Pengalaman Seram di Politeknik Muadzam Shah

Assalammualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha. Benda yang aku nak cerita ni berlaku dekat Politeknik Muadzam Shah aka PMS, bukan premenstrual syndrome tu. Aku ni memang susah nak percaya dekat benda-benda yang tahyul mahyul ni so aku memang berani la senang cite. Waktu tu, cuti sem dah nak start so semua budak – budak ni dah balik kecuali aku sebab ada masalah sikit mak dengan ayah aku tak dapat nak datang ambik. Jadi terpaksa la aku duduk seharian dekat kamsis tu.

Bilik aku ni die dekat blok 4 lelaki aras paling bawah sekali aras G dan berdekatan dengan tempat mesin basuh kain. So petang tu okay lagi la sebab ade lgi budak – budak ni tengah tunggu mak dengan ayah diorang sampai tapi time waktu malam tu memang sunyi la. Iyela aku sorang je dekat blok tu. Jadi malam tu aku layan la beberapa movie yang aku minat sebab nak hilangkan bosan. Sedar tak sedar aku tengok jam dah nak dekat kul 1.

Aku pun stop kejap movie sebab nak pergi tandas. Bila aku keluar je bilik fuh, sunyi bhai. Tapi aku sedar macam bunyi air mengalir dekat tempat mesin basuh kain tu. Aku pun pelik sebab rasanya semua dah balik, bilik pun semua gelap. So aku pun dengan ”berani bodoh” pergi dekat situ. Aku nampak ade orang tengah berdiri dekat situ menghadap ke dinding sambil tunggu kain siap basuh (aku rasa la) . Lagi sekali aku pelik, apahal pulak mamat ni basuh kain malam – malam. Tapi rasa okay la sebab aku ingat semua dah balik.

Dengan ”berani bodoh kuasa dua”, aku pun pergi tegur mamat tadi tu. Aku Tanya dia “Weh kau tak balik lagi ke ? Aku ingat aku sorang je kat kamsis ni.” Dia diam tak cakap apa. Tiba – tiba aku rasa lain macam. Seram sejuk je. So aku pun cakap lagi “Takpe la, aku gerak dulu bro. Basuh kain cepat – cepat, kang kene kacau kang.” Ha yang ni “berani bodoh tak kuasa aku nak cakap apa”. Boleh pulak aku cakap macam tu kat die. Waktu aku toleh je belakang nak gerak pergi tandas, die bersuara “Tak takut ke duduk kamsis sorang – sorang?”.

Masa ni la aku rasa takut nak mampus. Memang bulu roma aku naik habis masa ni. Semua bulu – bulu aku naik la senang cerita. Aku beranikan diri toleh belakang. Aku tengok badan dia still menghadap ke dinding tapi kepala dia pusing 360 darjah ke arah aku dalam keadaan senyum. Aku masa tu terpaku, nak lari macam tak lepas. Sampai la tiba – tiba ada pak guard tegur aku “Buat apa sini sorang – sorang ?” Aku pandang pak guard tu then aku pandang balik ke depan dah takde dah mamat tadi tu, mesin basuh pun senyap je tak hidup.

Aku pun lega sikit sebab aku bukan sorang. Pak guard ni ade. Aku dengan ”berani bodoh ha lantak kau la sape suruh berani sangat”, aku cakap “Aku bukan sorang la!” then aku terus gerak gi bilik, tak jadi pergi tandas. Aku biar je ape yg pak guard tu tanya tadi. Sampai je depan bilik, aku pandang pak guard tu. Ya Allah Ya Allah Ya ALLAH. Aku pecut masuk bilik kunci pintu, duduk dalam selimut dan mulut aku tak berhenti baca ayat kursi. Sampai la aku tetidur.

Nak tau apa yang aku nampak ? Aku nampak pak guard tadi tu dengan budak tu, membelakangi aku tapi kepala diorang 360 darjah pusing pandang aku dalam keadaan senyum berjalan ke arah aku. Pagi tu memang aku demam sampai, bila mak dengan ayah aku sampai aku suh diorang datang dulu depan bilik baru aku berani keluar. Terkejut jugak la diorang tengok aku demam. Tapi aku tak cerita dekat diorang taknak diorang takut dan suruh aku berhenti pulak. So pengajaran dari cerita aku ni, “Jangan Berani sangat”. Sekian gais .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.4]

11 thoughts on “Pengalaman Seram di Politeknik Muadzam Shah”

  1. aiya. kepala pusing sambil senyum tu memang tak tertahan.
    kalau aku laa, dah lama lari mencicit tak cukup tanah keluar dari situ. haha

    Reply
  2. btw blok 4 ni blok junior…tingkat 3 ngan 4 mmg takde org..ground, tingkat 1 ngan 2 je ade org duduk…aku ni ngn kawan aku kaki runner burger…so penah laa sekali terkena…dgor ade org panggil burger2..kt tingkat 3 kmi pom pergi laa sbb ade satu bilik lampu bukak..ketuk pintu takde org kluar…tgu laa..mne thu tgh ambik duit kan…pastu dgor laa ade senior ni jerit dri ground floor…”bro aras 3 tu takde org” aku pandang membe aku…member aku pandang aku…fuhh…naik laa segala bulu yg ade…byk sbenarnyer kisah kt blok 4 nih aku lak slalu menanya kat pakguard pasal citer2 nih…seram laa…sbb blok 4 ni dulu takde org duduk…just utk student luar yg ade aktiviti atau nak tumpang tido kt situ..so blok 4 ni mmg lame tak pakai…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.