Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kpd pengikut FS.Harapan saya agar kisah ini disiarkan dalam FiksyenShasha. Disini saya ingin kongsikan pengalaman sepanjang kami tinggal di Kuarters Guru Sekolah Rendah di Kawasan Luar Bandar Kuching.Diakhir cerita akan ku nyatakan lokasi tempat Ayahku mengajar dan berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1989-2015(pencen) dan sekolah ini merupakan sekolah terakhir Ayahku berkhidmat selepas SRK Tok Eman, Nyabor(1984), dan SRK Gram Stumbin(1985-1989).
Namaku Rahman berusia 23 tahun.
Ayahku seorang pencen guru yang mengajar disebuah sekolah di Kawasan Luar Bandar Kuching. Hanya gambaran sahaja yang aku berikan. Sekolah Rendah tempat ayahku mengajar berlatarkan belakangkan pantai dan berhadapan gunung. Ayahku telah mengajar di sekolah tersebut pada tahun 1989-2015(pencen). Apa yang ingin dikongsikan adalah pengalaman sepanjang kami sekeluarga tinggal di Kuarters Guru tersebut.
Didalam sebuah kawasan sekolah terdapat 4 buah kuarters guru dan hanya 2 buah keluarga yang tinggal disana. Sebelum ini memang ada kuarters yang didiami oleh guru-guru yg baru bertugas dan pekerja am yang menetap disana.Tetapi tinggal dalam tempoh yg singkat kerana ada yang sudah menyewa ditempat lain.
Rumah yang kami diami adalah sebuah rumah kuarters yang lama dan dibelakang rumah terdapat kubur tinggalan sewaktu perang. Disini aku ingin kongsikan 3 kisah yang masih segar dalam ingatan hingga bila-bila.
Kisah Pertama
Ketika itu aku berusia 9 tahun.Pada waktu tersebut merupakan cuti p*****l hujung tahun persekolahan.
Kawasan kuarters yang suram dan sunyi setiap malam. Pernah pada suatu masa sewaktu cuti sekolah hujung tahun hanya keluarga kami yang berada dikawasan sekolah. Setiap malam kami mendengar seperti pintu disalah sebuah kelas yang berhadapan dengan rumah kuarters seperti dibuka tutup oleh seseorang.
“Bummmmpp” seperti pintu dihempas tetapi tiada tanda-tanda seperti angin kuat berlaku dan kejadian ini berlaku dan hampir setiap malam kami mendengar bunyi tersebut. Pernah aku mengintai dari lubang kunci tetapi tiada sesiapa pun diluar rumah. Pak Jaga pun belum ada pada waktu tersebut. Nak dikatakan budakĀ² nakal pun tiada kerana sedia maklum tiada yang berani menghampiri kawasan sekolah apabila waktu malam tambahan lagi Ayahku seorang guru yang garang(hehehehe). Perkara itu berlarutan sehingga pada suatu malam Ayahku bermimpi.
Didalam mimpi tersebut Ayahku menceritakan bahawa ada seorang lelaki misteri yang telah menumpangi Along(kakak sulong) sewaktu pulang bekerja dari Bongkisam Stall. Along telah melewati kuburan yang terletak d Hulu Kampung dan lelaki misteri tersebut telah menumpangi Along sehingga ke kawasan sekolah. Tetapi malangnya lelaki misteri tersebut tidak dapat memasuki rumah kami kerana telah dipagar oleh arwah Nenek. Lantaran tersebut lelaki misteri marah seraya itu dia telah menghempas pintu kelas yang terletak dihadapan rumah kuarters kami yang jaraknya hanya 100 meter.
Didalam mimpi tersebut Ayahku telah memujuk lelaki misteri tersebut kembali ke tempat asal iaitu kawasan kubur yang terletak di Hulu Kampung. Selepas itu tiada lagi kejadian bunyi pintu kelas seperti dihempas berlaku.
Kisah Dua.
Pada satu masa,ketika itu aku baru sahaja berusia 9 tahun.Kisah ini berlaku pada bulan Ramadhan.Ketika itu kami sekeluarga sedang bersahur pada sekitar jam 4 pagi. Sewaktu bersahur kami sekeluarga mendengar seperti seseorang mengetuk pagar besi dengan sesuatu sambil terdengar seperti seorang wanita meminta pertolongan. Seraya bunyi tersebut terdengar seperti bunyi Kucing mengiau beberapa kali.Bayangkan yang pagar besi tersebut hanya 50 meter dari kawasan rumah kami.
Apabila diintai dari celah tingkap tiada sesiapa pun yang berada di pagar tersebut. Jika difikirkan pada jam tersebut siapakah yang mengetuk pagar besi belakang rumah.Sedangkan semak-samun merimbun dibelakang pagar sekolah. Sehingga kini masih menjadi persoalan dalam benak fikiranku. Menurut orang tua aku setiap bulan puasa ada roh yang tidak tenang akan berlegar dikawasan belakang kuarters kami tinggal pada waktu tersebut.(wallahualam).
Kisah Ketiga.
Ketika aku beranjak usia 10 tahun. Tidak silap aku pada ketika itu merupakan cuti hujung minggu. Kisah bermula pada hari Jumaat. Rumah kami telah diganggu selama 3 hari berturut-turut pada waktu malam.
Hari Pertama(Jumaat)
Pada hari Jumaat selepas makan malam kami sekeluarga telah menonton televisyen hingga lewat jam 11 malam. Selepas habis filem tersebut, Ayah telah mengarahkan kami supaya tidur awal. Ketika di bilik kami adik-beradik telah bergurau sakan dan sakat menyakat memang mainan kami. Tiba-tiba kami terdengar bunyi “Meoowww Meowww”. Gurauan kami terhenti kerana terdengar seperti suara Mak di dapur. Mak selalu berbunyi kucing kalau kami belum tidur. Tetapi yang menghairankan Mak tidur awal daripada kami pada malam tersebut.
Selepas diperiksa oleh Along sewaktu didapur nescaya tiada sesiapa pun didapur pada waktu tersebut. Sepanjang malam kami telah diganggu oleh bunyi yang pelik. Kadang2 terdengar seperti orang dibelakang rumah seperti sedang menyapu sampah. Tidak lama selepas itu terdengar suara seperti Pembantu Am sebelah rumah memanggil. Untuk pengetahuan semua, Pembantu Am telah berpindah rumah disebuah perumahan di Kawasan Semariang.Sepanjang malam kami adik-beradik tidur dalam ketakutan. Perkara gangguan aneh berlaku sehingga Subuh.
Hari Kedua(Sabtu)
Pada malam kedua gangguan terus berlaku. Gangguan pelik berlaku pada waktu senja. Kisah pada petang tersebut berlaku apabila kami sekeluarga hendak menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Sewaktu Ayah mengambil wuduk, Ayah menceritakan bahawa seperti ada orang memanjat saluran paip besi dibelakang tandas rumah. Secara rasionalnya siapa yang nak memanjat saluran paip rumah sebesar 2 inci.
Seusai solat Maghrib berjemaah, Ayah akan mengajar kami mengaji Al-Quran. Sewaktu kami sedang belajar mengaji, kami terdengar seperti bunyi tiupan angin yang kuat. Tetapi langsir langsung tidak bergerak. Seraya terdengar bunyi tersebut, Ayah telah mengarahkan kami adik-beradik agar membaca Ayatul Qursi berulang kali. Tetapi waktu itu aku masih belum mengerti maksud apa yang Ayah nyatakan. Ayah memberi alasan bahawa agar kami menghafal ayat tersebut hingga masuk waktu solat Isya’. Sepanjang kami membaca ayat Qursi bunyi desiran angin telah hilang. Seusai mengaji kami sekeluarga Solat Isya’ berjemaah dan makan malam. Sewaktu kami makan malam.Along telah mendengar seperti seseorang memanggil nama Emak. Along terus mengadu kepada Ayah.
*(Dialog Along,Ayah dan Emak, saya tuliskan dalam bahasa Dialek Sarawak dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu Baku)*
Along:”Yah,kenak macam sora Nek Mah(nama samaran) nunggah Emak dibelakang rumah kita tok?!”
( “Ayah,ada dengar bunyi tak? Macam suara Nek Mah memanggil Emak dekat belakang rumah!”)
Ayah: “Sik ada dengar pun”
(“Tak dengar bunyi apa pun)
Emak: “Apatek?! Nek Mah nunggah Mak! Setauk aku,orang tua ya balit. Nya dah berapa hari di Telaga Air nun. Minggu depan baruk sitok.” (“Apa?! Nek Mah panggil Mak! Seingat Mak,Nek Mah balik ke Telaga Air, dah beberapa hari tak ada disini. Minggu hadapan baru Nek Mah balik sini lagi.”)
Along: “Bena Mak,2 kali nya nunggah kitak!”
(Betul Mak,2 kali dia panggil nama Mak)
Ayah: “Oo Long,rumbu lakang rumah ya sama paras pagar, sapa nak berjalan waktu pukul 9 tok!” (Along, semak-samun sama paras pagar siapa nak jalan tambahan jam dah 9 malam!”
Along:”Bena juak mun fikir logik.”
(Betul juga kalau difikirkan secara logik)
Tiba-tiba kami sekeluarga terdengar seperti suara seseorang mendayu dan bunyi kucing mengiau begitu nyaring. Sekeluarga kami kecut perut. Lantaran itu, Ayah telah mengarahkan agar kami sekeluarga tidur diruang tamu. Sepanjang malam kami sekeluarga tidak dapat tidur dengan Lena kerana terdengar seperti seseorang dibelakang rumah seperti bunyi orang menyapu sampah.Tidak cukup dengan itu terdengar bunyi ketukan pintu blok kelas dihadapan rumah.
Pada jam 3 pagi, aku terdengar seperti bunyi kanak-kanak bermain dihadapan kuarters kediaman kami. Dalam benak fikiran aku tidak mungkin anak cikgu sebelah rumah bermain pada waktu tersebut. Lantaran itu,aku terdengar Ayah membaca Ayatul Qursi sambil meniup sekitar ruang tamu tempat kami tidur. Akhirnya,tiada lagi kedengaran seperti kanak-kanak bermain dipadang kecil sekolah.
(Untuk pengetahuan pembaca. Padang kecil terletak di tengah-tengah antara Kuarters dan blok Kelas dalam kawasan sekolah. Padang kecil tersebut hanya untuk aktiviti sukaneka dan tempat kami sebagai anak-anak cikgu bermain pada waktu petang)
Gangguan tersebut berakhir apabila azan Subuh berkumandang.
Hari Ketiga(Ahad)
Sewaktu sarapan pagi,Ayah telah bertanyakan soalan sama ada terdengar atau tidak gangguan aneh sepanjang malam. Semua ahli keluarga mengiyakan soalan yang Ayah tujukan kepada kami sekeluarga. Sepanjang hari kami sekeluarga hanya melakukan aktiviti santai tanpa ada sebarang gangguan.
Senja telah melabuhkan tirai. Malam pula menjelma. Kami sekeluarga berharap agar tiada gangguan akan tetapi jangkaan kami meleset. Sekitar jam 10 malam ketika kami sekeluarga hendak tidur terdengar seperti riuh rendah disekitar kawasan sekolah. Bayangkan kawasan sekolah berpagar.Seperti kebiasaannya kawasan kampung akan sunyi selepas jam 8 malam. Ayah memberi arahan agar biarkan sahaja. Tidak lama selepas itu bunyi tersebut hilang. Ayah telah mengarahkan kami adik-beradik agar membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi dan 3 Qul berulang kali dan mengarahkan agar kami meniup disekitar tempat kami tidur diruang tamu rumah.
Pada sekitar jam 12 malam, Emak terjaga. Emak telah mengejutkan Ayah bahawa terlihat seperti seseorang didapur dan seiras Pembantu Am sekolah sedang duduk dimeja dapur sedangkan lampu dapur tidak dinyalakan.(Sesunguhnya Iblis dan Syaitan ingin menyesatkan Umat Manusia). Lantaran itu, Ayah telah menyalakan lampu dapur rumah. Pada malam tersebut, Ayah telah mengigau seperti melawan sesuatu. Kami sekeluarga terjaga dan terus mengejutkan Ayah. Setelah Ayah terjaga, Ayah terus mengarahkan agar kami membaca Ayatul Qursi sebanyak 3 kali dan meniup disekitar ruang tamu.
Gangguan demi gangguan berlaku pada malam tersebut. Along telah memberitahu bahawa terdengar seperti seseorang sedang bercakap dirumah kuarters sebelah. Sedangkan kuarters tersebut kosong setelah penghuni kuarters sebelah berpindah ke sebuah perumahan dikawasan Semariang.
Tidak lama selepas itu, kedengaran seperti bunyi sesuatu yang bergolek diatas atap tandas murid dan guru yang terletak 30 meter dari kuarters Kami.Tambahan pula pada masa tersebut kedengaran suara anjing melolong seperti menangis sepanjang malam.
Bermacam bunyi gangguan yang berulang sepanjang malam sehingga azan Subuh berkumandang.
Sewaktu petang Isnin, Ayah memberitahu bahawa pada malam sewaktu dia mengigau. Ayah telah memberitahu bahawa ada satu lembaga hitam berada dikawasan sekolah. Lembaga tersebut telah menumpang seorang penduduk kampung dari makam hingga penduduk kampung melewati kawasan sekolah. Dalam mimpi tersebut Ayah telah mengarahkan agar Lembaga Hitam tersebut kembali kepada tempat asalnya kerana dikawasan sekolah bukanlah tempat tinggalnya.Tetapi hutan dikaki gunung. Alhamdulillah,tiada gangguan pada malam hari Isnin.
Sepanjang kami sekeluarga tinggal di Kuarters Sk Santubong pelbagai kisah mistik yang berlaku. Pelbagai kisah yang diceritakan oleh guru-guru dan staf sokongan sekolah yang pernah menetap di Kuarters sekolah ini. Kisah-kisah ini hanyalah untuk perkongsian sahaja dan ini merupakan kisah benar yang berlaku pernah dialami sekeluarga. Walaupun Kuarters kediaman kami telah dirobohkan untuk pembangunan sekolah baharu pada tahun 2007 tetapi kisah-kisah mistik dan kenangan membesar dikawasan sekolah tetap segar dalam ingatan.
~Tamat~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mak selalu berbunyi kucing kalau kami belum tidur. ?
Umur 9/10 tahun blh ingat setiap detik setiap hati plak tu..
Kesimpulannya ini cerita rekaan.
Tak semestinya. Kau takde pengalaman nampak hantu mase umur macam tu boleh la ckp cerita rekaan ape semua. Aku yg mase umur 9 ke 10 tahun macam tu sampai skrg umur aku 23 masih boleh ingat lagi macam mane muka kak ponti berdiri kat depan pintu rumah aku. So kalau x pernah nampak mase kecikĀ² tu jgn memandai ckp cerita rekaan.
Boleh tahan… keep it up
cerita bodo