Pengalaman Seram Hospital Gerik | Rumah Sewa di Indah Permai

KISAH 1 – PENGALAMAN SERAM HOSPITAL GERIK

Assalamualaikum thanks kepada Fiksyen Shasha sbab sudi siarkan kisah aku ni.Apa yg aku nak ceritakan kat sini memang pengalaman real yang pernah aku alami.Ok kisah ni berlaku waktu aku form 5 tahun 2012.

Masa tu aku tinggal kat asrama sebab aku belajar kat teknik gerik.Then satu hari tu aku demam panas.Pegi check doktor cakap aku kena suspek denggi.So aku kena tahan kat wad hospital gerik.Owh lupa nak bagitau yg aku belajar kat teknik gerik tapi sekarang dah tukar jadi kolej vokasional gerik.Aku dengan berat hati pun masuk la wad.Kalau ikutkan hati memang aku taknak masuk wad kat hospital tu sebab dah macam2 cerita aku dengar.

Dekat seminggu jugak la aku kena stay dalam wad sampai la satu hari tu doktor cakap yang demam aku dah makin kebah and kalau takde apa2 aku dah boleh balik keesokan hari.Aku pon bukan main happy lagi laa sebab memang bosan siot stay kat hospital dengan takde benda apa pun nak buat.

Wad aku tu pulak cuma aku sorang je yang duduk.Bayangkan la ada 6 katil.Dorang susun 3-3 kiranya menghadap satu sama lain.Aku dah cuak dah takut bangun malam nanti tengok2 ada penghuni lain plak kat atas katil tu.Tapi selama aku stay kat hospital tu alhamdulillah laa tak kena kacau sampai laa malam last sebelum aku boleh checkout.Malam tu aku dah rasa lain macam dah sebab memang rasa lain dari yang lain.Selalunya ada jugak nurse atau doktor yang jaga kat kaunter malam2 tapi kali ni takde!!!Lupa nak cakap yang katil aku dekat dengan kaunter means katil aku yang paling depan sekali.Tak pe la malam tu aku tido macam biasa.

Tiba2 aku terdengar bunyi budak menangis.Cuak jugak laa aku sebab wad aku tu cuma wad orang dewasa.Aku buat2 tak dengar pastu sambung tido balik.Entah macam mana aku tersedar and bila bukak je mata aku ternampak makhluk tinggi hitam legam and berbulu tengah berdiri dekat hujung kaki aku.Nak kata manusia memang bukan laa sebab tinggi dia cecah siling pastu siap membongkok lagi.

Aku pejam balik mata and baca ayat kursi tapi berterabur habis sebab takut sangat.Then aku mengiring ke sebelah kanan pastu bukak balik mata and ternampak pulak ada makhluk Allah berjubah putih berkopiah duduk sebelah aku.Aku sendiri tak sedar bila masa dia duduk sebelah aku sebab seingat aku takde pulak nurse atau doktor lelaki yang jaga bahagian wad aku.

Semuanya nurse perempuan.Ok sambung balik cerita tadi.Laki tu suruh aku pejamkan mata pastu baca Al-Fatihah banyak kali dalam hati.Aku pun ikutkan je la sebab takut sangat sampai tak tau nak buat apa lagi dah.Sedar2 je dah subuh and ada nurse datang ke tempat aku untuk bagi makan ubat.Masa aku bangun tu aku ternampak ada belalang kat tirai langsir.Mungkin ada kaitan dengan makhluk yang aku nampak malam tadi tapi aku dah tak kisah dah asalkan aku boleh balik harini.

Pagi tu dalam pukul 8 ada doktor datang check keadaan aku and dia cakap aku kena stay untuk beberapa hari lagi sebab suhu badan aku naik balik.Arrgghhh ni mesti sebab semalam.Aku cakap kat doktor tu aku taknak stay lagi and aku nak mintak mc untuk berehat kat rumah je.Alhamdulillah nasib baik dokor tu bagi.Aku dah tak sanggup kena kacau lagi.Tu la pengalaman aku semasa masuk wad.Maaf kalau tak best atau tak seram.Sekian


KISAH 2 – RUMAH SEWA DI INDAH PERMAI

Assalamua’laikum dan salam 1 malaysia. Minta admin rashsia kn nama aku ye.. Ok fine, cerita ney terjadi tahun lepas. Time tu aku baru dapat tawaran masuk degree d UiTM cawangan Sabah dan aku terpaksa menyewa di rumah sewa di kawasan perumahan Indah Permai untuk memudahkan aku pergi ke kuliah. Aku di tempatkan di bilik master room bersama tiga rakan (Nana,Isy dan Faiz[bukan nama sebenar]) aku yang merupakan senior aku. Kira-kira sebulan lebih jugalah kitaorang menyewa dekat rumah tue sebelum permohonan hostel kami diterima.
Cerita ney bermula pada malam jumaat, bila aku dan roommate time tue baru pulang dari kuliah around jam 4 petang dan sampai jer dekat bilik kami terus mengemas barang-barang kami maklumlah permohonan hostel kami dah diterima dan kami akan masuk hostel pada hari esok( Jumaat).

Sambil-sambil mengemas tue, terbukalah cerita pasal housemate depan bilik kami yang bernama sherry (bukan nama sebenar) pada hari yang sama telah diganggu ketika tidur. Sebelum tidur tue, sherry memang yakin bahawa dia dah tutup rapat pintu biliknya. ketika dia tidur-tidur ayam, dia terdengar seolah- olah ada orang bermain tombol pintu biliknya, walhal dia seorang sahaja dalam rumah ketika tue. Time tue dia memnag tinggal seorang dalam rumah tue sbba seharian tiada kelas or kelas cancel(hmm lupa dah..hehe)
Ketika bercerita pasal kisah housemate tue, entah kenapa mulut aku nie tiba-tiba celupar dan berkata “nasib baik lah sepanjang aku tinggal dirumah nie belum pernah kena kacau or dengar suara apa-apa yang menakutkan”. Tiba-tiba nana yang mendengar aku berkata begitu terus membalas spontan “ kenapa, kau nak dengar kh?” then aku kata, “nau’zubillah, tak lah aku cuma bagitahu kamu jer..”
Memandangkan aku dah awal-awal packing semua barang-barang aku, so aku pun memindahkannya di tingkat bawah dan hanya tilam, telekung dan pakaian untuk esok jer yang aku tinggalkan dibilik . Oh ya, lupa nak bagitahu rumah sewa kitaorang ney 2 tingkat. Tingkat bawah ney bahagian ruang tamu dan dapur. Ruang tamu kita orang ney agak semak sikit dengan barang-barang. Biasalah rumah bujang lah katakan.
Selesai sahaja aku memindahkan barang-barang aku, aku terus melakukan kewajipanku sebagai seorang muslim. Sesudah itu, aku terus membuat ulangkaji untuk subjek Business Law. Mahu tak mahu, kena buat juga even penat masih terasa selepas packing barang disebabkan Business Law Test akan diadakan esok pagi.
Memandangkan roommate aku masih lagi tak siap kemas barang-barang meraka, so aku pun decide lah nak ulang kaji kt bahagian ruang tamu. Sebab banyak akta yang kena hafal. Biasanya aku suka menghafal time suasana sunyi dan tiada ganguan. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan jam 11 lebih. Suasana agak sunyi di tingkat bawah. Time tue aku memang focus dah dengan buku and slide di tangan aku.

Tak ada dh perassan takut. Yang aku fikir time tue kalau tak hafal ney, confirm tak dapat jawab esok. Time menghafal tue roommate aq adalah turun sekejap dekat ruang tamu untuk pindahkan barang mereka. Hmm dorang rehat sekejap tadi that’s why mereka lambat turunkan barang. Isy pula pindahkan barang-barang dia bahagian pintu dan dia terus naik dekat atas tanpa bercakap dengan aku( hmm mungkin tak nak ganggu aku kot).

Aku pulak time tue mengahfal dekat ruang tamu menghadap tingkap. Tingkap time tue berbuka supaya angin masuk taklah panas sangat sebab kipas dekat ruang tamu tue tak berapa nak kuat angin dia. Semua pintu dan tingkap yang ada dekat rumah ney telah dipasang grill untuk mengelakkan kes kecurian berlaku.
Time menghafal, tiba-tiba aku terdengar orang ketuk pintu rumah ney dan terdengar suara seorang perempuan yang bagi salam. “ tok,tok,tok.. Assalamualaikum…” Aku ignore jer, dalam hati berkata mungkin rumah sebelah kot. Aku teruskan menghafal then aku terdengar lagi orang ketuk pintu dan suara perempuan bagi salam buat kali kedua. Lembut jer suara dia. Time tue aku stop dh baca and mata aku time tue focus menghala ke pintu masuk. Dalam hati berkata “ kalau kali ketiga ney dengar orang ketuk pintu rumah ney and dengar orang bagi salam, confirm lari naik atas” .

See, Ney memang jelas pintu rumah Ney yang kena ketuk bukan rumah jiran sebelah and suara perempuan yang bagi salam tue memang jelas aku dengar depan pintu. Tanpa buang masa aku terus belari naik ke tingkat atas. Semua slide, buku dan handphone aku xsempat bawa. Yang aku fikir time tue aku nak lari masuk bilik and tak nak duduk kat bawah lagi.
Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa aku lari and kenapa tak buka jer pintu tue kot2 ada orang ke kan. Actually, pintu rumah masuk tue memang dh kena pasang grill, and kmi serumah memang sentiasa kunci pintu and grill. Tapi masalahnya, jarak antara pintu masuk dan grill tue jauh kot and memang susah nak ketuk pintu rumah memandangkan jaraknya yang jauh(manada manusia normal tangannya panjang kan). Sebelah pintu tue pulak ada cermin yang boleh menampakkan pemandangan luar dari jarak dekat ketika waktu malam.
Sampai jer kat bilik dengan muka aku yang pucat terus roommate aku pelik dan bertanya kenapa dengan aku, then aku bagitahu lah apa yang aku alami tue dari A-z. Lepas dorang dengar apa yang aku bgtaw then Isy ckap, “oh dia main ketuk-ketuk ingatkan dia tak kacau rupanya dia kacau juga”. Then Isy bagi cerita lah dengan aku, nana dan faiz, time dia pindahkan barang-barang dia kat depan pintu bersebelahan cermin tue, dia ada ternampak lembaga berkain putih dekat tepi pintu berhampiran dengan rak kasut di luar.

Kain tue bersih jer katanya. Sebenarnya, Isy ney ada kebolehan boleh nmpak sesuatu “benda” yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar dan merasakan kehadiran “benda” tue. Aku sempat juga bertanyakan padanya, kenapa dia tak bagitahu aku time dia nampak benda tue. Then dia kata dia tak nak aku takut and panik nanti satu rumah ney panik oleh aku then dia kata lagi dia tak nak ganggu aku time menghafal memandangkan esoknya aku ada test.

Manakala nana pulak sempat berkata, “ tue lah tadi petang kata tak pernah dengar, tue yang “dia” bagi dengar tue. Nasib baiklah aku tak sambut salam “dia”..fuuuhh.. Lepas kejadiaan tue, kami terus tidur dan malam tue kami tidur dengan menyalakan lampu even susah nak tidur akibat cahaya lampu. Tapi takut punya pasal, akhirnya tidur juga.
Hmm mungkin cerita aku ney tak seram mana pun bagi korang. Tapi aku yang menglaminya cukup seram. Rasanya itu lah pengalaman pertama aku kena macam tue. So, the moral value of my story ney, mulut tue kena jaga sikit. Lagi- lagi tempat oarang.kan dh kena..ok lah tue jer dari aku..salam mesrah..peace no war..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Klik butang SHARE tanda anda dah baca cerita ini . tq 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *