Pengalaman Ternampak Hantu Penanggal

Hello FS dan pembaca! Tdi terbaca kisah yg neneknya menuntut ilmu hitam teringat kejadian sendiri ternampak balan-balan, yg rupa-rupanya jiran sebelah hahaha kepada penulis tersebut, mungkinkah kita berjiran?

Ceritanya begini waktu aku habis kelas mengaji dalam pukul 10 macam tu. Waktu tu umur 14 tahun, budak lagi. Seperti kanak-kanak lain, kawan2 aku ni tak kenal musibat sikit. Suka ganggu orang yang baru balik dari masjid. Tak pasal2 tok imam pun pernah kena. Jadi dlm perjalanan pulang aku memang tak takut nak jalan sorang diri, kalau nampak something aku andaikan tu kawan2 aku la tuh. Tapi malam tu lain macam sikit feelingnya. Tetiba jantung dup dap dup dap nak kata takut tak nak kata tak takut pun tak. Aku memang dah sedia kuda-kuda bagi penyepak kat kawan-kawan aku kalau something berlaku. Angin malam tu sejuk gila, macam nak turun salji pun ada. Aku pun mempercepatkan langkah sebab aku ni mudah nak demam. Esok pulak ada latihan bola sepak. Tetiba macam ada something dalam belukar dan bunyi macam something menjilat sesuatu dengan rakusnya. Bunyinya macam shlap shlap shlap lah lebih kurang. Aku buat dek je, anjing kot pujuk aku.

Aku terus mempercepatkan langkah. Ahh rumah tak jauh lagi. Aku nampak kakak aku tengah basuh pinggan. Tapi bunyi shlap shlap tu macam ikut aku pulak. Waktu tu lah meremang bulu roma seluruh tubuh. Aku dah berpeluh-peluh walaupun waktu sejuk gila.

Dan tetiba aku rasa tengkuk aku kena jilat! Rasanya macam kena jilat oleh lidah yang kasar! Aku pun apa lagi, lintang pungkang tak cukup tanah lari. Esok kalau kawan2 aku gelakkan aku memang kena lah diorang. Lari lari tu aku macam kena tolak dan aku jatuh tersungkur. Waktu tu lah aku nampak Aunty Balan-balan tu terapung apung tengok aku. Rupanya Astaghfirullah, dengan rambut mengerbangnya, mata merahnya dengan lidah panjang terjelir tengok aku macam aku ni lauk makan malam dia. Itu belum lagi bau hanyir menusuk hidung dengan usus-usus perut Aunty tu berwarna hitam pekat macam tar.

Aku pun jerit sekuat hati aku sampai bapak aku dengar. Sebab tempat aku tersungkur tu memang dah depan rumah aku. Bapak aku papah aku sambil azan kuat-kuat. Malam tu memang kecoh sekampung sebab ada 2 orang kena selain aku. Orang kampung siap gather depan rumah jiran aku sbb diorang suspek jiran aku lah dalang sebaliknya.

Esoknya aku terkena penyakit kulit yang misteri dari tengkuk dan belakang aku. Siap nanah2 lagi, seksanya siap aku sumpah seranah Aunty Balan-balan tu. Aku cakap kalau aku jumpa kau lagi siap lah kau sampai aku tarik-tarik organ dia tu. Betapa sengsara aku sampai dah tak pedulik dah. Nasib baik ada orang kampung yang tahu perubatan Islam datang jenguk. Dalam 4 hari macam tu aku slow2 pulih. Tapi imej Aunty tu memang sentiasa terpahat di ingatan. Ex girlfriend aku lagi aku dah lupa macam mana muka dia.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *