Penjaga Sejak Kecil Part2

Hi Assalamualaikum semua,
Ini sambungan kisah “Penjaga Sejak Kecil”
Pertama sekali aku mohon maaf sebab buat sambungan ke part 2, sebenarnya aku tengah final exam sekarang ni. Tapi lepas aku baca semua komen korang, terus buka laptop sambung cerita seterusnya. Hargailah pengorbanan aku  . Doakan kejayaan aku juga, terima kasih  . Dah, aku cerita sampai habis, mohon baca ye.

Okey sebelum aku cerita gangguan yang aku terima. Aku akan ceritakan dulu kenapa aku mention penjaga sejak kecil. Untuk pengetahuan korang, aku mempunyai kembar. Adik yang aku mention dalam cerita sebelum ni, kembar aku lah tu. Sejak kami kecil, kami dijaga oleh nenek kami atas sebab2 tertentu dan kebanyakan masa aku memang bersama nenek.

Gangguan yang aku terima mula2 pada umur 6 tahun. Biasa la masa kecik2 suka main nyorok2 dengan sepupu semua. Jadi, petang tu kami 5 orang termasuk kembar aku main la permainan tu. Belakang rumah nenek aku ada hutan dan ada satu perigi lama yang tak digunakan. Sepupu lelaki aku yang kena cari kami semua, berterabur kiteorang lari cari tempat persembunyian masing2 dan aku sebab taknak kalah pergi cari tempat yang jauh dari diaorang semua.

Aku masuk dalam hutan tu(bodohnya bila fikir balik). Aku lari sampai nampak perigi lama tu, tapi tak pergi dekat. Ada pokok besar kat situ, so aku duduk belakang pokok tu. Sebab tunggu lama nama aku tak dipanggil, mata aku mula melilau tengok sekeliling.

Pada masa tu la aku nampak ada lelaki tapi berpakaian mandi serba putih membelakangi aku so aku taknampak muka dia, aku nampak dia pakai gelang emas dekat lengan macam orang dulu2. Aku tengok dia cedok air dalam perigi tu lepas tu mandi, aku macam kena pukau tak berkelip mata masa tu(jangan fikir bukan2).

Yang pelik, bila air perigi tu kena badan dia, kulit dia bersinar sinar, putih melepak kut. Masa tu la aku teringat perigi tu kan dah lama tak digunakan, mana mungkin ada air dalam tu(nenek aku cakap la). Terus muka aku pucat, masa tu kecik kan so aku takpaham apa sebenarnya berlaku, aku terus berundur ke belakang dan lari masuk dalam rumah. Adik aku tanya la “pergi mana? Semua orang cari tauu!” . Aku taktahu macam mana nak cerita dekat dia, so aku senyap. Malam tu kami makan ramai2, entah macam mana aku tiba2 bagitau nenek “tadi, kakak nampak ada orang mandi dekat perigi lama tu”. Terus nenek aku jeling dan pandang aku lain macam tapi sebab makanan tu sedap aku tak kisah dah.

Gangguan lepas tu. Masa tu cuti sekolah ramai la yang balik rumah nenek. Jadi kami yang kecik2 ni kena tidur dekat ruang tamu. Segala bantal, selimut apa semua memang tak cukup. Jadi kena kongsi la selimut ramai2. Tapi nenek bagitahu kami kalau nak selimut dan bantal lagi amik dalam bilik stor dekat dapur.

Tempat tu gelap, kami semua memang takut la nak ambik. Rumah kampung memang sejuk malam2 dan aku jenis tak tahan sejuk, dah pulak kena kongsi selimut, paham2 la. Aku terjaga malam tu sebab sejuk sangat rupanya selimut aku tu kena kebas dengan sepupu. So aku kejut adik aku suruh teman pegi amik selimut lain dalam bilik stor, nasib baik dia bangun. Kiteorang pun jalan sama2 pegi bilik stor.

Selimut tu atas katil kosong jadi ada ruang kat bawah katil tu. Masa berdiri tepi katil aku rasa macam ada tangan sentuh kaki aku. Terus aku melompat sebab terkejut aku cepat2 suruh adik aku lari keluar bilik stor tu. Kiteorang selimut sekali malam tu sambil gigil2. Adik aku sempat bisik dia nampak macam ada bayang2 bawah katil . So bukan perasaan aku la kena sentuh tu.

Sebenarnya banyak kali aku kena kacau masa kecik dan aku pelik kenapa aku yang dipilih? Sekarang aku cuma cerita yang mana sempat je ye? Yang ini last cerita kena ganggu masa kecik. Budak2 dulu kan suka main waktu petang2 termasuk la kami. Masa tu nak dekat maghrib, tapi kiteorang still tak masuk rumah sebab nak tunggu nenek balik( lupa masa tu nenek pergi mana).

Tiba2 kawasan rumah berangin cuma tak kuat la, still boleh rasa sejuk tu. Mata aku melilau tengok kawasan rumah then aku pelik dengan satu batang pokok ni goyang kuat sangat tak macam pokok2 lain. Pokok lain pun goyang jugak tapi pokok tu macam ada benda yang tolong goyang sampai meliuk kiri kanan.

Aku cepat2 panggil adik dan suruh dia tengok pokok tu. Dia pun tengok dan muka dia terus pucat. Aku pun tengok betul2, sebalik ranting2 pokok tu ada makhluk tengah bergayut, badan warna coklat macam batang pokok so taknampak sangat. Apa yang menyebabkan kiteorang perasan makhluk tu sebab tangan dia besar dari ranting pokok tapi runcing,kuku warna hitam dan nasib baik tak nampak muka.

Kiteorang dah mengigil, rasa terkejut yang amat dan kebetulan nenek dah sampai. Dia jalan depan pokok tu sambil jerit “ Jangan dekat dengan cucu2 aku! Mereka masih kecil!” dan apa entah nenek aku cakap lagi, kiteorang tak dengar. Bila dah besar, baru aku faham kenapa nenek cakap macam tu, rupa2 nya saka tengah mencari pewaris seterusnya dan kami calonnya
Okey, habis cerita masa kecik. Berbalik pada cerita lepas ustaz tu halau saka2 tu. Kedamaian yang aku rasa cuma bertahan beberapa minggu sahaja.

Masa ni dah nak dekat SPM, bertambah tambah stress aku bila setiap malam aku kena ganggu. Mungkin ‘mereka’ marah sebab dihalau secara paksa, aku jadi mangsa. Malam tu, aku tidur sorang2 dalam bilik. Mula2 aku terjaga dan aku tengok jam tepat pukul 2 pagi. So aku cuba tidur balik, masa tengah mamai2 tu ada satu suara garau tengking betul2 kat telinga aku. Terduduk aku sambil pegang dada dah berdebar.

Perit telinga masa tu, nak nangis rasa. Aku baca 3 qul dan sambung tidur balik. Tapi baru nak lelap aku dengar pintu bilik kena ketuk. Kuat pulak tu! Dulu ketuk halus je sekarang kuat pulakk, macam marah. Sambil nangis2 aku call parents tengah tidur dekat masterbed room, nak keluar takut! Lepas tu abah datang and aku tidur dengan parents malam tu huhu

Tak habis kat situu je, malam seterusnya aku berani kan diri tidur sorang2 sambil pasang kaset surah2 dekat radio. Aku ingat aku selamat la, tapi tak huhu. Aku terjaga jugak pukul 2 pagi tepat sebab kena tampar kat pipi sebelah kanan. Kuat tauu! Berpisat2 aku bangun dengan perit lagi, berdengung wei! Bukan tu je, radio yang aku pasang surah2 tu tukar jadi lagu2 klasik. Sebab tak mampu kawal perasaan tu aku menjerit “ Jangan ganggu aku syaitan!”, terus radio tu stop. Aku duduk sambil menangis. Siapa tak koyak bila kena macam ni.

Sampai lah aku sambung study kat ipta area Selangor lagi teruk aku kena ganggu. Dekat kolej, aku menetap bersama kawan, aku beri nama Alia. Disebabkan alia memang orang Selangor setiap hujung minggu dia akan balik rumah parents dia.

Tinggal la aku sorang2 dalam bilik. Setiap malam, aku akan nampak ada satu lembaga berdiri di hujung kaki aku. Tak buat apa2 cuma berdiri dan memerhati aku tidur. Mula2 aku takut, lama2 dah terbiasa memandangkan makhluk tu tak kacau aku. Aku mengaku aku jarang solat sebab akan datang perasaan malas yang amat sangat sampai nak ambil wuduk pun aku rasa susah. Kadang2 lupa cara wuduk, lupa macam mana nak solat. Allahu, hebat ujian ni tapi alia selalu ingatkan aku supaya solat. Terima kasih Alia.

Dalam keterpaksaan aku cuba solat, tengah aku baca al fatihah dia bisik2 dekat telinga aku, kadang2 gelak ramai2. Satu tahap aku terduduk,tutup telinga sambil menangis. Lagi teruk, masa aku solat ada rambut panjang tutup muka aku. Pernah jugak satu malam aku terbangun dari katil aku tengok alia takda kat katil sebelah, aku tengok sekeliling macam bilik yang dah lama, buruk penuh sawang, aku mengigil. Aku cuba baring dan tutup mata bila bukak tempat sama. Bukan dalam bilik aku yang sebenar. Aku cuma mampu berdoa, kembalikan aku kat tempat aku sebelum ni. Aku baring balik dan tidur. Pagi tu aku tanya alia ada pergi mana2 ke malam tadi, dia cakap dia ada dalam bilik je sepanjang malam tu.

Gangguan demi gangguan aku terima, sampai aku dah lali penat sangat. Tetap tak nampak perubahan. Pergi berubat ? dah macam2 ustaz abah aku bawak, semua bersifat sementara. Aku tak diganggu, malah ‘mereka’ setia jadi pendamping.

Masa ni iman aku dah goyah sebab aku fikir agama tak membantu aku langsung, bila jadi macam ni baru aku faham kenapa orang dulu nak pendamping/saka, ‘mereka’ jaga kita tapi orang dulu terpedaya dengan tipu muslihat diaorang. Tu yang ‘mereka’ nak, menyesatkan umat2 nabi muhammad.

Kisah bila aku dah terima ‘mereka’ jadi pendamping bila aku mimpi, 3 makhluk datang jumpa aku, mereka bagitahu tak mahu berpisah dengan aku dan mahu bersama selamanya . Aku terima dengan mengangguk kepala je. ‘mereka’ semua ialah makhluk2 yang pernah ganggu aku masa dulu. Nenek tua, lelaki kulit bersinar dan makhluk tangan runcing kat pokok.

Ya aku dah tersasar waktu ni. Aku ringkaskan ke bahagian penutup, pada suatu hari aku terdengar ceramah oleh ustaz pasal pendamping dan akibatnya. Ceramah tu betul2 menjentik hati aku dengan tak semena menanya aku menangis sampai ustaz ceramah tu nampak aku. Ustaz tu suruh aku tunggu sehingga habis ceramah. Lepas ceramah tu, dia datang jumpa aku dan aku nampak muka dia berkerut sambil mulut tak henti2 membaca.

Aku tahu dia nampak ‘mereka’. Ayat yang ustaz tu cakap dan aku akan ingat sampai bila2, “Saya tahu awak taknak semua ni, cuma awak penat untuk berlawan. Hanya Allah yang berkuasa, bergantung hanya pada Allah dan bukan makhluk lain. Ini semua ujian untuk menguji iman hambanya, jangan mengalah. Saya akan tolong awak sampai awak betul2 pulih”.

Ustaz ni bagitahu, ada sorang kawan dia yang boleh bantu aku. Aku bagi nama Ustaz D, dia tinggal di Kelantan so kami sekeluarga pergi ke Kelantan untuk jumpa beliau. Ini ikhtiar kami yang terakhir, aku dah penat dengan semua ni. Jadi aku ringkaskan terus ke bahagian rawatan. Aku sedia maklum bahawa anak ustaz D ni pun hijab terbuka dan dia akan duduk belakang tirai dan ustaz D di hadapan tirai.

Jadi untuk mengetahui seseorang ini mempunyai saka/pendamping bila anak ustaz D akan menggerakkan tirai sebanyak bilangan makhluk tu ada. Aku jumpa ustaz D bersama abah je sebab yang lain takut. Sewaktu aku masuk tempat rawatan aku perasan anak ustaz D gerakkan tirai sebanyak 3 kali, jadi confirm 3 makhluk berdamping dengan aku. Sama jugak, aku disuruh duduk melunjur kaki menghadap kiblat. Ustaz D mula membaca ayat2 ruqyah serta surah2 lain. Masa tu badan aku mula rasa berat macam ada batu menghempap badan, dengan telinga berdesing, ibu jari kaki sakit. Rupa rupanya ustaz D cuba memanggil pendamping tersebut.

Berlaku lah perbualan di antara makhluk tu dengan ustaz D. Masa tu aku dah rasa lemah, mata aku berpinar tapi aku gagahkan jugak. Selepas perbualan tu tamat, mula lah sesi membuang saka ( maaf aku dah tak ingat). Tapi diakhir sesi, selepas ustaz D meminta aku minum air penawar, perut aku terasa mual, kejang, panas. Aku muntah cecair hitam,pekat, berlendir (sorry terdetails pulak huhu). Selepas itu aku dah tak sedarkan diri.

Ini diceritakan oleh ustaz D tu balik bila kami tanya dari mana datangnya saka tersebut. Ustaz D tak bagitahu banyak cuma dia terang pada kami “Jin tu sudah lama berada dalam susur galur nenek moyang kamu, mereka itu jin kafir sebab itu dia mahu menyesatkan kamu, dia pilih kamu kerana kamu keturunan ke7 cucu kembar sulung, (sebelah mak dan sebelah abah, kami ni cucu sulung).

Dia suka kamu dari kecik lagi, sudah ada dekat dengan kamu. Jangan risau aku dah pulangkan mereka ke tempat asal. Mereka berjanji tak ganggu kamu lagi, tapi kita tak boleh percaya dengan janji jin kafir ni jadi itu,sentiasa lah berlindung dengan Allah, solat jangan lupa. Sentiasa baca quran, kerana mereka ini akan sentiasa mencari lubang2 yang lemah”.

Cukup sebulan perkara ni berlaku ada suatu malam aku didatangi mereka dalam keadaan marah, mereka bertiga mencekik leher aku sampai aku tak cukup nafas, tapi aku ingat tiada yang berkuasa melainkan Allah. Aku lawan dengan azan semampu yg boleh dengan nafas aku yang tak cukup(aku redha kalau ditakdirkan aku m**i masa tu).Tak lama tu mereka semakin lemah, perlahan lahan menghilangkan diri (lega sangat masa ni). Esoknya , ada kesan lebam kat leher huhu.

Alhamdulillah, dah 2 tahun perkara ni berlaku. Sejak dicekik, takda dah kejadian pelik terjadi .Sampai di sini sahaja cerita aku, mana yang baik jadikan pengajaran dan mana yang buruk jadikan sempadan. Ini kisah benar, nak percaya boleh taknak percaya tak apa. Terima kasih admin kerana bagi peluang ini dan terima kasih atas komen2 anda pembaca FS semua.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Efa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.9]

8 thoughts on “Penjaga Sejak Kecil Part2”

  1. Penulis boleh tak bg saya no hp atau alamat ustaz di kelantan tu?nasib kite serupa jadi saya nak cuba berubat mana tau serasi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.