‘Penumpang’ di kolam memancing.

Assalammualaikum. Hi pembaca dan peminat Fiksyen Shasa 🙂 Ni first time nak share pengalaman seram. Kalau ada salah apa2,maafkan saya ye?

Benda ni baru je terjadi. Dalam seminggu yang lepas. Saya pergi berlima. saya,azhary (boyfriend saya),ekin,farid(boyfriend ekin) dan Ady pergi ke satu kolam memancing di kawasan Semenyih (nama dirahsia kan sebab kolam memancing ni paling famous kat situ :P)

Kami sampai dekat kolam tu tepat pukul12malam. Caj yang dikenakan untuk memancing dekat situ rm30(seorang pemancing) caj rm30 tu selama 12jam untuk memancing. Disebabkan azhary dengan ady je yang tahu memancing so bayar rm60 sahaja. Saya,ekin,farid cuma rehat2 di homestay yang ada dekat kolam pancing tu sewa rm120 sehari (kitaorang terpaksa amik homestay tu sebab homestay yang murah semua full).

Nak dijadikan cerita,masa ady dengan azhary sibuk memancing,saya rehat dalam homestay je(ekin dengan farid tengah sibuk berdating dekat tepi kolam). Masa saya tengah nak cuba lelapkan mata,saya rasa ada ‘benda’ tengah perhatikan saya. Saya gagahkan diri ni cuba tengok sekeliling dalam homestay tu.

Takda siapa pun dalam homestay,saya sorang je. Saya ni bukan lah penakut,berani pun tak. Saya selalu fikir,kalau kita takut lagi dia kacau. So saya buat taktahu je dengan ‘benda’ tu. Tiba2 tv terbukak sendiri. Saya terus baca ayat2 yang saya ingat. Masa saya baca ayat tu saya cari handphone nak bagitahu dekat diaorg yang tengah memancing tu. Tapi handphone saya takda dekat saya. Saya terus lari ke pintu. Pintu tak boleh bukak! Terasa macam ada orang tarik dari luar. Saya selak kain langsir nak tengok siapa yang tarik pintu. Takda siapa pun! Kawan2 yang lain semua tengah seronok memancing dekat tepi kolam (homestay tepi kolam memancing je).

Saya jert2 nama diaorang tapi diaorang tak pandang lansung ke arah homestay. Dalam 1jam lebih saya terperangkap dalam homestay tu. Saya lari ke katil nak cari balik handphone saya takut2 terjatuh bawah katil. Handphone saya ada dekat katil! Saya tengok handphone saya ada buat last call 10minit lepas tapi no yang ada dekat list call tu +60625145215452154.

Saya pun try call balik no tu. Ada orang angkat tapi tak bersuara. Lama saya tunggu dalam 20minit (saya nak jugak tahu siapa yang saya call tu) tiba2 bunyi suara mengilai! Suara tu macam dekat je dengan tingkap bilik homestay tu.

Saya terus campak handphone dan saya terus lari ke pintu. Alhamdulilah pintu boleh bukak. Semua yang tengah memancing dekat tepi kolam tu terkejut tengok saya. Saya dah tak terurus. Rambut serabai,muka pucat.

Saya terus berlari dekat azhary. Saya merayu2 nak balik rumah. Ady ada kelebihan sikit,dia tenung je saya. Dia geleng kepala. Ekin dengan farid lemah semangat. Diaorang takut nak dekat dengan saya. Saya pun taktahu kenapa. Ady terus kemas barang2 memancing. Azhary dah masuk kan saya dalam kereta. Badan saya mengigil ketakutan. Ekin dengan farid dah duduk diam2 dalam kereta farid. Lupa nak bagitahu,kami pergi dua kereta (saya,azhary ady satu kereta).

Untuk keluar dari kawasan kolam tu kena lalu bukit tinggi. Kereta ady lepas lalu bukit tu. Kereta farid yang sangkut. So kitaorang kena tunggu diaorang lepas dari bukit tu. Keliling kawasan tu semua hutan. Takda lampu lansung (jam masa tu pukul3pagi) . Masa tu tiba2 ady asyik main2 lampu kereta dia. Dan masa tu jugak lah saya ternampak bayang lembaga atas kereta. Saya diam taknak bersuara apa2. Takut ady tak boleh nak drive. Kawasan dekat situ memang port untuk budak2 kereta layan corner. Masa ady tengah seronok layan corner,saya dapat rasa lembaga tu ada tengah perhati kan saya dekat cermin belah kanan. Saya tak berani nak tengok. Ady dah perasan yang saya terkumat kamit baca ayat2 yang saya ingat. Ady tengok dekat cermin depan baru dia perasan ‘benda’ tu bertegek dekat kereta dia. Dia terus tekan minyak bawak selaju yang mungkin untuk keluar dari kawasan tu.

Lepas je lalu kawasan perumahan dekat satu kampong kecik,saya terus rebah. Ady berhenti dekat surau yang berdekatan dekat situ. Nasib baik ada imam yang tengah menunggu waktu subuh. Imam tu baca kan ayat dan lumurkan air dekat muka saya. Baru saya sedar. Imam tu kata ‘benda’ tu nak berkawan dengan saya. ‘Dia’ nak ikut tapi kawasan perumahan tu ada pagar(kampong tu ada kisah pembunuhan tapi orang luar tak tahu pasal kampong tu). Imam tu kata ‘benda’ tu dah pergi tempat dia balik. Kami pun terus balik ke rumah masing2.

Dan lepas dari kejadian tu,kami dah tak pergi dekat kolam pancing tu lagi. Itu lah kali terakhir saya ikut diaorang semua memancing. Setakat ni jelah yang saya boleh kongsikan. Kalau ada salah ke tak faham ke maafkan saya ye? Assalammualaikum 🙂

Nana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on “‘Penumpang’ di kolam memancing.”

    • Haha..aku pun terpikir..siap sewa homestay bagai..wat the hei..semua 1 homestay ke hape..dah la tak kawen lagi semua..memang patut momok tu datang halau korang..

      Reply
  1. Macam tak berapa nak senonoh laa perangai korang yang melepak cenggitu. Aku kira nasib baik hantu tu kacau, taknak bagi korang bermalam sesama lah tu. Jangan buat lagi naa…..

    Reply
  2. Patutlah kena ganggu pegi dgn bf. Tak halal lagi. Lain kali pergi dgn parents. And next story, no need to tell us about your life like ” farid (bf ekin) “. seriously, we don’t even care. okay bai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.