Penghuni Busut Dibawah Pentas

Assalam dan selamat sejahtera warga FS. Terima kasih admin sekiranya cerita aku ni dipos. Nama aku Shah. Aku merupakan bekas graduan universiti awam dekat KL. U tersebut agak lama usianya dan rasenye korang boleh agak. Aku konvo hari tu pun selepas aku lanjutkan tempoh belajar aku disana. Aku agak aktif menyertai event2 Di U tersebut dan itulah antara faktor aku ‘extend’ ditambah pula aku tak berdisplin dalam pengurusan masa.

Cerita yang aku hendak kongsikan adalah ketika aku menjadi krew teknikal untuk satu event kesenian tahunan U tersebut . Tempat event itu dilangsungkan adalah di auditorium kps dan dewan tunku canselor(DTC). Untuk pengetahuan korang, dua tempat ni memang antara tempat paling keras dalam U tersebut. Kebetulan tahun aku jadi krew tu kebanyakan acara di buat dekat auditorium kps. Baiklah kita mula dengan pengalaman aku.

Ada satu petang tu aku terlibat dengan reherseal acara tarian. Setiap kolej dikehendaki menghantar cd audio masing2 untuk dimainkan dahulu sebelum pertandingan pada malamnya. Aku dikehendaki memainkan setiap cd yang di bawa. Lebih kurang ada 15 kumpulan peserta maka aku perlu mainkan 15 cd audio. Semuanya berjalan lancar. Cuma selepas kumpulan terakhir buat reherseal, diorang datang kepadaku untuk memastikan semuanya ok. Salah seorang ahlinya merupakan kawan aku dan kami berborak

Sambil aku menyusun cd di depanku, aku perasan sambil kami berborak, aku terhidu sesuatu yang sangat hanyir dan mataku melilau mencari di mana arahnya. Sesekali aku memeriksa plastik yang dibawa kawanku tetapi plastik tersebut hanyalah berisi beberapa cd dan marker pen. Selepas kawanku beredar, bau tersebut perlahan-lahan menghilang. Pada fikiran aku, kawan aku ni bukanlah jenis berbau orangnya. Jenis lelaki sopan pulak. Jadi aku abaikanlah. Alhamdulillah, pada malam tersebut tiada apa2 yang berlaku.

Pada hari berikutnya, ada pertandingan koir. Aku dikehendaki membuat marking mic position di pentas kerana setiap kolej berbeza-beza kedudukannya. Tugas ini dilakukan oleh abang teknikal dan dibantu oleh aku lah. Pentas auditorium tu dibina dengan papan yang disusun. Papan tu agak tebal lah. So masa marking mic tu, abang tu bukak cerita kat aku. Aku panggil abang Z lah.

Abang Z: kau tau bawah stage ni ade ape?
Aku: tak tau bang.
Abang Z: aku pernah bukak tinjau bawah ni. Banyak busut2 besar. Seram beb.
Aku: yeke bang? Macam x logik je.
Abang Z: betul beb, banyak busut tak berpenghuni. Cuma tinggal 1 je yang berpenghuni.
Aku: kenapa 1, mana yang lain2?
Abang Z: nanti aku cerita, bagi settle keje dulu.

Then lepas kami settlekan keje. Kami turun dari stage dan Kami sambung lah borak dekat bahagian PA sistem. PA sistem auditorium nk pelik sikit, letak dekat belakang seat penonton.

Abang Z: dulu busut2 tu semua macam perkampungan. Masa dewan ni siap, busut2 tu memang diorang tak boleh nak buang. Ada je masalah. Then setiap kali event kesenian yang ada lepas dewan ni siap, selalu ada gangguan. Gangguan tu makin teruk.
Aku: lepas tu sekarang ni ada lagi tak bang?
Abang Z: sekarang takde dah. Sebab ada satu masa tu, pihak U ni siap buat quotation panggil arwah ustaz harun din. Arwah datang dengan anak muridnya menaiki van dan satu bas express. Lepas arwah dan anak muridnya deal, semua penghuni busut tu setuju untuk berpindah ke tempat lain cuma sorang tu je nak tinggal. Tapi dia janji tak nak kacau. Yang lain tu arwah bawak gi Karak tak silap, dengan bas express tu lah.
Aku: peh, macam mana driver bas tu bang. Tak cuak ke die?
Abang Z: tak tahulah, tapi yang penting dia dah bawak bende tu dah. Tapi still lagi lah ada gangguan cuma sikit2 ja. Yang sekor ni die suka menjelma jadi orang lain. Kekadang die suke main2 dekat atas stage time abang teknikal lain nak tutup dewan.
Aku: scary jugak cerita ni bang, baru saya tahu.

Jadi begitulah cerita yang kami borak.setiap malam, kami krew2 ni akan buat post mortem. Biasalah, kami akan bincangkan apa yang kurang dan perlu ditambah baik next time untuk acara lain. Aku memang kene balik kolej lewat lah sebab acara selalunya habis paling awal pukul 10.30pm. Nak kemas and post mortem

Lagi mau pukul 1 am aku balik. Masa aku turun tangga blok seksyen kesenian sebelah auditorium tu, sorang lagi abang Teknikal aku panggil abang A tiba2 terkejut tengok aku. Aku tanya lah, “kenapa bang?”. Die geleng kepala pastu blah. Aku pon malas nak tanya lebih2 blah la sebab penat. Esok tu aku tanya abang A tu.

Aku: abang, kenapa abang tekejut tengok saya semalam.
Abang A: owh, semalam. Abang nak tutup lah dewan. Masa tutup lampu semua nampak lampu macam torchlight kelip2 dekat pentas, abang suluh lah. Nampak samar2 kau tengah cangkung buat keje kat pentas pastu bangun blah gi blakang back stage tu. Abang bukak balik lampu check belakang back stage, xjumpa pon kau. Abang nampak kau pakai seluar koko baju merah dan kau sarung jaket. Pastu abang blah lah tutup lampu semua sebab ingat kau keluar ikut pintu lain. Masa abang nak simpan kunci teserempak dengan kau, kau pakai seluar slack hitam dengan tshirt round neck hitam. Abang dah tau da kene game tu malas nak tanya kau lebih2.
Aku: yeke bang, tak palah. Mungkin dia nak kacau2 manja dengan abang. Haha.
Abang A: ye la kau. Nanti die muncul depan kau, baru kau tau manja tak manja.

Aku gelakkan jelah then aku minta diri sebab nak sambung keje kat dewan. Alhamdulillah sepanjang berlangsung program kesenian tu aku takda lah kene kacau teruk cuma bau hanyir tu je. Rasanya cukup lah sampai sini aku ceritakan sebahagian kisah mistik semasa aku terlibat dengan program yang diadakan di tempat yang keras dalam U ini. Sebenarnya terdapat lagi kisah lain tetapi akibat kekangan masa aku tangguhkan dulu. Terima kasih lagi sekali admin sekiranya cerita aku ini di pos. Masuk yang ini kali ketiga aku pos cerita tak lepas. Huhu. Ada rezeki saya sambung lagi. Assalam dan selamat sejahtera. 🙂

shah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Penghuni Busut Dibawah Pentas”

  1. Ntah2 mase borak die dok bau hanyir tu sebenornye bkn kwn die, jelmaan jer…
    Sbb tu ble kwn blah bau hanyir pon ilang…
    Eeerrrkkk…

    Reply
  2. Waaa. Orang kuat HEP ke? Hehe. Ayokk kena extend.

    Kolej mana tu. UM banyak kisah seram. APM salah satunya. Kes penanggal dan jelmaan 3 beranak. Kolej 8 , kes tali gantung b***h diri dan ,macam2 lagiiii.

    Reply
    • Kolej 8? Ceritalah sbb saya budak kolej 8. Dari first year smpai final duduk situ. Cuma pernah la masa first year rumet kawan saya kena kacau masa dekat pantry. Dia dengar ada org menangis. Dipendekkan cerita, bkn org rupanya dan ada sorang abg kat kolej tu dia bole nampak bnda2 halus, dia ckp lembaga hitam kluar mlalui pintu depan floor. Huhu

      Reply
  3. Um la tu..
    Kafe kat kps tu ade mcm2 mknn,
    Kafe yg kolej 12 pon..
    Sedap nye..

    Dah 6 thn tinggalkn um.

    Setakat dok sane, semuanye ok. Kolej 11 =)

    Reply
  4. Salam… maaf le tanya… bukan ke Arwah dato harun sendiri menafikan beliau pernah pindahkan jin guna bas.. bleh bagi pencerahan???

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.