assalamu’alaikum…
hai, apa khabar semua?. Terima kasih admin sebab tak jemu untuk terima perkongsian daripada aku yang takseberapa ni.
jump alagi kita pada hari ini menerusi kisah atau pengalaman yang seterusnya. Sejak dua bahagian kisah ini dikongsikan, banyak persoalan dan yang aku terima secara personal tapi maaf sebab ada beberapa soalan yang takdapat aku nak jawab kerana apa yang aku kongsikan adalah serupa apa yang diceritakan kepada aku.
memang aku takda tambah apa-apa sebagai penambah perisa dan sebagainya. Cuma, aku cuba menulis dan becerita secara santai agar mudah pembaca faham dan sekaligus pembaca dapat merasai dan menjiwai tentang apa yang diceritakan.
Baiklah, aku taknak buang masa korang. Kita teruskan kisah yang seterusnya. Kali ini, bukan tentang azmi, zaki dan borhan tetapi tentang kisah atau pengalaman orang lain yang melibatkan dua keluarga.
………………………………….
KISAH TIGA (AKIBAT MUNGKIR JANJI.)
Sebelum aku becerita dengan lebih lanjut lagi, aku perkenalkan terlebih dahulu watak-watak yang terlibat dalam kisah ini. Supaya korang takpening dan tidak keliru sewaktu membaca cerita ini nanti. Baca elok-elok dan jangan terlalu taksub dengan apa yang dibaca. Ini Cuma satu kisah yang boleh kita jadikan tauladan besama.
Perkenalkan, zamri. Seorang lelaki berusia awal lima puluhan, sudah tidak bekerja dan telah kematian isteri. Zamri mempunyai dua orang anak, kedua-duanya adalah lelaki. Hobi zamri adalah cai nombor ekor tapi zamri ni punya tahap lebih hebat lagi daripada budak-budak yang pernah aku ceritakan sebelum ni. okay, selesai tentang zamri.
Seterusnya, perkenalkan sarif. Seorang lelaki berbangsa melayu dan juga berusia awal lima puluhan. Sarif mempunyai lima orang anak dan masih mempunyai isteri. Anak-anak sarif semuanya perempuan. hobi sarif, cai nombor ekor juga. Kira sama levellah sarif dengan zamri. Sarif juga seorang yang mempunyai banyak kebun, kaya sebenarnya sarif ni tapi apa sebab dia main nombor pun aku taktahulah.
…………………………………..
Pada suatu hari, sarif dan zamri mendapat khabar tentang adanya satu bomoh yang sangat handal dalam menghasilkan nombor ekor. Bomoh tersebut bebangsa siam dan agamanya bukan islam. Mereka mendapat tahu bomoh itu baru saja berpindah ke kawasan perumahan tidak jauh daripada rumah mereka.
Apa yang membuatkan mereka tidak senang duduk adalah syarat-syarat untuk mendapatkan nombor daripada bomoh tersebut tidaklah serumit apa yang pernah mereka lalui pada sebelum sebelumnya. Menurut kata orang, setiap orang yang bertandang ke rumah bomoh itu dan berhasrat untuk mendapatkan nombor ekor mereka Cuma perlu buat satu perjanjian saja. Selain tu, mereka takperlu buat apa-apa dan bawa apa-apa seperti kebiasaannya.
………………………………………………
“sayya sudah taaahu, kenapa kaaamu datang sini.”ujar tok bomoh tersebut sebaik saja zamri dan sarif masuk ke bilik yang telah ditetapkan.
“kalau macamtu, apa kami perlu buat tok? Kalau boleh , bagilah kami nombor yang akan keluar first price.” Ujar salah seorang daripada mereka.
“kaaaamu tunggu sekejap, saya tanya itu hantu dulu.” Balas tok bomoh tesebut. Kemudian, bemulalah upacara ritual yang dilakukan oleh tok bomoh tersebut. Setelah beberapa ketika, tok bomoh itu seakan menurun. Korang tahu kan menurun tu apa, so aku malas nak jelaskan. Kalau yang taktahu google sendirilah.
“saaarif, bagi taaangan kamu sini. saya mahu ambil darah sikit.” Ujar tok bomoh itu tiba-tiba dengan suara yang agak garau. Jelas di tangan tok bomoh sekarang ada sebatang jarum. Sarif mula-mula enggan tapi setelah dipaksa oleh zamri, sarif hulurkan juga tangannya.
Pantas tok bomoh itu mencucukkan jarum yang ada pada tangannya di bahagian antara ibu jari dan jari telunjuk. Sedikit darah menitis dan darah itu dititiskan pada sekeping kertas putih. selepas sarif, zamri pula diminta berbuat demikian. Zamri laju je, dia memang taktakut apa. Apa yang dia tahu, nombor yang diidam-idamkan akan segera diberi oleh tok bomoh.
……………………………………………………
Setelah kedua-dua darah mereka dititiskan di atas kertas tersebut, tok bomoh itu kembali sedar seperti sediakala. Tidak lagi berkeadaan menurun.
“dalam ini kertas ada itu nombor, malam nanti baru buka.” Lebih kurang macamtu kata bomoh tersebut dan diserahkan kepada mereka kertas yang terkena titisan darah tadi tetapi tok bomoh itu sudah siap-siap lipatkan. Mereka pun tersenyum dan cepat-cepat ambil kertas tersebut.
“tapi, kalau sudah kena. Kaaamu meeesti daaatang siiini laaagi. Meeesti jaaanji aaaa.” Ujar tok bomoh itu lagi. sarif dan zamri angguk tanda setuju. Sesudah itu mereka pun berlalu.
…………………………
Sebaik saja mereka keluar daripada rumah tok bomoh itu, mereka tidak terus pulang ke rumah tapi mereka mengeteh sekejap di warung kak jah.
Mereka berbincang sesama sendiri tentang siapa yang akan simpan kertas tersebut. Nampak gaya sarif macam takut. Tapi itulah, sebelum sebelum ni sarif takdalah penakut sangat. Setakat ke kubur cina, perigi tua dan lain-lain tempat lagi biasanya dia cool saja.
Diringkaskan cerita, zamri yang akan simpan kertas tersebut dan akan buka pada tengah malam nanti untuk melihat apakah nombor yang diberi. lagipun, menurut sarif, zamri lebih mudah untuk buat itu semua sebab dia tiada isteri. Takda orang yang akan perhatikan tindak-taunduknya di dalam rumah.
……………………………..
Di tengah malam yang sunyi, segera zamri membuka lipatan kertas yang diberikan oleh tok bomoh pada siang hari tadi.
tertera tiga set nombor ekor. 4D 5D dan 6d. sesiapa yang ad abaca atau ambil tahu tentang nombor ekor, fahamlah apa benda 4d, 5d dan 6d tu. tapi, zamri kehairanan sebab kesan titisan darah mereka langsung tidak kelihatan. Cuma nombor itu saja yang tertulis pada kertas tersebut. Kertas itu juga bersih tanpa sebarang kesan kotoran. Dalam hati zamri, nanti boleh pergi lagi kalau kalau nombor yang diberikan ini menjadi ataupun ada bayang-bayang keluar podium.
Pada keesokan harinya, zamri bertemu dengan sarif dan mereka pun tikam sakanlah nombor yang telah diberikan itu. Cuma, sikap mereka ni tidak tamak sebab kalau beli nombor mereka Cuma spend paling banyakpun rm10 untuk setiap nombor.
Pada hari tersebut, masing-masing Cuma spend rm1 untuk setiap nombor, diorang bukan takyakin tapi sekadar ingin menguji ketepatan nombor yang diberi. kalau keluar direct, nanti mereka pergilah buat lagi. fikir mereka begitu.
……………………………………………
Jam menunjukkan lebih kurang pukul tujuh setengah malam. Keputusan penuh nombor yang draw pada hari itu pun telah lengkap kesemuanya. Nombor 6d yang diberikan oleh tok bomoh tersebut keluar tegak. Kalau taksilap aku, diorang beli Cuma seringgit dan masing-masing dapat rm100K lah. Mereka punya terkejut, takpayah ceritalah. Kisah mereka kena nombor pun mulai kecoh di taman-taman perumahan sekitar.
Tapi, dalam mereka bergembira, mereka terlupa akan janji untuk datang semula bertemu tok bomoh jika nombor yang diberi keluar. Pada mulanya, takda berlaku apa-apa tetapi tidak lama kemudian belakulah perkara-perkara yang tidak diduga atau boleh aku katakana seperti mereka ditimpa bala.
Seminggu selepas mereka mendapat hasil tikaman nombor yang tepat itu, anak zamri terlibat dengan satu kemalangan maut. Ironinya, kemalangan itu melibatkan kedua-dua anaknya. Mereka bertembung sesama sendiri dan salah sorang maut manakala sorang lagi cedera parah.
…………………………………………………
Pada minggu yang sama juga, anak sarif yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA di selatan tanahair dikhabarkan asyik meracau di tengah-tengah malam. Kadang-kadang dia bercakap sendiri dalam bahasa Thailand dan adakalanya dia bercakap dalam bahasa melayu. Antara isi percakapan anaknya yang sering meracau itu adalah “mariiii mariiii mariii jumpa aku.” “jangan mungkir janji… jangan mungkir janji.” Dan banyak lagi sebenarnya. Kesemua kata-kata yang dituturkan menjurus kea rah bapanya yang terlupa pada janji. Juga diberitahu, kadang-kadang anaknya itu meracau dan berkata sesuatu yang berbentuk amaran dan ugutan.
…………………………………….
Walau bagaimanapun, kedua-dua musibah itu tidak menyedarkan zamri dan sarif. Mereka anggap, anak zamri itu memang sudah smpai ajal dan anak sarif pula mungkin terkena sampuk hantu Thailand sewaktu mereka pergi melancong bersama.
Bala yang datang tidak berakhir di situ tetapi mereka ditimpa musibah dengan lebih teruk lagi.
zamri, selalu saja tidak boleh tidur pada setiap malam kerana apabila dia hendak pejamkan mata nanti akan ada gangguan yang entah datang daripada mana dia pun taktahu. Dia akan merasa seperti kakinya direntap, tangannya ditumbuk dengan kuat dan sesekali dadanya juga terasa seperti di pijak-pijak oleh suatu benda yang berat. Rasanya, mestilah sakit.
Sarif pula, rumahnya mejadi seakan panas. Dia yang tidak panas baran menjadi seorang kaki pukul. Teruk anak dan isterinya menjadi mangsa lepas geram sarif. Pernah sekali, sarif tiba-tiba saja naik angin dan cekik isterinya hanya kerana seluar yang hendak dipakainya masih belum berbasuh. Mujurr isterinya tidak mati.
………………………………….
Mereka masih belum sedar, sehinggalah anak dara sarif yang juga anak bongsunya atau anak kesayangan sarif menjadi korban yang seterusnya. Aku namakan anak sarif ini sebagai lili.
Pada suatu petang, lili dan beberapa lagi orang rakannya pergi bersiar-siar di pekan. Ala… biasalah, keluar cuci mata kata orang. Kalau ada yang apa-apa yang berkenan baru beli. Tambahan pula, lili tengah banyak duit ketika itu, yelah bapak baru kena nombor bohonglah kalau takda duit.
Entah kenapa, sedang lili dan rakan-rakan sedang menunggu sarif tiba untuk jemput mereka pulang, tiba-tiba saja lili terlihat seakan resah. Waktu itu, sudahpun menjelang senja. Sedang masing-masing sibuk melihat telefon bimbit, lili dengan tiba-tiba belari meluru kea rah jalan besar yang sedang banyak kereta lalu-lalang. Mereeka tunggu sarif di hentian bus, jadi jalan besar tu takdalah jauh sangat kan?.
Tanpa sedar, sarif melanggar anaknya sendiri. Lili mati di situ juga dan ketika itu barulah sarif mula terfikir, kenapa semua itu berlaku dalam suatu masa yang singkat. Lebih kurang dalam masa tiga minggu, anak zamri mati, anak dia mati, anak dia kena kacau dan dia sendiri pun diganggu pada setiap malam.
………………………………
Akhirnya, mereka sedar dan segera mereka datang kepada tok bomoh siam tersebut. Mereka minta maaf pada tok bomoh di atas apa yang berlaku.
Jelas mereka, mereka bukan sengaja atau buat-buat lupa pada janji tetapi memang mereka betul-betul tak ingat langsung pada janji tersebutt. Begitulah hebatnya tipu daya syaitan.
Malangnya, tok bomoh itu berkata. Dia takboleh bantu apa-apa, zamri dan sarif perlu terus sabar menerima hukuman daripada hantu atau makhluk peliharaan tok bomoh tersebut. Menurut tok bomoh, kalau mereka mahu hentikan semua gangguan itu mereka perlu korbankan satu lagi nyawa. Barulah makhluk itu akan puas.
Mujurlah zamri dan sarif tidak pendek akal ketika itu, mereka memilih untuk terus diganggu dan setelah itu mereka pergi bertemu dengan salah seorang pakar atau pengamal perubatan islam. Ustaz itu berjaya membantu mereka dan mereka pun insaf daripada melakukan perkara-perkara syirik itu lagi. begitulah kisahnya. Sekian daripada aku untuk kali ini.
Mungkin kisah ini takseseram mana tapi bagi aku, cukup-cukup memberi kesan kepada pembaca yang membaca kisah ini dengan penuh penghayatan.
Jumpa lagi nanti di bahagian seterusnya, itupun kalau admin masih sudi nak publish kisah-kisah yang aku kongsikan. Kisah yang seterusnya, kita kembali menghayati pengalaman yang dilalui oleh azmi, zaki dan borhan. Jumpa lagi yo. #RobotNaz
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nice writer,
kisah yg sngt wajar untk dijadikan peringatan buat diri kita
walaupun insaf, tapi still guna duit rm100k kan?
Pelik lak aku awek beli damacai..admin ke tu..hehehe
Nice story ..
Best
Tapi aku tak nafikan
Itulah mungkin antara kesan perjanjian dengan benda2 yang tak sepatutnya
Mintak jauh
? *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..
Ada cara nk menang!!!
Marilah menang judi nombor bersama saya..
*Whatsapp shj 013 655 7 445*
betul ke nie bang..??
Serius ke?? Dekat mana tuu?? Saya nak try.. kol saya bgthu kat mana 0135978924 KAi.. Adakah benar2 terjadi??
tak pasal anak2 jadi mangsa sbb peragai bapak dorg.
skrng otw pasang no ekor minta nama dan tarikh lahir hurmm mnggu depan kunun akan dapat 400k sami Vietnam perghh dgn doit bnyk tuh mustahil tiada perjanjian.. Perjanjian dya hnya sedekah ke rumah kebajikan.. budjet smua 800 utk smbhyng kunun.. spupu saa beria-ia saa mau stop dyaa rasa susah sbb spupu saa taksub Dan pcya saa terjebak berkomplot adehh..
Aku sangat pasti.. sangat yakin… kisah ini hanyalah fiksyen semata2… aku x kisah pun writer nak reka cerita… cuma jgn la tipu readers… kemalangan maut melibatkan sesama family bukan kes biasa… confirm berita.. akhbar.. social media heboh… cer try google… ada x? Hahaha!!!
Tahun lepas ada kes adik-beradik lelaki langgar sesama sendiri. 1 mati 1 parah. Bapak langgar anaknya takde berita plak. Tapi klau setakat nk buat citer petik kes dari suratkabar bukn susah pun.