itu je la dulu.. Next time aku share lagi. For now ini dulu. Ni kire cuba nasib la.. Hihi. Kalau yg ni lepas aku story lagi. Hihi.. Terima kasih semua. Assalamualaikum…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Pengalaman Aku..”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.