Pengalaman Meroyan

Assalamualaikum semua.

Terima kasih admin kalau sudi publish cerita aku ni. Kisah ini berlaku semasa aku tengah berpantang anak pertama tahun lepas.

Actually aku tak pernah open up cerita ni kat sesiapa pun sebab takut orang cakap aku gila meroyan tapi aku nak cerita di sini sebagai perkongsian sahaja lepas aku banyak baca berita ibu yang sanggup dera dan bunuh anak sendiri.

Januari tahun lepas merupakan tahun istimewa buat aku dan suami sebab tahun tu kami dianugerahkan anak pertama kami. Aku beranak waktu buka sekolah so kiranya aku dapat terus cuti lepas school holiday (ye aku seorang guru yang bertugas di selatan tanahair dan berpjj dengan suami yang bertugas di utara) . Masa tu aku sebenarnya tak expect akan beranak awal sebab due patutnye hujung January tapi dah anak aku excited sangat nak tengok dunia, dan dan aku balik kampung suami aku kat utara tanah air dan dan tu la aku terasa nak beranak. So kira nasib baik suami aku ni da prepare semua peralatan berpantang kat sana sebab dia memang dah plan nak jaga aku time berpantang tu. And for your information, aku tak berpantang kat rumah mertua aku sebab nak privasi jadi suami aku booked homestay sebelah rumah mertua aku and kami upah seorang makcik bidan ni untuk jaga aku time suami aku kerja. Mak mertua and ayah mertua aku dua dua kerja so, kami taknak lah menyusahkan diorang jadi sanggup upah orang jaga. And suami aku tu pulak ditugaskan jadi warden asrama sekolah dia jadi lebih senang kalau homestay tu sebelah rumah mertua jadi kalau malam-malam dia takde bolehlah mertua aku tolong tengok-tengokkan aku.

Nak dijadikan cerita, baby aku kena kuning jadi aku and suami memang penat ulang alik ke hospital untuk ambil darah. Macam-macam cara kampung in law aku cuba untuk turunkan kuning baby aku. Bidan yang jaga aku pun ada tolong mandikan anak aku dengan daun kucai lah, bagi air sengkuang cina la dan macam-macam lagi so pada waktu tu memang aku agak stress dengan dunia baru sebagai seorang ibu. Anak pertama aku tu pulak selalu menangis waktu malam jadi aku sebagai ibu baru agak tertekan untuk membiasakan diri dengan rutin tidur bila baby tidur je. Ditambah pula suami aku selang dua hari akan ke sekolah lepas waktu asar untuk bertugas sebagai warden di sekolahnya dan akan balik tengah-tengah malam camtu jadi aku terpaksa urus diri aku dan baby sendirian bila dia tiada di malam hari.

Nak dijadikan cerita, ibu mertua aku ada memberikan aku tungku seberat 10kg untuk aku gunakan sewaktu pantang. Tungku tu memang dia warisi dari tok nenek dia jadi dia pinjamkan kat aku buat sementara tu. Dengan keadaan aku yang kurus dan masih lemah sewaktu berpantang, nak angkat tungku seberat 10kg tu was such a big deal for me so biasanya aku tungku perut aku sekejap je. Selebihnya aku baring je atas tungku tu sebab tak larat nak angkat. Kisah seram tu terjadi pada malam suami aku tinggalkan aku untuk bertugas. Aku tertidur waktu lepas asar (silap aku jugak) sebab lepas susukan baby aku, dia tertidur dengan aku sekali tertidur di ruang tamu. Aku tersedar bila bayi aku menangis dan bila aku tengok jam memang dah masuk waktu maghrib so aku bingkas bangkit dan bawa baby aku ke bilik untuk tukarkan lampinnya. Aku tak pasti sebenarnya waktu tu aku mamai ke atau separuh sedar tapi memang aku macam terasa bila aku angkat baby aku tu ada ‘sesuatu’ yang memerhatikan tindak tandukku. Lepas siap tukarkan lampin, aku bawa semula anakku ke ruang tamu dan membuka channel Astro Oasis sebab time maghrib ni diorang ada pasang zikir-zikir. Tungku 10 kg tu macam biasa, aku letak di bawah badanku dan baby di toto sebelahku. Waktu ni lah aku dalam keadaan separa sedar terperasan seorang lelaki bertanduk hitam (macam ala-ala Angelina Jolie dalam Maleficent tu tapi version lelaki) muka nya hodoh dan berjubah hitam berdiri ditepiku. Dia merentap tungku 10kg dari bawah badanku dan masa tu aku tak boleh berkata apa-apa, hanya mampu melihat bila lelaki tu menghempas tungku tersebut ke atas bayiku! Tekak aku masa tu seolah-olah diikat sampaikan tengok baby sendiri berlumuran darah pun aku tak mampu menjerit cuma masa tu air mata aku je mengalir tak henti-henti. Dalam hati aku berdoa ini semua adalah mimpi and memang ye badan aku seolah-olah terkena renjatan elektrik bila tangisan bayiku mengejutkan aku untuk pulang semula ke alam realiti. Anakku menangis tak henti-henti malam tu dan aku segera call suami aku suruh dia balik rumah secepat mungkin. Aku tak sanggup nak ceritakan apa yang aku mimpi tadi pada suamiku sebab tau dia mesti tak akan percaya. Penampakan lelaki tersebut berterusan setiap kali aku mamai separuh sedar dari tidur dan kebiasaannya dia memegang tungku 10kg tersebut sambil meluru kearah anak aku. Dalam kepala aku ingat Allah je boleh tolong aku sampai kadang-kadang aku takut nak tidur sebab mesti shaiton bertanduk tu akan menjelma bila aku half asleep. Sampai aku habis cuti 3 bulan lelaki tu on and off munculkan diri dia. And aku sentiasa dalam ketakutan sebab risaukan dia nak apa-apakan anak aku. Aku taknak cerita perkara ni kat sesiapa pun sebab takut diorang kata aku gila meroyan so segala perasaan takut aku simpan sorang-sorang.

Bila da habis cuti, aku balik semula ke rumahku di selatan tanah air untuk bertugas semula sebagai guru. Aku ingatkan gangguan itu akan berhenti sebab aku takde nak bawak balik tungku 10kilo tu lagi dah sebab dah habis pantang. Tapi aku silap. Dia kacau aku dengan bisikan pulak. Pernah satu malam tu aku terjaga pukul 3am, aku dengar ada suara lelaki bisik dekat betul dengan telinga aku. Aku ingat lagi bisikan tu.:

‘kau campak je anak kau tu kat dinding. Senang hidup kau! ‘

Aku cepat-cepat buka lampu dan peluk anak aku tu erat-erat dan sambung tidur. Macam-macam lagi bisikan yang aku dengar sampai nak tidur aku pasang ruqyah. Tapi makin menjadi-jadi dia kacau suruh aku terjun bangunan lah. Suruh aku tidur la bila aku payah nak tidur. Suruh letak anak aku dalam mesin basuh la. Suruh bunuh anak aku macam dia tunjuk dalam mimpi dulu lah. Aku dah tak tahan! Aku tak larat sampai aku insomnia and ended up minta ubat tidur kat klinik. Doktor tu refer kan aku ke psychiatrist sebab katanya aku ada symptoms depression. So aku gagahkan pergi jugak ke psychiatrist tu walaupun dalam hati aku menjerit kata kau tak gila. Eventually, doktor pakar pun sahkan yang aku ada postpartum depression a.k.a gila meroyan.

Sedih tau bila dapat tau tu and lepas aku menjalani beberapa sesi terapi and kaunseling, keadaan aku makin pulih. Ubat antidepressants yang doktor bagi tu aku makan bila aku dengar bisikan je sampai satu tahap dia hilang sendiri. Ada pernah tu doktor hampir-hampir nak tahan aku kat wad Psikiatri sebab aku menangis asyik dengar bisikan suruh bunuh anak aku tapi aku taknak sebab aku taknak terpisah dengan baby aku. Sekarang ni Alhamdulillah aku dah dapat tukar ikut suami aku bertugas di utara semenanjung dan gangguan mental yang aku hadapi semuanya beransur pulih. Memang sebenarnya ada lagi kisah seram disebalik pemulihan aku ni tapi nanti la aku ceritakan. Ni pun dah terasa panjang sebab aku taip cerita ni pun dalam handphone je.

Nasihat aku, buat perempuan berpantang, cuba jaga emosi. Kalau ada rasa tertekan, cepat-cepatlah minta bantuan yang sewajarnya. Gila meroyan tu boleh diubati. Jangan sampai ada yang kehilangan nyawa baru menyesal tak sudah.

-Bree

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

24 Comments on "Pengalaman Meroyan"

avatar
wanis

Harap nanti penulis kongsi lagi cerita ye…

Cikde

Cikde masa bersalin dulu pun anak kuning jgak, ulamg alik p hosp jgak, seksa la dgn kita bersalin dlm pantang ni, tp alhamdulillah bg air sengkuang cina tu kuning pun turun, kesian kat bby kena cucuk kat tgn, mak cikde jaga sanggup dtg dr utara ke selatan, sebab mak mtua keja gov, x da la nak meroyan ke apa, sebab mak yg tlg jaga, kiranya terurus bila mak kita yg jaga,

Obesi

Kesiannya u dik..mcm mn blh kena depression tu?..dr ur story npk mcm ur confinement passed very well..sis ni sorg2 ja beranak kt oversea xdak org jaga pun..tp xpa..next time mental u kn betul2 get ready n ambil vitamine before n after birth..otak letih bdn letih mcm2 blh jd ok dear

Singkong & keju

9/10

JuriFS 2

Saya komen cerita ja ok, saya tak sentuh hal peribadi.
Puan nak menulis mesti ada perenggan, baru orang senang nak baca.
Elemen seram dan pengajaran tu ada cuma tak cukup kuat untuk memberi kesan kepada pembaca.

Markah: 4/10

Jangan ikut kata hati. Sayangi anugerah Allah. Goodluck

cik flora & fauna

ok je pun aku baca. .Kau share cerita kau lah , nak tengok gak si tukang komen punya story .

BebehKeith

share your story pulak sy nak bagi markah

Singkong & keju

kan betul aku ckp.. bnyk yg marah klau letak markah hahahaha

JuriFS 2

betul cakap singkong & keju. mungkin yang marah tu penulis kot,.hahahahah

juriFS

0/000000000000000000

JuriFS 2

aku one of the writer kat sini.
aku tak pakai nama betul.
aku tak perlu nak bagitau karya aku.
aku bagi rating dan komen membina.
perenggan dan break beserta tanda baca yang betul,
dapat membantu orang membaca dengan lancar.
ko apa tahu.
bahasa melayu mesti gagal time spm

Singkong & keju

aku stuju bab perenggan tu..mmg bukan exam tp setidaknya tunjuk effort sbgai penulis untuk memudah kami sebagai pembaca..

M1racle

Ni la orang kita. Bagi komen membina nak tlong improve. Bukan kutuk penulisan dia pun. Dah tu triggered. Macam mana la nak maju dengan mindset camtu.

JuriFS 2

yes. anda betul
jarang dapat orang Malaysia yang macam anda.
memang miracle.heheheh

Singkong & keju

hidopp miracle haha

Leplep

Guna fon weh type payah bhaii nak buat perenggan ?

Singkong & keju

Boleh je buat perenggan.. Aku bole bg kursus kat drng yg x tau buat perenggan guna phone ni.. ?

Hargailah Susah Payah Orang Lain
Hargailah Susah Payah Orang Lain
Dia share kisah hidup dia, pengalaman yg dia lalui, mcm mana yg terjadi, mcm tu la dia ceritakan balik. Part perenggan tu aku setuju je, mudahkan pembaca. Tapi part nak seram tu aku rasa tak perlu ko nak pertikai lebih2. Ini bukan pertandingan menulis nak kena buat pembaca seram terlebih emosi, cukup sekadar dia ceritakan balik apa yg berlaku sudah la. Ko kena tahu, penulis2 yg send kisah dorang kt FS ni bukannya penulis profesional, sampai nak memerah otak terlebih2. Dorang ni ada yg suri rumah, kerani, kakak meniaga nasi lemak, makcik kantin, adik2 spm/kolej/u, doktor, arkitek. Pokoknya lapisan masyarakat la senang. Dan bukan semuanya tahu mcm mana nak menulis dgn betul, nak karang letak elemen seram/kelakar/serius. Dorang tak tahu. Dorang nak share utk hiburkan pembaca, bagi sedikit pengetahuan @ pengajaran. Serius ckp, makin lama FS ni makin takde story dah org nak send, itu ini semua tak kena. Setakat admin tegur tu aku bole je terima, utk kefahaman pembaca dah cukup. Cukup2 la kritik story orang. Effort dorang nak menulis tu patut kita hargai. Best tak best tu normal la, seram ke tak tu… Read more »
angelnaura

Ni bukan karangan nk perenggan2 bagai.. bkn tgh mnulis utk exam..

BebehKeith

tak sabar tungggu for the next story

feny

Perenggan diwujudkan bukan semata-mata format utk exam je. Ia utk memudahkan para pembaca utk ikut plot cerita. So kurang tepat la utk abaikan perenggan hanya kerana cerita ni bukan utk exam.

Anyway, cerita bagus walaupun kurang perenggan. At least jauh lebih baik daripada sesetengah cerita yg berterabur mana nak letak noktah, mana nak letak koma.

Pasal elemen seram dan pengajaran yg tak cukup kuat tu, no komen lah. Ini kisah peribadi penulis. Apa yg dilalui, itulah yg diceritakan. Nak tokok tambah banyak sangat utk menambah perisa, macam menipu pulak rasanya.

Mak Lang

Komen MakLang,
Anggp je kritikan diatas satu teguran utk buat lebih baik in next post. MakLang suke cara awk bercerita.. FYI, MakLang scroll laju2 part baby kena hempap tu sbb xsabar nk tw tu mimpi or realiti.. MakLang ucap syukur sbb tu just ilusi.. ini menunjukkan penulis berjaya bwk readers masuk dlm story ni.. GudJob?

Rumorsss

Allah…byk masalah betul la sejak juri2 ni wujud tanpa dilantik ni. Part nk nenegud dgn bagi tips tu dah okay la. Tapi makin hari aku perati mcm syok sendiri plak korang kan. Admin pun rilex2 je, korang plak yg lebih sudu dari kuah.

Singkong & keju

Lol

wpDiscuz