Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS.
Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau tak seram ye.
Kisah ni berlaku sewaktu hujung tahun 2006. Masa itu umur saya 14 tahun. Saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta yang agak terkenal di utara Semenanjung disebabkan demam denggi. Hospital tu memang famous amos dengan kisah seramnya, lebih-lebih lagi di block lama. (sekarang semua bilik wad di block baru).
Masa saya kena tahan di hospital, boleh pula bilik penuh. Selepas lama menunggu, selapas asar baru lah dapat satu bilik, tetapi punya nala hujjjuuuuunnng dunia, disebabkan dah takda bilik lain, terpaksa lah ambil juga bilik tu. Bilik nya cantik je. Macam bilik hotel.
Orang kalau dah demam ni, lagi-lagi denggi harus lah badan lemau dan tak bermaya semacam kan. Maka, saya pun tak hirau dah keadaan sekeliling, rasa nak tidur je. Pada malam itu, semua ahli keluarga saya, (Emak Ayah, abg dan kakak) berkumpul di bilik.
Sebelum saya melelapkan mata, saya sempat berpesan pada semua orang dengan nada yang lemah, “jangan la balik lagi.. teman adik kat sini tau..” lepas tu terus saya lelapkan mata. Bila dah rasa lama tertidur, tiba-tiba saya terjaga.
Tapi yang peliknya saya di bilik yang lain sebab kedudukan dan jenis perabot dalam bilik tu lain dengan bilik yang awal-awal saya masuk tadi. Dalam bilik tu cuma ada emak saya. Ahli keluarga yang lain ada di luar bilik.
Terus saya tanya emak, “Mak, kenapa bilik adik lain?”. Emak dengan muka lega tanya, “Adik tak ingat apa-apa ke tadi?” Saya hanya geleng kepala menandakan saya tidak tahu apa-apa. “Cuba adik tengok baju adik ada apa” Saya terus tunduk untuk tengok baju saya, terkejut nya bila baju saya penuh d***h. Mana tak terkejut, tadi elok lena tiba-tiba bangun bilik lain, baju penuh d***h. Eh? Kenapa drip air di tangan kanan, kan tadi di tangan kiri?
Emak saya pun cerita, elok je saya pejam mata lepas minta ahli keluarga jangan balik, tiba-tiba saya mendengus “balik lah! bising je!” Aik? tadi dengan suara lemah minta jangan balik, ni tiba-tiba suruh balik pula?
Mereka fikir, mungkin mereka agak bising bersembang dan mengganggu saya, maka semua pun balik kecuali emak saya untuk teman saya di hospital. Selepas je mereka balik.. tiba-tiba saya bangun dan duduk atas katil.
Saya pandang emak saya dengan satu pandangan yang tajam. Terus saya lompat ke hujung kaki katil yang menyebabkan tiub drip air tu jadi tegang. Saya masih merenung tajam emak saya. “Ni bukan anak aku dah ni” kata emak.
Terus emak menepuk bahu kiri saya berkali-kali. Tanpa hiraukan tepukkan tu, saya terus rentap keluar drip yang mencucuk tangan kiri saya, menyebabkan d***h tak henti-henti keluar. Masih merenung tajam ke arah emak, tiba-tiba saya senyum lebar dan terus menjilat d***h di tangan yang tidak henti-henti mengalir ke baju dan katil hospital.
Mak saya dah baca surah dan jerit minta “benda” tu keluar, tapi masih tiada perubahan. Mak saya terus lari keluar ke kaunter (setiap aras ada kaunter dibahagian tengah) untuk mendapatkan misi yang bertugas dan terus maklumkan yang saya dah kena kacau dengan benda.
Terus Misi A keluarkan surah yassin untuk diletakkan di sisi katil saya, dan sorang lagi Misi B mengatakan ada sebuah bilik baru je kosong betul-betul tepi surau dan kaunter. Maka bertungkus lumus jugalah misi-misi tolak pindahkan katil saya dari bilik lama ke bilik baru.
Mak saya terus call ayah saya untuk patah balik semula ke hospital, mujurlah mereka tak berapa jauh dari hospital. Bila saya dipindahkan ke bilik lain, saya terus tak sedarkan diri. Misi pun terpaksa cucuk drip baru di tangan kanan disebabkan drip di tangan kiri “saya” dah rentap keluar.
Ahli keluarga lain pun sampai dan mereka pun menolong pindahkan barang-barang saya dari bilik lama ke bilik baru. Katanya abang saya masuk bilik lama dah maki hamun “benda” tu sebab kacau saya.
Mujurlah tak jadi apa pada saya atau abang saya selapas tu. Tak lama lepas tu, saya pun tersedar dan hairan kenapa bilik lain. Mak saya kata cara saya pandang tajam dan tiba-tiba senyum tu sangat menyeramkan.
Tapi sungguh, saya tak ingat apa-apa yang berlaku! Sekian saja cerita saya yang pertama kali dirasuk. Harap-harap lah itu yang terakhir. Hari terakhir di hospital, misi kena keluarkan drip yang cucuk ditangan, disebabkan saya takut sakit, sempat lagi misi bergurau, “takut sakit ke dik.. amboii.. haritu bukan main rentap lagi”
Sekian.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cite copy paste…
tq 🙂
sakit tu rentap…x dpt bayangkan
Misi tu pun ngox..kn kna rasuk bkn rase pun..hampeh
Seram la gambar
Badan dh lemah….bilik tu mgkin berpenghuni…penghuni yg kita x nampak dek mata kasar…senang laa dia masuk dlm badan org yg tgh lemah….