Assalamualaikum pembaca FS. Terlebih dahulu nak berterima kasihlah pada admin yang sudi siarkan cerita ni. Kalau tersiar lah. Hehe. Selalu baca cerita orang je, teringin jugak aku nak bercerita kan. Tapi cerita yang aku nak kongsikan ni mungkin tak berapa seram tapi moga ada manfaat untuk korang yang nak berpantang. Sebelum tu aku nak minta maaf awal-awal kalau ada ayat aku yang tak berapa nak tersusun. Pertama kali ni karang panjang-panjang.
Ok, kejadian ni berlaku ketika aku berpantang anak pertama. Dari waktu aku mengandung sampailah dah nak bersalin, memang takde masalah atau senang cerita tiada apa-apa yang aneh berlaku pon kat aku. Ketika bersalin pulak memang agak mencabar nak keluarkan baby. Bayangkan 18jam tahan sakit dan bersalin forceps. Nak tau forceps tu ape korang google la ye. Lepas baby keluar memang muka aku pucat macam mayat. Doctor pon hampir nak masuk kan tabung d***h dalam badan aku akibat tumpah d***h yang banyak. Tapi Alhamdulillah berkat aku amalkan pemakanan yang betul masa pantang, next check up kandungan d***h dalam badan aku makin ok tapi masih kena pantau. Tu cerita serba sedikit lah tentang pengalaman aku bersalin.
Dari pengalaman aku bersalin tu mungkin korang boleh bayangkan sikit kot macam mana keadaan aku berpantang. Nak dijadikan cerita, anak sulung aku ni masa dalam hari tersangat lah kerap menangis. Tido sejam, menangis 2 3 jam. Nangis yang jenis tak keluar air mata. Buntu fikir kenapa lah dengan anak aku ni masa tu. Tapi bila tanya bidan, tanya orang tua-tua, rata – rata jawapan mereka baby kena kembung je walaupon aku pelik kalau kembung xkan 24jam kembung je. Kesian anak aku. Time tu aku redha je la. Anak sulung, tak tahu apa-apa sangat. Tapi tekanan jugak la nak melayan anak yang kerap nangis bila tengah pantang ni dengan keadaan aku yang sangat lemah lagi. Mujur ada mak dan suami yang banyak membantu. Disebabkan kitaran tidur aku yang tak berapa betul, aku kerap sakit kepala.
Sampailah satu hari tu aku ter tidur petang sebab terlalu mengantuk disebabkan banyak berjaga dukung anak dari malam sampai ke siang. Orang tua-tua pernah kata jangan tidur petang tapi hari tu memang aku tak tertahan dah, rasa mengantuk sangat. Sedang enak dibuai mimpi ni, antara separa sedar dengan tak, aku terasa ada budak di hujung kaki aku dalam lingkungan umur 2 tahun, duduk sambil peluk lutut dan muka menekup ke dalam. Budak tu seolah – olah nak temankan aku tidur. Perasan aku masa tu macam dalam mimpi tapi dalam masa yang sama macam betul. Sebabnya bila aku terperasan budak tu je, dalam beberapa saat kemudian aku terus terjaga dengan keadaan aku mengiring sama macam masa aku ternampak budak tu. Tapi bila terjaga, budak tu memang tiada dah. Aku hanya mampu istighfar je sebab terjaga maghrib dan aku pon tak berfikir apa-apa yang pelik.
Tiba malam esoknya, aku tido dalam keadaan terlentang, dan keadaan separa sedar tu datang menyerangku lagi. Kali ni aku buka separuh mata, bayi aku pulak tengah sedap tidur di sebelah kanan aku. Masa keadaan tu, terasa budak tu tengah menyanyi lagu “satu…satu….saya sayang ibu…dua…dua…saya sayang papa…tiga..tiga…sayang adik kakak…satu dua tiga sayang semuanya…”. Dan lagu tu budak tu ulang- ulang nyanyi sampaikan aku ingat lirik dia sampai sekarang. Yang peliknya, aku tak rasa meremang mahupun nak terus bangun masa tu.
Entah kenapa, memang aku terasa tak boleh nak bangun dan toleh ke arah bayi aku pon. Aku hanya layankan dan membiarkan je budak tu menyanyi sampai lah aku terlelap semula. Bila aku tersedar, aku tengok anak aku elok lagi dibuai mimpi. Terus aku ceritakan pada mak aku. Mak aku cakap, biasalah bila kita tengah kotor, “benda” tu memang suka menganggu. Terasa meremang terus bila mak aku cakap macam tu. Terus aku mintak mak aku bacakan Yassin dalam bilik aku sebab yela kan, aku tengah kotor lagi, mampu baca dalam hati jela.
Aku fikirkan dah tiada apa-apa lagi berlaku. Lepas mak aku bacakan surah Yassin malam esoknya, aku tidur sambil letak beberapa keping lagi surah Yassin di sebelah anak aku. Kalau sebelum ni aku letak satu je, kali ni aku letak tiga terus..hehe dengan harapan pendinding kuat la kot. Tapi malam tu dalam keadaan separa sedar lagi. Dengan posisi yang sama. Aku terasa macam ada aura kemarahan pula.
Aku dengar bunyi kertas yang dikoyak dengan sangat kuat seolah-olah nak menunjuk kan budak tu tengah marah kat aku. Dan aku seperti sebelum ni, tak mampu nak palingkan muka kearah dia. Bayi aku pon macam elok dibuai mimpi je sebab tak berbunyi. Bunyi koyak mengoyak berlaku sehinggalah aku tertidur semula. Bila tersedar, aku cerita pada mak aku. Mak aku cakap “benda” tu pasti marah.
Sejak malam tu, aku kerap membaca surah Yassin dalam hati demi keselamatan aku dan bayi aku. Dan Alhamdulillah “benda” tersebut tidak lagi menganggu aku. Persoalannya dari mana budak tu datang dan apa tujuan nya pon aku tak tahu sehinggalah sekarang. Cuma pengajaran aku nak selitkan kat sini, berhati-hati lah pada wanita yang sedang berpantang. Dengar lah pesan orang tua-tua. Sentiasa bersihkan diri. Mungkin budak tu berminat pada anak aku atau mungkin berminat pada aku.
Yang pastinya selepas kejadian tu, anak aku pon dah jarang menangis dan mudah diuruskan. Maaflah kalau cerita ni tak berapa nak seram pon tapi inilah antara pengalaman aku yang tak boleh dilupakan dalam hidup.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
suam2 kuku jek seramnye….
nak kena gigit kuku tu x?
hahahahaha
kuku sy cagu…seram x nak gigit. hahaha….
Xpe saya jilat bersihkan dulu baru gigit..
1/10
X pe sis sila cuba lagi….
Terima kasih sudi membaca
kalau tengah pantang macam ni.. ada anak2 kecil ke .. selalu buka ayat2 suci dekat phone ke radio dan sebagainya.. kalau taknak 24 jam.. masa senja dengan nak tidur tu dah boleh start pasang.. ayat kursi , 3 qul digalakkan..
Betol, terima kasih atas nasihatnya…
Masa aku pantang 1st baby kt msia, mak aku yg org town ni mmg kurang ilmu jd dia buat xtau ja..sampai la aku bgtau yg ada benda dok tarik jari kaki br la dia pgil org dtg tgk..huhu
ishh smpi tarik jari kaki tu mmg xtenang idup. ni nsb baik bnda tu dtg sekejap je..yg pnting xkacau anak aku dah.
6/11 ok ni
heh heh heh..terima kasih sudi baca
Cikde pengalam bersalin foceps juga, sampai aku serik nak bersalin lg, haha, alhamdulillah, anak cide still sorang sampai la ni, dh besaq panjang pun…
Aku pun nak kongsi jugak la waktu wife aku lahirkan anak sulung kami masa tu tido dekat ruang tamu,wife aku jaga tengah malam die dahaga pg dapur minum air.
ms tgh minum tu die rasa telinga die macam ada hembusan ke bisik ke lps tu die buat tktau terus ke ruang tamu nak tido blik then dengar bunyi laci kat dapur tu mcm dibukak2 mmg jelas bunyinye lepas tu..
pintu tandas plak die main..dlm tndas psg lampu tp tutup separuh.nampak jelas pintu tu bukak tutup bukak tutup xde angin kot dlm tndas tu xde lubang udara pun..
wife aku kejut aku katanya takut masa tu die xbgtau pasal pintu bukak tutup ak perati je then aku nmpk sndiri mmg betul..
ak trus suruh wife msuk bilik bawak baby nasib kami mmg pasang surah mgaji letak kat baby.xnk tido bilik pun sbb panas bahang lain mcm rupanya bende tu ade kat umah..
Selama ni ak cpt sedar kalo ada sesuatu lain mcm tp kali ni mb ak dibuai dgn keseronokan menyambut anak sulung..
saya ada pengalaman kawan simpan uri terlupa nak uruskan cepat.. simpan dalam freezer dulu kat rumah..wife dia berpantang kat rumah ibu dia xjauh dari rumah diorang.1 hari pagi tu dia balik rumah, tengok pintu freezer dia terbukak luas.. dia terperanjat plus pelik sebab kat rumah memang takde orang….kawan saya masa tu stay rumah mertua dia sbb wife kat sana.. xde barang berharga hilang tp mustahil dia lupa tutup or xtutup rapat sebab kalau x mesti pintu tu hanya terbuka sikit.. kesimpulannya, benda2 camni memang mudah bau benda yg dia suka.