Penghuni Blok

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi baca. Hai warga FS. AKu nak kongsi cerita seram aku yang tak berapa seram.Tapi bagi aku seramlah.

Aku baru pindah masuk satu rumah flat ni, dalam rumah tu dah ada 4 orang waktu tu.
2 orang bilik master, 2 orang bilik medium dan aku sorang bilik last.Aku memang suka duduk bilik seorang, tak suka kongsi. Waktu ni memang tak ada apa apa, semuanya okay macam biasa. 3 bulan lepas aku masuk, budak bilik master keluar rumah. Seorang balik kerja kat kampung dan seorang lagi habis praktikal. So tinggallah kitorang bertiga. Yang 2 orang bilik medium ni pulak, kerja shift. Jadi kalau seorang shift pagi, seorang kerja shift malam. So kalau malam, tinggal la berdua je. Tapi time tu aku still okay, aku jenis memang suka duduk dalam bilik sorang sorang, then kalau ada benda penting je baru aku cari budak 2 orang ni. Kadang kadang tu ada jugaklah borak borak kosong kat ruang tamu.Tapi kebanyakan waktu, aku just duduk dalam bilik. Yang 2 orang tu pun sama, banyak habiskan waktu dalam bilik. Dan waktu tu owner rumah belum dapat cari pengganti untuk cover bilik master. So korang boleh bayangkan, bilik master tu agak besar dan dah kosong. Memang tak ada orang pernah masuk sebab pintu tutup. Ruang tamu pun sunyi sebab yang lain lain duduk dalam bilik.

 

Okay ceritanya start macam ni. Mula-mula aku kena dekat luar rumah.Waktu tu pukul 11.30 malam, aku baru balik ngeteh dengan member aku. So masa aku nak naik lift, ruang lobi memang kosong dan sunyi. So lift sampai aje, aku terus naik, tekan floor aku dan tekan ‘close door’ sebab dah takada orang lain kan. Pintu lift pun tutup, tapi lepas tu, ting! Die buka semula. So aku ingat ada orang lain nak naik. Tapi bila pintu da buka, tak ada orang pun. Ah lantaklah. Aku pun malas dah nak tekan button, tunggu ajelah pintu ni tutup. Tapi yang buat aku tersentap, bila aku rasa lantai lift aku bergoyang, macam ada benda/orang masuk, dia mendap sekejap lepas tu naik sikit semula. Korang boleh faham kot, macam ada orang naik lift la, die ada goyang sikit kan? Okay, aku baca ayat kursi kuat sikit sepanjang dalam lift. Pastu aku sambung 3 kul bila dah keluar lift. Okay cool. Tak ada apa apa pun. Kemudian bila aku masuk lorong nak kedepan pintu rumah aku, ada suara tegur aku dekat belakang telinga kiri aku.

 

Suara die slow tapi jelas. ‘Assalamualaikum’.Zass.Darah aku serbu ke kepala.Sebab tadi aku sempat toleh sebelum aku ke side rumah aku, tak ada orang kat lorong.Yerlah, dah pukul 11.30 malam.Lagi satu, jiran aku mostly Nepal, India dan Cina. Siapa nak bagi salam? Aku jalan laju gila, tak pusing belakang dan tak jawab salam. Nak baca ayat apa semua dah berterabur. Sampai depan rumah, masa nak buka kunci mangga, aku teringat kawan aku pernah cakap, sebelum masuk rumah tepuk bahu 3 kali and ludah sikit. So aku sempat buat, and then aku baca selawat je. Bagi salam kuat2, masuk kaki kanan dan tutup pintu cepat2. Dekat rumah macam tak ada orang, so aku terus masuk bilik and tutup pintu bilik. Bila aku pusing nak ke katil, bam! Pintu bilik aku ditolak dari luar.Aku pun terus lompat atas katil, sorok dalam selimut dan sambung baca ayat kursi sambil nangis.Haha.Tapi lepas tu takada gangguan sampai lah esok pagi.

 

Ada sekali tu, aku kena keluar rumah awal pagi, dalam pukul 3 pagi macam tu. Sebab nak ke kenduri dekat Penang. Aku tengah nak kunci grill, tertoleh ke sebelah kiri. Hujung lorong ada nampak budak kecik lelaki, tengah berjalan ke arah aku.Aku tak kisah, just terdetik dalam hati, anak sape lah main sorang2 kat luar. Lepas tu aku tengok lagi sekali, baru aku perasan die just jalan setempat sambil pandang arah aku, then baru teringat yang sekarang pukul 3 pagi, time tu jugak baru die tunjukkan muka die – just hitam. Okay menyesal. Time tu aku dah menyumpah dalam hati, apesal la aku tengok 2 kali.Aku terus gerak pergi lift and selawat kuat kuat gila sebab tak ada orang. Then dia tak ada ikut ke apa, tapi aku still keep baca ayat kursi sampai naik kereta dan hari dah cerah. Haha takut bhai.

 

Okay, after kejadian aku kene tegur tu, rumah aku ni pantang sunyi. Memang sunyi la sebab tinggal berdua je dalam rumah.Itupun untung berdua, kalau seorang lagi pergi dating atau jalan jalan, tinggallah seorang.Masa tu mesti ada bunyi dekat luar bilik, especially dekat ruang tamu. Ada bunyi gelas letak atas meja lah, berkali kali die letak gelas tu. Ada bunyi orang gantung baju lah, bunyi bile hanger jumpa besi, keting keting macam tu. Tapi bila aku bukak pintu bilik, senyap.Aku tengok hanger pun tak ada. Okay, katakanlah angin, aku pergi lepak kat luar, bawak buku selimut semua. Masa tu agak2 nak ribut, aku biarkan sliding door terbuka.Sekuat tu angin, still hanger aku yg bergantung tak menghasilkan bunyi macam orang gantung baju.Cuma bergoyang goyang. Okay maknanya bukan sebab angin. Then bahagian dapur (sebelah bilik) aku pun ada bunyi, bunyi macam orang main plastik sampah tu. Srup srap srup srap.Aku bukak je pintu bilik, senyap. Bila aku tutup balik, semua bunyi ni akan start semula. Okay itu kira gangguan minor la…Tapi makin hari aku macam makin dalam ketakutan. Aku rasa tak tenang, rasa diperhatikan, rasa berdebar debar. Aku pun bukannya jenis penakut dan selalu baca Al-Quran.Tapi masih takut, even waktu siang pun sebab rumah sunyi. Aku ada jugak lari tidur rumah member2, tapi takkan lah selalu sangat pergi rumah orang kan, tak selesa orang tu. So terpaksa juga beranikan diri, lagipun sampai bila nak takut dan lari.
Then start bila, aku dah tak tidur waktu malam, aku terjaga je, sebab bila aku tutup je mata, aku berhalusinasi yg seram seram, aku kena tindih, sampai ada sekali tuaku rasa kepala aku slow slow kena tarik dengan kuku tajam ke bawah katil. Aku azan kuat kuat, tapi lidah aku kelu. Aku jerit kuat kuat sampai aku terbangun..Mungkin effect aku fikir banyak and penat.Seminggu aku tak tidur, lepas tu aku jadi makin teruk. Aku ingat aku sorang je yang takut, tapi ada satu petang tu housemate aku, A wassap. Tanya aku balik pukul berapa?And suruh aku balik cepat. Aku tanya kenapa, tak nak jawab. Balik tu aku ajak dia minum luar, then baru die cerita, time die mandi lepas asar, pintu bilik air kene goyang dari luar. Pintu plastik yang lipat2 tu. So die takut, sebab time tu die sorang je, lagi seorang, B ni kerja shift siang belum balik. Aku pun buka la cerita aku. Okay, so kitorang berdua ni memang dah takut. Si B tak ada perasaan sangat, die senyum je bila kitorang cerita.Dan dia tak ada cerita apa-apa.

 

So lepas dari tu, aku memang akan tunggu housemate aku yg A ni balik, baru masuk rumah. Die pun akan tunggu aku balik kalau dia sampai awal. Dan kitorang akan tidur kat ruang tamu sama sama. Aku takut nak balik rumah awal sebab nanti aku sorang je dekat rumah, A belum sampai dari habis shift. Jadi aku akan balik lewat dari office, dan tunggu dekat luar rumah sampai dia balik. Kadang kadang aku masuk jugak rumah sebelum dia sampai. Terlelap sekejap sebab dah penat, tapi aku akan terjaga sebab bunyi guli jatuh dekat tengah rumah, kali ni kalau aku bukak pintu bilik pun die still berbunyi, dah makin berani. Aku buat tak tahu, tapi makin lama bunyi guli tu bergolek makin kuat ke pintu bilik aku, aku cepat cepat keluar rumah dan tunggu dia sampai.

 

So sampai satu tahap tu, ada la dalam 2 bulan kot, aku dah tak tahan sebab aku start sakit sakit, tidur tak cukup kan. Dan macam taka da orang baru nak masuk untuk bilik master.Aku decide nak pindah. Aku bagitahu A, suruh cari rumah sewa lain sebab aku akan pindah dekat area kerja aku je. So aku tunggu sampai dia dapat rumah sewa, baru aku pindah keluar.Alhamdulillah, kitorg dapat rumah baru, so terus bagitahu owner rumah yang kitorang nak keluar, then terus start packing barang. Time aku bagitahu owner nak keluar, die tanya la kenapa? Aku just cakap nak pindah dekat sikit dengan office, jimat minyak dan tol. Tapi die boleh reply, ada hantu ke? Terkejut aku.Aku pun terus to the point, aku cakap memang ada, panggillah ustaz.Aku da pernah buat kat bilik sendiri masa mula mula masuk, tapi tak buat kat seluruh rumah.Tapi owner just cakap dan nasihat itu semua sebab rumah tu sunyi dan mainan fikiran je. Aku ada tanya A, die ada cerita kat owner ke pasal kita takut. Die kata tak ada. So macam mana owner boleh fikir point hantu sedangkan aku dah bagitahu aku nak jimat je?Tak tahu.

 

So aku dengan si A ni dah habes clear barang, dah siap susun semua, tunggu nak angkut keluar je. Tapi si B ni tak start kemas apa lagi.Aku malas nak ambil pusing sangat sebab dari mula pun aku tak berapa rapat sangat dengan dia. Beberapa hari sebelum kitorang keluar, si A cari aku, muke nak nangis, suruh aku call si B. Aku tanya kenapa, die kata die call tapi tak dengar suara si B. Aku pun call, B angkat tapi gelak gelak. Aku tanya, kat mana? Ada dalam rumah lah. Die jawab. Aku tengok semua kasut dia ada, sah dalam rumah. Aku pun letak phone, and cari satu rumah. Tak jumpa. Aku fikir si B ni memang pelik, so aku lantakkan je. Aku terus ajak si A keluar pergi kerja. Balik tu aku tengok elok je si B ni dekat rumah. Tak nak tanya mana dia pergi pagi tu. Aku seram.

 

Sepanjang kejadian seram ni, aku ada mengadu dengan kawan aku sorang ni, die gifted sikit hal2 mistik. Die bagitahu yang tegur aku bagi salam tu seorang perempuan, pakai baju putih dan ada bunga dekat rambut. Cantik sangat.Mungkin nak berkawan.Masa dia bagitahu tu, aku terkejut dan meremang, sebab aku tak ada bagitahu yang suara tu suara perempuan.Aku cuma bagitahu ada suara tegur.Budak kecik lelaki yang aku nampak pagi tu, die pun ada nampak sebelum aku, tapi die cuma nampak bayangan sekilas, dia kata tak sangka aku yang terserempak.Gangguan dalam rumah tu pulak, aku tak bagi die cerita.Sebab aku takut ketakutan aku menjadi jadi, so biarlah jadi misteri. Cewah.
Tapi akhirnya, Alhamdulillah dah keluar dari rumah tu dan rumah sekarang tak ada apa. Oh sekarang aku tak duduk seorang sebilik, aku wajib ada roommate. Haha.
-yuuku-

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Penghuni Blok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *