Pengalaman Sewaktu Bertugas Sebagai Jururawat

Hi admin and reader fs. Harini aku nak story pasal pengalaman mak saudara aku sepanjang beliau bertugas menjadi jururawat di sebuah hospital di ibu negara.

Kisah 1
Semasa mak saudara aku pertama kali bertugas disitu. Tetapi bila dah lama sikit bertugas benda tu dah mula nak tunjuk belang dia.. mak saudara aku ni (Ketua Jururawat) KJ jadi dia ada bilik sendiri. Semasa dia sedang menyiapkan kerja tetiba kerusi bergerak sendiri. Mak saudara aku ada lah bertanya pada KJ lain disana tapi jawapan tetap sama “dia baru nak berkenalan dengan KJ agaknya. Aku dengar pun dah seram..😂.

Kisah 2
Jururawat ada “shift hour” kan? Kalau jururawat tu “shift” siang memang pukul 6 wad akan sunyi disebabkan semua dah balik kerja. Petang tu dia sibuk sikit sebab ada beberapa tugasan yang dia kena diselesaikan. Tiba-tiba dia ternampak ada seolah-olah troli mayat bergerak sendiri.. benda tu main tolak tolak pula.. nasib mak saudara aku ini jenis kental hati sado💪😂 dia tidak mempedulikan sedikitpun permainan makhluk tersebut.

Kisah 3
Mak saudara aku balik lewat lagi. Masa dia nak balik itu tiba-tiba ada angin sedangkan semua tingkap tertutup. Ketika dia ingin pulang dari kerja kedengaran bunyi pintu kecemasan diketuk seperti ada orang meminta tolong. Mak saudara aku pun bertanya kepada pegawai keselamatan. “Ada orang ke kat dalam tu?”. Tapi pegawai keselamatan itu menjawab “angin kot KJ” sedangkan kalau angin takkan lah sekuat tu kan? Tak logik lah kan? fikir mak saudaraku sambil berjalan menuju ke arah suaminya yang telah menunggunya di dalam kereta.

Kisah 4
Ketika ini mak saudara aku harus bertugas waktu malam (oncall) sedang dia memeriksa tugasan dia berhenti di “labour room”. Dia dengan kawannya pun berehat sekejap dekat luar tiba-tiba mesin nadi bergerak sendiri sekali dengan bunyi suara perempuan bersalin. Hal ini turut didengari oleh kawan kawannya.

Pada satu masa yang lain mak saudara aku “oncall”. Dia perlu membuat pemeriksaan ke semua wad dihospital. Dalam perjalanan dia melaksanakan pemeriksaan itu dia pun menegur kak wati (bukan nama sebenar) dekat “labour room”. Mak saudara aku seorang yang ceria dan peramah. Tapi kak wati buat tak endah sahaja dengan teguran dia. Kawan dia yang “oncall” sekali pun pelik tengok dia cakap sendirian. Keesokkannya dia bertanya semula kak wati kenape sombong sangat semalam namun kak wati menafikan “akak tak pernah pun kerja dekat “labour room ” dik” kami tertanya2 siapa kak wati yang ditegur pada malam tersebut.

Kesimpulan nya di mana hospital pun akan ada kisah seperti ini. Jika kalian berkerja sebagai jururawat pasti akan memahami dan seharusnya kuat semangat kerana makhluk halus itu tetap hamba Allah swt juga.

Last sekali aku nak ucapkan thank you very much dekat kak hajah hashim yang dah banyak tolong aku edit story ni and bagi support untuk aku menulis genre seram. Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik ye.

-frdaus

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *