Penumpang

Assalamualaikum . hai , aku gelarkan diri aku B , aku dari sekolah rendah lagi aku bole nampak la jugak, dan aku boleh rasa kalau ” dia” tu ade, bila aku kerap sangat nampak, di ganggu dan terlalu berani fmly aku dh bawa aku pergi berubat kt ustaz, dan aku dh ok, tapi tak sepenuhnya, ada masa aku akan nampak jgk, dan ada masa aku tak nampak tapi aku dapat rasa.

Aku dah lalui banyak dah, tp hari ni aku nk cerita yg tak seram sangat , bg korang chill skit , ok jom mula. cerita ni adalah cerita yg betul² terjadi pada aku sekitar tahun 2014 . pada tahun itu, aku praktikal d sebuah hotel d bandar johor bahru, . Kalau dh namanya hotel semestinya waktu bkerja ada shift kan .

Di jadikan cerita, hari itu aku kerja petang dan balik malam , kebetulan hari tu malam dia bukan malam pon , tp tengah pagi , lepas dah siap kerja, aku pg loker untuk tukar kasut dan ambil brg peribadi aku, loker aku tu kat tingkat 11. Aku dri tingkat 1 naik lif pg tingkat 11 sorang sbb staff lain dorang xletak barang kt loker ,tp aku ni mmg hari² letak kat loker ajee, dah tengah malam mana ada org kan , lagi satu tingkat tu xde bilik pon, cuma office dan loker pkerja , bila keluar lif sunyi betul suasana , cuma dgr tapak kasut aku jer, sebab aku pakai heel .

Aku jln mcm biasa je, tak rasa ape² lagi ,masuk loker dah siap semua aku kena turun semula untuk punch card kt belah belakang hotel . kat hotel tmpt aku praktikal ni untuk staff dia ade lif lain kt belah belakang , untk guest lif depan yg cantik bseri, lif belakang buruk kemain dan selalu rosak, aku penah stuck dalam lif tu sorang² dekat ½ jam jugak dgn line hp xde, sampai aku dduk bsila pasal dah penat tekan loceng xde org respon sudahnya aku biar aje, dan bila lif tu dah penat ke atas ke bawah dia muntahkan aku jgk akhirnya. ok balik pd cerita, dah keluar dari loker tu aku dah rasa lain.

Aku mcm rasa ada sesuatu follow aku. aku toleh belakang kosong. bila aku jln aku rsa lagi, aku tak toleh dah. Aku kuatkan semangat aku untuk terus jalan pg arah lif dan setia tunggu lif usang tu ambil aku bawa turun bawah , aku mmg xguna lif depan kalau naik dan turun pg loker sbb aku park kereta kat besment khas untuk staff, 2,3 saat lps tu pintu tbkk dan aku msuk.

dah dalam lif aku rasa takut tetiba sbb aku bkn jnis penakut . Dalam hti aku cepatlah sampai , janganlah lif ni rosak . Dalam cuba sedapkan hati aku pon sampai kt tempat punch card, ok dah selesai aku turun pergi besment guna tangga. Aku kalau nak cepat aku tak guna lif. Aku guna tangga aje, keluar pintu rintangan api , sunyi sepi, ade 1,2 biji kereta staff je yg ade. Dalam masa jalan tu aku tak rasa apa dah sebab aku dok ralit cari kunci kreta dlm handbag . sampai kat kereta aku masuk dan tutup pintu , nahh masa tu aku rasa seat sebelah aku macam ada org duduk , sebab aku mmg rasa kereta tu mendak macam sesuatu berat naik .

Aku rasa tak sedap hati tapi aku relax lagi , aku pakai seat belt aku, lepas tu aku tarik seat belt sebelah . Nampak mcm kelakar , tp aku tahu “dia memang ada kat sebelah aku ” . Dah siap pakai seat belt aku usap seat sebelah aku, aku cakap kuat ” awak, saya nak balik ni, hari ni saya letih sangat, ni dah tengah malam, esok saya nak kerja lagi, kalau awak nk tumpang awk tumpanglah, tapi saya tak hantar awak balik dan sy tak izinkan awk masuk dalam rumah saya nanti ” siap cakap aku pon drive mcm biasa , dah nama bestment mestilah kne naik bukit kan untuk jumpa jalan utama , Masa naik bukit tuu kereta aku berat kemain, tak pernah mcm tu punya berat, aku tukar gear ringan pon sama jugak, aku toleh handbreak, yela , mne tau aku lupa nk turunkan, tp elok jee, aku tekan mnyk sekuat hati , nasib boleh naik wehh , aku drive macam biasa tanpa buka radio . Perjalan pergi balik kerja 20 minit aje dri bilik yg aku mnyewa ke hotel .

Memandangkan kawasan yg aku menyewa tu kawasan elit, ada guard jaga, guard tu mmg dh kenal aku, dia xbnyk soal dah, tpi hari tu dia ketuk tingkap syarat suruh aku turunkan tingkap , aku pon turunkan , dia tanya ” kawan ke kat sebelah tu ” dalam hati aku, ahh sudah, memang dia ikut aku balik ke atau guard ni nak ajak aku bgurau , aku pon masa tu xterkata apa, bukan sebab aku takut atau apa, aku xnk lah kalau guard tu bgurau dia cakap aku gila pasal seat belt tu tpasang .

Aku tak kata ape , terus blah aje, tapi aku tak terus balik, aku pusing² satu taman tuu dulu . Dah pusing aku park kat depan rumah , aku switch off air cond , aku mati enjin , aku bkk seat belt sebelah, aku bukak seat belt aku, aku rasa mmg dia ade, aku cakap ” sy dah sampai , tapi sy tak izinkan awak masuk dalam ” aku pon bkk pintu aku dan tutup . Nahh masa tu anjing jiran depan rumah menyalak kuat gila , aku mmg tkejut beruk , yela dah sunyi tengah pg, aku cm tinjau² jgk yela mna tau kot ade perompak ke apa kan , kita bkn tau, aku nampak anjing tu dpn pagar rmh tuan dia yg bkunci mcm nk bagi tau aku sesuatu , sebab mata dia mmg pndang arah rmh yg aku dduk .

Aku masuk dalam rumah, kunci gate luar ,aku selawat, aku baca ayt kursi , anjing tu terus diam , sampai depan pintu masuk, aku baca lagi ayt kursi, bg salam dan masuk. Alhamdulillah, malam tu xde sebarang gangguan . Dan esok aku pergi kerja mcm biasa dan aku xcite kat sesape pon . Sebenarnya itu bknlah yg pertama kali aku rasa bawa “penumpang” . Sebelum² tu pon pernah rasa, dan lepas dari kes ni pon aku merasa lagi ada yg menumpang , lagi hebat, yg menumpang aku tu, aku “terlanggar” dia, tak pe , ada masa aku kongsikan lagi . Terima kasih pd yg sudi membaca, cerita aku ni mmg betul, aku xmain tipu² , yg kata aku reka cerita aku harap korang akn merasa membawa ” penumpang ” ini bersama . Heheh. Tq admin, ( hide details sy ya ).;

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *