PENGALAMAN DISANTAU

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih admin kerana tidak jemu untuk siarkan setiap kisah yang dikongsi. Terima kasih juga kepada semua pembaca, korang semua memang sporting.

Nama aku naz!robotnaz, bertemu lagi kita pada kali ini menerusi satu lagi kisah atau pengalaman yang dialami oleh aku sendiri. Baiklah, tanpa buang masa jom kita layan kisah seterusnya ini.

PENGALAMAN DISANTAU.

Sekitar lima tahun yang lalu, kehidupan aku seakan menemui titik noktah. Segalanya bermula daripada rasa sakit-sakit badan yang biasa. Ala… rasa taksedap badan gitu. Awalnya aku buat taktahu saja. Aku anggap mungkin aku kepenatan kerana terlalu sibuk bekerja.

Memang ketika itu, perniagaan yang aku usahakan sudah mula menampakkan hasil. Selalunya, nak dapat sorang client pun payah tapi pada waktu itu setiap hari ada saja orang yang akan hubungi dan masing-masing hendak mendapatkan perkhidmatan daripada company aku. Alhamdulillah… memang aku besyukur sangat-sangat dengan rezeki yang dikurniakan.

Namun, tiada siapa menduga segalanyaa berubah dalam sekelip mata. pada suatu pagi, aku yang Cuma sakit-sakit badan tiba-tiba rebah sewaktu bertemu dengan salah seorang client. Aku pengsan dan mereka bawa aku ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Setibanya aku di hospital, aku teseddar. Rasa sakit yang biasa-biasa tadi betukar menjadi rasa sakit yang teramat sangat. terlalu sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Cuba korang bayangkan, seluruh badan korang seperti dicucuk-cucuk dengan jarum peniti tapi bukan dicucuk satu, satu dan satu. Bayangkan jarum peniti itu cucuk dengan laju dari hujung kaki hingga ke kepala.

Ya ALLAH… sakitnya memang takterkata. Sewaktu di hospital, aku ditempatkan di zon merah. Ramai doctor dan nurse yang mengerumuni aku. doctor mana takcemas bila pesakit meraung-raung kesakitan, aku menangis sampai dah takleuar air mata. seetelah pemeriksaan dibuat, mereka tidak dapat mengesan apakah jenis sakit yang aku alami.

Puas masuk bilik sini, bilik sana. Xray, scan etc tapi tetap tiada jawapan. Apa yang mereeka nampak Cuma tekak aku seperti membengkak dan bernanah. Salah seorang doctor berkata itu perkara biasa dan tidak serius. aku diberikan ubat dan disuruh pulang berehat di rumah.

…………………………………………………………….

Setibanya di rumah, keadan aku kembali seperti sediakala. Takda rasa sakit-sakit tapi badan memang terasa lemah sangat. semua orang kebingungan dengan apa yang berlaku. Takkurang juga ada yang beranggapan aku ni lembik sangat, taktahan sakit. Baru rasa sakit sikit dah macam nak m**i. Aku takmampu jelaskan apa-apa sebab apa yang aku rasa mereka takrasa. Mereka juga takpercaya dengan setiap kata-kata aku.

Aku berehat sendiri, takda siapa pun nak perduli. Pada waktu itu, aku tinggal bersama rakan di kuala lumpur. Mama dan papa aku berada di JB. Pada mulaanya, aku taknak beritahu keluarga aku tentang apa yang terjadi tetapi setelah didesak oleh housemate aku iaitu hariz, akhirnya aku benarkan dia untuk telefon dan beritahu keluarga aku. Aku disuruh pulang ke JB tetapi aku enggan kerana masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

“harry, kalau rasa taklarat ambil cuti. Balik sini, kami boleh jaga kamu.”
“jangan risau papa, harry okay. Mungkin tu sakit biasa. Takcukup rehat agaknya.”
“tapi hariz bagitahu sakit kamu nampak teruk, pagi tadi hariz kata kamu meraung-raung. Menangis macam nak putus nyawa.”
“yup, tu pagi tadi but not now. Okay papa, jangan risau. Apa-apa nanti harry bagithau.”
Aku terus matikan panggilan. Sengaja aku buat macamtu sebab aku taksuka dengar kalau papa dah start membebel.

………………………………………………….

“naz! Naz! Kau okay tak ni? apasal kau menggigil macam kena penyakit Parkinson? Kau okay tak ni?.” hariz terkejut melihat keadaan aku yang menggigil seluruh tubuh. Kata hariz, mulut aku seakan terkancing.

Tidak mahu mengambil sebarang risiko dan bimbang kalau-kalau keadaan jadi lebih teruk segera hariz mengubungi dua orang lagi rakan aku iaitu izat dan sham. Segera mereka datang ke rumah sewa kami dan bawa aku ke hospital.

Perkara pelik terus berlaku, tiba saja di perkarangan hospital aku jadi kembali normal. Namun, badan aku lemah dan aku taklarat untuk berkata apa-apa dengan mereka. Biarpun aku sudah tidak mengigil lagi, aku tetap dipaksa untuk mendapatkan rawatan. Gigih hariz, izat dan sham memberi keterangan dan penjelasan kepada pihak hospital tentang keadaan aku tadi tapi doctor tetap dengan keputusannya. Doctor kata aku taksakit apa-apa kecuali tekak aku bengkak dan bernanah.

Sepanjang aku sakit, memang takdda selera nak makan. Aku Cuma minum air saja. Bukan setakat takda selera tetapi bila aku cuba untuk telanb apa-apa makanan tekak aku akan terasa seperti disiat-siat atau dikoyak-koyak. Sakit sangat rasanya.

…………………………………………

Keadaan aku jadi lebih teruk dari hari ke hari. Menyedari aku seperti terkena penyakit misteri segera aku cansle semua appointment dan aku balik JB. Berat badan aku pun susut mendadak, memang waktu tu aku dah bukan macam aku. kurus dan nampak cengkung sangat. sakit yang aku rasa itu tidak datang setiap masa. Sakit itu akan datang tiba-tiba saja, selalunya aku akan terasa sakit yang teramat sangat menjelang waktu maghrib.

Pernah sekali, aku rasa seperti hedak putus nyawa. Bayangkan, hidung aku seperti tidak berfungsi, memang takboleh nak hembus atau tarikh nafas gunakan hidung pada waktu tu. ditambah pula dengan aku diserang semput dengan tiba-tiba dan mulut pula terasa sakit untuk dibuka. Sukarnya untuk aku bernafas, tercungap-cungap aku dibuatnya.

Mama, papa dan adik aku yang kebetulan ada di sisi ketika itu hanya mampu menangis dan berpesan supaya aku terus kuat. Mereka janji, mereka akan bawa aku pergi berubat. Waktu ni, memagn aku dah kritikal sangat. tiada siapa pun yang menyangka aku terkena santau malah ada yang anggap aku terkena penyakit misteri dan sesiapa yang mendekati aku turut akan tekena tempiasnya.

Kawan? Kekasih? Client , even sahabat sekalipun semua hilang dari pandangan. Mungkin mereka anggap aku telah m**i atau menanti hari untuk pergi. Cuma yang setia bersama aku ketika itu hanyalah ahli keluarga saja tapi semua tu aku dah takperduli sebab sakit yang aku rasakan lebih menyiksakan daripada sakit hati kerana sikap mereka itu.

………………………………………………………..

Papa dan mama tunaikan janji mereka, masing-masing ambil cuti sebulan semata-mata ingin bawa aku berubat di mana saja sehingga aku sembuh. Keluarga aku memang semua kaki bisnes. Mama, papa, abang, kakak dan aku masing-masing ada perniagaan sendiri. Cuma adik saja yang takminat berniaga. Maka, tidak hairan jika setiap ahli keluarga aku terkena benda-benda macam ni.

Selangor, kedah dan Kelantan antara negeri yang telah mereka bawa aku untuk berubat di sana. Namun, sakit aku tetap tidak berkurangan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kadang-kadang aku mula meracau dan pernah aku ingin terjun daripada kereta yang seddang papa pandu laju di tengah-tengah lebuhraya.

Sebagaimana yang aku beritahu tadi, sakit ini tidak datang setiap masa. Biasanya pada waktu siang aku seperti biasa, tidak meracau dan tidak rasa apa-apa sakit kecuali sakit tekak. Badan aku tetap kuruslah sebab takmakan kan?. Jangan nanti ada yang tanya pula siang aku berisi dan malam aku jadi kurus. Takdalah macamtu ey.

Puas aku dan keluarga aku ikhtiar segala cara yang ada. Berdoa takpayah ceritalah. Setiap masa aku berdoa. Sakit yang paling siksa aku rasa apabila rasa seperti dicucuk seluruh badan dengan laju dan pada masa yang sama dada terasa seperti dihimpit sesuatu. Waktu tu memang ingat m**i. Pernah je sekali tu, aku rasa penat sangat, rasa dah taklarat dan minta agar ALLAH ambil saja nyawa aku. namun, mungkin itu bukan yang terbaik buat aku dan ALLAH tidak menerima permintaan tersebut.

…………………………………………

Setelah sebulan lebih berusaha, berikhtiar dan melakukan macam-macam perkara. Akhirnya aku dipertemukan dengan seseorang yang mampu betarung dengan si perlaku sihir tersebut. menurut orang itu, aku telah disantau tapi bukan disantau menerusi makanan. Aku terkena santau angin dan mujurlah si pelaku itu tidak gunakan paku ataupun miang buluh di dalam santaunya. Si pelaku tersebut dikatakan Cuma guna jarum dan kaca saja.

Aku dirawat oleh orang tersebut, aku namakan dia sebagai herman dan dia berasal daripada Indonesia. Papa aku terjumpa dengan dia pada suatu malam di mana dia menahan kereta papa aku untuk ditumpangkan ke pekan. Kata dia, telepas bas, papa aku pun tumpangkan saja. Sepanjang berada di dalam kereta, papa kata herman pada mulanya membisukan diri tetapi apabila sudah hamper sampai ke pekan dia besuara.

“pakcik, saya rasa pakcik ada masalah. betul?.”
“yup, hidup mana lepas dari masalah herman. Bukan dinamakan kehidupan tanpa masalah.

“bukan itu maksud saya, mungkin sekarang keluarga pakcik sedang diuji dengan satu masalah berat. Apa benar kata-kata saya itu?.”
“benar, anak pakcik ditimpa penyakit misteri. Puas dah dibawa berubat ke sini sana tapi tetap taksembuh-sembuh.”

“kalau begitu, nanti kalau ada kelapangan. Pakcik hubungi saya, saya akan cuba bantu. InsyaALLAH setiap sakit ada obatnya kecuali m**i.” Herman memberi sekeping kertas yang tertulis nombor telefon dan namanya. Tanpa banyak soal, papa aku ambil dan simpan kertas tersebut.

Sekembalinya papa di rumah, papa menceritakan hal tesebut kepada mama. Mama bersetuju untuk membawa aku bertemu dengan herman. Bagi mama, taksalah mencuba selagi mana ikhtiar itu tidak betentangan dengan ajaran agama.

…………………………………………………………….

Seingat aku, sewaktu betemu herman. Herman pesan suruh bawa madu lebah yang ori dan segar. Papa pun turutkan saja apa yang herman suruh. Sesi rawatan bermula, herman mengambil segelas air dan dimasukkan tiga sudu madu ke dalam gelas tersebut.

Kemudian, herman seakan membaca sesuatu. Lebih kurang lima minit macamtu barulah herman berhenti dari terkumat-kamit.

“ambil ni, kamu minum sekarang. minum tiga teguk. Satu teguk satu nafas.”

Aku ambil gelas tersebut dan buat apa yang disuruh. Seteguk, dua teguk dan tiga teguk. Aku rasa nak termuntah.

“ada rasa mau muntah enggak? Kalau ada, muntahkan saja. Jangan ditahan-tahan.” Ujar herman sambil dihulurkan kepada aku sebuah besen.

Mendengar saja kata-kata herman tadi, aku terus muntah ke dalam besen yang diberi. mulanya Cuma keluar lendih dan nanah saja. Banyak sangat nanah tersebut, baunya takpayah ceritalah busuk yang amat sangat.

“muntah lagi, jangan tahanb, keluarkan semuanya.” Kata herman lagi. belakang aku ditepuk-tepuk.

Aku muntah lagi kali ni barulah ketulan demi ketulan d***h keluar. Setiap ketulan d***h adalah sebesar guli.

Banyak sangat ketulan d***h yang keluarr. Kemudian, aku dipaksa muntah lagi dan hasilnya kelaurlah tiga batang jarum dan beberapa gumpalan rambut.

Mama, papa dan adik beradik aku Cuma mampu menangis je waktu tu. memang nak muntah tu taksusah tapi waktu muntah tu nak keluar sakitnya ALLAH saja yang tahu. Siksanya memang taktergambar dengan kata-kata. Aku meronta-ronta kesakitan tapi kalau nak baik kata herman kena muntah semuanya.

Perit, pedih, sakit dan apa lagi perkataan pun aku taktahu dah nak cakap macam mana nak bagi orang faham apa yang aku rasa waktu tu. setelah selesai semuanya, aku pengsan seketika. Kemudian, aku tesedar dan aku masih lemah.

“nanti, balik rehat cukup-cukup. jangan risau, semuanya udah selesai. Aku juga sudah worning pada si penghantar. Kalau perlukan bantuan aku, call saja. Pasti aku akan membantu.”
“terima kasih herman, pakcik taktau bagaimana mahu membalas jasa kamu. Kamu sangat baik. kalau kamu tiada, taktahulah apa kesudahan hidup anak pakcik.”

“jangan bilang begitu, semua ini atas izin ALLAH. Yang membenarkan, yang memberi sakit, yang menyembuhkan semuanya kerja ALLAH. Aku Cuma pengantara saja. Sudah, aku enggak mau apa-apa, aku ikhlas.”

………………………………………….

Sejak daripada hari tu, keadaan aku kembali pulih seperti sediakala. Pengalaman disantau sedemikian memang takpernah aku lupakan. Sampai sekarang, aku cukup berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Aku masih ingat, herman juga berkata. “orang menghantar santau ini kadang-kadang bukan sebab takpuas hati dengan kita. Adakalanya si penghantar takkenalpun siapa kita tapi dia mahu mencuba keberkesanan ilmu santaunya.”

Sekian untuk kali ini. sorry kalau sukar nak faham apa yang aku cuba sampaikan. Apapun, orang yang dha merasa saja yang akan tahu bagaimana sakitnya.

Jumpa lagi.

robotnaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

38 thoughts on “PENGALAMAN DISANTAU”

  1. aku nk santau org yg xnk dtg mlysia….aaahahahahaaa…aaaahahahahaaa…eeeeheheheheeee…aaaahuk uhuk uhuk..tersedak..

    Reply
  2. Untuk khidmat santau angin, santau air, santau tanah, santau api,
    Anda boleh menghubungi Pak Gono dengan kadar bayaran tertentu.
    Mengapa perlu bayar lebih? Trivago kan ada

    Reply
  3. Sy faham robonaz..sbb sy pun pernah kena santau melalui makanan. Santau lambatkan jodoh… yg buat tu member sy..cm sy tak tau siapa. Takpela..siapa pun die sy dah maafkan..selebihnya biarlah Allah yg uruskan nt.

    Reply
      • Santau lambatkan jodoh kita panggil dia pelalau… Yg terkena klu ada yg berkenan atau dia berkenan memula ok masuk second date dia dah menjauh panas.. Yg terkena akn rs nyampah benci ada je alasan x kena.. Juga akn bermslh ngan kwn2 ngan klga..yg buatkan dia menyendiri samaada dia menjauh atau kena pulau kwn2 dan klga disebabkan sifat yg perengus… Npk mcm normal tp sbnrnya x…

        Reply
  4. “Kawan? Kekasih? Client , even sahabat sekalipun semua hilang dari pandangan. Mungkin mereka anggap aku telah m**i atau menanti hari untuk pergi…”

    Serius???
    Awek pon lari camtu je ke????
    Biadaaappp…

    Reply
  5. thanks all for comment. apapun, aku nak jelaskan beberapa perkara di sini, firstly tentang nama harry n naz tu. harry n naz adalah orang yang sama iaitu aku. dalam keluarga memang mereka panggil aku harry. jangan tanya kenapa sebab aku pun taktahu kenapa aku dipanggil begitu. kedua, tentang salah satu komen di atas tu ada menyatakan dia disantau untuk berat jodoh. setahu aku, bab-bab jodoh ni boleh jadi berat ada dua sebab satu sebab diganggu jin asyik dan satu lagi sebab terkena sihir pelalau. aku pernah jumpa orang yang terkena pelalau memang susah jodoh nak lekat. ada saja halangan even masing-masing seakan dah cinta m**i antara satu sama lain. seterusnya, tentang kawan, client, sahabat n kekasih yang pergi tinggalkan aku tu, memang benar. mereka fikir aku terkena penyakit misteri yang berjangkit. takkurang juga ada yang beranggapan aku tunggu masa je untuk m**i. seperti yang aku jelaskan di atas, santau ni cuma difahami oleh orang-orang yang telah mengalami saja. ramai orang akan persenda dan fikir ini cuma satu benda yang mustahil dan tidak logik. aku tidaklah mendoakan agar yang tidak percaya tu tekena santau tapi aku harap kalaupun korang takboleh faham perasaan dan kisah hidup orang lain, jaga sajalah diri sendiri. jangan nanti dah tekena dekat diri sendiri atau orang-orang yang korang sayang, baru korang nak menyesal dan mempercayainya. sekian daripada robotnaz..

    Reply
    • Faham sangat tue, arwah adik saya pun meninggal disebabkan buatan orang dan lagi sedih saudara sendiri yang buat. Gara-gara taksub dan tamak dengan harta dunia. Sampai sekarang dia masih berdendam dengan kami..entahlah!

      Reply
    • Mula2 saya terkena saya tak tau pon apa itu santau or tuju. Setahun saya menderita. Macam2 saya diduga. Bermula dengan sakit bahu, orang2 terdekat tak kenal rupa saya, orang nampak muka macam pocong, kusam. Badan keluar biji2 macam cacar air tapi tak gatal. Muka penuh dengan biji2 bernanah tapi tak sakit ( walhal muka saya jarang berjerawat). Setiap kali berubat, baik, kena hentam balik. Baru 3 minggu saya pulih dari sakit kaki yang teramat sangat, maka keluarlah jarum, baru, duri nibong, taring, kayu dan gumpalan benang kasar.
      Begitulah dekat setahun ni. Semangat saya je kuat nak pulih tapi badan saya sudah tak larat. Saya berharap sangat jika ada jodoh nak berubat dgn saudara Herman. Nak akhiri penderitaan ni.

      Reply
      • Adik saya kene sihir ni sgt teruk. Tak tau nak cerita mcm mana. Saya pun berharap saudara naz boleh tolong berikan cara untuk hubungi saudara herman tu. Buntu dah nk ikhtiar.

        Reply
    • Ye betul, Namanya Naz. Harry tu kawan dia kan? Kalau tak silap lah. Baca siri ke dua.

      Kepada tuan punya entry, boleh beritahu di mana saya boleh contact Herman? Saya nak tolong kawan saya yang senasib dengan awak…
      Terima Kasih.
      🙂

      Reply
    • Assalamualaikum tuan…. Boleh saya dapat contact no bapak Herman tu… Saya ada ahli keluarga yg kena mcm tuan jugak… Harap dapat membantu…

      Reply
  6. Betul tu.. Kamu blm kena blh la buat lawak lg.. Apapun org yg main santau2 ni kami tengah pantau. Hmm… Insp migure tangkap si polan skg

    Reply
  7. keluarga kawan aku pon kena santau yang dihantar oleh saudara diorang sendiri sebab jealous pasal tanah (what the heck). satu keluarga diorang kena santau menyebabkan mak kandung and kakak kandung dia meninggal sebab kanser yang bermula dari santau tersebut. arwah mak kandung dia memang keluar paku kaca bila diruqyah. kemudian ayah dia remarried but unfortunately mak tiri dia yang kedua pon meninggal sebab kena kanser oleh santau jugak. sekarang keluarga kawan aku hidup dengan bahagia (alhamdulillah) dengan mak yang ketiga.

    Reply
  8. Assalamualaikum…sy prnh berubat dgn org yg pndai,sy prnah perhatikan ape yg dia gunakan…utk buat sndiri lah
    Bhsa kampung/mudah buat tepung tawar nya . bhan2 spt berikut…
    1.beli tepung beras kat kedai hrga dlm rm1.50 je..
    2.bancuh tepung beras biar sebati/tidak terlalu cair dan tak keras.
    3. Amal kan bacaan surah fatihah,al ikhlas, ayatul kursi, al kafirun, an nasr, dan surah al baqarah ayat 102.
    4.tiup/hembus pada tepung tawar tu.. dan amek sebiji yg di gentel bulat mcm kuih melaka.
    5.gelek/gentel kat kawasan badan yg sakit@gatal…inshaaAllah akan keluar dan melekat pada biji2 tepung yg bulat.
    6.buat berulang kali dan baca surah2 yg sy nyatakan…kalu nak elok..bce surah yg ade kaitan dgn pghalau sihir..spt adjin,al baqarah, dll..
    7.hasil nye..saudara/saudari akan dpt lihat…sy pernah buat dan sy amalkan …segala yg trjadi Allah maha mengetahui…
    8. Ni salah satu ikhtiar kn dgn diri sndiri…
    9. Kalau terkena santau angin…benda2 yg digunakan akan melekat spt rmbut,miang buluh,benang,kaca halus,..kadang2 ade pasir spt tnh kubur.
    10. Semoga kalian sihat dri penyakit di santau angin oleh manusia laknat..

    ##semoga perkongsian ini memberi manfaat utk saudara2 ku…

    Reply
    • Terima lasih atas perkongsian ini Kucing Emas. Untuk makluman, penyakit gatal kulit pula saya hadapi sekarang ni. Dah dekat sebulan setengah gatal2, dah sekarang macam berkudis. Puas saya pergi klinik dan hospital. Berubat kampung pon sudah dicuba.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.