Nama aku Natasyar. Harini aku nak cerita tentang kisah seram yang aku alami tapi tak lah seram sangat. Aku bersekolah di SMK SRI MERSING. Pada hari jumaat ,waktu tu hujung bulan satu. Aku pegi lah sekolah sebab nak tolong kemaskan bilik pengawas dekat sekolah tu sebab aku ni pengawas sekolah. Aku pegi sekolah tu time petang. Aku datang lepas tu masuklah bilik tu. Aku tolong tampal bendealah wallpaper bende tah main lekat-lekat sebab kite orang malas nk bazir duit beli cat kottt. Sebelum aku tampal tu,aku panjat locker yang ada dalam bilik tu sebab takda tangga. Lagipun akak-akak tu yang suruh aku panjat. Lama sikit bigboss pengawas pon sampai . Dia bawa keropok untuk kiteorang. Sedap keropok tu tapi terlebih tepung lah. Hahahaha. Sebelum balik,aku nk tutup tingkap bilik tu. Disebabkan aku tak sampai,aku ambik la kerusi. Lepastu balik lah ape lagi sebab dah pukul 6 petang.
Lepas mak aku ambil aku dari sekolah. Dia singgah dkt watsons nak beli barang muka dia. Aku tak ikut sebab malas hehe. Dekat 1 jam jugak mak aku beli barang. Biasalah perempuankannnnn leceh sikit hahahha.time tu pukul 7, tetiba badan aku sejuk nak m**i sampai keluar air mata aku. Bile mak aku masuk kereta dia tanya lah kenapa. Aku jawab “sejuk”.
Lepas je balik rumah aku cepat-cepat masuk rumah then melencong terus ke bilik dengan tak bukak lampu kipas semua. Aku ambik selimut sebab sejuk punya pasal. Nak dekat pukul 8 gitu, mak aku start cari aku sebab dia tak nampak kelibat muka aku sepanjang waktu maghrib. Aku yang kesejukkan ni pun tertidur dalam keadaan yang panas nk mampus. Mak aku cari punya cari aku last2 dia jumpa aku dekat dalam bilik.
Actually, bilik yang aku duduk tu bukan bilik aku dan aku pun tak pernah nak ada bilik. Bilik yang aku duduk tu sebenarnya bilik abang aku. Abang aku ade jugak cerita tentang bilik tu. Pernah sekali abang aku tidur lepastu dia rasa ada rambut serek atas badan dia lepastu dia rasa pedih dekat badan dia tapi dia malas nak care dia pun sambung tidur. Esok pagi dia bangun tengok memang ade kesan cakaran tu. Aku pon tak tau lah yeke tak sebab aku duduk bilik tu tak pernah pulak kene gangguan. Lagi pon kawasan rumah aku pon misteri jugak. Ade orang cakap depan rumah aku ni ade orang bunian. Lagi satu abang aku pernah jugak nampak sekeluarga bunian muncul depan mata dia lepas balik dari surau.
Hari berikutnya, setiap kali maghrib menjelang badan aku mesti rase bisa-bisa lepastu sejuk. Nak dekat seminggu jugak aku kene sampai lah aku teringat membe aku ade cerita pasal misteri sekolah aku tu. Bebal sungguh aku waktu tu smpai tak ingat cerita tu.
Kisah pertama: bilik seni dekat sekolah aku tu keras. Dulu ade pelaja pernah kene histeria (akak aku cerita)
Kisah kedua : blok f1 dulu ade tandas. Tapi dah tutup sebab dulu ade budak pernah nmpak kelibat warna hitam
Kisah ketiga: bilik pengawas. Ade sepasang suami isteri ni cikgu dekat skolah ni. Dorang pergi bercuti dekat pantai sampai lemas. Mayat dia pon tak jumpa2 sampai skarang kot. Dulu bilik pengawas tu bilik spbt. Cikgu yang m**i lemas tu dulu jaga bilik spbt tu .
Kisah ketiga : kerusi batu dekat dengan tandas lelaki dan perempuan. Dulu aku budak ni ambik gamba dkt kerusi tu pastu dia nampak ade batu nisan dkt kerusi tu.
Lagi satu aku pon pelik jugak dengan blok makmal sains ni . Blok ni ade 4 tingkat. Semua pelajar biasa naik sampai tingkat 3 je. Lagi satu tingkat tu tak pernah pulak naik. Waktu aku orentasi form1 akak senior tu bwk sampai tingkat 3 je. Akak aku yang senior pon tak pernah naik sampai tingkat atas. Akak aku cakap klu nak tau kenapa kene tanya penjaga makmal dekat situ.
Ketiga-tiga kisah di atas disampaikan oleh cikgu yang dah lama mengajar dekat situ tapi dia dah pencen .
Lepas aku teringat tentang misteri sekolah aku ni aku pon cerita dkt mak aku. Keesokkan harinya mak ayah aku bwak aku jumpa ustaz. Ustaz tu cakap bilik pengawas tu memang ade something. Lagipon bilik pengawas tu dkt blok kayu (blok lama). Sampai 2 orang ustaz jugak aku jumpa barulah sihat macam biasa. Alhamdulillah. Lepasni kalau nak masuk ke satu tempat yang baru, bagi salam dulu baru langkah masuk. Waktu masuk tu guna kaki kanan. Sebenarnya cerita yang aku sampaikan ni cikgu sekolah aku pon taktau. Kawan2 aku je yang tau kisah ni. Kalau ade activity tidur di sekolah pon aku takkan join sebab kene sampuk tu seksa.
“Hati-hati! Kita tidak boleh nampak dia,dia boleh nampak kita.”-NURFARIZWA NATASYAR
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kisah kedua and ketiga tu mcm…..errrrr! sepasang suami isteri m**i lemas, dulu die jaga bilik tu…then??
ape ni?? ape yg seram??
citer budak wechat…
Hahaha
Akak tepuk dahi bc cerita kau dik.meh blajo bm ngan akak.spm xskor bm karangan siap kau!!
#AkakKiut@CikguBMSkolaMenengah
Please akakkiut@cikguBMskolaMenengah ajar balik macam mana nk buat karangan ???