Pengalaman Aku

Assalamualaikum FS.. Nama aku Aaron Effendy, aku kat sini nk share sikit lah (mcm panjang sikit . Heheheh) pengalaman dari start aku terkena benda2 macam ni. Bukan gangguan cume terkena and terserempak. Sampai sekarang setiap yang aku kena aku ingat.
First masa umor aku 7 tahun, masih lagi aku ingat masa tu mak aku kerja malam. Aku tinggal di Majidee ,Johor. So aku dgn bapak aku jelah kat rumah. Memang start umor 5 tahun aku diajar tidor sorang . Lagi pulak aku anak sulung and belom ade adik2. Mean aku sorang je lah. Nak dijadikan cerita , bapak aku tidor dalam bilik dia dan aku tidur di luar. Dalam masa tu pukul 3 pagi (mmg aku tido pakai jam. Maklumlah dak kecik jakun. Hehe) aku terdengar ade org ketuk pintu. Aku fikirkan mak aku yang balik kerja. Tapi aku pelik awalnye. Sebab mak aku balik kol 7 pagi. Aku pon tak pikir ape, bukak lah pintu. Yg aku nmpak bukan mak aku, tapi macam mak lampir ade la.. berdiri tunduk rambut kusut. But bukan pakai baju putih mcm cite hantu tu.. Dia pakai baju merah lusuh. Tunduk je tapi aku tak rasa takot. Aku tanya “Makcik siape? Kenapa makcik?” dan bile dia nak angkat kepala je, DAM !!! Bapak aku ketuk dinding. Aku terperanjat terus menoleh . Bapak aku cakap kuat-kuat, bukan jerit “Kau jangan masuk dan ganggu, pergi !” .Terus benda tu terbang pergi. Time tu aku dah macam nak nangis pulak tgk dia terbang sambil senyum lebar pandang aku. Rupanya dia takde kaki.. !! Bapak aku tersedar sebab aku bukak pintu bunyi kunci, jenis pintu kayu yg kunci selak tu. Kalau bukak mmg kuat. Teros aku demam esoknya.
Kisah lain pulak mase camping pengakap (Kat sekolah je) . Masa tu aku darjah 4 . Petang tu lepas activity kitorg siap2 la nak buat ungun api. Tengah nak bersiap member aku ajak pergi tandas, aku temankan jelah sebab memang nak terkucil pun. Jalan nak ke tandas memang sunyi sebab semua sibuk kat padang. Lagi time cuti sekolah. Sampai toilet kitorg dengar macam ada bunyi tapak kaki kat luar toilet. Fikir maybe ade orang nak ke toilet sekali. Sampai pintu nak masuk tandas bunyi tu tetibe hilang. Kitorg pelik jugak org tak masuk2 pun. Lepas je terkucil kitorg keluar lah, sampai depan pintu tndas, aku nmpak ade bekas tapak kasut masih basah.. (padahal masa datang tak nampak pon) . Mmg jelas masih baru. Aku diamkan je sebab time tu aku dah fikir takde sesape lg melainkan aku dgn member je. Sampai pertengahan jalan dari luar tandas,terdengar suara budak ketawa ngekek2 dri tandas lelaki. Mase tu kitorang tak pikir apa terus lari serentak. Ye lah sape je nak ketawa sedangkan toilet takde org. Pintu semua terbukak and sure aku dengan member je. Sampai2 padang dah menggigil aku dgn member. Tapi kitorg diamkan. Sbb mak aku pesan ape2 benda pelik jadi, jgn kecoh2 .
Malam tu kitorg dah lupe hal tu. Yelah. Budak darjah 4, overnight sekolah, happy2 bagai dengan camping mana tak seronok kan. Tapi masa tengah tengok unggun api yg pakai kayu bina tinggi2 tu (sape pernah join pengakap mesty tau) , aku perasan atas bumbung ade perempuan duduk sambil hayun badan kekiri kekanan slow2 je. Yang tak boleh blah siap tepuk2 tgn lagi. Even 4 tingkat, tapi mata aku jelas nampak. Tiba2 ade sorang budak menjerit “Ada org atas bumbung! “. Aduh.. rupanya ada yang perasan. Yang celupar jerit kuat sangat kenapa laahh.. Apa lagi, semua teros tengok. Jadi hingar bingar la kejap. Memang semua nampak terus. Benda tu terbang ke bumbung2 lain. Bebudak ade dah masuk khemah dan takot dah. Aku pulak masih syok lagi tengok ‘dia’ terbang2, dan selang beberapa saat ‘dia’ tetibe ghaib. Pastu budak yg tegur menjerit tadi tetibe berdengus tengok kitorang. Ah sudahh! Dah kene la dia ni. Panggil cikgu datang pegang dia. Mak aihh.. Tak padan dengan kecik dan keding, tapi kuat giler meronta. Lepas diazankan baru lah dia pulih. Cikgu aku bagitahu dengan aku dan member aku, yang budak ni nampak ‘dia’ dan tegur, so benda tu kacau lahh budak tu.  Malam tu kitorg tak dapat nak tidor. Tapi ade laa yg lena. Mungkin sbb takot sangat sampai nangis dan jadi penat hehehehe.
Kejadian yang lain pulak, masa aku form 3. Dah nk PMR la tu. Tapi jenis aku terkejal. Suke keluar malam2. Tapi study tetap study hahahaha. Keluar malam lepak dgn budak2 kampung yang brader2 jugak laa. Aku sorang je yg muda. Mak bapak aku masa tu tak kisah sebab diorang tahu aku lepak dengan abang saudara aku. Tengah sedap melepak main gitar, abg saudara aku tegur aku, “ko ade nampak tak belakang Ijam ada sape?”. Kitorang masa tu berlima, aku dengan abang saudara aku je yang duduk mengadap tiga orang yang lain tu. Maksudnya diorang bertiga ngadap kitorg, dan Yup! Serious kat belakang sebalik kepala ijam ade perempuan, sebijik macam hantu kak limah tu. Ko bayangkan cerita hantu kak limah tu time dia senyum camne? Camtu laa reaksi muka dia sambil tengok ijam dari tepi (korg mesty pikir aku kaki tengok dvd ni. Tp takde lahh mcm kak limah bebetul. Ade iras sikit je) .. Si ijam ni pulak tak perasan sebab ijam main gitar. Yang lagi dua pon tak prasan, aku hanya diamkan aje. Tp ijam lepas tu tetibe berpaling, dan ko bayangkan muka ijam bertemu muka dia!! Dalam 3 inci je dekatnye. Teros menjerit dan berlari kitorang nih. Sayup2 benda tu ngilai2 sambil cakap “nyanyilah lagii..”  memang tak paling belakang dah. Sampai kedai mkn, ijam sendiri cerita. Tengah sedap dia goreng gitar sambil si ayub ni nyanyi, dia terasa macam ada nafas sebelah telinga dia, sebab tu dia paling muka … fuh, kalau ade sakit jantung ni tak ke mampos??
Sekian. Nanti aku sambung lagi ye FS.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *