PENGHUNI ARAS 3 (Bhg. 2)

Aku terduduk, memejam mata cuba membaca ayat kursi dengan nada tergagap. Namun satu suara yang kasar turut mengikuti bacaan aku sambil tertawa bunyi dari arah yang jauh dan suara tersebut sayup-sayup menghilang dibawa angin. Aku memberanikan diri membuka sedikit mata, ALLAHUAKBAR…!!!!

Berderau d***h apabila muka makhluk tu menembusi gril tersebut. Betul lah orang cakap kalau dengar bunyi benda tu jauh maksudnya di ada berdekatan dengan kita. Aku gagah bangun dan berlari walaupun tak berdaya. Dalam hati tak henti menyebut nama ALLAH sehingga aku tergelincir jatuh dan tidak sedarkan diri.

Aku tersedar, nafas seakan sesak sedikit, aku lihat Diba (Bukan nama sebenar) duduk dihujung katil.. Kepala aku masih sakit, kaki masih sakit.. dalam hati aku merasakan lega mungkin hanya mimpi peristiwa semalam itu. Ternyata anggapan aku salah sama sekali.. Diba menegur “Kau dah sedar” kemudian dia bisik pada aku “Macam mana kau boleh naik tingkat 3 tu, Yong?”. “Apaa??? Jadi yang semalam tu…?? secara tiba-tiba muka Diba bertukar menjadi pucat lesi, mengukir senyum yang hanya dia sendiri faham maksud yang tersirat tu.

Aku melihat dia melompat dan melekat pada dinding, sementara itu, jari jemarinya mengais dinding dengan laju.. menyebabkan jari-jarinnya patah dan kukunya terkopak.. membuatkan aku menjerit sekuat hati. Aku buka mata hendak berlari, sekali lagi kudrat aku hilang, dunia seakan gelap gelita… bila sangkaan aku sudah keluar dari aras 3 sama sekali meleset.. aku tersedar dalam keadaan terbaring kaku.. ya masih di aras 3 yang tak berpenghuni tu.

Aku cuba nak bangun. Namun, dari jauh aku terpandang susuk tubuh besar, bermata merah, berwajah hitam sedang melompat sehasta ke arah aku yang terjelopok. Mendekat dan mendekat, dapat aku melihat setiap kopakkan kulit mukanya yang hitam seakan disiat, mata seakkan tersembol berwarna merah bak delima dan berbau tanah… Aku mengigil berpeluk tubuh.. Kaki masih berat, tidak mampu berlari..aku jerit dengan sekuat hati… ALLAHUAKBAR!

Makhluk tersebut hilang dibawa kepekatan malam. Aku bangun mengesot ke dinding koridor dan bersandar. Air mata bercampur hingus aku dah tak fikir dah aku harap cepat lah subuh.. lepas je aku dapat keluar dari sini.. aku nak STOP dari duduk kat asrama.. aku menekup muka ke lutut menangis, mengenangkan siapa yang pedajal aku sampai ke tingkat 3 ni.

Tiba-tiba aku terhidu bau minyak petrol… aku angkat kepala lihat sekeliling.. apa lagi kali ni? Aku ternampak seorang budak perempuan bermuka pucat lesi.. tinggi angaran 160cm.. berjalan menghampiri aku, tiba-tiba langkahnya terhenti merenung ke bawah koridor, “Dia tak nampak aku ke?“ bisik hatiku.. gerak-gerinya seakan mahu terjun ke bawah. Namun sebaliknya, aku nampak dia keluarkan mancis, api dinyalakan bermula pada rambutnya, kemudian dia mula memanjat ke tembok koridor sebelum api marak membakar tubuhnya. Jelas aku melihat tubuhnya mendidih, mengelembung sebelum dia terjatuh kebawah.

Masa tu, aku hanya melihat dia berbuat demikian, aku tak mampu berbuat apa-apa anggota badan seolah terkunci.. keadaan aras 3 masa tu kedengaran seolah-olah orang bersorak-sorak riang.. namun sorakkan itu hilang dibawa angin, setelah itu terdengar azan subuh berkumandang.

Aku segera bangun dan berlari ke gril menggoncang gril sekuat hati serta meminta pertolongan. Tidak sanggup lagi aku berdepan dengan makhluk-makhluk itu..Peristiwa ini sebenarnya peristiwa pertama yang buat aku percaya bahawa “Mereka” itu wujud. Aku menceritakan apa yang terjadi pada warden…dan beberapa orang guru.. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh ada di aras 3 malam tu.

Menurut Warden, aras 3 tu dikosongkan dengan bersebab dari tahun ke tahun. Berdasarkan perjanjian pertama membuka tempat penginapan tu. Maksudnya bila nak buka sesuatu tempat baru kita mesti dapatkan kebenaran dari benda yang menghuni tempat tu sekian lama. Kalau tak, memang tak kan berjaya lah pembinaan atau pembukaan satu tempat tu. Mesti ada je yang tak kena dan akhirnya terbengkalai macam tu je la projek tu.

Ok, menurutnya lagi, pembukaan tempat ni dengan bersyarat , syaratnya harus dikosongkan satu bilik untuk mereka menghuni. Dengar macam lawak kan tapi itu lah hakikatnya. Aras atas tu sebenarnya satu sahaja bilik yang terpaksa dikosongkan untuk menghormati permintaan roh-roh yang menghuni kat tempat tu supaya tak menggangu kerja-kerja pembinaan awal dulu. Sehingga berlaku satu kejadian yang menyebabkan kematian seorang pelajar perempuan, membuatkan aras 3 dikosongkan dengan serta merta sepenuhnya. Pada tahun 199* , salah seorang pelajar membakar diri sendiri dan bertindak terjun dari bangunan asrama dipercayai dibawah pengawalan roh yang menghuni bilik tu. Kejadian ngeri itu membuatkan aras 3 ditutup sepenuhnya dan pintu ke aras 3 pun dikunci dan dgril sehingga kini.

TAMAT

Azida94

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.4]

19 thoughts on “PENGHUNI ARAS 3 (Bhg. 2)”

  1. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Kak Yong, kalau ada cerita lagi harap boleh diikongsikan.Cerita Kak Yong menarik😄.

    Reply
  2. Ok Kak Yong, good job 🎈

    Asrama sekolah aku dulu pun ada ‘perjanjian’ macam ni. Masa tempoh perjanjian tamat, malam tu akan berlaku ribut yang sangat kencang dan aspuri (asrama puteri) akan diserang histeria sebelum ustaz aku berurusan dengan ‘benda tu’ untuk sambung perjanjian baru. Sekolah mana? Biarlah rahsia.

    Reply
  3. Aras atas tu sebenarnya satu sahaja bilik yang terpaksa dikosongkan untuk menghormati permintaan roh-roh yang menghuni kat tempat tu supaya tak menggangu kerja-kerja pembinaan awal dulu. ..
    Tiada istilah roh kerana smua telah diangkt ke langit slpas kmatian yg ada cuma golongn jin kafir dan syaitonirrojim yang xhbhbis2 nk sesatkn kaum Adam.

    Abis pun…………lega akakk..lain kli xya short2 buat 2 episod yer dik..hbiskn jer..
    Sososooo….br bole akak rate.

    4butir star🌟🌟🌟🌟

    Reply
  4. Yeaahhh.. pengalaman cmni yg kami mahukan… cumanya kurang lengkap sbb x bgtau apa yg jadi lps azan tu.. cmne kak yong dpt keluar dr aras 3 tu? Sapa yg perasan kak yong ada di situ? Dan lps kejadian, apa yg berlaku pd kak yong? Apapun pengalaman kak yong mmg x terjangkau dek akal.. besttt👍👍

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.