Pengalaman Mengecat Kubur Waktu Malam

Mari kita hayati KISAH BENAR yang telah berlaku pada aku sekitar tahun 2010. Aku gelak gila-gila bila teringat balik kisah ni walaupun da lebih 7 tahun. Mesti tak kering gusi punya. Maaf terlebih dahulu jika dalam cerita ini terdapat unsur yang agak kasar.

Enjoy.

Siapa sangka, malam minggu aku selama ini yang dihabiskan di depan komputer ataupun bersosial bersama rakan-rakan telah berubah setelah ketibaan ‘Mat Pet’ budak taman aku yang dah nak dekat 6 bulan aku tak jumpa sebab dia telah menyertai ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Sebelum melaporkan diri di kem barunya di Kuantan, beliau diberi cuti selama seminggu. Dek kerana terlalu letih semasa menjalani latihan, cutinya dihabiskan dengan membuta saja di rumah. Malam hari barulah dia cergas mencari kawan-kawan untuk bersosial.

Jumaat, 10 April merupakan hari 1st dia menjejakkan kaki di andalas setelah hampir 6 bulan tak balik. Kami lepak di depan rumah dia. Borak- borak kosong dengar story dia. Mak dia bancuh teh dengan goreng pisang pulak. Memang layan. Then, tengah borak2 tiba-tiba mak dia sound

Mak mat pet : “Di! (Nama sebenar dia Mohd Rashidi) ni ko dah ader kat umah ni. Tolong la cat kan kubur atok kau tu. Dah teruk haritu ayah kau pergi. Ayah kau nak cat takde mase. Ni kau dah ada kat rumah, pergi la cat kejap. Ajak kawan2 kau ni teman.”

Mat pet : “Ok mak.”

Aku pun tanya la kat Mat Pet, “Cat kubur? Bukan kubur semua yang pakai batu tu ker. Nak cat ape pulak?”. Setelah diterangkan Mat Pet, rupa-rupanya kubur atok dia jenis yang oldskool punya. Pakai papan. Kami pun faham la kenapa mak dia suruh cat.

Setelah seminggu berlalu, Mat Pet takda pon ajak teman dia pergi cat kubur. Mungkin dia pergi sorang-sorang ataupun dia ajak member lain. Sebab aku faham sangat dia ni. Buat kerja tak suka ramai-ramai dan yang paling ramai selalu 3 orang je.

Lepas tu malam minggu lepas. Dia call aku, ajak teman dia makan sebab dia baru bangun tidur. Tengok jam waktu tu dah pukul 1am. So, aku ok je la. Then jam 1.15am dia datang umah aku. Lepas makan tengah lepak-lepak tiba2 dia bersuara.

Mat pet : “Weh perd, aku ada kerja ni. Follow aku jom.”

Aku: “kerja apa lak pagi2 buta ni?”

Mat pet : “Follow je la, kau teman aku jerk. Jom gerak!”

Bila dah kat dalam kereta aku diam je la. Tiba2 kereta dia masuk ke arah masjid dekat ngan Taman Perumahan aku.

Aku: “Weh pet, ko nak wat per masuk masjid pagi2 ni. Ada qiamullail ke apa?”

Mat pet : ” Tak lah. Aku nak cat kubur atok aku ni”

Aku: “Kepala otak ko! Buat besok la bodo.. Ni dah malam buta p**i ape ko nak cat kubur. Satgi orang ingat kita puja kubur! Ko giler ke aper?”

Mat pet : “Mane boleh besok, Esok pagi pukul 6 lebih bapak aku nak hantar aku dah gi Kuantan mana sempat. Ala, kejap jerk. Ko tak payah goyang la!”

Belakang Masjid Ar- Rahimiyah tu kubur bahagian Lipat Kajang (Depan Hospital Klang). Kebanyakan orang Klang yang meninggal memang dikebumikan kat situ. Sampai je kat depan pintu kubur tu aku dah goyang gila. Sumpah goyang! Kepala otak ar! Pukul 2am pergi kubur 2 org je. Sumpah aku goyang giler! Belum masuk lagi ni, peluh dah mencurah2. Damn!

Aku: “Cibai la ko pet! Ajak la ramai2 sikit lain kali. Ni 2 org je? Goyang bodo aku! Aku tunggu dalam keter je la!

Mat Pet : “Malas la pergi ramai2. Nanti bising.. pergi 2 org cukup dah! Betol ko nak tinggal dalam keter? Aku no hal.. tapi kang apa-apa jadi kat ko aku tak tau sebab kubur atok aku kat belakang sana. Ko nak berlari kang satu hal lagi.”

Lahanat punya kawan. Pancing baik punyer. Nak tak nak aku kena la ikut.

Dia terus bukak bonet kereta dia then bawak keluar cat, berus dengan surat khabar. Dalam hati aku ni dah menyumpah seranah. Bangkai betol! Seumur hidup aku tak penah gi kubur bawak cat. Sebab selalu bawak yassin jerk, ni betul betul majal malam ni…

Mat Pet : “Kubur atok aku kat bahagian belakang saner tu, jauh gak ar. Baek kiter gerak cepat. Nanti leh balik cepat..”

Aku : “Diam ar ko.. tak payah nak sedapkan hati aku!”

Dalam 15 minit berjalan kat kubur tu macam- macam yang aku raser. Mula-mula masuk je aku dah bau wangi semacam, harum semerbak. Serius cakap korang. Aku dah peluh giler2, aku ikut je belakang mat pet. Sumpah aku dah cuak giler! Kat belah kanan aku dari jauh aku nampak macam ada satu cahaya. Nak kata cahaya lampu tak mungkin sebab lampu tu pun malap jerk. Aku buat bodoh je la, tak berani aku nak tegur.

Aku: Weh, dah dekat 20 minit berlegar2 kat sini. Mane kubur atok ko ni?”

Mat Pet: “Kejap la, aku lupe kubur atok aku kat mana..”

Pergghh! Senang je jawapan dia. Dia tak tau baju aku ni dah lencun. Sumpah aku nak balik! Boleh pulak dia bantai suluh batu nesan pakai lampu Hand phone. Dalam otak aku dah pikir. Kena dia tengah suluh batu nesan carik kubur atok dia, tau-tau mayat tu bangun. Mampos lari lintang pukang! Pengaruh tv sial aku ni.

Mat Pet : “Hah!! ni kubur atok aku. Dah2 jom2 bentang surat khabar cepat, aku nak bancuh cat dulu…”

Aku : “Cepat lah bodo. Dah kol 2.45 ni”

Proses mengecat pon bermula. Aku berdiri je belakang dia, mata aku dah melilau sekeliling kubur. Otak aku time tu fikir nak balik je. Macam2 bunyi ader. Kubur tu tepi jalan besar. So, bila kereta lalu, perasaan tu macam lega sikit la. Tapi dah jam 3am banyak mana sangat kereta yang lalu. Aku tengok si Mat Pet ni dok bantai macam cat rumah, penuh dengan tertib tatasusila. Terbakar pulak aku tengok..

Aku : “Bak arhh!! Biar aku cat! lembab giler.”

Dia bantai gelak gelak. Menyirap giler aku. Then, aku pun cat laju2. Tengah dok cat2 aku terbau satu macam, tengok tengok dia tengah hisap rokok baik nyer duduk kat kubur sebelah. Siap main message.

Aku : “Kepale otak ko isap rokok kat kubur. Ko nak mampos ker?”

Mat Pet: “Eh.. tak boleh ker? Tak de pulak aku nampak papan tanda ‘ No Smoking’ kat sini.”

Aku : “Jangan la jadi bodo.. ni kubur la pund*k. Ko ingat ni club ker?”

Jawab aku dengan nada marah.

Mat Pet: “Kubur ek? Aku ingt kiter kat Jalan P. Ramlee tadi, ekekekeke…”

Terbakar giler aku layan dia. Lepas habis cat semua, bungkus barang. Aku terus blah. Laju gila aku jalan. Mata aku terus aim kat pintu pagar kubur. Takde aku nak toleh-toleh dah. Lencun giler baju aku ngan peluh. Sampai je kat kereta Mat Pet tegur aku.

Mat Pet : “Weh perd. Sebelum masuk kereta, ko gi sentuh pokok tu letak dua2 tapak tangan ko kat pokok tu.”

Aku : “Apahal lak…?”

Mat Pet : “Buat je la, banyak bunyi pulak!”

Lepas setel semua. aku terus suruh dia hantar aku balik umah. Walaupun member lain dok mesej ajak lepak. Sorry, aku dah takde mood. Giler cuak aku, rasa macam ada benda je yang tengah ikut. Haishhh, bayangan je kot.

Sorry la, takde foto. Bukan tak nak snap, aku nak tegur benda yang pelik2 pun aku takut. Ni kan pulak nak snap pic kat kubur. Sat gi nampak benda pelik2, mampos aku. Mat Pet pon tak bagi aku snap foto. Hisap rokok takpe, macam pund*k! Sejak dia masuk askar ni berani dia jadi lain. Aku bagai nak pitam rasanya, dia relax jer. Ni pengalaman hidup aku paling bodo / ngeri / menakutkan. Kurang2 aku dah ada pengalaman cat kubur pukul 3 pagi. Korang biler lagi?? Hahahaha

John

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

25 thoughts on “Pengalaman Mengecat Kubur Waktu Malam”

  1. “Weh perd. Sebelum masuk kereta, ko gi sentuh pokok tu letak dua2 tapak tangan ko kat pokok tu.”

    maksudnya?

    huhu seram pengalaman dia.. kwan plak lawak haha terbaikk

    Reply
  2. Hahahahahahahahahahahaaa… Adoiii berdekah ketawa.. At least awak dah ad pengalaman kn cat kubur 2 3am..hehehehe.. OK BEST,,TERBAIK.

    Reply
  3. Aku pernah dating dpn kuboq arwah tok ex-bf aku masa sekolah dulu..org terawih kami date..lol..yg peliknya kami xtakut pun

    Reply
    • Dah ko jual asam keping kt ex-bf ko nk takut apanya. Seronok ye main kt kubur. Dah sedap en, kubur pon kubur lah jilake

      Dgn cinta dari neraka,
      Putera neraka/spm2k17#victim

      Reply
  4. Lu ngan member lu betul2 masuk air punyer….nk kater sengal…sorang dh jd askar…takder dibuatnya org pi cat kubur tgh mlm nk kt suboh lak tu…kalo ada hantu pon mesti pikir 2 …3 kali nk nyakat…serius lu nyer citer selenger kunyit bila baca…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.