Pengalaman Masa Stay Up

Nama aku Laila (bukan nama sebenar). Aku terdetik nak cerita kisah yang pernah terjadi pada aku dahulu kat FS yang buat aku ketagih nak baca hari-hari ni walaupon takut hehe. Cerita ni berlaku pada tahun 2004 ketika aku berjaya melanjutkan pelajaran selepas SPM ke Matrik di nun utara sana. Aku bukanlah seorang yang suka berjaga di tengah malam sampai ke pagi untuk membuat ulang kaji pelajaran kerana aku seorang yang “Morning Person”.

Aku akan tido setiap hari jam 10 malam dan akan bangun lagi 15 minit nak masuk subuh. Siap mandi semua sarapan kemudian barulah ulang kaji. Aku suka macam tu.Tapi alhamdulllah lah jugak walaupon aku selalu jadi orang pertama yang mandi kat toilet tu (setiap hari okay), memang tak pernah kena kacau lah. Kadang-kadang tunggu jugak bunyi orang jalan nak ke toilet supaya aku rasa berteman lah masa mandi nanti tapi hampa. Tak de sorang pon suka mandi sebelum subuh macam aku huhu.

Ada satu hari tu 2 orang roommate aku balik, tinggallah aku dan sorang roommate yang memang tak balik rumah family sebab jauh. Btw aku orang KL. Entah kenapa tiba-tiba malam tu aku buang tebiat nak stay up. Roommate sorang tu dah tido awal dah. Aku jadi segar dan bersemangat malam tu nak buat ulang kaji subjek kegemaran aku sambil dengar lagu di hitz fm menggunakan earphone. Masa tu jam lebih kurang dah 2.30 pagi.

Aku ingat lagi masa tu famous lagu Ashley Simpson-Pieces Of Me. Aku siap menyanyi kecil lagu tu sekali, punyalah asyik masa tu. Sekali tuppp, blackout! Gelap gelita bilik masa tu! Terus berdebar jantung dan pucat je aku rasa masa tu. Sebab sebelum ni tak pernah pulak blackout. Yang peliknya lagu Ashley tu masih kedengaran kat telinga aku .Kalau dah blackout mana ade ‘karen’ dan macam mana lagu masih berkumandang ni? Aku cakap kat diri sendiri.

Aku pergi kat suis lampu cuba bukak tutup semula memang sah tak boleh hidup lampu. Aku pergi kat Suraya (bukan nama sebenar ) roommate aku tu, aku kejutkan dia berulang kali tapi dia tepisnya tangan aku seolah-olah jangan lah kacau dia tido. Geram pulak aku masa tu. Aku bukak pintu tengok koridor elok je terang benderang tapi kenapa bilik aku bergelap? Selepas 5 minit berlalu, lampu pun menyala semula. Aku pon rasa bersyukur sesangat. Yelah takut kot bergelap sengsorang dalam bilik tu, nak duduk luar kat koridor sengsorang pon aku tak berani kot. Aku duduk semula di meja belajar, amek earphone balik nak sambung dengar baliklah lagu. Tetiba pelik radio tak boleh on! Tadi bukan boleh dengar ke? Aku cek radio tekan-tekan ape yang patut memang tak boleh hidup weh.

Aku macam ‘redha’ lah tak dapat dengar lagu sambil belajar, tak apelah nak buat macam mana kan. Baru nak mula membaca, sekali lagi blackout dan lagu terus kedengaran dari radio! (masa tu aku dah cabut earphone dari radio dah). Aku tutup radio terus. Aku cakap dalam hati pulak dah. Kena game ke aku ni? Aku tak rasa meremang ke hape tu yang aku tak terpikir nak baca apa-apa surah masa tu huhu.

Aku duduk je kat tepi katil dalam gelap. 3 minit lepas tu lampu menyala balik. Aku ape lagi cepat-cepat kemas buku simpan dan buka semua lampu meja belajar dalam bilik tu. Aku cakap, “Fine tak nak aku study kan, okay aku tido”. Spontan je aku cakap macam tu seolah-olah ade orang yang tak nampak kat situ tengah tengok aku. Aku baca 3 qul dan ayatul kursi, bungkus badan tutup muka dengan selimut pastu terus tido. Itulah pertama dan terakhir aku kene ‘usik’ masa belajar kat matrik tu syukur sesangat. Mungkin sebab aku dah tak stay up dah selepas kejadian itu kot.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Pengalaman Masa Stay Up”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.