Pengalaman Seram Staff Nurse Shift 9 Malam

assalamu alaykum, aku seorang nurse di sebuah hospital swasta. kejadiaan ni berlaku ketika aku bekerja shift malam.
Petang itu kira2 pukul 7.30 petang aku dah sampai sebab nurse kan..kena la prepare sikit sebanyak sebelum start shft pkl 9mlm. Tapi petang tu aku rasa macam tak sedap hati. macam ada benda tak kena. kawan kawan aku pun sedar.siap yang kawan cina aku pun tegur…careful this is hungry ghost month ..you dont look right.. aku pun dah mula rasa takut.. tapi takkan nak minta cuti sebab tu.doktor mana nak bagi.
Pukul 9.30pm shift aku pun bermula.Lepas ambik report, aku pun start bagi ubat tetiba ada call bell dari bilik perseorangan.(patient yang banyak duit ambil bilik seorang) aku pun gi check…masa buka baru teringat bilik tu kosong. aku dah berpeluh

Tapi nak sedapkan hati .. aku anggap callbell rosak..kawan yang lain kerja malam tu tak dengar pun. siap tanya buat pe dalam bilik tu? aku cakap check je.takut da orang dalam tu curi tidur.
lepas dah siap bagi ubat, aku duduk kat kaunter nurse untuk tutup census malam.

Tetiba ada bell ..ada orang nak masuk…aku tengok aunty tua. aku pun benarkan dia masuk. dia datang kat kaunter  start cakap cina dengan aku.Aku tau la cakap cina sebab dulu sekolah cina.

aunty: Misi , u ingat i ar? dulu ada masuk patah kaki.. buat operation.duduk lama.
aku:oh..ok..ingat dah bilik 2033 kan? wah..aunty u boleh jalan dah? dulu u sangat lemah..diri pun tak boleh.
aunty: itu dulu ..sekarang ok dah.kuat.lari pun boleh..
aku: bagus ..bagus…
aunty: misi ini ada buah untuk u makan. janji ya mesti makan..macam mana pun mesti makan.
aku : ok aunty…saya makan nanti thank you..
aunty: janji ah.. jangan tipu..saya tau u ada makan ke tak punya k.
aku: ok..ok janji.

aunty tu pun bagi aku ang pau lagi siap bye bye and pegi
lepas tu datang la kawan kawan aku yg keje malam dengan aku berserta boyfriend aku yang bawa makan untuk aku dari pantry. soalan diorang yang buat jantung aku berenang dalam perut aku.

YOU CAKAP SORANG2 KENAPA? KENAPA ADA BAKUL BUAH BUSUK ATAS KAUNTER TU.

masa tu aku tengok buah yang ranum tadi dah nampak busuk semua.ang pau tadi pun penuh dengan duit bank of hell.duit orang cina bakar untuk orang m**i.
terus terduduk aku.

lembik kaki..aku cerita kat diorang apa yang jadi..boyfriend aku dengan tenang cakap..suka tak suka you makan sikit buah tu..you dah janji..macam nak nangis aku tengok buah busuk tu. tapi dapat la sikit bahagian yang tak busuk aku makan..nak muntah aku.. aku da check cctv.. memang takde sapa datang ward aku malam tu.
aku demam gak la pastu.. tapi aku tak puas hati..aku cari balik detail aunty tu. aku dapat tau. dia m**i kat hospital tempat aku kerja pasal jangkitan kuman …dia dapat luka kat p******g pas balik rumah..sebab tak bergerak.luka tu jadi jangkitan dalam d***h. mungkin dia nak berterima kasih kot..tapi disini aku nak tujukan kat semua patient aku yang dah meninggal..aku appreciate kebaikan hati mereka..tapi tak payah la datang bawa makan bagai.

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Luzy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.8]

27 thoughts on “Pengalaman Seram Staff Nurse Shift 9 Malam”

  1. Huhu…. ni ibarat…

    Pulau pandan jauh ke tengah,
    Gunung daik bercabang 3,
    Hancur badan di kandung tanah,
    Budi yang baik di kenang jua….

    Reply
  2. http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/anas-effendi-tidur-lagi-saat-acara-kali.html
    http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/viral-edaran-untuk-warga-non-muslim-di.html
    http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/roma-seorang-pemuda-di-italia-ditangkap.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let’s Join With Us At vipkiukiu .net ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    – BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    – WHATSAPP : +62813-2938-6562
    – LINE : DOMINO1945.COM
    – No Hp : +855-8173-4523

    Reply
  3. Bagi makanan takpe.Ni tak.Buat perjanjian suruh makan pulak tu.HAHAHAHA. naik seram la cakap sensorang sis oi.

    Reply
  4. Best gak skali skala dpt tahu pengalaman org yg keje hospital atau org yg keje shift malam….nak2 prngalaman org yg bawak van jenazah…just nak tahu…mintak jauh r kalau kene kat dri sdri yaa..

    Reply
  5. Cerita seram tapi bahagian akhir-akhir itu ada lawak juga yang buat aku ketawa kecil. Memang bidang pekerjaan anda sangat berjasa.
    Terima kasih atas budi baik anda terhadap para pesakit dan kerana sudi kongsi cerita seram ini.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.