Pengalaman Seram Mendaki Bukit Batu Putih, Tg Tuan, Port Dickson

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  kisah ni terjadi pada awal tahun ni(2016) tapi tak ingat bulan berapa huhu. Panjang sikit ye ceritanya.

Masa tu saya tgh lepak dgn sepupu2 saya kat kedai makan. Borak punya borak, tetiba terkeluar idea nk panjat bukit batu putih tu. Eh tetiba semua bersetuju pulak ? okay, so disebabkan ni semua first time kitorang naik, saya pun call abg angkat saya, suruh dia guide la kitorang kat situ. Dia ckp “okay boleh je”

Time tu semua excited, balik rumah tukar baju tukar kasut apa semua. Janji nk pergi pukul 5, tapi biasalah, janji melayu kan, 5:45 baru gerak.

Nk panjat batu putih tu ada dua jalan, satu jalan trekking ber-tar. Satu lagi jalan trekking dlm hutan pastu jumpa pantai pastu kena panjat batu2 ni. Disebabkan first time, kitorang follow jelah abg angkat saya. Dia ikut jalan kedua tu.

Mula2 semua rileks je, gelak2, borak2, selfie. Sampai je kat kawasan pantai, saya rasa penat sangat. Jalan pun slow je, sepupu tanya la “okay ke?” Saya jawab la “okay je kot huhu”.

Oh lupa time tu kitorang pergi 6 org. 2 lelaki 4 perempuan. Pastu sampai la kat tempat memanjat batu ni. Time tu saya peninggggg sgt. Tak boleh jalan dh. So sy berhenti la, kang jalan kalau jatuh, naya je. Pastu sepupu pusing dia tanya “weh asal muka pucat doh?” Time tu saya diam je, orang dh sakit sibuk je nk tanya2.

Dengan segala kudrat yg ada, saya pun panjat la batu tu, nak patah balik jauh. Nak taknak kena panjat gak la. Jadi panjat la saya dgn slow motion nye (lagi slow dari sloth). Pastu ada la sepupu sy ni, jenis lemah semangat, dia sambil panjat batu tu sambil nangis. Tapi kitorang buat tak thu jelah sbb semua nk cepat sampai kan.

Dah lewat. Sampai atas, minum air, ambik gambar, pastu tgk jam dh pukul 6:50. Kelam kabut la semua nk turun sbb dh lewat, dh la jalan balik tu hutan je keliling.

Okay dh turun, dh jalan sikit, tetiba kaki saya cramp. Dlm hati dh mencarut dh, org nk balik ni la dia nk cramp. Time tu saya mmg kena perli habis la. Dorg ckp “ko panjat broga siap senyum2, panjat gunung tahan siap main fon, tp batu putih ko tak larat”. Haha menyirap habis la time tu. Tp saya usahakan jugak jalan sbb kang kalau maghrib dlm ni kang, habis la.

Masa tu saya pegang tgn sepupu saya sbb takut jatuh, lagi 4 org dh kedepan sikit. Disebabkan sy takut, sy jerit kat abg angkat sy “bang, lek jap. Org sakit ni” so dia pun slow kan kayuhan kaki dia.
Lepas tu ada lah lalu sebelah pokok besar ni, tepi tu pulak semua gaung2, kalo jatuh mmg tak jumpa dh la.

Masa lalu situ, tetiba bau wangi sangat. Mula2 buat tak thu je, tp makin kuat bau dia. Pastu saya dgr sepupu sy tu dok baca ayat seribu dinar. Saya pun terus baca ayat kursi. Bau wangi tu mmg deret2 la sampai sy turun bwh. Pastu tetiba abg sy tu terduduk, dia ckp dia pening. Pastu kitorang tlg bangunkan dia, pastu turun naik kereta, balik.

Sampai je rumah, memasing bukak cerita ? saya ingat saya je kena kacau. Rupanya semua kena.

 1.Sepupu yg saya pegang tgn tu, dia rasa berat sgt kat badan dia, mcm ada org duduk. Pastu dia dgr nama dia kena panggil. Tu yg dia dok baca ayat seribu dinar tu.

Abg angkat sy ckp, masa dia terduduk tu, ada benda langgar dia. Kuat. Tu yg dia pening2 tu.

2.Sepupu sy yg lagi 3 org tu (1 lelaki 2 perempuan) dorg dh jalan dulu sbb dorg dua tgh “cuti” nk cepat turun, yg lelaki tu menonong je jalan. Tetiba sepupu yg perempuan, nampak ad dua sepupu lelaki sy tu di dua jalan yg berbeza. Baju yg sama, kasut yg sama. Time tu dia jerit panggil spupu lelaki tu, tp tak menyahut. Sekali lagi jerit, baru menyahut. Bayangkan la kalau dorg salah ikut td huhuhu

3.Masa dh nk jalan ke kereta, tetiba pokok bergoyang, pastu kitorang nampak ad perempuan, kat tepi pokok tu, siap mengilai lagi. Huhuhu seram weh.

4.So, itu lah ceritanya nya. Jadi korg, tlg la, jgn gegatai nk panjat bukit ke gunung ke senja2. Kang kena usik habeh demam panas.
Mungkin masa saya tak larat tu petanda supaya saya tak teruskan lagi, tp haa la, kita ni bebai tak paham maksud hahaha
Ada polis ckp, situ mmg keras, kwsn bukit pastu dekat dgn pantai, mmg byk kes b***h diri la kat situ. Huhu ok sekian tq sbb habiskan masa yg byk utk baca. Kbye.

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MoonAh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.2]

12 thoughts on “Pengalaman Seram Mendaki Bukit Batu Putih, Tg Tuan, Port Dickson”

  1. Aku naik bukit tu hjung bulan 8 2017. So far Alhamdulillah, baik2 je. Siap dpt offer masuk dlm rumah api lagi. Hahahaha

    Reply
  2. Giler korang.. bior aku pergi bersekumpulan dengan lelaki berbanding bersekumpulan dengan perempuan drpd bercampur-campur mcm tu. banyak kesan buruk drpd baik. sbg cth dalam sekumpulan ni ade 2 lelaki dan 4 perempuan yg mana 2 drpd 4 pepuan tu sdg cuti, giler ko weh, bantai 2 ni kena rasuk tak ker haru..kalo 4 kena rasuk tak ker naye 2 laki2 tu.. tak sanggup weh

    Reply
  3. sama weh! masa zaman study kt sana dulu boleh tercetus idea nak mendaki sana weh.start mendaki pukul 6.10 ptg, sampai atas dah nak maghrib.tapi Alhamduillah kiteorg yg gegirl ni sume selamat masa hari kejadian siap balik lepak makan nasi bujang bhai.esok nya one of us kene histeria , boleh bantai pepagi buta mendaki sana sesorang, paling creepy kawan aku tu siap msg aku kata dia rasa ada orang memerhati dia. ada pokok hempap dia ler. so aku yang tgh on class tu terus pecut naik sana nak kutip dia, masalah nya seksa bhai pakai baju kurung lepastu berlari naik sana nak kutip kawan punya pasal.kalau dia kawen tak jemput aku gak mmg aku sumpah dia jadi arnab ! sekian kisah batu putih aku hahahahahaha
    #unitipilihanterbaik #matakeatastangandibahu #nasibujangpoliterboekkk

    Reply
  4. Selalu orang pegi hiking pepagi ni malam. Senja pulak. Memang kacau la hantu tu😂Aish macam best hiking ni, aku je tak penah rasa lagi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.