Pengalaman seram Qai

Assalamualaikum para readers FS. Ini kali pertama aku story di sini selepas beberapa minggu jadi silent readers Fs ni. (Sebelum ni jadi pembaca setia IIUMC je, tapi sekarang dah terjatuh cinta dengan FS la pula. Hehehe)

Baiklah, sebelum aku start bercerita, mari aku kenalkan diri, Nama samaran aku Qai. Oh ya, aku perempuan, jangan tersalah anggap yang aku ni lelaki pula ya. Hari ni aku nak share pengalaman seram aku yang mungkin tak berapa nak seram. Maaf, jika jalan cerita sedikit tunggang-langgang, kerana aku menulis ini ketika tengah menahan kantuk fikir idea tentang ff aku kat wattpad.

Eh dah la, melalut pula sampai wattpad.

1. Pocong di rumah Atok

Pocong ini adik aku yang nampak, bukan aku tapi pada masa itu aku ada di tempat kejadian. Baiklah, pada ketika kejadian ini berlaku, aku berumur 11 tahun tak silap, dan beberapa bulan selepas Tok (belah mak) meninggal,[Al-Fatihah] aku, mak, Jaja, dan Nana pulang ke kampung.

Pada malam itu, aku sedang bermain telefon di tangga rumah, yang menuju ke tingkat atas manakala jaja bermain naik turun tangga. Kebiasaannya jika tak ada ramai orang, aku tidur di tingkat bawah yang kebiasaannya di dapur. Dapur ni luas, biasala orang kampung kalau masuk rumah, mesti masuk ikut dapur kan? Sebelum itu mari aku describe rumah Atok aku ni. Rumah ini ada 4 bilik. Satu di bawah, 3 dia atas.

Baiklah, pada ketika itu tengah seronok  layan group whatsapp Kpop, Jaja yang sedang ulang alik naik turun tangga tiba-tiba berhenti lalu berkata pada ku.

“Akak,  siapa tu?”. Tanyanya sambil menunjuk ke sesuatu tempat di ruang tamu tingkat atas yang gelap gelita tiada penghuni. (Atuk tiada, ke surau mungkin).

Aku pula selepas sahaja dia berkata begitu, pantas aku bangun dari duduk lalu turut memandang ke arah tempat yang ditunjukinya. Tingkap yang tingkap nya di buka kerana pecah. Tiada apa-apa pun.

“Siapa apa? Ejah nampak siapa?”, Tanya ku sambil kaki perlahan – lahan menapak menuruni tangga.

Dia tak menjawab sebaliknya dengan riak takut memandang ke arah itu.

Pada ketika itu aku sudah tahu, dia mesti ada nampak ‘benda’ ni.

“Ejah, muka dia macam mana?”, Straight to the point aku bertanya.

“Entah. Macam pocong”, jawabnya. Pada ketika ini Jaja berumur 5 tahun.

” ‘Dia’ buat macam mana jah?”, Tanyaku lagi.

“Dia buat chakk”, jawabnya sambil melakon kan gaya ber-cak cak.

Dengan pantas aku cerita pada mak. Mak pula bertanya lagi untuk membuat kepastian. Mak bertanya pula pada ku kalau-kalau tokki ada di atas. Tapi tak ada pula apabila aku memanggil tokki berulang kali tapi tiada sahutan. Malam itu kami semua tidur di ruang tamu dapur. Tidak berani nak naik atas kecuali Atok aku.

2. Diganggu di rumah Atok

Masih  dengan kisah di rumah atok. Pada ketika ini, aku tidur di ruang tamu dapur berhadapan dengan televisyen dengan Jaja. Mak dan adik adik yang lain tidur dalam bilik di tingkat bawah. Bilik yang emak tidur ini bersebelahan dengan rak tv. Jadi senang kalau adik (jaja) menangis, masuk aja bilik. Oh ya, masa ni arwah tok masih ada. Arwah tidur di atas katil di belakang kami. Jauh sikit la tapi tak ada la jauh mana.

Dan malam itu kami pun tidur beralaskan toto. Entah pukul berapa, aku terjaga apabila mendengar bunyi ketukan pintu di sebelah. Pintu rumah disebelah kananku hanya beberapa meter dari tempat ku berbaring.

TOKTOKTOKTOKTOK!! Bunyi itu sangat kuat. Apabila mendengar bunyi ketukan itu, tiba-tiba aku berasa seram. Pantas sahaja aku berselubung dalam selimut. Peluh dingin mengalir di dahi, jantung berdegup laju.

Jaja tak ada disebelah, lari tinggalkan aku dan tidur dengan mak dalam bilik. (Siot punya adik *cry emoji*)

Kemudian kerana rasa panas, bahagian kaki ku biarkan terdedah (tidak berselimut). Panas kerana tak buka kipas. Biasanya buka kipas, tapi kemudian tok akan bangun tutup kipas sebab rumah kampung kan, mestilah sejuk.

Ok, kembali pada cerita.

Masa aku berselubung, menahan selimut dengan tangan, tiba tiba terasa ada sesuatu menyentuh selimut tu perlahan-lahan. Kan biasa kalau tahan guna tangan, selimut tu akan jadi tegang kan? Ha, cuba sentuh perlahan-lahan. Macamtu la rasanya.

Ketukan di pintu pula sudah berhenti.  Apabila merasa ada tangan yang menyentuh kawasan selimut itu, pantas mulut terkumat-kamit  membaca doa. Alfatihah, 3 qul. Tu aja yang aku baca itupun baca berterabur macam iman saya berterabur bila tengok awak. Chiachiachia.

Maaf, termelalut sekejap. Biasalah aku kan loner, buat ayat pun kat diri sendiri aja.

Lama kelamaan aku tertidur. Sebelum berselubung dalam selimut, sempat ku kerling jarum jam yang tergantung di dinding. 4:00PAGI.

3. Dirasuk atau main main?

Masih edisi kisah seram di rumah atok. Okay, aku janji ini last kisah seram kat rumah atok. Pada masa itu kami sekeluarga pulang ke kampung. Sekali dengan abang ketiga aku, eppy. Kalau nama sebenar nanti orang cepat cam jadi guna nama eppy jela tu pun nak dekat sama dah dengan his realname.

Malam itu, aku, abah dan Eppy tidur di ruang tamu tingkat atas manakala emak dan adik adik tidur di bilik tengah tingkat atas. Masa tengah lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terjaga. Macam mana boleh terjaga pun tak tahulah.

Masa aku bangun, aku tiba-tiba terasa takut lantas mengejutkan Eppy disebelah kiri ku.

Dengan tiba-tiba dia membuka matanya. Masa buka mata bukan macam biasa tu, yang perlahan-lahan bukak tu, ini terus mata terbeliak pandang aku.

“Pii.. pi..” aku tolak lengan dia kuat. Memang la kuat sebab takut tengok dia macam tu.

Tapi dia diam tak berkutik pandang aku dengan mata terbeliak macam tu.

“Pi!” Aku jerit lagi tapi hampa dia tetap sama memandangku begitu. Aku pula tak berani nak kejut abah disebelah sebab aku pun bukan rapat sangat dengan abah, entah la kenapa, kalau status ayah tiri tu tak tahu lah.

Tiba-tiba Eppy bangun dalam keadaan posisi berkuda (?). Aku pula lari menuju ke tangga. Dia kejar aku dengan posisi macam tu. (Tak reti nak berdiri ke??)

“Piii!! Pii… hikss hikss” aku pula sudah mula menangis. Ada satu masa sampai aku tertampar Epy sebab takut sangat. Kemudian tiba-tiba dia kembali semula ke toto. Baring kemudian pejamkan mata. Lena aja dia tidur macam tak ada apa-apa yang jadi. Aku pula dah berhenti menangis, perlahan – lahan menapak semula ke toto kemudian baring sebelah Eppy. Dengan takut – takut aku paksa untuk tidur dengan berselubung dalam selimut.

Esoknya aku tanya Eppy. Eppy dengan muka blur pandang aku semacam bila aku tanya dia pasal malam itu. Lepastu boleh pulak dia tanya malam tu dia act macam mana! Kau rasa apa?

Ada lagi kisah terdengar bunyi orang berjalan.

Okay ini last! Hehehe ini betul-betul last.

Ada satu malam tu aku, abang abang aku dan cousin aku semua pakat tidur kat ruang tamu atas. Aku tidur hujung sekali belah kanan. Sebelah aku abang kedua aku, Ajid yang aku panggil Alang.

Malam tu semua dah tidur. Aku terjaga pukul berapa entah. Buka mata sikit nampak atas sofa atok aku tengah tidur. Sofa nya hujung belah kiri sebelah tempat Eppy tidur dan ada tingkap yang terbuka itu. Yang dikatakan ada benda menjenguk jaja itu.

Lepas dah perhati sekeliling, aku pun pejam mata nak sambung tidur. Lepas pejam mata tu, bunyi lantai bergegar sikit macam orang berjalan. Bunyi orang berjalan pun ada. Kan rumah kampung biasanya lantai dia kayu kan, ha sebab tu boleh dengar. Krekk.. krekk bunyi dia.

Aku yang mendengar itu cuak la. Kalau nak kata tokki, baru tadi tengok Tokki tidur nyenyak atas sofa.

Dengan mata tertutup aku tepuk lengan Alang. Mula-mula tepuk tu perlahan, tapi bila tiada reaksi, aku cubit pula lengan dia. Ya ampun, aku cubit paling kuat dah ni.. dah la tangan aku sakit bila cubit lengan dia tu sebab tangan aku ketot, cubit pula lengan dia yang ‘sasa’ lah sangat tu.

Lama-lama aku give up. Aku pun tidur aja lah, biarpun bunyi orang berjalan tu masih ada.

4. Dengar bunyi orang menjerit

Masa ni aku darjah 5. Kejadian ni jadi kat rumah aku. Nak dijadikan cerita, aku ke tandas nak melepaskan hajat, keluar sahaja dari tandas aku berhenti sekejap depan tandas ni lap kaki kat alas kaki.

Tiba tiba bunyi.

“WOIIIII!!!!!”

Terkejut Benyet (monyet+beruk) aku bila kena sergah macam tu. Bunyi tu aku dengar belah kanan aku.

Ohya, lupa nak cakap. Tandas ni terletak di dapur dan sebelah kanan aku berdiri tadi pintu dapur belakang.

Suara yang menyergah aku tu macam suara budak lelaki. Aku dengan takut-takut ni terus pecut pergi ruang tamu.

II.

Ini kisah nama aku kena panggil masa kat sekolah. Masa ni aku darjah 2 sekolah sesi petang.

Aku ingat lagi masa tu subjek Pendidikan Agama Islam. Ustazah yang mengajar ni garang, jadi masa tu ustazah suruh buat kerja.

Pelajar kelas aku pun buat lah kerja termasuk aku. Sunyi aja bunyi dia, yang kedengaran hanya bunyi kipas berpusing.

Tiba tiba aku terdengar ada orang panggil nama aku. ” Qai….”

Aku pandang belakang.

Semua tekun menulis dan aku bertanya pada kawan aku. Kawan aku kata dia tak panggil pun aku dan tak dengar pun bunyi tu. Suara tu macam suara perempuan tapi halus saja. Aku salah dengar ke apa?

III.

Masa ni sama seperti part 3.1. Kejadian ni jadi kat rumah aku tapi bezanya dalam bilik.
Kisah ni masih berkaitan dengan bunyi.

Masa ni aku dalam bilik baring atas katil sambil main whatsapp. Tengah main tu bunyi orang berus kasut.

Aku ni berhenti sekejap main hp. Blur dengar bunyi tu. Sebelum ni aku pun selalu juga dengar orang alih alih perabot, bertukang malam malam buta macam ni, tapi langsung tak syak ini bunyinya datang dari si ‘dia’. Lepas dengar bunyi tu, aku berfikir la sekejap. Takkan jiran aku kot yang memberus pukul 2 pagi macam ni?
Korang rasa?

IV. Bunyi benda jatuh dari atap.

Same location. At my house, in my room. Masa ni aku sedang main hp (asyik main hp aja kerjanya?) .

Masa tu dah pagi buta dah. Dalam 3 pagi tak silap.

Masa tengah syok main game dengan members group kpop aku, tiba-tiba bunyi.

BUMM!!

Atap rumah macam ada benda jatuh. Kuat sangat!! Lepastu dengar pula benda tergolek.

Aku pula masa tu teringat kalau bunyi benda jatuh tu maknanya pocong la tu.

Aku pula cepat-cepat whatsapp kawan aku cerita kat dia pasal bunyi tadi. Dia pula reply. ” kawan Iy kata, kalau bunyi macam tu maknanya Pocong la tu.. hahahaha”

Eh boleh gelak pulak dia ni. Aku kat sini dah kalut dah. Aku pergi mesej kat group lain pula. Group paranormal. Dalam ni penghuni nya semua besar besar (yang sudah bekerja/kawin) kecuali aku yang masa ni sekolah rendah lagi. Team ni famous la juga selalu pergi cari hantu tapi aku tak ikut, atas faktor umur dan lokasi yang jauh dari member lain.

Dalam group tu, aku cerita la kisah aku tu. Lepastu aku mintak audio ayat ayat suci alquran.

Last ada seseorang ni send audio Ayat ruqyah or ayat al-baqarah tak silap. Lupa dah. Panjang la juga. Jadi aku pun pasang la audio tu dan sambung main hp?.

5. Kelibat lembaga hitam

Kisah ni terjadi masa aku berumur 10 tahun. Malam itu malam sabtu. Jarum jam sudah menginjak ke angka 12 tengah malam. Movie di Mega Movie pula sudah tamat.

Aku dan Eppy masuk tidur dalam bilik masing-masing. Malam tu aku tak boleh tidur. Keluar masuk bilik sampai lah Eppy keluar dari bilik.  Menyuruhku untuk tidur. Aku akur kemudian baring. Lepastu buat lagi, ulang alik keluar bilik.

Sekali lagi Eppy keluar dari bilik dia. “Nah takut ke tidur sorang?” Tanyanya. Aku angguk. “Tidur dalam bilik Pi la.. ” dia mengajak. Aku pantas mengangguk.
Aku ambil toto lalu ke bilik Eppy yang berada di dapur.

Dia menyuruh aku menghampar toto di bawah manakala dia tidur atas katil bujangnya.

Selesai hampar toto semua. Kami pun tidur. Malam tu sejuk gila! Dengan hujan lagi.

Aku pun terjaga kerana terlalu sejuk walau sudah berselimut. Sungguh! Malam itu sejuk gila! Menggigil aku. Baiklah sambung. Jadi aku pun cuba melelapkan mata semula tapi hampa. Tak boleh.

Jadi aku pun buangkan masa dengan termenung. Memerhati segenap ruangan ini. Tiba-tiba mata ku terhenti di dapur. (Pintu bilik ketika ini dibuka) dari celah meja tv, aku terlihat ada lembaga hitam yang laju melintas menuju ke tandas mungkin. Or pintu dapur belakang. Aku masa tu terkejut gila.

Terus aku naik atas katil. Badan Eppy ku tolak kuat kemudian baring disebelah nya.

Perghh! Panas gila atas katil ni. Serius tak tipu. Eppy langsung tak berselimut. Aku pun tidur atas katil itu sampai satu masa aku terjatuh katil kerana ditolak oleh Eppy. -_-

Sakit hati juga la masa tu ? nak tak nak aku terpaksa tidur atas toto itu.

Baiklah tamat sudah kisah seram daripada aku. Maaf jika tidak seram dan bahasa tunggang langgang. Biasa lah, budak wattpad. Hahaha.. maaf juga jika kamu semua tak faham dengan cerita ni sebab aku pernah cerita kat satu group kat fb ni. Tapi semua komen tak faham. Sis tabah. Hahaha.. dan aku masih budak sekolah sebenarnya. Hehehe.. baiklah , jika ada pengalaman seram yang lain lagi akan ku ceritakan. Dan yang kenal aku tu, syuhh syuhh sudah la. Aku tahu ramai budak wattpad kat sini .. hehehe.. ok lah bye!

-Qai Sotong-

#QaiSotong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Pengalaman seram Qai”

  1. Qai ni umur 13-14tahun ekk???
    Tapi pengalaman mcm org dh dewasa…

    Akak a.k.a AntiePulie paham jer jln citer qai ni…
    Cumenye cara citer mcm bdk kecik baru dpt kaki…
    Lajuuuuu jer menonong x gheti selow dok diam…

    Yg part eppy terbeliak mata berkekuda kejar ko tu mmg seram…
    Pastu boleh plak ekk smbg tdo sblh eppy tu smle…
    Uiisshhh idokleeerrr…

    Reply
  2. Cerita ko oklah bg aku. Sebab aku baca sampai habis maknanya best lah tu. Ada gak part yg x phm tu tapi aq buat-buat phm jelah. Kalau ko ada cerita lagi, share jer… Aku belasah jer baca apa yg ada kat FS ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.