Pengalaman Mistik Penyelam Bawah Laut (1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua pembaca a.k.a peminat FS. Saya #TokanMistik. Cerita yang akan saya ceritakan ini adalah pengalaman seorang penyelam Mat Salleh yang dialih ke Bahasa Melayu untuk tatapan anda semua. Saya dalam cerita ini adalah diri penyelam Mat Salleh tu. Saya akan kongsikan 3 cerita terlebih dahulu dan jika disahkan oleh admin dan ada sambutan saya akan sambungkan lagi ya.

Baiklah saya mulakan sekarang….

“Saya seorang penyelam laut dalam yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membuat kerja-kerja penyelaman dalam laut khas untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat-khidmat seperti “Salvage n Rescue” (pemulihan dan pertolongan), “Deep Sea Demolition” (letupan di lautan dalam) “Rig n Vessel Repair” (pembaikian kapal dan rig) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yang tidak dibuat oleh orang biasa.

Sudah beratus ekspidisi selam telah dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada kejadian-kejadian yang tidak masuk akal dan agak menakutkan yang telah buat saya berfikir masak-masak untuk bersara dan membuat kerja lain.

Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalam

Satu hari kami diberi tugasan khas untuk membuat satu penyelaman untuk pembaikian kapal di lautan dalam. Jarak laut dgn daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller (kipas) kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dengan tali-tali tebal jala pukat kapal tunda. Sudahnya tugasan saya mengenakan sut selam dan terus ke bawah kapal untuk memotong tali-tali pukat yang tersangkut pada kipas kapal tersebut. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yang diperlukan dan setelah terjun ke dalam keadaannya agak biasa saya terus mula membuat kerja-kerja memotong dan membuang tali yang tersangkut dari propeller. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.

Tapi, ada sesuatu yang pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg peralatan tersebut penuh dengan cengkerang siput yg beraneka jenis. Yang menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah-olah ada tulisan dan simbol yang tidak menyerupai bahasa manusia seperti kita dan ia seolah-olah seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai setiap satu. Saya terus bertanya dengan penyelam senior yang lain dan mereka pun mengatakan kadang kala ia berlaku kepada mereka tetapi mereka buat dunno dan bawa balik ke rumah dan simpan.

Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera

Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara U.S yang bertaraf Level 4 iaitu “Sangat Rahsia dan Sulit”. Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yang terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi briefing oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah untuk mengenalpasti lokasi kapalterbang terhempas dan melakukan penyelaman untuk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua orang juruterbang terhempas bersama dan jika boleh, kenal pasti mayat dan keadaan mayat tersebut.

2 orang juruselam termasuk saya ditugaskan untuk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yang disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yang peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.

Dari kejauhan kami dapat melihat bangkai tersebut terletak di dalam dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yang tidak ada sesuatu apa pun disekelilingnya. Kalau mengikut kebiasaannya, pasti ada terumbu m**i atau benda-benda lain disekeliling.

Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa-apa kecacatan pun pada badan, sayap atau cockpit jet. Ini sangat mustahil kerana kapal terbang yang terhempas dalam kelajuan tinggi menjunam ke dalam laut adalah ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa-sisanya bertaburan.

Apa yang lebih pelik, ketika kami mengintai di dalam cockpit, tidak ada mayat juruterbang didalamnya. Kami hanya melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yg lainnya tidak ada tanda-tanda menunjukkan ada juruterbang di dalam kapal tersebut sedangkan Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada 2 juruterbang yg memandu jet pejuang itu.

Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.

Peristiwa 3 : Buih udara siapa?

Satu lagi peristiwa misteri dan menakutkan berlaku di satu lokasi di laut dalam bagi tujuan pencarian sisa-sisa kapal.

Kebiasaannya bergantung kepada kerumitan dan besarnya sesuatu projek, minima akan ada 2 penyelam manakala 2 lagi akan berada di atas kapal bagi tujuan menyelia serta menjaga peralatan penyelam di dalam laut.

Satu cara untuk mengenalpasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih-buih yang timbul di permukaan air. Bila seorang penyelam bernafas ke luar, udara akan dilepaskan dari peralatan dan akan naik ke atas. Dengan cara ini, mereka di atas boleh tahu sama ada penyelam berada di mana dan dalam situasi berbahaya atau tidak.

Saya berada di atas kapal dan ditugaskan menjaga peralatan penyelam yang berada di bawah lautan. So far so good dan tidak ada apa-apa yang membimbangkan berlaku. Namun selepas tempoh lebih kurang 40 minit operasi menyelam, kelihatan dalam lebih kurang 10 meter satu jujukan buih udara yang timbul ke permukaan laut. Memandangkan kami berada ratusan kilometer dari daratan dan tiada kapal lain yang menjalankan operasi selain kapal kami, maka mustahil ada penyelam lain terlibat sekali.

Saya terus inform kepada penyelia projek dan beliau kata mungkin arus yg membawa buih tersebut. Tetapi kemudian kami di atas bot terdengar bunyi seperti jeritan haiwan yang amat nyaring yang datang dari laut kemudian sunyi sepi. Kami terus memberi isyarat kepada penyelam-penyelam dan bertanya jika ada apa-apa yang aneh berlaku. Semua normal di dalam laut kata mereka.

Tetapi penyelia projek dan kru di atas kapal berasa tidak sedap hati dan memberi isyarat kepada penyelam- penyelam untuk naik ke atas. Firasat penyelia itu tepat sekali kerana dari kira-kira 20 meter, mereka dapat lihat seperti satu kumpulan buih yg amat banyak sedang bergerak ke lokasi menyelam mereka.

Kami terus diarahkan untuk menarik penyelam ke atas secepat mungkin dan walaupun ini amat membahayakan nyawa penyelam kerana mereka tidak dapat melalui proses decompress dengan cara yang betul, tetapi ia lebih baik daripada dikejar gelombang buih dalam lautan yg mereka pun tidak tahu apa sebenar bendanya tu…

Sekian perkongsian saya InsyaAllah kalau ada “kesempatan” saya akan sambung pengalaman penyelam bawah laut ni lagi…#TokanMisteri

#TokanMisteri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

19 thoughts on “Pengalaman Mistik Penyelam Bawah Laut (1)”

  1. Dulu akk pernah dgr citer Dr mak akk, ada sorang org kg kami ni yg bekerja sebagai penyelam mutiara laut dlm Di Australia, dia pernah bertemu dgn makhluk yg tinggal Di laut dlm ni, Katanya keadaan sama mcm kita Di daratan ni, tp rupanya wallahualam, makhluk Allah tu pesan kt dia, balik Di darat nanti Jgn citer apa2 pasal mereka kt org lain,jika dia cerita.. Dia takkan dpt pulang semua. Alkisah nya, masa dia balik ke kg, dia citer pengalaman dia pd ibu dia, xlama lepas tu, dia kene bertugas lg menyelam, masa tu baru dia teringat perjanjian dia dgn makhluk dasar laut tu, maybe masa tu dah sampai ajal, dia lemas sbb kehabisan oksigen, x dpt diselamatkan. Apa pun ajal Maut Allah yg tentukan

    Reply
  2. Menarik sangat.

    Selalu dengar kisah hantu atas darat. Paling jauh pun terbang je.

    Kali ni kita dibawa ke laut dalam.

    Thank you for sharing and do post this kind of story more!

    Can’t wait 😀

    Reply
  3. menarik perkongsian kali ni #tokanmistik.. paling seram cerita buih misteri tu, tringat sy documentary tentang sotong gergasi yg menyerang orang, ada baiknye supervisor projek tu suruh penyelam naik ke kapal.. sebenarnya dalam laut bnyak lgi benda2 yg belum diteroka n sangat misteri

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.