Pengalaman Hidup (Bhg. 2)

Assalamualaikum… buat peminat setia FS, jika karya saya yang kedua ini tersiar, maka admin telah menerima karya saya. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Baiklah untuk meneruskan sambungan macam biasa aku bahasakan diri sebagai “aku”, sebab mudah difahami dan lebih ringkas. Sebenarnya agak lama aku menunggu respons dari FS untuk menghantar misteri tak terungkai yang pertama, setiap hari aku akan melihat emel kalau-kalau FS memberi respons.

Tapi tiada respons, aku faham, macam aku cerita lah aku diganggu, secara jujur memang benda ni mengawal aku dia kalau boleh tak nak aku dedahkan pun cerita ni pada umum. Pernah aku ingin bercerita pada kawan-kawan tapi akhirnya aku yang jadi mengantuk, lemau, dan akhir sekali benda ni jadi terlupa, bukan sekali dua banyak kali. Jadi kalau korang perasan tajuk aku yang sebelum tu ‘misteri tak terungkai’ kemudian ada cerita sama 100% tapi tajuknya ‘pengalaman hidup’ memang aku hantar dua kali sebab aku tidak menerima emel dari FS, puas aku semak mana silapnya jadi aku mengubah tajuknya sebagai ‘ PENGALAMAN HIDUP’, dan bila tajuk ditukar akhirnya cerita aku di terima. Baiklah aku akan sambung kisah hidupku, sebenarnya sejak menghantar bingkisan hidup yang lalu aku sering kali merasai hati yang tidak keruan, dan aku percaya sesuatu kaum yang di laknat Allah itu tidak menyukainya. Aku percaya jika aku tidak kuat, mungkin aku boleh jadi gila. Bayangkan hampir setiap masa diganggu, kalau manusia yang menganggu pun kita tak suka apatah lagi makhluk lain yang berbeza sifatnya daripada kita. Mungkin ada di kalangan korang yang telah follow cerita aku yang dulu terfikir macam mana rupa aku di luar, adakah kelihatan tak terurus? Ataupun seperti gadis-gadis dalam filem seram yang selalu kena ganggu, rupa selekeh. Sebenarnya, Aku macam orang lain kalau korang jumpa kat luar aku kelihatan seperti tiada sebarang masalah, hidup gembira suka ketawa, macam tiada masalah tetapi aku terpaksa menanggung ketakutan yang aku tak tahu bila hujungnya.

(Praktikal)


Aku tersedar lagi kali ni, sudah dapat ku agak jam mesti menunjukkan pukul tiga pagi, aku tahu makhluk tu memang suka mengejutkan aku masa-masa macam ni, kadang aku terfikir sudut positif agaknya dia nak aku solat sunat tahajut agaknya, jadi aku cuba melawan perasaan takut, aku lihat ati memang sedang enak tidur di sebelah. Cuba untuk tidak menganggu dia, tetapi dalam masa yang sama memang jelas suara kanak-kanak sedang mengekek ketawa. Kalau ketawa macam gembira tu aku boleh terima, ni ketawa dia macam bunyi “hik hik hik” kalau yer pun buatlah suasana happy sikit hilanglah gemuruh yang bergolak kat hati aku ni betul tak?? Serta merta meremang bulu roma aku apabila angin tiba-tiba kuat menolak langsir yang berwarna krim dalam bilik aku, aku dah tahu apa di sebalik tingkap, jadi aku menutup mata bangun dan terus melangkah ke bilik air, tanpa melihat cermin yang bergantung, tanpa melihat pili paip yang seakan-akan cermin, aku mengambil wudhuk. Sampai bila gangguan ini akan berakhir. Aku terus menunaikan solat sunat, aku kunci telinga dari mendengar bunyi-bunyi yang tidak enak di dengar. Alhamdulillah dalam tak sedar azan subuh berkumandang, rupanya aku tertidur di tikar sembahyang.


Kali ni aku ingin mencerlah, bercerita tentang seorang lelaki yang aku panggil zul, zul ni lelaki yang aku kenali melalui laman muka buku sewaktu aku semester 5, iaitu 2 sem sebelum aku berpraktikal. Di saat ni memang aku rasa aku dah selamat dari benda-benda halus ni disebabkan aku dah lama tak diganggu, waktu tu memang aku rasa macam dah selamat dan dah bebas dari gangguan, aku balik kampung cuti sem pun aku tak diganggu cuma rasa tak selesa duduk rumah je tapi bunyi pelik-pelik tu dah tak ada. zul ni rupanya seorang polis yang perwatakannya agak misteri, dari dia aku tahu banyak perkara tentang dunia polisi. Walaupun agak berani, tapi Aku mengajak dia untuk berjumpa dari laman muka buku aku sms dia, yerlah dah lama kawan tak kan tak nak bertemu mata, kebetulan dia dari KL balik ke Taiping jadi dia singgah di Tanjung Malim. Bermula dari detik berjumpa aku bagai tertarik dengan sifat yang dia ada, sangat pemalu dan misteri. Sikap yang semakin lama semakin ‘caring’ membuatkan aku sedikit rimas. Walaupun kami tidak bercinta dan hanya kawan tetapi layanan zul terhadap aku seperti menaruh perasaan. Dia memang baik, tetapi sangat aneh bila setiap kali jumpa mesti menghadiahkan aku sesuatu, bahkan buku mewarna budak 5 tahun pun dia bagi aku, beg cinderella, mainan kanak-kanak 3 tahun, dan sekolah yang aku berpraktikal tu dia lah yang tolong carikan. Dia menghadiahkan aku satu patung doraemon sebagai peneman aku di sekolah tempat aku berpraktikal. Itulah zul, baiklah aku sambung balik kisah waktu aku berpraktikal.

(Praktikal)


Penderitaan dan gangguan terus menganggu hidup aku, dan yang tak boleh aku lupa semasa cuti sekolah, aku tak dapat pulang ke kampung kerana mak aku pergi lawatan ke acheh jadi yang ada di rumah waktu tu hanyalah ayah aku. Bukan aku tak suka pulang ke kampung tengok ayah cuma ayah banyak buat hal sendiri dalam bilik keramat dia, jarang dia bukakan pintu kecuali waktu makan dan minum je. Lagipun fail-fail praktikal banyak lagi aku belum selesaikan, Jadi aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa dan tak balik bercuti, malam tu galaklah bunyi-bunyi yang menakutkan menjengah sedangkan jam baru pukul 10 malam, dia seakan faham dan tahu ati pulang ke kampung. Jelas kedengaran di telinga aku bunyi pintu dibuka dan ditutup di bilik sebelah, tak cukup dengan itu bunyi guli dilempar. Aku cuba pekakkan telinga, terus siapkan modul Bahan Bantu Mengajar tetapi tiba-tiba patung hadiah dari zul yang aku letak mengadap ke arah tingkap menoleh ke arah aku, dia seakan merenung aku, aku cuba tak memandang ke arah itu, tanganku laju menelefon guru pembimbing aku, yang aku gelarkan cikgu shah. Untuk pengetahuan geng FS, guru pembimbing aku ni seorang lelaki yang masih bujang. Dalam nada terketar-ketar aku mengajak dia keluar, seakan memahami memang dia dan kawan serumahnya dalam perjalanan mengambil aku untuk makan malam. Terdengar salam dari luar rumah aku terus berlari membuka pintu, aku lihat afifi kawan serumah cikgu shah sedang tersenyum memandang aku yang telah lengkap bertudung, tshirt lengan panjang dan berseluar track. Cikgu shah hanya menunggu di dalam kereta waktu tu, “haaa mek kenapa pucat lesi macam baru lepas jumpa hantu ni?” Soal afifi bila melihat muka aku yang sememangnya di hiris pisau pun tak ada d***h. Aku hanya tersenyum lantas tangan laju mengunci pintu rumah, semasa aku sedang menutup pintu jelas ternampak bayangan budak lelaki melambai-lambai dari dalam rumah ke arah aku. Terus laju kaki aku menuju ke kereta. Di dalam kereta aku ceritakan kepada afifi dan cikgu shah apa yang aku alami, mereka berdua jelas terkejut dan meminta aku tidak tinggal seorang diri di sini, aku bersyukur mendapat guru pembimbing yang sangat memahami, malam tu diorang sanggup sewakan aku hotel dan diorang tidur di atas kerusi dekat pintu bilik aku, aku meminta untuk mereka pulang, tetapi mereka menolak alasannya aku tanggungjawab mereka. Pintu bilik dikunci rapat dari tingkap bilik aku memang nampak jelas cikgu shah dan afifi sedang tidur di atas kerusi. Sungguh aku berterima kasih, mungkin malam tu aku agak penat, aku terus tertidur dan tersedar apabila azan subuh berkumandang. Terus aku mandi dan siapkan diri, aku buka pintu bilik dan aku pandang cikgu shah dan afifi kelihatan tak selesa tidur di atas kerusi rotan yang ada di luar bilik aku. Lantas aku kejutkan mereka untuk menunaikan solat di surau berdekatan ataupun mana-mana petrol pump. Selesai solat dan sarapan, cikgu shah meminta aku pulang ke rumah sewa kemaskan barang-barang dan pulang ke rumah saudara aku di pulau pinang, mereka sanggup hantarkan memandangkan mereka berdua memang ingin pulang ke kedah kampung halaman mereka. Cikgu shah memang tak benarkan aku duduk seorang diri di rumah sewa memandangkan dia pun akan pulang ke kampung.


Alhamdulillah sejak aku berada di pulau pinang, aku tidak diganggu. Tetapi aku diganggu dengan sepupu aku yang berperwatakan waraq, aku jadi keliru sama ada dia benar ataupun salah cerita yang aku dengar dari mulut dia. Aku tahu hubungan dia dengan emaknya tak rapat semenjak dia berkahwin. Tapi aku tak boleh terima bila dia sanggup tuduh orang yang melahirkan dia memuja syaitan dan sanggup kenakan adik dia sehingga adik dia jadi kurang siuman. Baiklah aku detailkan cerita, aku panggil sepupu aku ni kak long, dia memang wanita yang memakai niqab tapi siapa sangka dia membenci orang yang melahirkan dia. Bermula dengan panggilan telefon, dari bertanya khabar dan bertukar cerita, aku tergerak nak bertanya kenapa dia sudah lama tak pulang ke kampung walaupun kampung mak mertua kak long cuma jarak 20 km saja dari rumah ibunya. Rasanya dah lebih 3 tahun tak balik. Sedangkan rumah mak mertua setiap citi sekolah mesti ada di kampung. Dia pun mulalah bercerita, dia mengatakan kali terakhir dia pulang suami dia ternampak mak dia, yang aku gelarkan mak usu, dengan berambut gerbang sedang membacakan mantera, kandungan dalam mantera tu dia nak rosakkan orang yang di benci, dan antara orang yang dibenci tu emak aku, suami kak long, dan ade dua tiga orang lagi. Waktu tu aku jadi “speechless” kelu dan termangu, otak aku ligat duk fikir selama ni gangguan dari mak usu aku ke??. Waktu tu semua tidur kecuali adik perempuan dan abang long, abang long memang tak sangka emak mertua dia macam tu, terus dia masuk ke bilik dan mengadu kepada kak long, kak long mengatakan kepada aku yang adik perempuan dia jadi tidak siuman disebabkan pernah melihat dan tahu agenda mak dia. Aku hanya mendengar dan agak sulit untuk aku percaya, mak usu ni sangat baik orangnya, walaupun dia selalu terasa dengan emak aku, tapi untuk aku percaya dia nak emak aku sakit aku tak percaya. Kak long cakap emak dia tak puas hati dengan emak aku sebab ayah dia (adik emak) sentiasa melebihi emak aku berbanding emak dia. Memang aku tak nafikan benda ni betul, mak aku pun pernah cerita yang mak usu cemburu bila ayah usu rapat dengan mak aku. Tapi aku tetap tak percaya dengan kata-kata kak long tak kan lah sejahat itu. Kak long pun cakap, emak dia memang pandai memanipulasi orang buat orang simpati dan percaya. Kak long kata dia selamat sebab abang long tu waraq orangnya. Dan abg long pun pernah berperang dengan jin mak dia. Aku terdiam, antara dua nak percaya atau tak. Tapi ajaibnya lepas aku bercakap dengan kak long selang 2 jam lepas tu mak usu telefon, sedangkan sepanjang hidup aku mak usu tak pernah telefon, tapi dari perbualan dia cuma tanya khabar, dan minta aku datang makan kat rumah dia kalau balik kampung sebab dia tahu emak aku ke Acheh. Memang mak sedara aku ni baik orangnya, boleh ke aku nak percaya cakap kak long. Memang betul adik kak long mira dulu sihat tapi masa umur tingkatan tiga mira demam dan lepas tu dia jadi macam kurang siuman. Tapi aku nampak usaha mak usu untuk ubatkan dia, sentiasa bawa pergi hospital dan kalau betul mak usu bencikan suami kak long kenapa mak usu yang jodohkan diorang. Kenapa mak usu tetap layan abang long dengan baik. Pening kepala aku berfikir, sampai aku tertidur, malam tu aku bermimpi ada satu suara lelaki yang minta aku kuatkan semangat jangan mudah mengalah, solat jangan tinggal. Aku tersedar dan memang aku rasa air mata aku mengalir dekat pipi. Tiba-tiba aku terdengar orang memanggil nama aku halus dan seakan-akan berbisik “sya” terhembus angin di telinga, waktu tu memang aku malas tengok jam, sebab aku tahu biasanya kalau aku tersedar macam ni memang pukul tiga pagi. Tapi aku beranikan diri untuk toleh jam dekat dinding, rupanya baru pukul 10 lebih. Ya Allah aku tertidur lepas solat maghrib rupanya.

Tekak terasa perit aku ke dapur, di dapur aku lihat wan yong aku sedang sibuk buatkan air kopi untuk aku, wan yong minta maaf sebab tak kejutkan aku, dia kata dia kesian tengok aku kepenatan. Lantas dia hidangkan aku makan malam, wan yong ni sedara jauh kami, tapi aku dengan dia rapat. Laju mulut dia bertanya aku, kenapa aku macam kusut dan badan pun makin susut, aku tersenyum memandang wan yong. Hati rasa berat sangat nak bercerita. Mungkin belum tiba masanya, bisik hati aku waktu tu.


Baiklah warga FS, cerita yang ingin aku kongsikan ini masih panjang sekarang alhamdulillah aku sudah bergelar guru, dah 2 tahun aku bergelar guru, maaflah jika penulisan kurang bermutu, aku ini bukan lah guru Bahasa Melayu, apa yang aku kongsikan disini adalah cerita aku sendiri, pengalaman diri sendiri dan tiada lansung berkaitan dengan cerita orang lain, untuk mencapai tempoh hingga hari ni banyak benda yang aku alami. Sekiranya ada masa aku ingin kongsikan lagi dalam kisah hidup ku yang ketiga. Untuk hari ni aku terpaksa gunakan tajuk “Pengalaman Hidup 2” bukanlah “Misteri tak terungkai”. InsyaAllah aku teringin sekali nak ceritakan perkaitan Zul, Mak usu, Kak long, Abang long, Mak Muda aku dan beberapa orang baru yang membuatkan korang
faham bertapa rumitnya perkaitan yang agak susah aku nak rungkai satu persatu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sha90

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

19 thoughts on “Pengalaman Hidup (Bhg. 2)”

  1. Berbelit sikit akak baca..tercari2 klimaks cerita..kmaskn lgi penulisan.cerita da best da ni. Akak br nak start masuk gear 4..nk speed tiba2 abis da..?xper2..

    Tetap best! Disebabkan kita seangkatan..
    Akak bg 5?????! Teruskn mnulis.lama2 tulisan cikgu akn jd sangat sharp n tgglkn kesan nti.kipidap?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.