Penjaga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ni second time aku hantar kat sini, cerita first aku sangat hancur lebur nampaknya. Maaflah ya. Macam mana pun, aku taknak mengaku kalah so aku hantar lagi. Apa-apa pun terima kasih untuk semua teguran. Okaylah, kali ni aku panjangkan and salutkan sikit cerita aku dengan perencah/perisa but still based on cerita sebenar. However, ni bukan based on diri aku tapi ni apa yang kawan-kawan aku alami sebab aku ni jenis tak sensitif, sebab tu benda tu tak kacau sangat kot. Syukur.

First, izinkan aku intro sikit(panjang sebenarnya) pasal kes ni. Aku ada seorang kawan, aku bagi nama dia T la. Dia ni dari keluarga yang boleh dikatakan berilmu both zahir and batin(dari cerita dia sendiri). Jadi dia and family bukanlah calang-calang orang kononnya. Masa kejadian ni aku dah masuk Uni, and aku stay kat kolej. Kitorang ni duduk dalam satu aras yang sama, masuk sem ni dah 3 sem rasanya dapat satu aras. So, setelah sekian lama bersama takde pun benda-2 pelik berlaku tapi masuk sem ketiga macam-2 pulak benda kawan-2 aku yang lain rasa and nampak dekat T ni. Ni bukan kes dia jadi psycho ke apa, just tetiba berlaku kes yang berkaitan dengan benda ghaib and so on. Tapi, perkara-2 ni T tak tahu and alami, orang sekeliling je yang perasan segala aktiviti-2 paranormal ni.

Benda-2 ni start jadi lepas T ni terlibat dengan kemalangan and ambil masa yang lama gak la before dia dapat teruskan study dia balik. Lepas dia balik tu, Alhamdulillah, back to normal just tak se-aktif dulu. Awal-awal tu dia tak dapat kolej, makanya terpaksalah menumpang dulu dekat bilik kawan. Tapi, bukan bilik aku sebab dia tak rapat sangat dengan kitorang. Plus, dah ada dua orang tumpang bilik kitorang masa tu. Bilik yang jadi pilihan dia, of course la bilik best friend dia. Untuk bilik yang T tumpang tu, ahli dia ada empat orang tapi paling dahsyat kena si G(Aku kenalkan G je la ye, bukan bff T). G ni kata masa first day T tumpang dia dah rasa lain macam tapi ignore je la sebab masa tu sem baru bukak, bilik pun lama kena tinggal sebab budak baru balik cuti sem kan.

Dalam seminggu la si T tumpang, rasa tak sedap je. Sampai la dia dapat bilik sendiri, bilik dia pun still area kitorang jugak. Dekat bilik baru dia pulak, salah sorang roommate T tu nama dia R la aku bagi, dia ni sixth sense dia ni power dari yang G, dia boleh feel dengan tengok live sekali. Mula-2 dia senyap je tapi tah macam teruk sangat kot, dia pun cerita la kat kitorang(Buat luahan perasaan). Kebetulan G pun suka lepak bilik kitorang and ada masa R bukak cerita. Apa lagi diorang pun buat la sesi diskusi paranormal. Finally, baru sampai cerita dia eh. **Sorry la guys, aku suka meleret.

Cerita G dulu ye sebab dia kena dulu and benda ni kurang extreme dari cerita R. Ceritanya, setiap kali T ni masuk je bilik dia, mesti G rasa macam panas semacam, dah lah bilik tu memang semula jadi panas tapi bila dia masuk rasa lagi panas. Bukan tu je, G pun cerita dia rasa macam terkepung. Faham tak? Macam bilik tu jadi sempit and dia rasa sesak je duduk bilik tu. Buat dia rasa tak selesalah kiranya. Kemuncak dia bila sekali tu, G terbangun tidur memalam buta. T tumpang bilik G lagi masa tu, T tidur bawahlah sebab visitorkan. Dalam pukul berapa entah (pagi-2 buta) G terbangun, masa tu lampu tutup so, memang gelap gelita la bilik.

Dia pusing kanan tak best, kiri pun tak best sebab panas. Tengah dia try cari port nak tidur balik, dia ternampak ada benda baring bawah katil roommate dia, sebelah dari si T tidur tu. Tak silap aku, dia kata macam berkelubung. Memalam buta, tengah mamai pulak tu. G pun dengan selambanya ignore la. Esoknya dia bangun tengok T tidur sorang je, conquer habis tempat tu. G ni pun fikir balik, sapa la pulak malam tadi? Dia pun tanya la roommate dia yang lain, kot-2 ada yang tidur bawah ke teman T (dia tanya lepas T pergi kelas la tapi). Woaahh, of course la takde, buat apa diorang nak tidur bawah. Kalau ye pun panas buat apa diorang tidur bawah tapi kelubung badan? Masa tu G dah ngeri tapi nak buat cemana, takkan nak halau pulak. Karang kesian budak tu. Tu G amik keputusan lepak bilik kitorang selalu. Lain tu, G kadang ternampak macam lembaga hitam berdamping dengan si T. Ada je lagi kes lain tapi minor je la.

Untuk yang R pula, yang kononnya aku kabor extreme kan tadi. Maybe tak la extreme sangat, lebih sikit ja dari G. Sebenarnya aku tak ingat sangat, tapi yang aku ingat ada dua. Pertamanya, macam biasa benda ni berlaku waktu malam. Katil dia bersebelahan dengan katil si T. Masih terbangun tengah malam juga, dia pusing badan menghadap katil T and guess apa dia nampak? Haha. Dia nampak ada Encik Poc**g tengah berdiri sebelah katil T, benda tu macam menghadap ke arah si R la. Memula dia tak nampak jelas, sampailah dia nampak and yakin benda tu adalah “benda tu”. Waktu tu dah terlambat sebab Encik tu dah perasan dia diperhatikan. Shoot, R pun pusing kan badan, pura-pura macam tak nampak. Tapi, sebab Encik tu dah tahu ada orang boleh nampak dia, dia pun nak pergi la bertegur sapa. Dia berdiri sebelah katil R, menghadap R.

Cuak gila masa tu dia kata, dalam hati dah baca macam-macam ayat pendinding, tapi benda tu tak berganjak juga. Dia pejam je mata, harap benda tu blah. Instead blah, benda tu main pulak dengan kaki dia(minta dilayan kot). Haram jadah R nak layan, dia tenangkan diri baca balik ayat yang tunggang langgang tadi. Baca ayat kursi dengan jelas and maknanya dalam hati and paksa diri untuk tidur. Then, dia dengar sayup-sayup, “Kenapa awak tak nak layan saya? Saya boring..” K , ni tipu, tapi kalau dia cakap macam ni, demam seminggu woi. Lepas R paksa punya paksa mata tidur, sedar-sedar dah pagi. Alhamdulillah, legaa. Tapi, tu bukan pengakhiran Encik tu nak buat sesi ramah mesra dengan si R. Banyak je tapi yang aku tahu dia just suka tunjukkan diri dia dekat R, mostly Encik tu sentiasa berdekatan dengan si T and aku tak sure tapi dia kata benda tu kaler merah. Errgh.

Yang kedua pula, berlaku waktu siang, not sure dia ada kena mengena dengan T ke tak. Waktu tu dalam pukul 10 nak ke 11 pagi. Kebanyakan budak memang ada kelas masa tu, jadi memang tak ramai orang dekat kolej. R punya kelas batal, dia pun balik la kolej. Bilik R hujung sekali belah kanan, dia naik tangga dari belah kiri sebab singgah beli makanan. Dah sampai aras kitorang dia, pun menuju lah ke bilik dia. Suasana kat situ, sunyi dia lain maciam, rasa seram sejuk gitu. Jalan punya jalan tak sampai-sampai. Dah la masa tu aras tu kosong. Dekat aras tu ada budak tinggal kotak dekat luar, and kotak tu kira berdekatan dengan bilik R ni.

Tapi, punya lama R jalan tak sampai-sampai, kotak(penanda la kiranya) tu bukan makin dekat tapi makin jauh pulak. R dah tak sedap hati. Dia baca-baca lah ayat Al-Quran yang dia dah hafal, tapi tak jalan juga. Last-last dia ambil keputusan, pusing masuk blok sebelah(blok A dengan B bersambung). Kalau tak jumpa juga bilik, memang dia keluar la lepak kat perpustakaan. Alhamdulillah, lepas masuk blok lain tu then masuk balik blok kitorang baru jumpa bilik dia yang dekat hujung tu. Masa tu blok kitorang dah tak nampak sunyi dah and ada budak-budak lalu-lalang. Kes R tak habis kat situ je, ada banyak lagi pengalaman dia kena duduk sebilik dengan T, ada yang lalu-lalang tingkap, main “Aucak” and so on tapi cite detail dia aku tak ingat(Maaf). Nasiblah R ni pun orang berilmu juga. So, dia mampulah harungi benda tu selama satu sem.

Benda tu tak kacau T, dengarnya sebab maybe yang hantar tu pun keluarga dia untuk tengok-tengokkan dia, yelah dia kan still tak kuat lepas kemalangan tu. Wallahualam, benda tu pun tak kacau lebih-lebih just a simple “Hello” je.

Okaylah sekian untuk kali ni, heharap cerita yang aku kongsi kali ni tak seboring cerita aku yang sebelum ni dan if ada apa-2 tegur je, lepas ni boleh improve lagi(kalau ada cerita la). Last but not least, maaf kalau ada terbelit perkataan, terleret penceritaan, terlampau panjang kekalutan dan ter-extream ke-wechat-an. Kbye

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.