Pengalaman di Hostel Rievera II

Assalamualaikum n salam sejahtera admin FS n peminat setia page FS nih. Aku pun salah seorang dari peminat setia FS nih. Hari2 duk ngadap page nih nak baca kisah2 seram dari pengalaman masing2 kt sini. Aku pun ada kisah seram yang aku nak kongsikan kat korang. Tak tau la seram ke idok pada korang. Pada aku yang melaluinya nih pun x seram la tapi bila teringat balik tuh memang meremang la segala bulu roma aku nih haha.

Okay, aku mulakan cerita pengalaman aku tentang hostel tempat aku belajar dulu. Kejadian nih berlaku sekitar pertengahan tahun 2004. Aku dapat tawaran sambung belajar kat 1 kolej swasta kt Taman Maluri dalam diploma sains komputer. Time nih aku dah masuk form 6 pun. Tapi disebabkan nak sangat belajar kt KL kn. Sanggup la lari dari form 6 sebab nak jadi orang Key El haha.

Lepas sesi pendaftaran masuk kat kolej selesai, aku, abah, mak, makcik n pakcik saudara aku menuju la ke hostel penginapan pelajar. Kira jauh jugak la hostel penginapan tuh. Nak g kolej pun kena naik bas. Hostel nih kat jalan Bunga Raya kalau tak silap, dekat2 dengan area Pandan Indah. Masuk je jalan Bunga Raya tuh da boleh nampak da bangunan apartment merangkap hostel kami. Dari kejauhan nampak sayu dan menyeramkan.

Menurut pakcik aku bangunan apartment tuh lama dah kosong. Tapi dibukak semula bagi penempatan pelajar2 kolej. Bukan je pelajar2 kolej tempat aku belajar, ada 2 kolej jugak yang guna apartment tuh sebagai hostel pelajar dorang. Bila pakcik dah park kereta n unloading semua barang2 dalam kereta, kami pun menuju la ke tempat kaunter pendaftaran penginapan. Aku dapat rumah tingkat 6, no rumah 12, bilik no 2. Wah detail aku bagi. Kami pun naik lif dan cari la no rumah tersebut. Bila da jumpa aku pun cop la katil aku. Katil bawah. Time tuh roommate aku belum daftar masuk lagi.

Mak ngan makcik aku duk bersih2kan sikit la kawasan rumah tuh sebab agak berselerak. Rumah memang luas giler la. Bukak2 pintu je akan nampak ruang tamu yang luas. Tersusun dengan meja belajar. Dekat ruang tamu ada bilik master room. Bilik no 2 dan 3 kena masuk 1 lorong belah kiri kalau dari pintu masuk. Depan bilik no 2 dapur n yard tempat sidai baju. Bilik master memuatkan 6 orang student manakala bilik no 2 iaitu bilik aku memuatkan 4 orang. Bilik no 3 nih sebelah bilik air pun memuatkan 4 orang.

Sepanjang 1 sem duduk kat hostel berkenaan aku belum pernah la kena kacau dengan penghuni apartment yang tak kelihatan. Walaupun aku tak pernah diganggu secara nyata tapi bangunan apartment yang setinggi 11 tingkat untuk bangunan utama dan 9 tingkat kalau aku tak silap la untuk right n left wing tak pernah lekang dengan suara jeritan histeria. Pernah 1 malam tuh bersahut2 orang kena histeria. Tingkat by tingkat. Kitorang gelarkan histeria berangkai, huhu. Tapi sepanjang sem 1 aku masih aman la. Belum pernah ternampak atau dinampakkan, hehe. Masuk sem 2 pun sama jugak. Aku masih dalam safe mode gitu sampai la akhir sem 2. Time lepas exam dan ramai yang dah start bercuti sem.

Satu malam tuh aku dengan geng2 rumah mandi kat swimming pool. Kitorang mandi lepas pukul 12 gitu. Time tuh kan ramai org da tido kan. Tengah2 syok mandi, datang 1 geng perempuan tingkat 9 join mandi. Ada sorang nih dia memang cantik dan mudah nampak. Senang cerita hijab dia terbuka la. Masa nih memang x berapa kenal la sebab geng2 dia masuk lepas batch aku. Tengah syok2 mandi n syok tengok dia berenang2, dia memang pandai berenang n suke buat aksi kiut time berenang so suke la aku tgk. Aku gelarkan dia I la ye. Tetiba si I nih menjerit2 keluar dari dalam pool. Yang kitorg nih pun da cuak la kan, mana yg duk dalam air semua pakat naik duk tepi pool. Kawan I nih tanya kenapa la dia duk jerit2.

Dia kata dia nampak perempuan pakai baju putih muka pucat berenang ke arah dia. Tuh yang dia menjerit2 tuh. Padahal kitorang yang duk tengok dia berenang2 tuh tak nampak ape2 pun. Lepas dari tuh kami semua pakat2 naik rumah masing2. Kebetulan lepas naik rumah aku terus ke bilik nak amek ape yang patut nak mandi. Aku perasan yang tingkap bilik aku tuh terbukak dengan luasnye. Time sem 2 nih aku da duduk sorang dalam bilik sebab sorang roommate aku da duk rumah sewa. 2 roommate aku pulak sudah berpuak2 time tuh. 1 join group bilik no 3,1 lagi join group bilik master. Tinggal la aku mengamalkan sikap natural, dua2 puak aku join. Malas aku nak ikut gaduh2 kan, hahaha.

Okay balik pada tingkap bilik aku yang terbukak luas tuh. Aku pun dengan hati yang suci pergi la kat tingkap tuh nak tutup. Disebabkan aku nih rendah kan so aku kena la jinjit sikit nak capai daun tingkap tuh nak tarik untuk tutup. Entah macam mana aku terpandang tingkap bilik sebelah. Tingkap bilik tuh pun terbukak jugak. Aku nih da pelik. Kenapa lak dorang tuh tido tak tutup tingkap malam tuh. Selalu memang tertutup. Boleh pulak aku duk mikir sambil merenung tingkap sebelah. Sebaik je aku tersedar aku perasan kt tingkap sebelah tuh macam ada muka perempuan. Kulit muka pucat n mata dia tak ada. Hitam melopong tengah tengok aku. Aku tak perasan berapa lama da dia duk pandang aku mase aku duk mikirkan pasal tingkap kawan aku.

Bila otak aku da mula berfungsi n memproses maklumat dari mata aku nih, terus bulu roma aku menegak macam kena renjatan elektrik gitu. Aku terus lari lintang pukang tinggalkan tingkap yang masih terbuka lari ke bilik master. Menggigil2 aku waktu tuh. Aku ajak member aku teman aku tutup tingkap. Aku cerita la kat dia kan. Dia pun dengan takut2 teman la aku tutup tingkap. Masa aku nak tutup tuh sempat aku jengah lagi nak make sure benda tuh ade lagi ke tak, tapi memang tak ade da pn. Selamat la aku. Malam tuh aku tido dengan lampu terpasang sambil ditemani alunan nasyid dan bacaan Quran dari radio IKIM.

Ada 1 hari tuh aku dengan member aku nak keluar g Pandan Indah. Masa tuh aku nak sikat rambut. Memandangkan member aku tengah guna cermin aku tuh aku pn berdandan la guna cermin tingkap. Cermin tingkap nih jenis lutsinar yang boleh nampak luar dengan jelasnya. Time malam pulak akan memantulkan imej dalam bilik la sebab luar gelap kan. Time tuh tingkap aku bukak suku je senang aku nak tengok muka aku. Tengah syok2 sikat rambut sambil borak2 dengan member aku nih. Aku panggil dia A la ye. A nih tetiba tarik daun tingkap tuh bagi tutup. Terkejut aku dibuatnye. Bila aku tanya kenapa dia sengeh je. Dia kate takde pape then suruh aku guna cermin solek untuk aku bersiap.

Then kitorang pun keluar la ke bank BSN Pandan Indah sebab nak cucuk duit. Tengah syok2 jalan merentasi padang MPAJ tak silap. Si A nih terkejut yang sangat2 terkejut. Dia siap pegang aku n tahan aku dari berjalan. Dah kenapa kn. Memang la kt depan kitorang tuh ada jugak la manusia tengah berjalan jugak. Aku saspek dia terkejut tengok orang tuh la kot. Aku pun gelakkan dia la.

Esokknya tuh aku tanya la A nape dia duk tutup tingkap masa aku tengah bersiap sebab aku tak sedap hati la kan. Penat jugak aku pujuk suh dia cerita. Last2 dia bagitau aku masa aku tengah siap2 ngadap cermin tingkap tuh dia nampak ada kain putih terbang kt tingkap tuh. Sebab tuh dia tolak aku n terus tutup tingkap tuh. Masa tengah jalan2 nak ke bank tuh dia terkejut dia kata bukan dia terkejut nampak orang depan tuh tapi terkejut sebab ada cik lang melintas depan kami n duk bertenggek kat pagar padang tuh. Bila aku dengar memang meremang bulu roma aku. Mujur la aku dianugerahkan dengan mata yang tak mudah nampak benda2 ghaib nih. Kalau tak, mau kejung aku dibuatnya..hahaha.

Okay yang nih last aku nak kongsikan. Yang nih betul2 menggugat keberanian aku sampai demam 2 minggu. Kisahnya time cuti sem. Tapi aku kena datang balik ke kolej sebab nak settlekan dokumen loan MARA aku. Jadinya aku menumpang la kt hostel untuk beberapa hari sampai settle urusan tuh. Rasanya tak lama kot, dalam 2 3 hari gitu la. Bila datang balik hostel, memang sunyi sepi la kan. Yang ada pun cume student2 bachelor je time tuh yang masih ada exam. Banyak jugak unit2 rumah yang warden tutup main switch elektrik termasuk la rumah aku tuh. Kebetulan time tuh yang ada akak bachelor bilik no 3. Dia sorang je yang tinggal tapi dia tak tinggal kat rumah tuh. Dia duduk rumah member dia tingkat yang sama, kira depan rumah je la.

Rumah takde elektrik tapi sebab tingkat 6 tak ada la rasa bahang sangat. Kejadian nih jadi time maghrib. Lepas aku n akak bachelor tuh habis makan kat warong depan hostel aku decide nak stay dalam bilik je. Akak bachelor pulak nak stay rumah member dia sebab ada assignment nak kena buat. Rumah member dia nih masih ada elektrik. So aku pun berpisah dengan akak tuh bila dah sampai depan pintu rumah. Akak tuh tanya tak takut ke sorang2 dalam gelap. Aku pun cakap la tak ada pape, nak sedapkan hati kan.

Masuk je rumah x ade la gelap sangat sebab cahaya dari luar tuh masuk dalam rumah. Bila masuk bilik, aku tutup pintu bilik and nyalakan lilin. Then aku pun baring2 sambil layan fon. Fon zaman dulu mana la macam zaman sekarang. Al quran aku letak kat hujung kepala aku. Walaupun nampak macam berani tapi sebenarnye penakut yang amat la kan. Sedang aku syok2 main fon aku dengar bunyi suara orang berbual kat tingkat atas. Aku amat amati suara tuh tapi tak dapat jelas butir perbualan. Aku beranggapan mungkin jiran apartment depan nih yang berborak. So aku pun abaikan la.

Then aku dengar bunyi orang ketuk2 kat luar tingkat atas. Aku tersentak. Aku dengar bebetul takut2 aku silap dengar kan. Ketukan tuh selolah2 memanggil aku untuk aku tengok ke luar tingkap. Tapi disebabkan penakut aku nih melebihi batas aku statik je atas katil. Lama jugak la dengar bunyi ketuk2 tuh. Diselang seli dengan bunyi kerusi meja beralih. Dalam hati nih nak jugak pegi tengok tapi otak aku kate jangan. Kat atas tuh takde sape and semua cuti sem. Aku batalkan niat.

Aku amek earphone konon2 nak dengar radio IKIM tapi malam tuh fon aku buat hal pulak. Radio kat fon boleh bukak tapi tak jelas kat telinga aku. So aku masih la dengar bunyi2 seram kat keliling aku. Lepas tuh aku perasan api lilin tuh bergerak2 macam ditiup. Aku tak kisah la mungkin sebab tingkap luas aku bukak jadi angin pun masuk la bilik dan meniup2 lembut api lilin tuh. Sedang aku cuba melupakan bunyi-bunyian itu tetiba aku rasa ada angin berpusing2 sekitar kaki aku. Wahhhh, kembali meremang bulu romaku. Angin tuh main pusing2 lama jugak sampai aku tutup kaki aku guna selimut. Time nih jantung aku da rasa macam nak tercabut keluar dengan peluh2 jantan keluar dari celah2 liang roma aku.

Time aku nak meniarap sebab nak bukak al quran sebab memang aku da takut sangat. Tetiba aku nampak benda putih terbang dari pintu bilik aku. Kejung aku dibuatnya. Terus aku cari no member2 aku yang ada dekat hostel tuh suh jemput aku. Tapi last2 aku mesej kakak bachelor tuh suh amek aku. Aku da takut sangat. Dalam kepala otak aku kalau aku nak lari keluar dari rumah tuh aku kena tempuh dapur dan ruang tamu yang luas dan gelap-gelita sebab malam makin pekat. Lagi la aku tak berani. Lepas tuh aku pikir kalau hantu tuh menyamar jadi kak bachelor tuh acah2 datang jemput aku macam mane pulak. Adoiii macam2 aku pikir time tuh. Tak lama kak bachelor datang bukak pintu bilik. Benda pertama aku tengok adalah kaki dia. Sebaik aku tengok kaki dia jejak lantai rumah aku pun lari terpa ke arah dia n terus berlari keluar rumah huhu.

Malam tuh aku merayu kat warden suh bukak switch utama rumah tuh untuk malam tuh je untuk aku tido. Warden pun layankan la tapi dia warning esok aku kena pindah duk tingkat 5 campur dengan budak2 yang belum balik bercuti. Esoknya aku settlekan dokumen loan MARA aku kt kolej n aku bermalam 1 hari lagi kat hostel tapi malam tuh aku tido kat tingkat 5. Aku duduk bilik sorang time tuh. Dah la bilik xde kipas. Berbahang aku tidur malam tuh. Mujur la ada balkoni kan. Sliding door balkoni tuh memang aku tak tutup. Punya la berani kan tapi alhamdulillah la aku tak diganggu malam tuh.

Esoknya aku nk masak megi. Cari dapur kat rumah tuh tak ada pulak. Aku pun ape lagi kan. Tanpa pikir panjang terus la pergi rumah aku yang kat tingkat 6 tuh. Berani kan aku. Walaupun 1 tingkat je aku naik lif jugak sebab tak berani nak naik tangga. Bukan ape, masa aku nak masuk area tangga tuh kemain la gelap gelita n kawasannya macam lembap dan suram. Sebab tuh aku tukar plan guna lif je. Keluar dari lif aku tercium bau hanyir d***h kat area tangga tuh. Meremang bulu roma aku tapi disebabkan aku kelaparan aku teruskan niat pergi rumah aku tuh. Bukak2 pintu kemain gelap ruang tamu sebab semua langsir warden aku tutup. Aku pun sebab taknak rasa seram aku selak semua langsir bagi cahaya masuk dengan pintu master room sekali aku bukak.

Sedang aku nak memasak, tengah panaskan air tetiba api dapur tuh terbuai2 macam ditiup. Aku perhati kat ruang yard tuh nak make sure ada angin bertiup ke tapi ternyata tak ada tapi api dapur tuh kemain galak berkibar2. Aku pun dengan slow-slow tutup api dapur, tinggalkan meggi yang berendam dalam periuk. Tutup semua langsir dan berlari keluar rumah, tapi aku sempat la kunci balik pintu tuh huhuhu.

Tengah hari tuh sepupu aku si E datang sebab dia nak amek barang2 aku untuk tumpang kat rumah dia sebab sem depan aku dah tak duduk hostel tuh lagi. Sekali lagi aku naik kat tingkat rumah aku kemas2 barang yang masih ada untuk bawak turun. Aku nak ajak sepupu aku nih teman tapi sebab dia lelaki aku tak berani la. So aku memberanikan diri masuk balik rumah tuh. Alhamdulillah kali tuh aku tak diapa-apakan hahaha. Mungkin serik kot nak pedajal aku sebab aku nih tak makan saman hahaha. Tapi lepas balik kampung aku terus demam, 2 minggu pulak tuh.

Okay la sampai sini saje cerita aku. Panjang pulak kan. Walaupun macam tak seram kan tapi bila aku teringat balik mememang jugak bulu roma aku nih. Cuma tak sangka pulak aku yang sangat penakut nih boleh la kira berani jugak time tuh hahaha. Thanks guys sebab sudi baca..

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

13 thoughts on “Pengalaman di Hostel Rievera II”

  1. Den pon nk komen yg same gaaakkk…
    Gilor berani dok umh xde api wei…
    Den ni nk dok blk sensorg ttp lampu pn x berani…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  2. haaaa, bab duduk bilik sorang sorang tu aku pernah buat.. tapi takde lah gile benor nak duduk orang sorang dalam gelap dekat tgkat yang hanya ada kau sorang je tu..

    Reply
  3. Hardcore jugak ye apartmen ni… Cuba ko bukak forum cari.. Misteri paranormal dan sakti.. Ada satu thread khas utk apt rievera ni.. Byk jugak kesahnya..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.