Salam FS dan semua pembaca FS. Mula2 sekali terima kasih buat admin sudi share cerita saya ni. Kejadian ini berlaku semasa saya berumur 20 tahun. Masa tu tengah tunggu keputusan STPM keluar jadi saya pun kerja sementara kat salah sebuah hotel dekat Kuala Lumpur. Saya duduk dengan kakak kawan saya sebab sy berasal dari Perak kebetulan kakak dia pun keje kat hotel dan duduk dekat KL.
Masa tu kawan saya ni pun ada sekali kat rumah tu sebab dia tengah cuti semester USM. Pada satu malam tu kakak kawan sy ni ajak keluar sekali ngan menaiki kereta Bf dia. Bf kakak kawan saya ni nama dia Amar. Dia datang jemput kami keluar makan malam tu. Kiranya kami berempat dalam kereta tu.
Selepas selesai makan malam, kami pun terfikir nak buat ape malam tu. Jam menunjukkan pukul 1130 malam x silap saya. Amar cadangkan gi tempat berhantu konon nak buat macam citer seekers. Jadi dia pun bawak kami ke Rumah Sakit Cheras yg dulunya x panggil hospital. Tempat tu nak masuk macam dalam hutan. Semak sangat jalan tu tapi nasib kereta tu jenis memang orang selalu bawak masuk hutan.
Mase nak masuk jalan tu saya ternampak anak kucing hitam lalu. Saya mula rasa x sedap hati. Tapi saya diamkan aje. Dah sampai tu kami nampak hospital lama terbiar tapi kecik je x macam hospital yang kita nampak sekarang ni. Amar berhentikan kereta dan matikan enjin kereta. Dia cakap kat kami, niat dalam hati nak tengok “benda tu”. Kami hanya duduk tunggu dalam kereta.
Lepas 30 minit kami tekun memerhatikan kawasan sekitar hospital tu, saya dah mula nampak “benda tu” dekat tingkap hospital tu. Nampak macam perempuan rambut panjang ke bawah sedang duduk sambil tengok ke bawah. X nampak muka sebab tutup dengan rambut dia yang panjang tu.
Pastu bila sy perhatikan terperinci benda tu makin mengangkat kepala dia perlahan lahan mcm nak tengok saya. Amar tanya kitorang nak turun x? Kakak kawan saya terus laju cakap x payah. Mungkin dia pun dah ternampak benda tu. Saya mula cakap dengan semua dalam kereta tu, baik kita gerak sekarang. Time tu hati makin x sedap.
Mereka semua pun setuju. Amar pun mula start kereta nak undur kereta. Baru je nak undur kereta tu tetiba enjin kereta pulak m**i. Tapi semua x de yg panik sebab tau mesti ada something. Walaupun dalam hati dah x keruan, tapi saya cuba relax, dan mula baca ape yang patut semoga kami beredar dari situ dengan selamat.
Kawan saya tepuk peha saya dan dia bagitau ada sesuatu dekat tepi cermin kereta sebelah dia. Saya pun cuba tengok. Terkejut saya apabila ternampak macam sesuatu yang sangat tinggi tapi bergelemair. Macam benda tu lutsinar. Malam tu terang sebab ada cahaya bulan. Amar masih berusaha start kereta banyak kali sambil membaca surah-surah dan ayat-ayat suci.
Agak lama juga usaha untuk hidupkan kereta, mujurlah selepas tu enjin kereta boleh start dan Amar dengan tidak berfikir lama terus laju menekan minyak. Saya tengok dari cermin belakang benda yang lutsinar tu masih ada dekat situ dan dia x berkepala. Semasa nak keluar melalui jalan masuk hospital tadi, sekali lagi kami perasan yang anak kucing hitam tadi lalu di tempat yg sama.
Kami singgah mamak dulu selepas tu sebab risau ada yang ikut balik. Tunggu lama sikit dan rasa-rasa da reda kot, baru kitorang balik. Cerita ni salah satu cerita dari pengalaman melawat ke tempat berhantu. Pengalaman ini juga sangat lama dari zaman anak dara lagi tapi tetap saya ingt rupa “benda” tu. Cuma nak bagitau kalau nak pegi tempat2 macam tu pegi jangan buat-buat berani dan jangan bising. Ni atas pengalaman sendiri pergi ke tempat2 macam tu ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Repost k camna ni? Haritu dah ada cite ni nih.
Reposttttttt
cerita sama la admin
kn ? repost nih . sy pn dh pena baca
Repost pon ya, macam dalam salah satu cerpen kat Ilhamkarangkraf pon ya gak. Pening makcik!
dah berapa kali repost la
short story. ok la mata mkcik pun dh nk trpejam nie
#cumel
aduh repost