Pengalaman Hidup Aku

Salam warga FS . Aku memang hari hari tunggu FS ni keluar cerita baru tapi tak follow sbb takut malam malam aku scroll TERtengok gambar2 yang tak sepatutnya aku tengok . Hahaha . Boleh gugur jantung woo . Tapi aku akan follow jugak nnti hahaha.

aku nak cerita mengenai pengalaman aku dengan benda benda mistik ni . Maybe tak seram tapi nak jugak cite.

1. Rumah aku jenis rumah papan yang memanjang . Ada dua ruang tamu dengan dua dapur . Tapi ada satu bilik je sbb rumah ni asalnya rumah arwah atuk angkat aku . Dia tak ada anak so dia wariskan rumah dia ni kat ayah aku . Ayah aku cakap rumah ni kongsi dengan orang bunian . Masa ni aku baru 5 atau 6 tahun . Family aku ada 7orang termasuk mak ayah. So ayah bagi bilik tu kat kakak2 aku 3 orang . Aku dengan adik bongsu lelaki tido dengan ayah mak kat depan tv dekat ruang tamu no 2 . Ruang tamu no 2 ni sekali dengan ruang tamu depan.
Macam biasa ayah aku layan WWE malam2 tapi selalunya tv tengok dia . Aku ada satu habit selalu terjaga pukul 2 atau 3 pagi . Aku tido sebelah ayah . Kalau aku pusing ke kanan aku boleh terus nampak tangga dapur dengan meja makan . Setiap kali jaga aku selalu dengar bunyi orang masak,basuh baju (mesin aku dulu jenis bunyi kuat gila kalau spin) . Basuh pinggan . Orang berjalan

Nama pun budak sah sah lah aku fikir bukan2 . Berselubung terus dengan selimut .Tapi aku cuba fikir ayah tak tido lagi sbb aku tengok tv terbukak . Biasanya aku akan tertido balik lepas azan subuh . Bayangkan berapa jam aku dengar benda yang sama . Bila aku cerita dekat kakak2 aku dorang kata aku mimpi . Dorang tak percaya ayah aku cakap sebab alasanya taknak aku tido lambat . Rumah aku ni pulak sebelah ada sederet pokok pisang . Betul2 sebelah tingkap bilik . Setiap kali hujan tingkap tu mesti terbukak even dah tutup . Dan jadi mangsanya AKU . Aku yang kene tutup tingkap alasannya nak bagi aku berani . First aku nampak macam pocong kat pokok pisang tapi aku ingat just kain . Aku bagitahu kakak2 aku aku nampak apa . Kalam kabut dorang suruh aku tutup tingkap cepat lepastu cabut tinggalkan aku sorang2. Haa tau korang takut . Aku pun try tengok balik tapi TAK ADA . Ok sebelum benda tu munculkan diri dia kat depan aku baik aku blah . Aku tak tutup pun tingkap sebab takut . Ayah aku jugak tolong tutupkan. Sape suruh tinggalkan aku sorang2 . Hm . Benda ni berlarutan sampai lah aku masuk darjah 1.

2. Pada tahun 2002 kitorang satu family pindah pergi Pahang .Masa ni dapat rumah sewa yang belakang macam hutan sikit. Pun memanjang rumahnya. Ada dua bilik air, 3bilik tido dan satu stor . Kawasan rumah ni setiap rumah berkembar . Tapi dua rumah berkembar lepas tu kedepan sikit rumah berkembar lagi . Haa faham tak? Jiran aku selalu kata rumah sewa kitorang ni keras . Selalu orang nampak pocong dengan puntianak kt bumbung rumah ni . Masa ni aku dah nyumpah seranah habis dalam hati . Aku ni dah la penakut, dah tu ditakutkan lagi. Mak ayah aku meniaga nasi lemak dari petang ke tengah malam . So dalam rumah ada kitorang 5 beradik je. Kakak aku selalu kurung aku kat dalam bilik berhadapan dengan stor sebab aku nakal. Hahaha. Bilik tu luas dah macam master bedroom . Actually tiga-tiga bilik tuh macam master bedroom . Tapi macam dulu yang tido bilik tu kakak2 aku . Aku dengan mak ayah adik tido kat ruang tam. Lagi 2 bilik kitorang just letak barang2. Masa dia kurung ni aku saja bukak pintu sebab nak bagi hilang rasa takut. Lagipun pintu stor ni tertutup. Masa ni tak terfikir pun pape. Just buat keje sekolah sambil baring berhadapan dengan pintu.

 

Tiba-tiba dengar bunyi krekkk. Aku pandang depan . Nampak pintu stor tu terbukak sikit. Okayy aku dah meremang . Zupp! Muncul sebijik mata kaler merah tengah pandang aku . Aku takut. Sumpah takut tapi aku tak boleh bergerak . Aku just pandang sambil air mata aku mengalir . Tiba tiba aku nampak pintu tu makin terbukak luas . Aku masa ni doa supaya kakak aku masuk bilik panggil aku sambil tu aku baca alfatihah sebab surah ni je aku ingat (padanmuka mak suruh hafal ayat Kursi aku tangguh2kan). Dari sebijik jadi dua. Masa tu dia nak tayangkan badan dia, kakak aku pun muncul depan pintu. Masa ni terkejut tapi tak nangis teresak2 sebab takut kene kurung lagi. Terus kakak aku tanya ” dah kenapa nangis? Dah keluar cepat” . Aku cuba intai bilik stor tu tapi pintu dia TERTUTUP ! Macam haramjadah sungguh. Sejak dari tu aku tak PERNAH lalu depan bilik stor tu. Nasib baik satu lagi bilik air ada kat bilik no1 dekat dengan ruangtamu . Aku tak bagitahu sesiapa sebab komfem dorang gelakkan aku . Hm

3. Lepas darjah 3 aku pindah balik kat tempat asal sebab arwah nenek meninggal, tapi tinggal kat rumah lain. Bilik still ada satu . Katil double ada dua . Aku tido kat atas . Still habit aku terjaga pukul 3pagi. Ada satu malam ni, aku terjaga dengar bunyi orang berjalan . Aku ingat ayah aku nak pergi dapur minum air. Tapi jalannya kehulu kehilir depan pintu bilik . Aku bangun tengok kakak2 aku semua dah tido . Masa ni tak rasa cuak apa lagi. Aku baring balik membelakangkan palang katil. Tiba tiba dengar bunyi orang pijak katil bawah . Katil ni dia senget sikit sebab ayah yang buat sendiri. Ayah silap agak katanya. Ok lah asalkan jadi. So masa ni aku dah cuak sebab aku yakin aku tak dengar bunyi pintu dibukak and boleh rasa katil senget. Aku buat buat tido je dan ambil selimut aku tutup satu badan. Masa ni pulak dia nak main2 . Dia tarik selimut aku slow2 . Boleh rasa kot weh sebab selimut aku jenis tebal. Masa tu aku dengar dia gelak. Aku cuba acah acah buat macam takde apa2 tarik selimut balik macam mengeliat. Dia tarik balik kebawah. Aku terus masuk ke dalam selimut sebab aku nak cuba intai. Nampak mata dia je pastu aku pengsan . Esoknya aku bagitahu family aku. Dorang just kata aku mimpi. Weh mustahil aku mimpi weh!!! Lepas tu aku ambil kusyen kat sofa aku, buat benteng kat katil. Termasuk laluan tangga aku nak turun. Dorang just gelakkan jela. Ok takpe takpe. Malam tu jugak kakak aku yang tidur kat katil atas double-dacker satu lagi tu kena. Bersungguh sungguh dia cerita. Tuh la aku cakap tak percaya . Start dari situ kitorang letak yassin sebelah bantal. Hahaha .

4. Macam biasa  akuterjaga tengah2 malam . Tapi ni terjaga sebab kena hempap . Aku dari kecik selalu kena hempap . Sampai nangis2 . Esok bangun mesti ada lebam kat peha tapi tak sakit . Orang cakap kene gigit hantu . Masa kena hempap ni aku samar2 nampak bentuk badan dan kaler dia . Badan dia besar and kaler mcm hijau lumut pekat . Aku dah baca macam-macam yang aku ingat sampai la aku terdengar orang bisik kat aku suruh AZAN dan betul2 MAKSUDkan apa yang aku azan kan . Lepas aku azan terus benda tu hilang . Aku bangun mengucap lepastu terus keluar bilik tido kat ruang tamu dengan mak aku. Hahaha. Aku pun selalu mimpi jatuh bangunan, kene kejar anjing hitam , makan kaca bagai . Tahu tak kenapa? Hm .

5. Kes histeria kat sekolah menengah pula. Kat sekolah aku tahun 2007 tak salah aku ada kes histeria besar besaran . Tak sure punca dari sape or macam mana . Tapi sesi pagi dengan petang mesti ada satu dua kelas kena histeria . Even masa tengah perhimpunan pun . Sape yang tengah tak suci memang ada kemungkinan besar akan dirasuk . Aku ada sorang kawan ni selalu kena histeria . Masa ni aku sesi petang . Dia kena masa dah nak balik sekolah . Lepas dia dah selesai Ustaz pulihkan dia , aku teman dia tunggu mak ayah dia . Dalam pukul 7 mak dia ambil . Selesai tugas aku sebagai kawan yang prihatin (cewahh) .Aku balik rumah jalan kaki je sebab dekat and laluan nak balik ni selalu sibuk . So aku tak la rasa takut . Masa balik tu aku rasa macam ada orang ikut tapi tak terlintas pun benda tu ikut . Biasa kalau orang nak kene rasuk dia kan nangis dulu pastu baru benda tu masuk dalam badan kan? Masa ni memang rasa nak nangis. Sayuu sangat . Taktahu kenapa . Tapi aku tahan sebab segan nak nangis depan public . Aku jalan tunduk je sebab nak tahan nangis . Aku masuk rumah bagi salam pun slow je .
Jejak je kaki kat ruang mak aku selalu ngaji terus terduduk sebab terdengar bunyi harimau mengaum betul betul sebelah cuping telinga lepastu apa lagi aku terus menangis melalak . Mak aku dah kecoh2 ingat aku kene buli . Hahaha . Mak aku suruh mandi ambil wuduk terus solat magrib . Malam tu aku mimpi aku kat kawasan sekolah . Aku nampak benda tu besar berbulu coklat gelap tengah peluk bangunan sekolah . Aku apa lagi lari lah nak balik rumah . Aku masuk rumah aku nampak mak aku tengah ngaji . Benda tu nak masuk tapi tak lepas . Bunyi dengusan dia macam bunyi babi nak mengamuk . Aku tak mampu buat apa aku nangis je . Lepas tu aku terjaga .
Esoknya mak aku bagi aku minum air zamzam suruh bawak gi sekolah . Aku sampai aku tanya kawan aku betul ke apa yang aku mimpi sama dengan apa yang dia nampak . Dia kata ye . Dia kata maybe aku kuat semangat sebab tu dia tak boleh masuk masa aku rasa sayu tu . Tapi aku penakut . Macam mana boleh kuat semangat? Hahahaha .

Ok sekian sahaja . Sape yang rasa tak seram tu tunggu turn korang kena . Muahahaha . Assalamualaikum .

 

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *