PENNA

“Kau perlukan bantuan? Nah ambik pen ni, pakcik belanja. Pen berwarna merah d***h bertukar tangan. Guna elok-elok. Jangan berbuat perkara-perkara yang buruk,”kata seorang tua pada Amir. Semenjak pen itu dalam taklukan Amir, kes-kes yang dia uruskan berjaya dengan cemerlang hingga Amir jadi lupa diri. Hingga orang yang bersalah juga memperoleh kemenangan dalam mahkamah. Amir jadi buta dengan wang ringgit. “Sedara…” krieeekkkk…. bam.. Amir terkulai. Dia dilanggar lori sewaktu hendak menaiki kereta, tayar lori tanah meletup dan terbabas lalu melanggar terus Amir dan dia meninggal disitu juga dalam keadaan yang sangat ngeri. Orang ramai mengerumuni mayat Amir tanpa disedari, seseorang tunduk dan mengutip kembali pen yang tercampak ditepi jalan.

“Adoiii artikel ni kena siapkan hujung minggu ni jugak kalau tak masak aku”, Remy menggaru kepalanya yang tak gatal. Tugasnya sebagai seorang wartawan memerlukan idea yang membuak-buak namun sejak dua menjak ini, ideanya makin buntu. Sekali pun dah diperah lumat namun idea masih tak bercucuran.

“Nakkkk”, sapa seorang tua ditepi pondok bas, tempat Remy menunggu bas setiap hari dek kerana tidak suka memandu dijalan yang sesak, maka Remy memilih untuk menaiki bas. Kaki tidak penat menekan minyak dan brek katanya. “Ya pakcik. Boleh saya bantu”?kata Remy. “Anak tengah buntu ya cari idea. Nah ambik pen pakcik ni. Harap membantu anak. Mana tahu pen cantik ni bagi semangat dekat anak. Tapi ingat, kerja dengan sepenuh hati. Hati mesti baik. Jangan berbuat buruk pada yang lain mahupun pada binatang. Pen ini tiada kuasa namun jika jatuh pada hati yang jahat maka perkara dahsyat akan berlaku”, kata pakcik tua itu. Remy menerima pen cantik berwarna merah d***h itu dengan senang hati. “Terima..pakcik..pakcik..aik hilang dah..mesti sedara David Coperfield ni”, kata Remy.

Pabila sampai sahaja dirumah, Remy terus membersihkan diri sebelum nak ke surau berdekatan rumahnya untuk solat maghrib berjemaah. Jika ada kesempatan, Remy memang akan berjemaah disurau jika tiada halangan kerja. Seusai isyak, barulah Remy pulang kerumah setelah membeli nasi goreng kampung lebih nasi, lebih pedas, lebih ikan bilis,lebih kangkung bersama telur mata dua biji digerai berdekatan surau. “Fuhh power betul, keluar hingus aku,”kata Remy.

Lepas makan, Remy menghidupkan komputer untuk menyiapkan tugasannya. Idea datang mencurah-curah bagai hujan. Dalam masa dua jam selesai artikel yang dipertanggungjawabkan pada Remy. “Terbaik la pakcik. Terima kasih sebab bagi pen ajaib ni,”kata Remy. “Jangan berterima kasih pada aku. Berterima kasihla pada tuhan yang mempertemukan kita,”balas satu suara. Remy sangat-sangat terkejut mendengar suara tu lalu terus melompat kekatil dan berselubung.

“Nah boss, jangan bising-bising dah okey. Kerja dah siap. Saya mintak diri nak menyibuk kerja lain pula,”kata Remy pada ketua editornya. Selesai menyemak, ketua editor sangat berpuas hati dengan kerja Remy. Bermula dari hari itu, segala kerja yang ditugaskan dapat disiapkan dengan cepat, cemerlang dan sering mendapat pujian serta penghargaan hingga Remy dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi lalu menimbulkan perasaan iri hati beberapa rakan sekerja Remy. “Kau tengok tu, si Remot tu, makin galak dia. Nahh sekarang dah naik pangkat. Makin galak la dia berlagak dengan kita,”kata seorang yang tidak puas hati dengan Remy. Ada seseorang yang memerhatikan Remy dengan tajam. “Kau tunggu la apa aku nak buat,”kata Borhan.

“Makin dahsyat kau Remy. Banyak job kau settle. Sampai naik pangkat dah kau,”kata Borhan. “Alhamdulillah, rezeki Allah untuk aku,”balas Remy. Borhan mencebik. Dia memandang pen yang berada dipoket Remy. Pen itu nampak menarik. Sudah lama dia perhatikan pen itu. “Remy, ini ada artikel yang kamu perlu semak sebelum dimasukkan dalam majalah. Kalau semuanya okey boleh proceed terus pada bahagian cetak,”kata ketua Remy. “Okey boss, consider done,”balas Remy. Sewaktu Remy ke bahagian cetak, Borhan masuk ke bilik Remy dan mencuri pen itu. Remy nampak Borhan keluar dari biliknya. Dia memeriksa mejanya dan mendapati pen istimewanya itu hilang. Petang itu dia bersemuka dengan Borhan dan pergaduhan berlaku.

“Pulangkan barang aku atau kau akan terima akibat buruk,”sergah Remy pada Borhan. “Barang apa gila?”kata Borhan. “Kau tahu apa maksud aku,”balas Remy. Remy lantas mengambil pen yang ada dipoket baju Borhan. “Mesti pasal pen ni yang buat kau jadi macam sekarang kan? Kau dah berjaya bagi la kat aku pulak!”kata Borhan. “Tak ada kena mengena la dengan pen ni. Semua rezeki Allah,”tempelak Remy. “Habis tu, kenapa kau nak sangat,”soal Borhan. “Sebab kau tak boleh pegang pen ni. Benda buruk yang jadi,”Remy membalas kata-kata Borhan. Borhan merampas pen dari Remy lantas menolak Remy . Leher Remy terhentak kuat dibucu tembok batu lalu dia meninggal disitu juga. Borhan panik bila dia melihat Remy tak bergerak. Diperiksa pernafasan juga tidak ada. Borhan menyeret Remy, lalu menyumbatnya dibilik elektrik dimana bilik yang paling jauh kebelakang dan amat jarang orang ke sana kecuali ada masalah elektrik. “Ambik kau. Ni akibat kalau cari pasal dengan aku”kata Borhan. Sesuatu sedang memerhatikan Borhan. ‘Dia tersenyum!’

“Dah dua hari Remy tak masuk kerja,ada sesiapa nampak dia?”soal ketua pada rakan-rakan sekerja Remy dan mereka menggelengkan kepala. “Dah naik pangkat, buat perangai pula,”kata ketua lagi. “Tu la boss percaya sangat dekat Remy tu. Ni la yang boss dapat,”Borhan menambah minyak dalam api. Sejak ketiadaan Remy, Borhan menjadi perhatian. Kerja-kerjanya jalan. Dalam sekejap waktu, dia dinaikkan menjadi ketua bahagian percetakan. “Pulangkan hak aku,”suara Remy bergema di cuping telinga Borhan. Borhan memandang keliling. “Kalau dah m**i tu, m**i je la,”tempelak Borhan. Satu bayangan hitam berdiri dibelakang Borhan. Borhan rasa seram sejuk tiba-tiba. Di menoleh kebelakang, Remy berdiri disitu. “Kau nak apa? Kau dah m**i jangan kacau aku,”Borhan berkata sambil mengundur kebelakang. “Pulangkan hak aku….hak aku…pulangkan hak aku….,”Sesuatu seperti Remy menghulurkan tangan ke arah Borhan. “Sekarang aku punya! Kau dah m**i! Kau dah m**i!nyah kau,”kata Borhan. Lembaga berupa Remy menghilang. Borhan menarik nafas lega.

Selepas kejadian itu, hidup Borhan tidak tenteram. Hari-harinya diganggu dengan sesuatu berupa Remy. Hidupnya kusut. Kerjanya pun tidak terurus hingga dipanggil ketuanya. “Kau ni kenapa? Kusut aku tengok. Kerja kau pun kelaut. Semua tak siap, tak sempurna,”marah ketuanya. “Ni semua Remy punya pasal. Dah m**i pun kacau hidup aku,”bentak Borhan. “Remy m**i! Mana kau tau Remy dah m**i?”ketua terkejut dengan kenyataan Borhan. “Pasal pen ni, aku nak pen ni. Aku tolak Remy, dia m**i. Aku letak dalam bilik elektrik biar dia reput kat situ!”kata Borhan. Meracau macam orang gila. Ketua lantas menelefon pihak polis. Betul apa yang dikatakan Borhan. Remy dijumpai, sudah tinggal tulang. Oleh kerana bilik elektrik tu dibelakang maka tiada siapa yang bau akan mayat Remy kerana tidak ada yang pergi kesana. Setelah Bahagian Remy diselesaikan dengan sempurna dan dikebumikan di kampung halamannya maka selesailah Remy didunia. Borhan ditahan reman.

“Kau pergi..kau pergi…jangan dekat..jangan dekat,”Borhan meracau. Borhan berlari-lari kesudut-sudut selnya seperti dikejar sesuatu. “Ambik pen ni…ambik…aku tak nak..aku tak nak..”kata Borhan. Tiba-tiba kepala Borhan dipulas. Borhan tersentak lalu m**i disitu. Pen terlepas dari tangan lalu hilang. Keluar didada akhbar dan media sosial tentang misteri kematian Borhan. “Aku nak kena siapkan assigment ni this weekend jugak kalau tak, habis la aku kena repeat lagi,” bisik Jasrina. “Anak nak pen cantik ni,ambik lah,” kata seorang pakcik tua. Pen berwarna merah d***h. Semakin pekat warnanya. “Betul ke pakcik? Cantiknya pen ni. Pakcik tak kisah bagi ke saya?”soal Jasrina. Pakcik tua itu menggeleng kepala. “Okey pakcik…terima kasih pak…aik! Tadi kat sini, sekarang kat sana pulak,”Jasrina membalas lambaian tangan pakcik tua itu.

Malam itu, dia bersengkang mata.Jasrina dapat menyiapkan tugasan untuk semester akhir ijazahnya. Selesai disemak oleh supervisor Jasrina, dengan berpuas hati, Jasrina menghantar ke pensyarahnya. “Alhamdulillah….selesai. Terima kasih pen ajaib. Kau bagi ilham pada aku,”bisik Jasrina sambil mencium pen itu. “Berterima kasih pada tuhan mu bukan aku,”Jasrina memusing kiri dan kanan. Mencari arah suara itu namun dia tidak nampak sesiapa. Jasrina lantas berjalan laju ke pondok bas. Sewaktu handak turun dari bas, beg Jasrina dicopet. Jasrina memekik meminta tolong, tiba-tiba….Bammmm… gedebuk…! Lelaki yang mencopet Jasrina dilanggar kereta lalu melambung dan jatuh didepan Jasrina. Jasrina menggigil-gigil mengambil begnya. Dia meminta tolong orang sekeliling untuk membantu lelaki itu. Lelaki itu m**i ditempat kejadian.

Jasrina trauma. Dia masih terbayang-bayang dimatanya bagaimana lelaki itu m**i. Jasrina membuka begnya. Meraba-raba mencari telefon bimbitnya namun dia terambil pen cantik itu. Makin pekat warna merahnya. Jasrina tiba-tiba merinding. Dia ternampak banyangan seseorang dibalik tingkap rumah sewanya. Jasrina terus matikan televisyen dan naik ke kamarnya. Jasrina bermimpikan sesuatu yang pelik. Sesuatu mengejarnya lantas mengangkat dirinya tinggi lalu menjatuhkannya ke tanah. Jasrina terbangun dan badannya terasa sengal. Setahun berlalu, Jasrina telah dapat pekerjaan sebagai editor majalah. Apa yang dia tidak tahu, tempatnya bekerja merupakan bekas tempat Remy dan Borhan pernah bekerja suatu masa lalu. “Hang tau dak Jas, dulu la depa kata ada orang m**i kat sini. Mayat dia kena sumbat dalam bilik letrik kat belakang nuuu…”kata Abby, rakan sekerja Jasrina dan juga makcik gosip paling popular dalam pejabat.

“Mana awak dapat pen ni Jas?”soal ketua. “Ada orang bagi boss.”balas Jasrina. “Baik awak tanam atau campak dalam sungai. Saya pernah nampak pen ni dengan arwah Remy dan Borhan. Saya bukan percaya sangat dengan benda-benda mistik ni, tapi untuk elak dari perkara-perkara buruk baik musnahkan punca, “kata ketua. Dia seperti merasakan sesuatu yang tidak elok dengan pen tu. Aura hitam seakan mengelilingi Jasrina ketika itu. Jasrina hanya tersenyum mendengar kenyataan ketuanya. Namun pada masa yang sama, dia turut merasakan sesuatu. Jasrina meminta cuti selama seminggu. Katanya untuk menjaga ibu dikampung dan ketua membenarkan Jasrina untuk bercuti.

“Kak, bila sampai? Bonda tak nampak kereta kak.”soal bonda. “Baru sampai je bonda. Tadi bonda dalam bilik air. Sampai-sampai je nampak abah nak keluar, kak bagi kat abah kereta. Tu yang bonda tak nampak kereta,”balas Jasrina. “Apa bau busuk sangat ni. Kakak simpan apa dalam kereta bau sangat ni?”soal abah Jasrina tatkala terbau sesuatu yang busuk. Dia mengangkat pen yang ada di atas dash board kereta. Pen itu berbau sangat busuk. Dia merasa hairan. “Kak, pen kat kereta kak tu bau busuk la. Satu kereta busuk macam bangkai,”luah abah Jasrina. Jasrina terkejut. Masa dia nak kesini, tidak pula dia bau apa-apa. Mungkin betul kata ketua Jasrina. Sesuatu tidak kena dengan pen itu.

“Abah, bonda, sebenarnya kak balik ni sebab rasa tak sedap badan. Kak selalu rasa meremang, seram sejuk, selalu rasa diperhatikan, kadang-kadang nampak bayang-bayang hitam sekeliling kak,”luah Jasrina. “Malam ni kak ikut abah ke masjid ya. Kita tanya ustaz.”kata abah. Jasrina menganggukkan kepala tanda setuju. Sewaktu dalam perjalanan ke masjid, dua kali engin kereta berhenti. Kereta terasa berat semasa abah Jasrina memandu. “Nape ye kak.. dugaan betul kita ni. Macam ada yang tak bagi kita ke masjid ni,”bisik abah. Setelah bismillah dan beberapa bacaan ayat pendinding, mereka sampai diperkarangan masjid. Ustaz menyapa mereka. “Pak Mid, Jas, berat ni. Ada yang tak suka Jas datang sini ni.” Mereka berpandangan. “Jom kita isyak dulu lepas tu kita selesaikan,”kata ustaz.

“Mana Jas dapat pen tu?”tanya ustaz. Jas pelik sebab dia tidak menceritakan apa pun lagi pada ustaz. “Ada…”belum sempat Jasrina bercakap ustaz menyampuk “Pakcik tua kan. Dia bagi kat Jas.” Jas mengangguk. “Bende ni bangsa jin. Kalau ikut dia bagi ni, kalau baik jadi baik kalau buruk jadi buruk tapi kalau main dengan benda-benda khurafat ni, akan buruk la akhirnya. Bende ni jadikan pen ni sebagai mediumnya dan banyak d***h dah terpalit pada pen ni. Sebab tu pen ni makin merah,” terang ustaz. Ustaz memulakan bacaan-bacaannya bagi memulihkan Jasrina dan membuang badi-badi yang dah mula melekat pada diri Jasrina. Jasrina tidak meninggalkan solat dan beberapa amalannya, oleh sebab itu dia masih lagi bertahan namun, ketika dia datang bulan, maka itulah titik lemah Jasrina, dan benda-benda ini mula mengganggu Jasrina. Ketika proses pengubatan, teruk Jasrina kesurupan. Jasrina bangun dan berlari lalu merempuh dinding masjid, hingga berdarah kepalanya. Abah Jasrina berusaha untuk memegang Jasrina. Paling mengejutkan, Jasrina mematahkan tangannya sendiri hingga terkeluar tulang tangannya. Lima orang datang membantu memegang Jasrina. Dia menghentak-hentakkan kakinya sekuat mungkin. Ambulans dipanggil untuk datang.

Usai proses rawatan dan membuang benda-benda tidak elok dibadan Jasrina, dia dibawa naik ambulans dan dikejarkan ke hospital. Keadaannya agak parah ketika itu. Ustaz membawa pen tersebut dan ditanam dikawasan kubur bersebelahan masjid. Ketika hendak menanam pen tersebut, ustaz ternampak banyak bentuk tubuh mengelilinginya termasuk Amir,Remy dan Borhan, antara korban pen itu.

Jasrina sudah sedar. Hampir 11 jam dia tidak sedarkan diri akibat kesan ubat yang disuntik semasa proses pembedahan untuk mengeluarkan d***h beku dikepala dan merawat tangannya yang patah teruk. Doktor bingung dengan kejadian yang menimpa Jasrina. Segalanya telah selesai. Jasrina telah memberikan surat berhenti kerja dan ingin berehat dikampung.

“Kau perlukan bantuan…..hehehhehehheh…..”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.