Penulis Ini Berkongsi Pengalaman Seram Dari Kecik Hingga Ke Hari Ini

Assalamualaikum admin dan para pembaca FS. Ini merupakan pengalaman-pengalaman yang saya alami dari kecik sehingga la hari ini. Best? Oh sama sekali tidak. Rasa penat, ya penat sebab kejadian sebegini sangat menggangu emosi.

Kalau anda di antara pembaca FS yang berasal dari Sabah mungkin anda familiar dengan makhluk halus “Wak wak” yang mana ia sering muncul di sekitar orang yang mengandung. Kenapa nama ia mcmtu, sebb macam tu la ia berbunyi. Wak wak, sayup2 di tengah malam. Orang2 tua kata, bila kedengaran suara ia dekat maka ia jauh tapi bila suara ia jauh ertinya ia dekat. So cerita nya, masa tu mama mengandungkan adik lelaki, saya dan kakak masih kecik. Di ruang tamu, mama guide kami buat kerja rumah. Tiba2 saja mama mengencang marah, padahal jawapan saya betul saja pun. Terus mama signal suruh berdiam diri, bila begitu kedengaran la ia. Sayup-sayup jauh, so bila jauh maknanya?? Hehe. Ini pengalaman pertama saya waktu kecik.

Seterusnya penampakan adik kecik – Toyol. Ini sebab persengketaan dengan jiran sebelah rumah. Kehadiran tikus di rumah yang banyaknya tidak terkira biarpun setelah habis dibersihkan. Ada saja yang beranak pinak tak putus2. Ada kesan kebakaran kecil di pintu atas beranda belakang walhal hanya plastic sampah kecil disangkut di tombol pintu. Mama ada mimpi, malam Jumaat. Setiap lembaga syaitan makhluk halus berterbangan keluar dari arah dapur rumah jiran sebelah. Entahlah mana kebenarannya, perkara tu habis disitu saja bila kami sekeluarga berpindah ke rumah baru.

Kemudian waktu saya di Form 6. Saya dibedah sebab appendix. Susah untuk saya bangun dan berdiri sendiri. Mama bapa berkerja. Dengan adik yang juga masih bersekolah jadi sebaik saja saya discaj dari wad hospital, saya dihantar pulang ke kampung rumah nenek saya. Waktu tu maghrib, nenek di dapur masak untuk kami. Saya sudah pun siap mandi dan duduk di ruang tamu menonton tv.

Di kanan tempat saya duduk ialah kakk saya dan sebelah kiri mcik saya kemudian sepupu2 saya yang masih kecik duduk bertaburan di hadapan tv. Entah macamana tiba2 ada satu bau. Bau ia macam tahi ayam. Semakin lama semakin kuat macam ditumis2 dimasak (taklah pernah pun menumis tahi ayam tapi bau ia naik mcm tu la). Saya pun menegur lah mcik saya “Apa jga nek msak ni, bau nya la baa”. Menyahut mcik saya “Ntahlah, cuba Ti kau g tengok tnya mama apa dmasak nya”. Bergerak la kakk saya ke dapur, sekejap macam tu kakk datang dari arah dapur signal suruh tutup mulut diam.

Saya dengan mkcik bertengok2 kehairanan. Mcik trus ke dapur, kakk pun ikut. Tak lama tu mcik dgn kakk dtg trus duduk sama jga suruh diam saja. Dri arah dapur, kedengaran bunyi penyapu lidi rupanya nenek. Tapi tak pun menyapu macam nak menyapu sampah. Cuma setakat menggerakkan penyapu lidi dan asal terkena tikar getah rumah saja sampai ke pintu depan. Nenek ada bercakap2 tapi bukan pada kami tapi pada ia.

Yang kedengaran betul dengan saya, nenek kata dengan nada tinggi “Ndak (tidak) perlu la kau datang dan tengok2 sama cucu ku, pandailah saya jaga sakitnya apa. Apa jga mau mu? Balik sana bukan sini rumahmu, tempatmu. Kalau pun mau limpas (lalu), limpas sajalah la ndak payah bersinggah2”. Tup tup terus hilang bau tu. Misteri kan! Jeng jeng jeng. Selang berapa hari masa mama datang jenguk saya barulah nenek cakap itu bau – Hantu Bangkit (erm kalau di Semenanjung Hantu Raya ka?) Entahlah.

Yang ini pula waktu saya belajar di salah sebuah university swasta di Selangor dan masih pun menuntut di sana cuma sekarang cuti semester. Hehe. Masa tu zaman diploma, tinggal di hostel yang disediakan. Last untuk pelajar keluar dari hostel adalah jam 12am dan hanya boleh masuk semula ke hostel jam 6am. Lepak punya lepak depan cafe tetiba kaki rasa gatal nak berjalan-jalan ke KL. Berbakikan 10minit sebelum mak guard bunyikan siren, saya dengan kawan saya Taa bersiap2 dan sewa kereta Kelisa abe Klate.

Abe tu kata bawa elok2 lepas tu pesan kalau nanti ada Tol buka pintu jangan buka tingkap sebab nanti turun cermin payah nak naik balik. Nekad ni, berdua. Geraklah ke KL, perasaan masa tu Lalalalalalalala gelak2 happy tak terperuk dalam hostel nun jauh di dalam hutan. Sampailah ke Tol (lupa da nama Tol tu). Rasanya malam tu kawasan tol tu sja yang cerah disinar lampu sebelum dan selepas tu memang gelap gelita. Kebetulan pula malam tu hanya kereta kitaorang sja di kawasan tol tu, dengan tingkap rosak, lampu high beam sama sja dengan biasa. Gigih la keluar tangan bayar tol kat lorong tunai.

Biasanya lorong tunai kan di sebelah kiri, so lepas bayar tu saya pun tekanlah minyak nak p****g terus ke kanan. Melurulah sebab takda kereta lain, bila nak p****g masuk tu terkejut bila di depan kereta ktaorg tu ada satu benda besar macam manusia yang dikapan, panjang eh. Ulang suara, memanjang seolah2 terbaring kaku.

Bayangkan laju terus tarik stering masuk ke kiri semula, semata nak mengelak, nasib tak terbalik. Kawan saya cuma cakap ‘Uit palan2 eh’. Saya pandang ke cermin depan, biasanya bila langgar plastic ke sampah ke dia terbang kan sebab laju angin. Ini TIDAK. Ia kaku terbaring. Kawan terus buka radio kuat2 dan saya apa lagi bawa Kenari abe macam F1 semata nak cepat sampai ke KL. Pagi nya bila sampai di hostel, kawan cuma cakap “Ehh kau nampak kan apa jua ku nampak semalam tu?” saya hanya mengangguk terus masuk ke bilik masing-masing dan tidur. Apa kah ia di malam tu?

Sebut tentang hostel, oh ini biasa. Guli bertaburan, pasir atau jarum peniti jatuh satu per satu, meja katil beralih tiap malam. Lagi2 bila duduk di ground floor. Pernah sekali, malam. Hati tetiba panas, marah sebab bunyi2 ni sangatlah mencabar minda dan emosi. Sampai tahap saya mencarut. Keluar dari bilik terus ke depan block rumah sebab niat memang nak jerit sound je budak2 ni. Bila tengok dari bawah dari tingkat 1 sampai tingkat 4 GELAP. Cuma bilik saya saja berlampu. Apa lagi, buka kaki lari lah. Waktu tu hujung minggu budak biasanya budak ramai balik. Bila baca cerita2 kat FS barulah faham siapa gerangan malam tu. Hehe.

Histeria. Oh ini pernah. Sampaikan 12orang pegang kaki dan tangan sebab nak elakkan saya membuas dan meronta2. Ini waktu saya menyewa, pagi tu saya bermimpi dan pendekkan cerita saya cabar ia tunjukkan rupa ia.

Sekali tunjuk, keras badan seolah kena hempap. Jerit sumpah all out macam Ziana Zain tarik waktu menyanyi tapi budak sebilik haram tak bangun. Lama jugalah struggle tuk minta tolong, alih2 budak sebilik just bangun bukakan lampu sebab saya jerit tu sja la “buka lampu, buka lampu tolong buka lampu” then budk sebilik sambung tidur balik. Ada pergi berubat rupanya ada orang hantar kat member sebelah rumah tapi sebabkan saya jenis yang cepat dengan makhluk2 halus ni terkena la sikit2. Nampak ia, besar hitam berbulu buruk. Apakah ia, entahlah. Yang pasti makhluk Allah SWT jga.

Dengar, bau, kelibat2 ia saya memang dapat rasa. Nak kata saya ada sixth sense oh tidak. Memang naik gila lah. Cumanya saja, saya kena pandai kawal emosi saya. Bila tertekan mulalah, setiap yang dikeliling nak tonjolkan ciri2 masing2.

Rasa penat sebab bila kejadian berlaku seolah2 tenaga habis serta merta, dan boleh rasa diri di antara dunia realiti dan dunia mereka. Banyak lagi pengalaman2 saya tapi yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Positif sajalah. Sampai sini saja karangan saya. Saya akhiri dengan ayat cliché – maaflah kalau tidak menyeramkan untuk pembaca FS. Hehehe, kerna yang pasti menulis ini saja cukup mencabar bagi saya. Saya tulis ni pagi, ditemani Zamani Slam nyanyi lagu Warisan di tv1. Malam tadi tak berkesempatan, sebab ada ia memerhati.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.4]

7 thoughts on “Penulis Ini Berkongsi Pengalaman Seram Dari Kecik Hingga Ke Hari Ini”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.