Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri..berlaku masa tahun 2013.

Aku ni dulu ada masalah hypothyriod, jadi doktor yang selalu check aku ni pernah kata yang aku ni 90% tak boleh nak mengandung. Jadi aku pun redha dengan ketentuan rezeki. Sebelum kahwin, aku dah bagitahu bakal suami aku pasal ni, dia pun ok jer..sebab dah sayang..

Ceritanya bermula selepas 6bulan kami berkahwin.Alhamdulillah aku di sahkan 7 minggu mengandung. Tapi sejak aku tahu mengandung, macam-macam kejadian pelik berlaku. Paling kerap berlaku, adalah binatang bernama lipan.. Aku tak tahu kenapa dia suka sangat dengan aku. Selalu ada lipan bergerak kat badan aku..Kadang tu dia main celah jari kaki time aku berdiri..kadang tu tetiba jer rasa dia berjalan kat leher..
itu cerita lipan..sape tau sebab nya boleh tlg bagitau..

Ini pulak cerita penanggal..Ada orang kata, penanggal memang suka perempuan mengandung anak sulung. Aku pulak jenis tak amik hirau orang tua2 cakap..dah tu degil lak. Bukan ape,otak aku pikir duk tengah bandar ni takde benda2 macam tu wujud dan kurafat.. Rupanya ada tak kira mana tempat.

Depan rumah aku ni ada pokok pisang hutan (tu pun jiran bagitau) hehe..Aku tak tau macam mana pokok tu boleh wujud 2btg depan rumah, dah tu betul2 setentang dgn tingkap bilik aku. Aku ni taktau la kenapa benci sangat dengan pokok tu. Aku seram betul dengan pokok pisang depan rumah ni..sebab dah macam2 cara kami nak hapuskannya, esok mesti naik putik balik..

Suatu hari bila aku dah mengandung 7bulan lebih..Biasa la perempuan mengandung ni kerap buang air..Malam tu seperti biasa lah, aku pegi toilet sorang2..naik ke bilik aku terpandang la pokok pisang tu..Tiba2 aku nampak daun dia tegak jer..cuma bergoyang2 sikit macam di tiup angin. Aku pun buat bodoh..tapi hati aku rasa tak sedap sangat,macam pokok tu tengah tengok aku pulak..

Aku pun melangkah dekat sikit dengan tingkap. Sebab perasan ingin tahu tu kuat. Aku tunduk dan melangkah ke tingkap, sebab takut terpijak benda nanti jatuh. Elok sampai je,aku angkat la muka.. Perrgghhh sekor penanggal lepak depan cermin tingkap tu..betul2 jarak lebih kurang 50cm jer depan aku.. terperanjat gile kejap. Sebab ingat daun pisang dari jauh tadi..Rupanya penanggal lepak kat pokok pisang tunggu aku. Detail nye semua aku nampak termasuk usus2 perut dia yang terburai2 tu..Kalau bab muka takyah cakap la..make up 10inci tebal pun belum boleh cantik..huhu.Dengan matanya pun terburai dah macam tanglung jer aku tengok..hidung pun dia tinggal kat mana pun aku xtau.. kulit muka terkopek2.. dia lak macam senyum jer tengok aku..

Aku lari terus naik atas katil baca apa yang patut. Kejut suami suruh baca sekali..Lama2 benda tu hilang. Malam tu tido celah ketiak suami sampai pagi..Esoknya terus demam sampai la seminggu..Lepas tu suami hantar hospital..duduk hospital dekat 2bln sampai bersalin… lepas bersalin, alhamdulillah takde sape kacau lagi..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

1 thought on “Pengalaman Mengandung Anak Pertama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.