Assalamualaikum, terima kasih admin sebab post kan cerita saya, sebelum tu maaf kalau cerita ni tak seram atau bosan sebab mungkin agak panjang.. cerita ni berlaku masa aku sambung belajar kt IPT swasta kt kl. Aku ni bukan lah tergolong dalam golongan yang boleh melihat, tapi kadang kadang tu dapat la terasa meremang tetiba je. Tu pun tak selalu.
Pengalaman pertama aku masa tu aku on call dengan BF aku waktu tengah malam, BF aku masa tu tengah harok dengan ghost hunting ni, tak tahu lah kenapa malam tu dia rasa lain. Kebetulan roomate aku Chacha (bukan nama sebenar) pun tengah on call dengan BF dia. BF dia tu kawan baik dengan BF aku. Malam tu dia mintak tolong aku cakap kt BF kawan aku untuk tolong dia. Tolong ape, aku pun tak faham, jadinya aku dengan kawan aku bukak loud speaker phone masing masing, dan biarkan dorang cakap sendiri. hahahahaha.. Tapi ceritanya bukan sampai situ je, kawan aku habis on call, dia terus masuk bilik dan tinggallah aku kat luar. Tak lama tu aku pun masuk bilik sambil tu texting dengan BF aku. Masa tu BF aku tak boleh tidur, aku kononnye acah acah setia, teman la dia even dah ngantuk sangat. Masa tengah reply text dia tu, aku terperasan ada satu bayang dekat dinding, opposite dengan aku, dan tengah bergerak. Rumah sewa aku tingkat 8 dan depan tu jalan raya, takde pokok besar pun, so mana datang bayang bergerak tu? korang fikir la sendiri, aku masa tu hanya mampu alihkan pandangan aku ke tempat lain dan akhirnya aku tertidur.
Pengalaman kedua aku, masa tu aku duduk sorang-sorang je kat rumah, sebab kawan kawan aku si Chacha dengan Winnie (bukan nama sebenar) ni balik rumah family dorang. Aku malas nak balik sebab jauh. Malam tu aku tidur awal, masa tu rumah takde TV, takde radio dan mengharapkan phone kecik molek aku tu je. Masa tu baru nak masuk tengah malam, aku mimpi or dalam sedar aku pun tak pasti, tapi masa aku tidur tu aku terasa ade orang naik ke katil aku, katil bujang. Aku tidur pulak ke hujung dinding, jadinya ade ruang kt situ, aku dapat rasakan ‘benda’ tu kt sebelah aku lepas tu tangan ‘dia’ naik ke pinggang aku. Lepas tu ‘dia’ tunjukkan muka dia kt aku, ‘dia’ tu spesies tinggi jugak laa, muka dia tua lepas tu kepala jenis menajam. Aku tersentak, terus bangun tidur dan cari phone. Aku tengok masa awal lagi, aku text la bf aku dan bagitahu dia pasal benda ni. Dia suruh aku baca ayat Qursi. Lepas tu kalau boleh letak Yassin. Kitab Yassin tu aku pegang tak lepas-lepas, tapi bila aku nak terlepas mesti aku terjaga.
Pengalaman ketiga ni masa tu keadaan rumah kucar kacir, ada student buat mogok ramai ramai berhenti kolej dan dorang biarkan rumah dalam keadaan bersepah. Tapi diorang cakap dah kemas, tapi masa aku tengok rumah bersepah lagi di dapur tu. wallahualam.. Malam malam sebelumnya, kitorang akan sendal pintu bilik dengan meja solek since pintu tu tombol dah pecah. Malam tu, aku decide tak payah sendal sebab kat rumah tu takde orang lain, tapi benda lain pulak jadi ‘krieeekkkkk…. dummmmbbbb’ bunyi tu berulang kali. Masa tu aku tersentak sebab tengah malam, macam mana pulak boleh berbunyi-bunyi ni, aku dah ketaq lutut tak toleh tak ape sbb takut punye pasal. Pagi tu aku tanya kawan aku si Chacha dia kata dia tak dengar apa pun. Yang si Winnie ni kata dia dengar, dan toleh tengok ke pintu, tapi pintu tu tak berkutik pun. Bila dia baru nak lelap, jadi balik. Start dari tu aku sendal pintu tu.
Pengalaman ke empat pula, masa tu siang, aku dengan kawan aku si Chacha dengan Winnie keluar untuk uruskan urusan kitorang. Dari tengah hari bawak ke Petang. Bila dah senja baru baru balik rumah. Masa tu housemate aku si Kiky dengan Tata (bukan nama sebenar) tengah berborak kt ruang tamu, terkejut tengok kitorang balik, “korang keluar ke?” tanya Kiky. Chacha jawab “haah.. dari tengah hari lagi” “eh bukan korang ade kat bilik ke, tadi dengar macam bising je bilik tu siap dengan ade bayang bayang lagi kt belah dalam tu” balas si Kiky. Lepas tu kitorang pun belah la sebab memang kitorang keluar pun. Kawan-kawan aku tadi ni tuju ke bilik, aku last sekali sebab nak kunci pintu utama tu. Masa aku nak ke bilik, si Chacha cakap bilik dah kena sendal dari dalam. Pintu bertutup rapat dan pintu tu tersendal dari dalam. Siapa yg sendal dari dalam sedangkan semua orang kt bilik tu keluar? dan aku sendiri nampak pintu tu tersendal. Masa tu masing-masing hanya mampu terdiam dan bukak jugak la pintu bilik tu macam biasa.
Selepas-selepas itu banyak perkara pelik jadi, contohnya kawan aku demam tidur kat katil aku, dan ada nenek tua datang tanya “demam ke”. Si Winnie tu tidur kt katil aku mimpi pelik ada benda yg tak kena. Lepas tu aku sendiri start nampak lembaga yg sama iaitu lembaga yg sebelum ni aku cuma nampak bayang. Berbulan jugak la benda tu ikut aku, balik johor balik kl, sampai ada satu hari tu, masa aku baru habis solat maghrib, aku baru nak baca doa tiba-tiba botol minyak gamat yg mak aku letak dekat para kt bilik aku dibaling. Aku terus keluar cari orang, tapi takde sape pun.
Tu je kisah aku. Sorry sebab quite panjang tapi tulah pengalaman yg aku tak boleh lupa. Cuma aku nak pesan, bila kita bersedih jangan lupa hati tu jangan ikut terbuai. Bila kita lemah jangan show off. Amalkan lah surah Al-Fatihah dengan ayat Qursi setiap habis solat. Kalau boleh amalkan dengan maknanya sekali. Mintak perlindungan dari-Nya. bubye.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kisah qila tu…roh? tak kot…beza alam dh…
bkn roh tu…
“benda” tu…
mane dtg kisah qila pulak ni?salah story ke?
panjang?x panjang pon…tp ok la siap de pengajaran lg..ape2 pon best
boleh lah
Lain kali tak pyh lh bubuh (bukan nama sebenar) tu… Bukannya kitorang nk siasat pun ceta ni betul or auta!!!
ade ke org nama sebenar Chacha kat mesia nih.. zmn skg org buh nama berbelit2 lidah.
kata jerangkung tu btl (komen atas) bukan kteorg siasat pun ko sape chacha sape..