Penumpang

Hi. Kisah ni berlaku semasa aku masih bergelar pelajar di sebuah ipta di Kuching. Biasalah, zaman belajar memang macam-macam seram yang boleh kita dengar. Sebelum ini, aku hanya dengar-dengar cerita dari mulut orang. Kononnya, kawasan ipta aku itu keras. Pelbagai cerita dan kisah seram yang aku dengari. Tapi syukur sepanjang aku belajar aku tidak pernah terkena gangguan. Namun ada satu peristiwa yang berlaku di penghujung pengajianku.

Hari itu, merupakan minggu terakhir kami di situ sebelum menamatkan pengajian. Jadi aku dan rakan-rakan merancang untuk ke pusat karaoke. Setelah penat huha huha, kami pun pulang. Jam sudah pukul 1 lebih. Tiba-tiba timbul satu penyesalan kerana pulang sebegitu lewat. Kawan-kawan yang lain semua berpasangan menaiki motosikal. Hanya aku yang forever alone menaiki motosikal. Dengan lafaz bismillah, kami pun beransur pulang.

Aku berharap agar tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan pulang. Yang lebih menakutkan, aku perlu melalui sebuah perkuburan cina sebelum simpang rumah sewa. Semakin dekat perkuburan cina, semakin berdebar jantung aku. Debarnya bukan macam bila kau tengok crush kau. Tu debar yang mengujakan. Ni debar yang menggetarkan jiwa. Tiba-tiba aku teringat satu kisah dimana senior aku pernah ditumpangi satu lembaga ketika melalui kawasan ini. Aku pecut sikit motosikal. Kasi laju sikit. Aku sudah pun memasuki kawasan perkuburan. Jirat kelihatan jelas di mata. Sedikit pun aku tidak menoleh ke kiri dan kanan. Masa untuk melalui kawasan ini hanyalah dua minit. Tapi aku rasa bagaikan 2 hari! Lambat betul nak lepas.

Aku baca ayat kursi perlahan-lahan untuk memberanikan diri. Alhamdullillah, tidak ada lembaga menumpang aku. Dengan senang hatinya aku meneruskan perjalanan. Selepas perkuburan cina, aku perlu melalui sebuah sekolah teknik dan sebuah sekolah agama. Dan selepas sekolah agama, barulah simpang ke rumah sewa aku. Tiba-tiba, aku lihat seseorang berdiri di hadapan bus stop di depan sekolah agama. Lagaknya seperti menunggu seseorang. Pelik, tengah-tengah malam lepak dekat bus stop.

Aku perhati lama sikit, seseorang tu macam perempuan, berambut panjang dan berjubah putih. Aku masih lagi tidak berfikiran negatif. Aku perlahankan motosikal. Aku lihat ada sesuatu yang didukungnya. Mungkin bayi. Apabila aku berada di depan bus stop itu perempuan itu tiba-tiba memusingkan mukanya. Aku dapat lihat dengan jelas apa yang digendongnya.

Batu nisan. Masya Allah! Jantung aku tercabut keluar mujur aku sempat mengutip jantung aku dan masukkan semula lalu memecut motosikal menuju simpang rumah yang tidak berapa jauh lagi. Aku melakukan aksi baring corner apabila masuk simpang. Sampai saja depan rumah, aku berlari naik ke rumah sewa aku di tingkat empat. Tangan aku bergetar-getar membuatkan aku sukar untuk memasukkan kunci ke dalam lubang kunci.

Aku berjaya membuka pintu namun belum berjaya membuka jeriji besi. Sebaik saja aku berjaya membuka jeriji aku terus menerpa masuk dan aku sekali lagi hampir m**i apabila melihat satu lembaga duduk sambil tercengang melihat aku lalu satu corong hitam terbentuk di hadapan ku dan aku…..

Aku tersedar apabila aku terasa ada seseorang menepuk muka aku sambil merenjis-renjis air. Aku buka mata dan segera bangun.
“Kau pahal?” Rakan aku bertanya.
“Aku. Aku….” aku tergagap.
“Kau kena kejar hantu ke macam nak roboh pintu tu kau bukak. Aku tengah mencekik meggi terus tergamam, tengok-tengok kau dah pengsan.”
“Laaa. Kau ke tadi? Ko apahal makan dalam gelap?”
“Hehehehehe.Saja.”

Aku mengurut yang semput. Fuhh. M**i-m**i aku ingat lembaga tadi yang ikut aku pulang. Wajahnya yang pucat dan gigi yang menyeringai masih jelas pada pandangan aku. Cis! Lain kali menjelmalah elok sikit. Esoknya suhu badan aku naik mendadak, dan demam aku berlarutan hingga dua minggu lamanya. Hanya setelah dibawa berubat dengan ustaz, barulah aku sembuh dari demam. Kata ustaz itu, lembaga itu hanya bergurau kerana aku terlalu takut. Itulah, pengajaran buat aku jugak, jangan keluar malam-malam. Bukan hantu saja ada, “hantu” pun ada. Hihi. Bye!

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Bukanshasha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

3 thoughts on “Penumpang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.