Penjaga Telaga Ketiga

Kringggggggg…. Penggera jam berbunyi dengan nyaring sekali pada pagi itu. Jarum jam Q&Q di atas meja kerja telah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Hari ini merupakan hari cuti umum sempena keputeraan Sultan Selangor. Dalam keadaan separa sedar, aku masih teraba-raba mencari cermin mata di atas meja tersebut. Meja yang begitu semak dengan alatan melukis membuatkan pencarian cermin mataku begitu sukar sekali. Ianya umpama mencari cinta dari sang puteri yang masih sesat di alam fantasi.

Gedeganggg… Bunyi pintu bilik tiba-tiba seperti dilanggar gajah terus membuatkan urin ini sedikit tersembur terkena seluar katokku. Ngiauan dua ekor kucing yang sedang bergaduh di depan bilik memang menghilangkan mood cutiku. Suis lampu segera dipetik. Nyalaan lampu kalimantang 80watt amat menerangi setiap sudut bilikku. Tuala yang disangkut di atas penyidai diambil. Kedua-dua ekor kucing yang sedang membuka kekuda lari lintang-pukang setelah melihat aku keluar dari muka pintu bilik. Pili air bilik mandi dipulas. Air yang tersembur dari mulut paip memang membuatkan seluruh anggota badanku mengecut kesejukan.

Usai mandi, perut terasa memulas seperti meminta sisa lebihan nasi kukus semalam dibuang. Semasa aku tengah fokus memerut, bau asap rokok menusuk kehidung. Pag-pagi buta dah merokok. “Uhuk..uhuk..”, batukan kecil kedengaran. Vokalnya persis suara seorang wanita tua yang berumur. Seakan suara nenek tua yang berada dalam tandas tersebut. Mana mungkin?! Blok aku merupakan blok kolej kediaman lelaki. Kebiasaannya kerja pembersihan tandas akan dibuat paling awal jam 9 pagi. Mustahil! Mustahil seawal ini ada perempuan dalam tandas lelaki. Selesai memerut, aku membuka pintu perlahan-lahan. Nahhh! terpampang sekujur tubuh berselimut putih tanpa wajah sedang terkinja-kinja dihadapanku.

“Amir..Amir, bangun”. Suara Din bergema ditelingaku. Mukaku terasa basah seperti direnjis dengan air. Tidak pasti sama ada air itu air paip atau air liur daripada mulut Din. “Kau apahal tidur depan toilet?”. Tersedar daripada pengsan, aku lantas melihat sekeliling. “Tak guna punya pocong”. Tiba-tiba terpacul ayat itu daripada mulutku. Aku mengheret Din masuk ke dalam bilik. Ya, sudah jam 7.25 pagi, Subuhku sudah terlepas gara-gara hantu tersebut. Ini merupakan kejadian pertama penampakkan pocong betul-betul dihadapanku. Nasib baik aku tidak kesurupan. Bagi aku pocong merupakan makhluk yang begitu seram jika dibandingkan dengan hantu-hantu yang lain.

Satu per satu aku ceritakan kepada Din. Din merupakan kawan sekelasku merangkap jiranku selang beberapa bilik. Riak mukanya seperti memerli aku, “Kau jangan nak membohong la. Kolej ni ialah telaga 3 daripada 7 telaga, aku yang jaga, hahaha. Tak da hantu!”. Ya, kolej kediaman aku merupakan kolej yang paling keras sekali. Terdapat 3 kejadian b***h diri yang telah berlaku. Kejadian yang tidak dapat aku lupakan apabila aku dengan secara tidak sengaja melihat tragedi yang begitu menyayat hati. Seorang pelajar Mekanikal telah terjun daripada tingkat enam blok aku. Mayatnya betul-betul jatuh dihadapan aku dan beberapa teman yang lain. Kami sedang berbual di kawasan parkir berhampiran pada masa tersebut. Kepalanya pecah dan cebisan otak terkeluar sehingga memercik ke merata tempat. Sejak kejadian itu, pelbagai kejadian histeria dan penampakan berlaku sehingga kolej itu terpaksa ‘dipagar’.

Menurut rakan sebilik mangsa, korban dikatakan telah mengalami kemurungan beberapa hari selepas pulang daripada perkhemahan. Pada masa kejadian, rakannya itu ternampak mangsa sedang berbual-bual dengan nada yang cemas dengan seseorang dalam bilik basuh. Tiba-tiba mangsa dilihat berlari seakan dikejar sesuatu. Dia terus memanjat tembok dan melompat ke bawah. ‘Pap, pap’ pipiku terasa pedih seperti ditampar. “Wei Mir! Bangun wei, awat hang lena tang ni?”. Mata yang kabur aku kesat berkali-kali. Semacam tidak percaya, aku masih terlentang dalam tandas. Setahu aku telah berada dalam bilik bersama dengan Din. Akmal yang kebetulan masuk ke tandas segera memapah aku ke bilik.

Semasa aku mengambil wudhuk (qada solat Subuh), aku terasa seperti diperhatikan seseorang. Bauan bunga kubur menusuk ke liang hidung. Usai solat, aku segera ke bilik Din yang berhadapan ampaian baju. Puas pintu diketuk, baru sosok tubuh Din kelihatan. Mukanya seperti baru bangun tidur. Kain pelikat dan singlet sentiasa menemaninya sewaktu tidur. Bukan seperti tadi, dia segak dengan baju Melayu dan seluar sukan. “Haa apa?”, itu soalan yang keluar daripada mulut Din. Kepala yang tidak gatal digaru-digaru olehku. Aku menyuruh Din segera mandi dan bersiap. Beberapa orang lagi rakan sedang menunggu di kolej kediaman yang lain. Kami sudah berjanji untuk berjalan-jalan ke Melaka pada hari cuti tersebut.

Semasa aku melangkah semula ke bilik, pelbagai persoalan berlegar di benak minda. “Siapa dan apa?”. “Siapakah ‘Din’ dengan aku tadi? Apakah maksudnya dengan 7 telaga?”. Kejadian ini dah berlalu setahun lepas. Selepas kejadian pocong tu, tiada sebarang gangguan yang aku kena. 7 telaga? Aku sudah dapat jawapannya selepas peristiwa itu. Aku pasti ada pembaca yang tahu jawapannya juga. Kalau nak tahu apa 7 telaga tu, nanti aku tulis. Sekian dari aku Penulis 🙂 .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

12 thoughts on “Penjaga Telaga Ketiga”

  1. p**im*k… syok sendiri pulak dia… takyah buat sambunganlah… lain kali aku nak baca cerita, aku baca perenggan hujung dulu… mcm s**l…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.